Sungai Buloh Dicemari 4 Tan Sisa Kumbahan Setiap Hari


Oleh Ilah Hafiz Aziz KUALA SELANGOR: Kira-kira 4,000 kilogram (kg) atau empat tan sisa pepejal tidak terlarut hasil kumbahan serta buangan industri, dikesan memasuki Sungai Buloh sepanjang hampir 50 kilometer di Jeram, dekat sini, setiap hari sejak beberapa tahun lalu.
Sisa pepejal itu atau TSS (Jumlah Pepejal Terampai/Total Suspended Solid) adalah parameter penting dalam menentukan kualiti air. Istilah pepejal dalam konteks berkenaan bermaksud bahan tidak terlarut dijumpai dalam air sungai yang menyebabkannya keruh.
BH juga difahamkan, antara parameter atau penentu lain yang turut dikesan menjadi penyebab penurunan kualiti air sungai terbabit adalah kandungan Oksigen Terlarut, Keperluan Oksigen Biokimia (BOD), Keperluan Oksigen Kimia (COD) dan Ammoniakal Nitrogen.
Mengikut maklumat Jabatan Alam Sekitar (JAS) Selangor, sejumlah 3,700kg BOD dan 11,000kg COD dikesan dalam sungai berkenaan setiap hari, belum mengambil kira sampah sarap yang dibawa aliran air dan terbenam di sepanjang sungai sehingga muara sistem saliran berkenaan.
Disyorkan Untuk Anda Punca ribuan ikan mati di Sungai Melaka16 sungai nazakAir Sungai Muda selamat diminumPencemaran 'bunuh' Selat Johor BH turut dimaklumkan, ketika ini sebanyak 2,822 kilang atau premis berada di sekitar lembangan Sungai Buloh, kebanyakannya beroperasi di sekitar Sungai Gasi, Sungai Hampar dan Sungai Kedondong dan berpotensi menjadi punca pencemaran sistem saliran di kawasan berkenaan.
Bagaimanapun, semua sungai berkenaan bukan sumber air mentah untuk kegunaan umum.
Mengikut pecahan, kawasan sekitar Kampung Baru di Sungai Buloh menempatkan 1,108 kilang atau premis industri, disusuli 462 premis lagi di Kawasan Perindustrian Bandar Sri Damansara dan 274 di Taman Perindustrian KIP.
JAS turut mengesan pelepasan sisa dari loji rawatan kumbahan, sisa pertanian dan penternakan serta dari tapak pelupusan sampah dan kumbahan bukan najis (grey water) dari kawasan perumahan, restoran, pasar dan dobi.
Semua faktor itu menjadi punca habitat Sungai Buloh dan muaranya terjejas teruk dengan kualiti air semakin merosot hari demi hari sehingga mengakibatkan sungai berbau busuk, airnya kehitaman dan berminyak. Ia sekali gus turut menjejaskan habitat hidupan dalam sungai terbabit dan muaranya.

Pengarah JAS Selangor, Nor Aziah Jaafar. Mengulas perkara itu, Pengarah JAS Selangor, Nor Aziah Jaafar, berkata daripada 2,000 premis industri yang berada di Lembangan Sungai Buloh, kira-kira 20 peratus didapati mengeluarkan atau melepaskan sisa perindustrian ke dalam sungai.
"Ada di antaranya tidak mempunyai loji pengolahan untuk merawat sisa, sekali gus patuh kepada Piawai B Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Efluen Perindustrian) 2009," katanya kepada BH.
Semalam, BH mendedahkan nelayan kerang di muara Sungai Buloh lebih banyak memperoleh 'hasil' dalam bentuk sampah-sarap sepanjang empat hingga enam jam memerah keringat setiap hari mencari kerang di perairan berhampiran.
Masalah itu dipercayai disebabkan pembuangan sampah-sarap yang mencemari sungai berkenaan, selain disyaki juga akibat pelepasan bahan kimia, berdasarkan keadaan sungai itu yang airnya kehitaman, berbau dan seolah berminyak.

