Impikan Anak Cerdik Lembut Hati Baik Tingkah Lakunya Bacalah Doa Ni Setiap Hari


Setiap ibu bapa mengimpikan untuk mendapat anak yang soleh dan solehah. Anak yang cerdik, lembut hati dan mendengar kata ibu bapanya. Kebanyakan ibu bapa sentiasa mahu memberikan didikan dan ajaran yang terbaik untuk anak mereka.
Bagi yang beragama Islam, mereka sentiasa mengamalkan doa-doa mujarab yang boleh dibaca untuk membentuk anak-anak yang baik dari segi kebijaksanaan dan juga sikap menghormati orang tua. Walau bagaimanapun, sesetengah ibu bapa akan berasa risau dengan persekitaran anak-anak yang boleh memudaratkan masa depannya.
Tetapi, sejauh mana kita boleh memantau anak-anak? Hanya kepercayaan dan doa sahaja yang boleh menjadi pendinding kepada anak-anak supaya terhindar daripada gejala sosial. Jom kita amalkan doa di bawah ini.

Doa untuk melembutkan hati anak yang degil Ibu bapa bolehlah amalkan membaca Surah As-Syura ayat 19 “Allah Maha Lembut takdir-Nya (serta melimpah-limpah kebaikan dan belas kasihan-Nya) terhadap hamba-hamba-Nya; Ia memberi rezeki kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya (menurut peraturan yang telah ditetapkan), dan Dialah Yang Maha Kuat, lagi Maha Kuasa “.
Baca doa ini 19 kali pada air dan minta anak tersebut meminumnya. Insya-Allah perangai anak yang degil akan berubah kepada baik dengan izin Allah.
Boleh juga baca doa ini pada ubun-ubun anak itu ketika dia tidur.
Doa untuk anak lembut hati, pintar dan soleh Ketika memasak, sentiasa basahkan lidah dan bacakan doa ayat 200 dari Surah Ali Imran yang bermaksud: “Wahai orang yang beriman! Bersabarlah kamu dan kuatkanlah kesabaran kamu, dan bersedialah serta bertakwalah kepada Allah supaya kamu berjaya.”
Diikuti pula dengan memperbanyakkan zikir ‘Ya Hayyu, Ya Qayyum, Ya Latiff dan Ya Rahman’ berulang-ulang.
Atau baca Surah al-Fatihah, surah Taha ayat 1 sehingga 5, diikuti doa Nabi Daud sebanyak 3 kali. Doanya, ‘Ya Allah, lembutkanlah hati anakku (sebut namanya), seperti mana Engkau lembutkan Nabi Daud akan besi. (Sebut namanya). “Kemudian hembuskan pada makanan dan minuman. Kalau anak masih menyusu, hembuskan pada susu.
Doa untuk menangani anak lasak dan nakal Amalkan ayat 40 daripada Surah Ibrahim yang bermaksud “Wahai Tuhanku, jadikanlah aku orang yang mendirikan sembahyang, dan zuriat keturunanku. Wahai Tuhanku perkenankanlah doa permohonanku.”
Selepas solat lima waktu, amalkan doa dari Surah Al-Furqan ayat 74 yang bermaksud
“Dan juga mereka yang berdoa dengan berkata: Wahai Tuhan kami, berilah kami beroleh daripada isteri-isteri dan zuriat keturunan kami perkara-perkara yang menyukakan hati kami, dan jadikanlah kami imam ikutan bagi orang-orang yang bertakwa.”
Doa supaya anak rajin kerjakan solat. Ibu bapa bolehlah amalkan membaca Surah Ibrahim ayat 40-41. “Ya Allah Ya Tuhanku, jadikanlah aku dan anak-anak cucuku orang-orang yang tetap mendirikan solat. Ya Tuhan kami perkenankanlah doaku. Ya Tuhan kami beri ampunlah aku dan kedua ibu bapaku dan sekalian orang-orang mukmin pada hari terjadinya hisab (hari kiamat ).
Doa ini seeloknya dibaca selepas solat, atau setiap kali teringatkan anak. Amalkan membaca doa ini InsyaAllah anak-anak akan utamakan solatnya.

