Sumber Memang Ada Gerakan Nak Bawa Zahid Kembali


MALAYSIAKINI

   
Sumber dalaman Umno mengakui memang wujud gerakan pihak tertentu untuk membawa Ahmad Zahid Hamidi menjadi presiden parti itu semula

Katanya gerakan mahu 'menarik' semula Ahmad Zahid ke arus perdana itu digerakkan oleh ketua-ketua Umno di bahagian tertentu, selain penyokong anggota parlimen terbabit.

Bagaimanapun sumber itu enggan mendedahkan bahagian mana yang terlibat dalam gerakan tersebut.

"Memang ada usaha digerakkan penyokong dan ketua bahagian yang mahu membawa balik Ahmad Zahid menerajui Umno," katanya kepada Malaysiakini hari ini.

Bagaimanapun kata sumber terbabit buat masa ini Ahmad Zahid agak keberatan dengan gerakan tersebut kerana berpendapat Umno kini berada dalam keadaan selesa dan tidak perlu diganggu.

Katanya Ahmad Zahid hanya akan bersedia mengambil semula tugas sebagai presiden Umno jika penyandang - Mohamad Hasan - menyerahkannya secara baik dan rela.

"Beliau (Ahmad Zahid) hanya akan mengambil alih jawatan itu sekiranya Mohamad sendiri berasakan sudah tiba masanya untuk beliau menyerahkan jawatan itu kembali," katanya.

Minta lepas terus
Ahmad Zahid adalah timbalan perdana menteri ketika Najib Razak membubarkan parlimen untuk mengadakan pilihan raya umum (PRU) pada tahun lalu.

Apabila PRU ke-14 diadakan Umno dan BN - buat pertama kali - gagal mendapat mandat daripada rakyat untuk kembali menerajui Putrajaya.

Gabungan itu juga gagal berkuasa semula di hampir semua negeri di Malaysia. Kegagalan itu mendorong Najib Razak berundur daripada jawatannya sebagai presiden Umno.

Melalui pemilihan yang diadakan kemudian Ahmad Zahid memenangi jawatan presiden Umno, namun beliau disiasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan didakwa di mahkamah atas 47 tuduhan pecah amanah dan salah guna kuasa.

Baca Tempoh Zahid bercuti ikut kasyaf ulama
Keadaan itu mengundang desakan dari dalam Umno sendiri untuk beliau bercuti sementara kesnya diselesaikan di mahkamah. Mohamad yang memenangi jawatan timbalan presiden Umno kemudian mengambil alih tugas sebagai presiden

Namun pada ketika tertentu Ahmad Zahid pernah membayangkan beliau akan kembali menerajui Umno pada waktu yang sesuai.

Hari ini pula, Ketua Umno Tebrau, Maulizan Bujang, secara terbuka meminta Ahmad Zahid melepaskan terus kepemimpinan parti itu kepada orang lain.

Kata Maulizan desakan itu dibuat selepas pihaknya menyedari terdapat gerakan untuk membawa balik Ahmad Zahid menjadi presiden Umno.

Menurut sumber terbabit Ahmad Zahid memang sedar Umno berdepan risiko perpecahan jika beliau membuat keputusan kembali menerajui Umno.

"Keadaan Umno ketika ini cukup elok dan Ahmad Zahid tidak berhasrat untuk merosakkannya.

"Beliau sedar jika kembali menerajui Umno pada masa ini akan berlaku perpecahan dalam Umno, akan wujud kumpulan tertentu.

"Maka akan wujudlah team Zahid dan team Mat Hasan," katanya.




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2019/05/sumber-memang-ada-gerakan-nak-bawa.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Umno Harus Diberi Nafas Baru Gerakan Bawa Balik Ahmad Zahid Bukan Sesuatu Yang Baik Untuk Umno

Umno Harus Diberi Nafas Baru Gerakan Bawa Balik Ahmad Zahid Bukan Sesuatu Yang Baik Untuk Umno

papar berkaitan - pada 21/5/2019 - jumlah : 287 hits
foto sumber internetJOHOR BARU 20 Mei Gerakan untuk membawa balik Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan mengambil semula tugas sebagai Presiden Umno bukan sesuatu yang baik untuk parti itu yang baharu sahaja bangkit dan bergerak ke hadapan K...
Bawa Cover Lagu Iman Adalah Mutiara Netizen Serba Salah Nak Beritahu Suara Fattah Amin Sebenarnya Sengau