JAS, LUAS perlu lakukan ujian saringan kualiti air
Pihak berwajib khususnya Jabatan Alam Sekitar (JAS) dan Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) perlu menjalankan ujian saringan pada setiap masa atau berkala untuk memeriksa tahap kualiti air Sungai Buloh di Jeram, dekat sini.
Pakar kualiti air, Dr Zaki Zainudin, berkata proses mengambil sampel air sungai berkenaan perlu dilakukan dan kemudian dianalisis untuk mencari punca pencemaran, termasuk sama ada ia disebabkan faktor semulajadi.
"Untuk melihat kualiti air sungai itu, perlu dilakukan beberapa analisis untuk mengesan kandungan organik, oksigen terlarut, ammonia dan pH (tahap alkali air).
"Jika pH menunjukkan air berasid dan kandungan oksigen tidak rendahnya dalam keadaan tidak tinggi, ia (pencemaran) mungkin secara semulajadi. Contohnya akibat resapan organik dari tanah yang mempunyai kandungan organik tinggi seperti tanah gambut," katanya kepada BH.
Beliau berkata, air Sungai Buloh mungkin tercemar sekiranya pemeriksaan menunjukkan kandungan oksigen terlarut dalam sungai itu terlalu rendah.
Katanya, ketinggian kandungan organik yang melampau akibat pencemaran boleh mengakibatkan oksigen terlarut jatuh mendadak dan memberi kesan kepada kualiti air.
Beliau juga menjelaskan, sungai yang berada di pesisir pantai seperti Sungai Buloh, bersifat lebih sensitif terhadap pencemaran.
"Sekiranya berlaku pencemaran dan pada masa sama air pasang, pencemaran itu sukar dan lambat ditolak ke laut, sebaliknya ia kekal lama dalam sungai dan membahayakan hidupan di dalamnya.
"Ini dinamakan 'flushing effect'," katanya sambil mengakui beliau memang maklum mengenai keadaan Sungai Buloh.
Dr Zaki berkata, persoalan yang belum terungkai adalah sama ada perubahan warna air sungai berkenaan disebabkan oleh pelepasan sisa atau kerana faktor semulajadi berikutan ia terletak di kawasan tanah gambut.
"Saya belum mendapat pengesahan sepenuhnya. Apa yang saya risaukan adalah keadaan di Sungai Buloh mungkin tidak begitu diberi perhatian kerana ia bukan sungai yang membekalkan air mentah ke loji air untuk diproses menjadi air terawat.
"Namun, sekiranya perubahan warna air sungai itu diakibatkan oleh pencemaran, ia boleh menjejaskan hidupan akuatik, malah ikan di sungai dan persisir pantai boleh mati.
"Harus diingat bahawa isu sungai adalah isu utama yang perlu diberi perhatian, sama ada ia membekalkan air terawat atau tidak. Ini kerana pencemaran yang berpunca daripada pembangunan tidak terancang boleh membebankan semua pihak jika tidak diatasi sepenuhnya," katanya.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2020/12/sungai-buloh-dicemari-4-tan-sisa.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Platform Buat Profit Setiap Hari Secara Pasif Di B4u Trades Investment

Platform Buat Profit Setiap Hari Secara Pasif Di B4u Trades Investment

papar berkaitan - pada 22/12/2020 - jumlah : 353 hits
Platform Buat Profit Setiap Hari Secara Pasif Di B4U Trades InvestmentBagaimana untuk anda menjana untung atau buat profit setiap hari secara pasif di platform B4U Trades Investment ini Platform B4U Trades Investment telah terbukti cemerlan...
Covid 19 Sungai Buloh Hospital Warns Staff Of Disciplinary Action If Infected

Covid 19 Sungai Buloh Hospital Warns Staff Of Disciplinary Action If Infected

papar berkaitan - pada 26/12/2020 - jumlah : 179 hits
Hit by Covid 19 outbreak among its healthcare workers Sungai Buloh Hospital has warned its staff disciplinary action could be taken against them if they are found to have been infected due to non compliance with standard operating procedure...
Nasi Dagang Percuma Setiap Hari