Doa anak taat perintah Allah Supaya anak taat perintah Allah boleh amalkan doa ini; Surah Al-Baqarah ayat 128. “Ya Allah Ya Tuhan kami, jadikanlah kami berdua orang yang tunduk patuh kepada Engkau dan (jadikanlah) di antara anak cucu kami orang yang tunduk patuh kepada Engkau dan tunjukkanlah kepada kami cara-cara dan tempat-tempat ibadah haji kami dan terimalah taubat kami ini . Sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Penerima Taubat lagi Maha Penyayang.
Amalkan dan bacalah doa ini setiap kali selepas solat.
Doa agar anak dengar kata Amalkan membaca Surah Al-Anbiya ayat 69. “Kami berfirman, Hai api, jadilah engkau sejuk, dan menjadi keselamatan bagi Ibrahim. Atau Al-Hasyar ayat 22-24. “Dialah Allah yang tiada Tuhan selain Dia, yang mengetahui yang ghaib dan yang nyata, Dialah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Dialah Allah yang tiada Tuhan selain Dia, raja, Yang Maha Suci, Yang Maha Sejahtera, Yang Mengurniakan Keamanan, Yang Maha Memelihara , yang Maha Perkasa, yang Maha Kuasa, yang memiliki segala keagungan, Maha Suci Allah dari apa yang mereka persekutukan.
Dialah Allah yang Menciptakan, yang Mengadakan, yang Membentuk Rupa, yang mempunyai Hasmaul Husna, bertasbih kepadanya, apa yang ada di langit dan di bumi, dan Dialah Yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.
Doa memohon rahmat dan keberkatan Jika surah-surah di atas telah diamalkan, ibu bapa juga dituntut untuk meminta rahmat dan keberkatan dalam setiap yang dilakukan supaya hasilnya akan lebih baik. Bolehlah amalkan surah di bawah ini. Surah Al-Imran ayat 8-9 “Mereka berdoa, Ya Tuhan kami, janganlah Engkau jadikan hati kami condong kepada kesesatan, sesudah Engkau memberi pertunjuk kepada kami, dan kurniakanlah kepada kami, rahmat dari sisi Engkau, kerana sesungguhnya Engkaulah Maha Pemberi Kurnia.
Ya Tuhan kami, sesungguhnya Engkau mengumpulkan manusia, untuk menerima pembalasan pada hari yang tak ada keraguan padanya. Sesungguhnya Allah tidak memungkiri janji.
Ibu bapa yang terbaik akan sentiasa mendoakan anaknya menjadi yang terbaik. Oleh hal yang demikian, menjadi tanggungjawab ibu bapa untuk memastikan didikan agama yang sempurna diberikan yang secukupnya kepada anak-anak mereka.
Biarlah kita mendidiknya dari kecil lagi. Supaya kelak, dia membesar nanti dengan didikan agama. Semoga doa yang terbaik untuk anak-anak ini dapat dijadikan panduan untuk semua.
Sumber: mediadakwah.com
The post Impikan Anak Cerdik, Lembut Hati, Baik Tingkah Lakunya Bacalah Doa Ni Setiap Hari appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/impikan-anak-cerdik-lembut-hati-baik-tingkah-lakunya-bacalah-doa-ni-setiap-hari/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Doakan Yang Baik Baik Hingga Hari Kelahiran Bakal Timang Anak Pertama Tasha Shila Umum Hamil Lima Bulan

Doakan Yang Baik Baik Hingga Hari Kelahiran Bakal Timang Anak Pertama Tasha Shila Umum Hamil Lima Bulan

papar berkaitan - pada 26/12/2020 - jumlah : 526 hits
Tahniah buat pelakon Tasha Shila yang kini hamil lima bulan Menerusi instagramnya semalam Tasha mengumumkan khabar gembira itu kepada seluruh peminat dan juga pengikutnya Menerusi entri itu juga Tasha turut berkongsi beberapa keping gambarn...
Bukan Sebab Nak Tunjuk Baik Faezah Elai Ikhlas Sayang Anak Tiri Sepenuh Hati

Bukan Sebab Nak Tunjuk Baik Faezah Elai Ikhlas Sayang Anak Tiri Sepenuh Hati

papar berkaitan - pada 23/12/2020 - jumlah : 304 hits
Sempena ulang tahun kelahiran anak tirinya Luq Adam pelakon jelita Noor Faezah Md Elai atau lebih mesra dikenali dengan nama Faezah Elai berkongsi kisah tentang anak lelakinya itu di laman Instagram miliknya Menurut pelakon berusia 38 tahun...
Terkilan Dan Kecil Hati Dengan Anak Amalkan Doa Ini

