Sumbangan Kembali Ke Sekolah Top Kepada 674 Pelajar Orang Asli Mencatat Rekod Tiga Kali Ganda Sasaran Dana


Tahun persekolahan 2020 bagi 674 pelajar Orang Asli bermula dengan penuh semangat apabila mereka menerima keperluan kembali ke sekolah yang lengkap menerusi kempen ‘Cerahi Kehidupan Bersama TOP’.
Kempen TOP, jenama bahan pencuci inovatif dari Jepun yang memberi fokus kepada komuniti Orang Asli telah mencatat rekod dari segi jumlah penerima dan sumbangan yang ekstensif. Sumbangan TOP merangkumi pakaian seragam sekolah baharu, kasut, stoking, beg, alat tulis, buku latihan, buku kerja, buku aktiviti, bekalan alat seni dan kraftangan serta alat muzik


TOP telah bekerjasama dengan Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) untuk menghantar keperluan kembali ke sekolah kepada komuniti-komuniti Orang Asli yang menetap di kawasan pedalaman Perak, Pahang dan Negeri Sembilan agar murid-murid dapat hadir ke sekolah dengan keperluan sekolah yang lengkap, serta meringankan kewangan keluarga mereka.

Kempen itu nyata selari dengan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (MEB) 2013-2025[1]yang memberi penekanan untuk menambah baik pencapaian murid Orang Asli menerusi kerjasama pihak kerajaan-swasta yang melibatkan ibu bapa dan komuniti dalam usaha membantu mengubah sistem pendidikan


Ketua Pengarah JAKOA, Prof Dr Juli Edo memberitahu kempen ini telah banyak membantu ratusan keluarga Orang Asli serta memberi motivasi kepada kanak-kanak supaya terus belajar di sekolah

“Dari sektor swasta, TOP telah memberi sumbangan kembali ke sekolah yang cukup besar kepada komuniti Orang Asli. Sumbangan ini memberikan nilai tambah terhadap bantuan yang telah disediakan oleh JAKOA terhadap para pelajar Orang Asli. Kerjasama strategik di antara pihak kerajaan dan swasta dapat memberi semangat positif kepada kanak-kanak, ibu bapa dan guru,” kata Prof Dr Juli Edo.
TOP telah menjalankan kempen ini selama lima tahun untuk memberi motivasi kepada pelajar daripada komuniti kurang berkemampuan dan isi rumah B40 supaya mereka boleh mencapai kecemerlangan dengan meningkatkan keyakinan diri dan harga diri. Selain mendidik mereka supaya menjaga pakaian agar dapat tampil bersih dan selesa. Sehingga kini, seramai 2,474 orang pelajar telah menerima manfaatnya


TOP telah bekerjasama dengan peruncit utama, TESCO untuk menjalankan kempen mengumpul dana CSR bermula 15 November hingga 15 Disember 2019. Tiga puluh sen daripada jualan produk terpilih TOP dari semua cawangan TESCO di seluruh negara dan Tesco Online telah disalurkan ke tabung kempen ‘Cerahi Kehidupan Bersama TOP’.

Pengurus Pemasaran (Divisyen Penjagaan Fabrik) Southern Lion Sdn Bhd, Ling Ai Li menyatakan bahawa tindak balas orang ramai terhadap kempen ini sangat memberangsangkan dengan kutipan hampir tiga kali ganda daripada yang dijangkakan. Ini membuktikan sokongan kepada masa depan kanak-kanak Orang Asli yang lebih cerah.


“Menerusi kempen ini, memang jelas TOP dan pelanggan kami prihatin terhadap kesejahteraan kanak-kanak Orang Asli dan mahu menyokong komuniti ini. Kami ingin mengucapkan terima kasih diatas sokongan dan kerjasama daripada JAKOA, Jabatan Pendidikan Negeri yang terlibat, tok batin, rakan niaga kami TESCO dan para pelanggan. Bersama-samalah kita memberi masa depan yang lebih cerah kepada 674 orang kanak-kanak Orang Asli ini,” kata Cik Ling.

Pasukan TOP menyerahkan keperluan kembali ke sekolah di Pos Tenau, serta mengadakan bengkel mencuci pakaian bagi berkongsi tip-tip membersih dan mengekalkan kebersihan pakaian seragam mereka dengan baik. Setiap keluarga yang hadir juga menerima satu pek bahan pencuci TOP Super White Micro Clean Tech untuk digunakan di rumah. Kanak-kanak pula mengalu-alukan kedatangan pasukan TOP dengan nyanyian lagu-lagu dalam bahasa Semai.


Tok Batin Ayof bin Ekal dari Kampung Parit Gong yang juga seorang guru di SK Putra, Simpang Durian mengakui bahawa sumbangan ini cukup komprehensif, menyeluruh dan sangat dialu-alukan oleh komunitinya.

“Seramai 110 orang kanak-kanak dari perkampungan di kawasan ini menerima pakaian seragam sekolah baharu, kasut, stoking, beg, alat tulis, buku latihan dan buku kerja. Ada juga bekalan alatan seni dan kraf serta sebuah ukulele. Ibu bapa dalam komuniti kami tidak perlu lagi membeli sebarang kelengkapan sekolah. TOP dan rakyat Malaysia telah menunjukkan mereka mengambil berat ke atas kanak-kanak Orang Asli,” katanya.
Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai TOP, sila layari laman web: http://www.southernlion.com.my atau hubungi talian khidmat pelanggan 1800-88-0133

Senarai penerima sekolah Orang Asli, Lokasi dan jumlah pelajar.


