Sumbang Mahram Anak Tiri Sampai Lahir Anak Warga Asing Dipenjara 22 Tahun 15 Sebatan


 
Tertuduh berusia 44 tahun didapati bersalah melakukan sumbang mahram terhadap anak tirinya yang ketika itu berusia 13 tahun. (Gambar Facebook )SEREMBAN: Seorang warga Bangladesh dihukum penjara 22 tahun dan 15 sebatan oleh Mahkamah Sesyen selepas didapati bersalah atas pertuduhan melakukan sumbang mahram terhadap anak tirinya sehingga melahirkan anak, tiga tahun lalu.
Hakim Surita Budin menjatuhkan hukuman itu selepas mendapati tertuduh yang berusia 44 tahun bersalah di akhir kes pembelaan dan memerintahkannya menjalani hukuman penjara bermula dari tarikh tangkap pada 20 Feb 2020.
“Setelah mendengar mitigasi tertuduh dan pemberatan oleh pihak pendakwaan, tiada kompromi terhadap kes sumbang mahram. Tertuduh sepatutnya melindungi anak tirinya yang berusia 13 tahun (ketika kejadian).
“Tindakan tersebut umpama haruan makan anak dan meninggalkan trauma kepada mangsa,” katanya.
Mengikut pertuduhan, lelaki itu melakukan sumbang mahram terhadap anak tirinya yang ketika itu berusia 13 tahun di Kampung Orang Asli Tekir, Mentera, Labu Batu 10, di sini, kira-kira 10.30 malam, 15 Feb 2020.
Pertuduhan mengikut Seksyen 376B Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara tidak kurang 10 tahun dan tidak lebih 30 tahun dan sebatan.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Goh Hsiao Tung, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.
Semasa rayuan bagi meringankan hukuman, tertuduh merayu hukuman ringan kerana dia mengalami sakit belakang akibat kemalangan.
Goh memohon hukuman setimpal kerana tertuduh telah menganiaya mangsa yang asid deoksiribonukleik (DNA) tertuduh dan anak yang dilahirkan mangsa adalah sepadan, selain tiada bukti kukuh menunjukkan peniaga kain itu tidak berada di tempat kejadian.
“Anak tiri tertuduh telah kehilangan ibu kandungnya akibat kanser otak, oleh itu mangsa bergantung sepenuhnya ke atas tertuduh untuk dilindungi dan menjaga mangsa, bagaimanapun tertuduh telah mengambil kesempatan terhadap mangsa.
“Mangsa dianiaya sebanyak empat kali sehingga mangsa berumur 13 tahun. Bagi seorang kanak-kanak, kehidupannya sepatutnya fokus kepada pelajaran dan kegembiraan, bagaimanapun terjejas kerana mangsa kini ibu tunggal kepada anaknya sambil perlu meneruskan pelajaran,” katanya. - FMT


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://malaysiansmustknowthetruth.blogspot.com/2023/11/aa_692.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Warga Asing Berniaga Di Pasar Pagi Timbulkan Persoalan

Warga Asing Berniaga Di Pasar Pagi Timbulkan Persoalan

papar berkaitan - pada 3/11/2023 - jumlah : 118 hits
MOHD AZLIM ZAINURYTangkap layar laman X nanmanjoi8715 pada Khamis KLANG Dua individu dipercayai warga asing yang berniaga di pasar pagi Eng Ann di sini menimbulkan persoalan dalam kalangan masyarakat setempat Warga asing terbabit didakwa me...
Alasan Faktor Ekonomi Ibu Di Gunungkidul Tega Bunuh Anak Keempat Yang Baru Lahir

Alasan Faktor Ekonomi Ibu Di Gunungkidul Tega Bunuh Anak Keempat Yang Baru Lahir

papar berkaitan - pada 8/11/2023 - jumlah : 216 hits
Seorang ibu berinisial I warga Semanu Gunungkidul DIY tega membunuh bayinya sendiri karena alasan faktor ekonomi
Wasiat Syahid Anak Gaza Umur 11 Tahun Amira Sheldan

Wasiat Syahid Anak Gaza Umur 11 Tahun Amira Sheldan

papar berkaitan - pada 9/11/2023 - jumlah : 180 hits
WASIAT SEORANG KANAK KANAK GAZA AMIRA SHELDAN BERUSIA 11 TAHUNTERJEMAHAN PENUHNama saya Amira Sheldan Berusia 11 Tahun dan saya berharap akan mati syahid Jika saya syahid Tolong jual rantai leher saya dan subang saya kemudian gunakan duit i...
Cemburu Pada Istri Yang Bekerja Di Arab Pria Sukabumi Aniaya Anak Kandung Berusia 6 Tahun Dan Merekamnya