Nasi Dagang Percuma Setiap Hari

papar berkaitan - pada 1/1/2021 - jumlah : 393 hits
SHAH ALAM Kesedaran me ngenai kesusahan yang dialami oleh sebahagian besar rakyat ketika ini mendorong seorang pemilik restoran untuk memberi nasi dagang secara percuma setiap hari kepada mereka yang memerlukan Pemilik Restoran Eddiey Mokku...
Setiap Hari Sy Doakan Suami M4ti Dia Ftnah Sy Ada Hubungan Dgn Abg Ipar Iaitu Abg Dia Sendiri

Setiap Hari Sy Doakan Suami M4ti Dia Ftnah Sy Ada Hubungan Dgn Abg Ipar Iaitu Abg Dia Sendiri

papar berkaitan - pada 4/1/2021 - jumlah : 216 hits
loading Foto sekadar hiasan Baca perlahan lahan semoga dapat pengajaran dari kisah ini Assalam semua pembaca nak tanya orang yang tengah bermadu sebab yang berada disituasi ini sahaja yang akan faham
Setiap Hari Terpapar Berita Yang Tidak Menyeronokan Tidak Malaysian Sepertimana Era Tun 22 Tahun

Setiap Hari Terpapar Berita Yang Tidak Menyeronokan Tidak Malaysian Sepertimana Era Tun 22 Tahun

papar berkaitan - pada 23/12/2020 - jumlah : 431 hits
Era Tun 22 tahun susah atau senang kita rasa kerajaan melakukan yang terbaik untuk rakyat dan negara Rasa selamat dan kita hanya fokus pada majukan diri Menteri Besar Menteri dekat dengan rakyat Masa tu kita ada the best KPN AG Now serabut ...
Impikan Anak Cerdik Lembut Hati Baik Tingkah Lakunya Bacalah Doa Ni Setiap Hari

Impikan Anak Cerdik Lembut Hati Baik Tingkah Lakunya Bacalah Doa Ni Setiap Hari

papar berkaitan - pada 31/12/2020 - jumlah : 424 hits
Setiap ibu bapa mengimpikan untuk mendapat anak yang soleh dan solehah Anak yang cerdik lembut hati dan mendengar kata ibu bapanya Kebanyakan ibu bapa sentiasa mahu memberikan didikan dan ajaran yang terbaik untuk anak mereka Bagi yang bera...
Bakal Pengantin Lelaki Dijadual Bernikah Hari Ini Dikhuatiri Lemas

Bakal Pengantin Lelaki Dijadual Bernikah Hari Ini Dikhuatiri Lemas

papar berkaitan - pada 26/12/2020 - jumlah : 242 hits
Marang Bakal pengantin lelaki dikhuatiri lemas selepas mandi di Pantai Kelulut di sini petang semalam Naim Hariri Kamaruddin 31 dari Cheras Kuala Lumpur datang bersama ahli keluarga ke daerah ini untuk melangsungkan pernikahan bersama pasan...
Rektor Positif Terpapar Covid 19 Kampus Its Ditutup 18 Hari

Rektor Positif Terpapar Covid 19 Kampus Its Ditutup 18 Hari

papar berkaitan - pada 25/12/2020 - jumlah : 298 hits
Kondisi Prof Ashari saat ini dalam keadaan baik baik saja dan sedang dilakukan perawatan di salah satu rumah sakit di Surabaya
Cultural Reasons Make Malaysians Target For Human Trafficking Says Firm

Makan Steamboat Dapat Henna Free

Cops Probing Into Foreigner S Death In Custody At Klia

15 Kafe Di Johor Bahru Instagrammble Muslim Friendly

15 Cozy Christmas Wreath Designs For A Warm Welcome

Is Tiong China S Tourism Minister Or Malaysia S Asks Wan Fayhsal

Suspek Buruan Kes Samun Toreh Dicekup

A Botched Shot


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3


Leveraging Zero Click Searches

Ibu Bapa Elak Pilih Kasih Dengan Anak Anak

Senarai Calon Top 5 Festival Filem Malaysia Ke 33

Resipi Sambal Goreng Jawa Paling Sedap Cara Masak Pun Mudah Je

Pertandingan Akhir Memasak Kisahkariku Berakhir Meriah Kari Ketam Jadi Pilihan Juri

10 Cuka Epal Terbaik Untuk Kesihatan Kecantikkan Anda