Terkilan Dan Kecil Hati Dengan Anak Amalkan Doa Ini

papar berkaitan - pada 20/12/2020 - jumlah : 335 hits
Terkilan Dan Kecil Hati Dengan Anak Amalkan Doa Ini Sebagai ibubapa kadangkala kita rasa terkilan dan kecil hati dengan tingkahlaku dan perkataan yang dikeluarkan oleh anak anak Bila ada jer rasa macam tu apa yang perlu kita buat KakYa ada ...
Tip Didik Anak Soleh Rajinlah Usap Ubun Ubun Anak Masa Tidur Sambil Baca Doa Ni

Tip Didik Anak Soleh Rajinlah Usap Ubun Ubun Anak Masa Tidur Sambil Baca Doa Ni

papar berkaitan - pada 26/12/2020 - jumlah : 480 hits
Doa ibu bapa adalah doa yang amat mustajab dan kekuatan buat anak Sebagai ibu bapa kita seharusnya mengambil peluang ini untuk sentiasa memohon dan meminta kepada Allah agar diberikan kebaikan buat mereka Ini bertepatan dengan sebuah hadis ...
Nasi Dagang Percuma Setiap Hari

Nasi Dagang Percuma Setiap Hari

papar berkaitan - pada 1/1/2021 - jumlah : 397 hits
SHAH ALAM Kesedaran me ngenai kesusahan yang dialami oleh sebahagian besar rakyat ketika ini mendorong seorang pemilik restoran untuk memberi nasi dagang secara percuma setiap hari kepada mereka yang memerlukan Pemilik Restoran Eddiey Mokku...
Setiap Hari Terpapar Berita Yang Tidak Menyeronokan Tidak Malaysian Sepertimana Era Tun 22 Tahun

Setiap Hari Terpapar Berita Yang Tidak Menyeronokan Tidak Malaysian Sepertimana Era Tun 22 Tahun

papar berkaitan - pada 23/12/2020 - jumlah : 435 hits
Era Tun 22 tahun susah atau senang kita rasa kerajaan melakukan yang terbaik untuk rakyat dan negara Rasa selamat dan kita hanya fokus pada majukan diri Menteri Besar Menteri dekat dengan rakyat Masa tu kita ada the best KPN AG Now serabut ...
Mui Beri Warning Ini Anak Muda Darahnya Masih Panas Hati Hati Buat Pernyataan

Mui Beri Warning Ini Anak Muda Darahnya Masih Panas Hati Hati Buat Pernyataan

papar berkaitan - pada 26/12/2020 - jumlah : 232 hits
Pernyataan Menteri Agama Yaqut Cholil Qoumas yang akan mengafirmasi hak beragama aliran Syiah dan Ahmadiyah di Indonesia sudah mendapat warning dari Majelis Ulama Indonesia Waketum Majelis Ulama Indonesia Anwar Abbas mengingatkan Menag untu...
Platform Buat Profit Setiap Hari Secara Pasif Di B4u Trades Investment

Platform Buat Profit Setiap Hari Secara Pasif Di B4u Trades Investment

papar berkaitan - pada 22/12/2020 - jumlah : 358 hits
Platform Buat Profit Setiap Hari Secara Pasif Di B4U Trades InvestmentBagaimana untuk anda menjana untung atau buat profit setiap hari secara pasif di platform B4U Trades Investment ini Platform B4U Trades Investment telah terbukti cemerlan...
Addressing Flaws In Mrt3 S Strategy

Lirik Lagu Rasa Lia Aziz Ft Treehill

Yoursay Will Anything Come Out Of Ayer Keroh Accident Probe

Makan Tengah Hari Di Jeti Nelayan Kesang

Comment On Nasihat Untuk Mereka Yang Ingin Berkunjung Ke Sungai Kedondong Batang Kali Selangor By Zul

Merry Christmas And Happy New Year

Rakyat Digital Cara Daftar Senarai Kursus Percuma

Hiking Gunung Bubu Gerik


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Wanita Milik Kaiden Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Hypothyroid Dan Keletihan Adakah Sukar Dipisahkan

Prasangka Buruk Ku Di Bayar Tunai

Rojak Tauhu

Pengertian Tujuan Serta Proses Manajemen Strategi Penting Dalam Sebuah Perusahaan

Malaysia Jadi Negara Pertama Yang Izinkan Bayar Zakat Pakai Kripto

Oil Tanks And Hidden Risks Why Waiting To Remove Them Isn T Worth It