Integriti Malaysia Kembali Dihormati Dr Mahathir


KUALA LUMPUR, 30 JAN: Setahun selepas pelancaran Pelan Antirasuah Nasional (NACP) 2019-2023, imej kleptorat yang dikaitkan dengan Malaysia sebelum ini berjaya dikikis sekaligus meletakkan integriti negara kembali dihormati, kata Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.
“Hari ini Perdana Menteri Malaysia tidak lagi disabitkan dengan tuduhan mencuri dana awam untuk kepentingan peribadi,” katanya.
Secara langsung, kedudukan Malaysia meningkat dari tangga ke 61 ke 51 di Indeks Persepsi Rasuah (CPI) 2019 seperti yang dilapor Transparency International Malaysia (TI-M) baru-baru ini, katanya dalam perutusan setahun pelancaran NACP 2019-2023 hari ini.
Dr Mahathir berkata, menilai prestasi kerajaan Pakatan Harapan (PH) memerintah negara sejak Mei 2018, perkara yang paling ketara menampakkan impak adalah usaha mempertingkatkan governans, integriti dan anti rasuah.
Beliau menarik perhatian dalam masa setahun sejak NACP 2019-2023 diperkenalkan pada 29 Jan 2019 pelbagai usaha telah dilaksanakan dengan terancang dan terperinci bermula dengan mewujudkan satu badan khusus yang bertanggungjawab untuk menyelaras semua usaha kerajaan dalam membudayakan integriti di kalangan rakyat.
“Pada masa yang sama, ia juga merancang strategi terbaik untuk memerangi rasuah. Badan ini menjadi pusat penting yang menasihati Kerajaan mengenai langkah-langkah terbaik yang diamalkan oleh negara-negara maju dan sekaligus menjadi tanda aras yang diletakkan oleh Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB),” katanya.
Selain itu tegasnya pewujudan Jawatankuasa Khas Kabinet Mengenai Antirasuah (JKKMAR) dan Pusat Governans, Integriti dan Antirasuah (GIACC) yang bertindak sebagai sekretariat kepada jawatankuasa ini juga telah menghasilkan pelbagai dasar untuk penambahbaikan pentadbiran.
Berkongsi fakta, Dr Mahathir berkata setakat ini 25 inisiatif telah berjaya diselesaikan daripada 115 yang dirangka untuk dilaksanakan antara tahun 2019-2023.
“Ini baru tahun pertama pelaksanaan NACP dan kita sudah pun dapat melihat pencapaiannya.
“Apa yang penting daripada inisiatif-inisiatif ini adalah perubahan dalam sistem dan institusi kita yang akan menentukan agar usaha-usaha ini berterusan dan ada kesinambungannya serta bukan hanya bermusim sahaja,”katanya.
Dalam perutusan itu juga, Dr Mahathir menzahirkan ucapan tahniah dan syabas kepada semua pihak yang terlibat dalam menyokong kerajaan usaha untuk menjadikan Malaysia dikenali kerana integriti dan bukan kerana rasuah.
Antara inisiatif yang dilaksanakan ialah:
1. Memperkenalkan sistem pengisytiharan harta bagi Anggota Pentadbiran negara.
2. Menambah baik dasar atau mekanisma, yang merujuk kepada penerimaan hadiah, hiburan dan bayaran oleh Anggota Pentadbiran negara.
3. Memperkenalkan dasar yang mencegah ahli politik serta mana-mana individu yang mempunyai pengaruh besar daripada campur tangan dalam urusan kenaikan pangkat/pelantikan/pemilihan kedudukan dalam kerajaan.
4. Melaksanakan kuasa Parlimen dalam menghukum kesalahan menghina parlimen, bagi mewajibkan menteri, kakitangan awam, dan warganegara, untuk hadir di hadapan jawatankuasa dan memberikan maklumat.
5. Memperkenalkan kod tatakelakuan Ahli Parlimen untuk dikuatkuasakan oleh jawatankuasa hak dan kebebasan parlimen bagi mewajibkan menteri, kakitangan awam, dan warganegara, untuk hadir di hadapan jawatankuasa dan memberikan maklumat.
6. Bagi memastikan semua laporan audit dibentangkan kepada Parlimen (tanpa menyembunyikan, memalsukan atau mengubah suai maklumat) dan sekiranya dalam sebarang kes itu melibatkan keselamatan atau kepentingan negara, ia kemudiannya perlu dilaksanakan di bawah peraturan mesyuarat 93 Dewan Rakyat.
7. Memperkenalkan Kod Etika menerusi peraturan mesyuarat bagi Ahli Parlimen (kedua-dua pihak, parti pemerintan dan bukan parti pemerintah) untuk dipatuhi.
8. Memperkenalkan dasar mengenai urusan pelantikan perunding dari segi peranan serta tanggungjawab mereka, dan juga bagi meminimakan pembabitan mereka dalam perkara-perkara berkaitan kewangan dan dasar-dasar pertubuhan.
9. Memperkenalkan garis panduan yang telus berhubung pelantikan Pegawai Khas, Setiausaha Politik, Setiausaha Sulit, dan Setiausaha Media bagi semua menteri dan timbalan menteri.
i) Terma dan Syarat Pelantikan
ii) Kelayakan Jumlah pelantikan
iii) Fungsi dan Kewajipan
iv) Gaji dan Kelayakan
10. Memastikan semua bahagian pelanggan dan penyelaras melaksanakan projek-projek berdasarkan kepada nasihat dan saranan yang diberikan oleh Jabatan Teknikal seperti Jabatan Kerja Raya, serta agensi-agensi teknikal yang berkaitan.
11. Memperkenalkan klausa standard dalam pelaksanakan projek-projek perolehan bagi melindungi kepentingan kerajaan dalam semua projek/kontrak melibatkan kerajaan, badan-badan berkanun, dan syarikat milik kerajaan. Sekiranya berlaku pecah amanah, kerajaan boleh pada bila-bila masa memecat atau/dan menfail saman terhadap pihak-pihak yang terlibat dengan kontrak.
12. Memastikan pelantikan kontraktor menerusi tender terbuka.
13. Meningkatkan Prosedur Operasi Standard (SOP) sedia ada dengan menggunakan reknologi dalam usaha mengurangkan penggunaan kekerasan terhadap yang ditahan/banduan oleh pegawai penguat kuasa.
14. Membendung perbuatan salah di Jabatan Imigresen melalui kawalan dalaman.
15. Menubuhkan Pusat Anti Jenayah Kewangan Nasional sebagai pusat yang cekap dalam menguruskan rampasan aset menerusi penguatkuasaan bersepadu.
-BERNAMA