Bawa Cover Lagu Iman Adalah Mutiara Netizen Serba Salah Nak Beritahu Suara Fattah Amin Sebenarnya Sengau

papar berkaitan - pada 18/5/2019 - jumlah : 764 hits
Jika sebelum ini kolaborasi antara Alif Satar dan kumpulan Raihan menerusi lagu Sesungguhnya 2019 mencuri tumpuan netizen Terbaru giliran Fattah Amin pula mencuri perhatian netizen apabila dia memuat naik video cover lagu Iman Mutiara nyany...
Ketua Umno Tebrau Selar Hasrat Zahid Hamidi Untuk Kembali

Ketua Umno Tebrau Selar Hasrat Zahid Hamidi Untuk Kembali

papar berkaitan - pada 21/5/2019 - jumlah : 547 hits
JOHOR BAHRU Ketua UMNO Bahagian Tebrau Datuk Maulizan Bujang menyelar tindakan penyokong Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang berhasrat membawa balik beliau daripada bercuti dan mengambil semula tugas sebagai Presiden UMNO Maulizan berkata...
Awan Lindungi Perjalanan Opick Bawa Pulang Rambut Rasulullah

Awan Lindungi Perjalanan Opick Bawa Pulang Rambut Rasulullah

papar berkaitan - pada 11/5/2019 - jumlah : 467 hits
MALAYSIAKINI Ada perkara luar biasa didakwa berlaku ketika penyanyi Opick membawa pulang seurat rambut Nabi Muhammad yang dihadiahkan pemerintah Turki dan pertubuhan agamawan baru baru ini Keajaiban itu diceritakan isteri Opick Bebi Silvana...
Oppo Bakal Bawa Varian A5s Dengan Ram 3gb

Oppo Bakal Bawa Varian A5s Dengan Ram 3gb

papar berkaitan - pada 10/5/2019 - jumlah : 311 hits
OPPO kembali meluncurkan varian baru dari A5s Perangkat yang pertama kali diperkenalkan pada bulan Maret yang lalu kini hadir dengan varian baru dengan mengusung kapasitas RAM lebih besar 3GB
Tips Bawa Anak Naik Pengangkutan Awam

Tips Bawa Anak Naik Pengangkutan Awam

papar berkaitan - pada 9/5/2019 - jumlah : 431 hits
Tips Bawa Anak Naik Pengangkutan Awam Cerita bulan lepas yang umi dok peram dek kerana mood nak blogging agak ke laut Hari tu umi memang plan nak balik Pahang dengan babah tapi last minit babah terpaksa cancel cuti sebab kursus yang dijalan...
Kunjungi Vanessa Sang Ayah Bawa Kado Mukena

Kunjungi Vanessa Sang Ayah Bawa Kado Mukena

papar berkaitan - pada 9/5/2019 - jumlah : 250 hits
Bapak kandung Vanessa Angel Doddy Sudrajat akhirnya menemui Vanessa di Pengadilan Negeri Surabaya Bersama dengan sang istri dan seorang motivator Doddy terlihat hendak mendampingi sang anak
The Right Types Of Bets For Beginners On Slot Deposit Qris Sites

Lirik Lagu Aku Penat Alita Nidya

Bufet Ramadan 2025 Tradisi Warisan Di Four Points By Sheraton Puchong

Wan Fayhsal Soundly Defeated In Race For Machang Bersatu Chief S Post

Tiada Syarat Sokong Pm Untuk Dapat Peruntukan Anwar Beritahu Pn

Lirik Lagu Suara Rindu Khalis Real Spin

Trump Revives Probe Over Digital Taxes

Term Limit Culture Emerging With Veteran Dap Trio S Exit Says Analyst


echo '';
Senarai Keputusan Pemenang Calon Top 5 Kategori Persembahan Penyampai Trofi Undian Tarikh Tiket Gempak Most Wanted Awards 2024 2025 Live Di Astro Ria Sooka

10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria


Misi 2025 Tingkatkan Kemahiran Untuk Pencapaian Peribadi

A Guide To Caring For The Borneo Redline Halfbeak Practical Fishkeeping

Punca Nahas Maut Isteri Tentera Menurut Polis

Sprm Reman 4 Pegawai Ismail Sabri Kes Keluarga Malaysia

Kuih Cucur Topi Kelantan Bukan Cucur Jawa Ya

Tindakan Cpr Ketika Terjadi Kecemasan Jantung Terhenti