Love,


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.mamajue.com/2020/01/sumbangan-kembali-ke-sekolah-top-kepada.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Rindukan Mak Ayah Pelajar Orang Asli Tahun 1 Menangis Cium Dinding Sekolah

Rindukan Mak Ayah Pelajar Orang Asli Tahun 1 Menangis Cium Dinding Sekolah

papar berkaitan - pada 3/1/2020 - jumlah : 580 hits
Pelbagai cerita menarik telah berlegar legar sejak semalam berkenaan sesi persekolahan Mana tidaknya alam persekolahan akan kelihatan baru di mata kanak kanak berusia lima hingga tujuh tahun berikutan kali pertama menjejakkan kaki ke tempat...
Saat Tiga Kali Gelombang Lumpur Hanyutkan Harta Benda Warga Lebak

Saat Tiga Kali Gelombang Lumpur Hanyutkan Harta Benda Warga Lebak

papar berkaitan - pada 8/1/2020 - jumlah : 201 hits
Menurut Solihin air datang begitu cepat dan menerjang rumah di bantaran sungai Ciberang Air bergelombang menerjang sebanyak tiga kali Gelombang pertama dan kedua air belum merusak rumahnya Saat gelombang ketigalah air datang disertai lumpur
89 Pelajar Di Johor Dijangkiti Influenza Tiada Sekolah Ditutup

89 Pelajar Di Johor Dijangkiti Influenza Tiada Sekolah Ditutup

papar berkaitan - pada 13/1/2020 - jumlah : 588 hits
JOHOR BAHRU Seramai 89 murid di negeri ini dijangkiti influenza setakat 1 30 tengah hari tadi 89 pelajar di Johor dijangkiti influenza tiada sekolah ditutup
Setahun Tak Pergi Sekolah Pelajar Hidap Kanser Dapat 6a Dalam Pt3

Setahun Tak Pergi Sekolah Pelajar Hidap Kanser Dapat 6a Dalam Pt3

papar berkaitan - pada 1/1/2020 - jumlah : 570 hits
Dua minggu lalu para pelajar Pentaksiran Tingkatan 3 menerima keputusan yang cemerlang setelah beberapa tahun berhempas pulas mengulangkaji mata pelajaran demi peperiksaan tersebut Tidak terkecuali seorang remaja yang menghidap penyakit kan...
Hanya 15 Minit Boleh Siapkan Bekal Anak Kembali Ke Sekolah Resipi Ini Confirm Sedap

Hanya 15 Minit Boleh Siapkan Bekal Anak Kembali Ke Sekolah Resipi Ini Confirm Sedap

papar berkaitan - pada 27/12/2019 - jumlah : 1422 hits
Waktu pagi adalah waktu yang cukup genting bagi para ibu untuk mempersiapkan segala hal terutama bagi ibu yang bekerja Memasak dan menyediakan bekalan makanan untuk anak anak ke sekolah memerlukan peruntukan masa yang sangat lama Ibu harus ...
Pembantu Sekolah Ditahan Baling Kerusi Pada Pelajar

Pembantu Sekolah Ditahan Baling Kerusi Pada Pelajar

papar berkaitan - pada 13/1/2020 - jumlah : 382 hits
SIBU Seorang pembantu pengurusan murid ditahan polis semalam untuk siasatan kerana disyaki membaling kerusi sehingga mencederakan seorang murid tahun satu di Song kira kira 90km dari sini Rabu lalu Pembantu sekolah ditahan baling kerusi pad...
Bakal Masuk Sekolah Hans Isaac Maklum Dana Puteri Balqis Sudah Cecah Rm100k

Bakal Masuk Sekolah Hans Isaac Maklum Dana Puteri Balqis Sudah Cecah Rm100k

papar berkaitan - pada 15/1/2020 - jumlah : 929 hits
Kepayahan hidup yang melanda pelakon cilik Puteri Balqis telah mendapat perhatian ramai termasuk badan badan kebajikan yang mahu meringankan beban dia dan ibunya Peka dengan masalah anak seni pengerusi Finas Datuk Hans Isaac berhasrat mahu ...
Kerana Miskin Pelajar Tahun Satu Ini Terpaksa Ke Sekolah Tanpa Uniform

Kerana Miskin Pelajar Tahun Satu Ini Terpaksa Ke Sekolah Tanpa Uniform

papar berkaitan - pada 15/1/2020 - jumlah : 359 hits
Akibat dihimpit kemiskinan seorang murid tahun satu Sekolah Kebangsaan Jeram Tekoh di Gua Musang terpaksa hadir ke sekolah semalam tanpa memakai uniform Loading Intan Safira Mohd Shukri 7 dari Taman Agropolitan Rantau Manis yang baru mendaf...
Tattoos Raised And Itchy

Bersatu Man Demands Dnb Exit Strategy For U Mobile

Khutbah Jumat Jumadil Awal Tangis Ibnu Rawahah Jelang Perang Mu Tah

Tattoos Portland Maine

Bertolak Ansurlah

Kisah Adv 160 Pengajaran Dari Bateri Lemah

Haram Guna Dan Jual Vape Dewan Pemuda Pas Pahang Zahir Sokongan Penuh Terhadap Titah Sultan

Flexibility In Business Operations


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3

Biodata Terkini Reshmonu Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Hey Waley

Gegar Vaganza 2024 GV 11 Hadiah Tiket Peserta Juri Format Pemarkahan Dan Segala Info Tonton Live Di Astro Ria Dan Sooka

6 Janji Donald Trump Kalau Dia Naik Jadi Presiden Semula


Mb Kami Sempoi Tak Paham Buka Google Translate

Kawal Emosi Anak Pakar Psikiatri Kongsi Tip Mudah

Resipi Cheese Tart

Mixology Vape S Commitment To Quality Crafting The Best Vape Flavours Nz

Pensyarah Didakwa Hina Nabi Jawi Turut Buka Siasatan

Murid Buktikan Pada Guru Lembu Makan Martabak