Free IPTV @5tr0kk +500 Channel


Tonton TV online secara percuma dari handfon atau android box anda!


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://ohsemput.blogspot.com/2020/01/integriti-malaysia-kembali-dihormati-dr.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Konsep Persyarikatan Malaysia Terbukti Penting Sekarang Kata Dr Mahathir

Konsep Persyarikatan Malaysia Terbukti Penting Sekarang Kata Dr Mahathir

papar berkaitan - pada 20/1/2020 - jumlah : 282 hits
Konsep persyarikatan Malaysia terbukti penting sekarang kata Dr Mahathir Dikemas kini 1 jam yang lalu Diterbitkan pada 19 Ja
Malaysia S Mahathir Rules Out Trade Action Over Indian Palm Oil Boycott

Malaysia S Mahathir Rules Out Trade Action Over Indian Palm Oil Boycott

papar berkaitan - pada 21/1/2020 - jumlah : 247 hits
Malaysia will not take retaliatory trade action against India over its boycott of palm oil purchases amid a political row between the two countries Prime Minister Mahathir Mohamad said on Monday India the world s largest edible oil buyer th...
Harap Semua Rakyat Malaysia Di Wuhan Sihat Untuk Kembali Ke Tanah Air Tpm

Harap Semua Rakyat Malaysia Di Wuhan Sihat Untuk Kembali Ke Tanah Air Tpm

papar berkaitan - pada 4/2/2020 - jumlah : 328 hits
SERI KEMBANGAN 3 Feb Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berharap semua rakyat Malaysia yang terkandas di wilayah Hubei China susulan penularan wabak novel koronavirus 2019 berada dalam keadaan sihat untuk membolehk...
Mahathir Malaysia Sudah Jadi Negara Paria

Mahathir Malaysia Sudah Jadi Negara Paria

papar berkaitan - pada 28/1/2020 - jumlah : 229 hits
Selepas seorang lagi ditahan Akta Kesalahan Keselamatan 2012 dalam isu berkaitan 1MDB Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini mengeluarkan kenyataan kerasnya Di mata dunia Malaysia sudah menjadi negara paria negara yang sesiapa sahaja boleh dihere...
Majlis Perasmian Projek 5g Malaysia Di Licc Langkawi Oleh Yab Pm Tun Dr Mahathir Mohamad

Majlis Perasmian Projek 5g Malaysia Di Licc Langkawi Oleh Yab Pm Tun Dr Mahathir Mohamad

papar berkaitan - pada 28/1/2020 - jumlah : 413 hits
Majlis Perasmian Projek 5G Malaysia Di LICC Langkawi oleh YAB PM Tun Dr Mahathir Mohamad
Wni Kembali Disandera Abu Sayyaf Wamenlu Salahkan Malaysia

Wni Kembali Disandera Abu Sayyaf Wamenlu Salahkan Malaysia

papar berkaitan - pada 21/1/2020 - jumlah : 194 hits
Mahendra menyebut untuk masalah penyanderaan tengah ditangani dengan berkoordinasi bersama pihak Filipina
How Do We Move On From Mahathir S Malaysia

How Do We Move On From Mahathir S Malaysia

papar berkaitan - pada 1/2/2020 - jumlah : 248 hits
Susan Ooi As we enter another year of Pakatan Harapan it has been increasingly obvious for all the talk of Malaysia Baru we are still in Mahathir s Malaysia Accusations of a deep state by the current government highlight how the separation ...
Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad Malaysia Sedia Bawa Pulang 78 Rakyat Kita Di Wuhan

Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad Malaysia Sedia Bawa Pulang 78 Rakyat Kita Di Wuhan

papar berkaitan - pada 29/1/2020 - jumlah : 451 hits
PUTRAJAYA Kerajaan bersedia membawa pulang 78 rakyat Malaysia yang kini berada di Wuhan China dalam tempoh segera kata Tun Dr Mahathir Mohamad Perdana Menteri berkata Kementerian Luar sedang mendapatkan kebenaran daripada kerajaan China unt...
Kerajaan Sedia Bawa Pulang Rakyat Malaysia Di Wuhan Pm Mahathir

Kerajaan Sedia Bawa Pulang Rakyat Malaysia Di Wuhan Pm Mahathir

papar berkaitan - pada 30/1/2020 - jumlah : 293 hits
Malaysia bersedia membawa pulang rakyatnya yang kini berada di Wuhan China berikutan wabak 2019 novel koronavirus jika dibenarkan kerajaan negara itu kata Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad Untuk tujuan itu beliau berkata kerajaan Mala...
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Jadual Cuti Panjang 2025

Sydney Sweeney 2024 Pantyhose Queen Part Two

Kata Kata Motivasi Tahun Baru 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025