Sumbangan Malaysia Dalam Komanwel Sangat Dihargai Scotland
SEPANG, 9 FEB: Setiausaha Agung Komanwel, Patricia Scotland menyifatkan Malaysia sebagai negara anggota berharga dan telah memberikan sumbangan penting.
“Begitu banyak perkara yang telah berlaku. Begitu banyak juga yang telah disumbangkan Malaysia,” katanya sejurus tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini hari ini untuk memulakan lawatan kerja tujuh hari sehingga 15 Februari.
Beliau berkata Komanwel telah mendapat banyak manfaat menerusi sumbangan daripada Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.
“Anda harus tahu bahawa perdana menteri anda sendiri yang bertanggungjawab menjadi antara yang pertama membawa pengurusan prestasi di Komanwel. Dan kami di Komanwel telah mendapat banyak manfaat daripada beliau,” katanya.
Scotland turut mengimbas kenangan mesyuarat Komanwel yang begitu meninggalkan kesan yang berlangsung di Malaysia pada tahun-tahun sebelum ini.
Malaysia merupakan tempat di mana Deklarasi Langkawi mengenai Perubahan Iklim mula-mula dibuat pada 1989 sebelum dunia berbicara mengenai isu perubahan iklim, kata Scotland.
“(Pada masa itu) kami di sini, iaitu di Malaysia, sebagai keluarga Komanwel memberitahu dunia bahawa jika kita tidak mengambil tindakan untuk menangani isu ini dengan segera, ia mampu memberikan kesan yang amat dahsyat kepada dunia kita,” katanya.
Scotland berkata Malaysia adalah tempat di mana Komanwel membuat deklarasi pertama (berkaitan perubahan iklim) sebagai satu keluarga yang menyatakan bahawa dunia perlu berubah.
“Dan Komanwel mengetuai rundingan yang bergerak dari Malta pada 2015 sebelum ke Paris di mana kita (Komanwel) memutuskan bahawa kita perlu menangani isu ini dan dunia menyusuli tindakan kita,” kata beliau.
Scotland berkata beliau kini mengharapkan sokongan berterusan Malaysia dalam Komanwel.
Lawatan kerja beliau kali ini adalah atas jemputan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) yang bercadang memanjangkan pemahaman konsep ‘Rahmatan Lil Alamin’ (rahmat untuk seluruh alam) kepada dunia, terutama 54 negara Komanwel.
Ketibaan Scotland, yang mengetuai delegasi enam anggota, di KLIA disambut Pengerusi MAIWP, Datuk Seri Syed Hussien Alhabshee.
Semasa lawatan itu, beliau dijadual melakukan kunjungan hormat ke atas Dr Mahathir serta menghadiri seminar mengenai ‘Faith in the Commonwealth’ di Institut Tamadun Islam Antarabangsa dan Dunia Melayu di ibu negara.
Scotland adalah Setiausaha Agung Komanwel yang keenam dan wanita pertama memegang jawatan itu.
– BERNAMA
Free IPTV @5tr0kk +500 Channel
Tonton TV online secara percuma dari handfon atau android box anda!
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://ohsemput.blogspot.com/2020/02/sumbangan-malaysia-dalam-komanwel.html