Cemburu Pada Istri Yang Bekerja Di Arab Pria Sukabumi Aniaya Anak Kandung Berusia 6 Tahun Dan Merekamnya

papar berkaitan - pada 17/11/2023 - jumlah : 155 hits
Seorang pria berinisial W tega menganiaya anak kandungnya yang berusia 6 tahun dan merekam aksinya yang kemudian viral
Umur Anak 2 Tahun Tapi Masih Tak Bercakap Ini Yang Mak Ayah Perlu Buat

Umur Anak 2 Tahun Tapi Masih Tak Bercakap Ini Yang Mak Ayah Perlu Buat

papar berkaitan - pada 18/11/2023 - jumlah : 198 hits
Bila anak sudah masuk dua tahun pastinya mama papa sudah mula risau anak masih tak bercakap Sebenarnya memang patut mama papa risau bila anak dah cecah usia dua tahun Walaupun masih belum boleh bercakap lancar anak pada usia ini sepatutnya ...
Nana Datang Rumah Baru Ayah Menyambut Hari Lahir Di Pusara Bapa Video Anak Arwah Ridzuan Hashim Membuat Ramai Sebak

Nana Datang Rumah Baru Ayah Menyambut Hari Lahir Di Pusara Bapa Video Anak Arwah Ridzuan Hashim Membuat Ramai Sebak

papar berkaitan - pada 3/11/2023 - jumlah : 279 hits
Baru baru ini puteri kepada Allahyarham pelakon Ridzuan Hashim telah berkongsi sebuah video yang menyayat hati pengguna TikTok Dikenali sebagai Diyana atau Nana itu telah memuat naik rakaman dirinya menziarahi kubur arwah ayahnya Dalam hant...
Saya Trauma Anak Arwah Pengasas Dnars Akhirnya Jejak Kaki Di Thailand Selepas 4 Tahun Kematian Tragis Ibu

Saya Trauma Anak Arwah Pengasas Dnars Akhirnya Jejak Kaki Di Thailand Selepas 4 Tahun Kematian Tragis Ibu

papar berkaitan - pada 2/11/2023 - jumlah : 196 hits
Melalui laman TikTok baru baru ini anak perempuan kepada pengasas kosmetik Allahyarham Faziani Rohban iaitu Irdina Hakim memberitahu dirinya baru mempunyai kekuatan untuk jejakkan kaki ke Thailand selepas sekian lama tidak ke sana Kata Irdi...
Warga Indonesia Berenang Ke Singapura Dari Malaysia Guna Beg Sampah Dipenjara Disebat

Warga Indonesia Berenang Ke Singapura Dari Malaysia Guna Beg Sampah Dipenjara Disebat

papar berkaitan - pada 4/11/2023 - jumlah : 196 hits
BharianonlineSINGAPURA Lelaki warga Indonesia yang dihantar pulang dan dilarang memasuki Singapura atas kesalahan imigresen sekali lagi kembali ke Singapura secara haram kali ini berenang dari Malaysia dengan beg sampah sebagai alat pengapu...
Buruh Asing Boleh Diusir Jika Kahwin Warga Tempatan

Buruh Asing Boleh Diusir Jika Kahwin Warga Tempatan

papar berkaitan - pada 4/11/2023 - jumlah : 268 hits
Muhammad Yusri Muzamiryusri muzamir bh com myKUALA LUMPUR Buruh asing dilarang mengahwini rakyat tempatan sepanjang tempoh mereka memegang Pas Lawatan Kerja Sementara di negara ini Kegagalan mematuhi peraturan itu menyebabkan permit pekerja...
Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Major Projects Will Make Sarawak An Asian Economic Force Says Premier

Police Arrest Two Over Fight Between Football Fans At Lrt Station

Kural Vista A Luxurious Waterfront Villa By Saota On Palm Jumeirah Dubai

Kawal Alergik Bila Alahan

Indah Delvia Tacilak Di Nan Rami Chord

Merry Christmas 2024


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


How To Plan A Stress Free Family Vacation

Wan Rosdy Insentif Kecemerlangan Pendidikan Kerajaan Pahang Sedia Peruntukkan Sebanyak Rm1 Juta

Keropok Ikan Tamban Trengganu Nipis Dan Sedap

Tapau Mfc Fried Chicken

Yuzu Cha

Usah Terikut Ikut Provokasi Pihak Tertentu Pertikai Pelantikan Tun Musa