Sultan Perak Sultan Azlan Shah Mangkat


IPOH: Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Ibni Al-Marhum Sultan Yussuf Izzuddin Shah mangkat tengah hari tadi.

Almarhum yang juga Sultan Perak Darul Ridzuan yang ke-34 dan menjadi Yang di-Pertuan Agong yang kesembilan, menghembuskan nafas terakhir pada jam 1.30 tengah hari tadi.

Raja Permaisuri Perak, Tuanku Bainun serta anakanda baginda termasuk Pemangku Raja Perak, Raja Dr Nazrin Shah berada di sisi ketika kemangkatan baginda.

Seluruh rakyat jelata turut bersedih dengan berita kemangkatan baginda yang diumumkan oleh Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir yang disiarkan RTM.

Serentak pengumuman itu, seluruh negeri berkabung dengan bendera Negeri Perak dikibar separuh tiang selama 100 hari dan bendera Malaysia dikibarkan separuh tiang selama tujuh hari, bermula hari ini.

Almarhum akan dimakamkan di Makam Diraja Kuala Kangsar selepas Asar esok.

Belangsungkawa

Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Ibni Al-Marhum Sultan Yussuf Izzuddin Shah

- Almarhum baginda dilahirkan pada tahun 1928 di Batu Gajah, Perak
- Anak kepada Almarhum Sultan Yussuf Izzuddin Shah
- Yang di-Pertuan Agong Malaysia kesembilan
- 1 Julai 1983 Dewan Negara Perak memahkotakan Almarhum baginda sebagai Raja Muda Perak
- 3 Februari 1984 dimahsyurkan sebagai Sultan Perak ke-34
- 9 Disember 1985 ditabal sebagai Sultan Perak secara rasmi


Pendidikan
----------

- Government English School, Batu Gajah (kini SMK Sultan Yussuf, Batu Gajah)
- Kolej Melayu Kuala Kangsar (MCKK)
- Ijazah Sarjana Muda Undang-undang di University of Nottingham, United Kingdom pada tahun 1953
- 23 November 1954 sah menjadi ahli di dalam The English Bar oleh The Honorable Society of Lincoln’s lnn

Kerjaya
--------

- Memulakan perkhidmatan sebagai Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Perak
- Menyertai Perkhidmatan Undang-undang dan Kehakiman Persekutuan Tanah Melayu sebagai Majistret Kelas Pertama dan Presiden Mahkamah Sesyen
- Penasihat Undang-Undang Negeri Pahang
- Penasihat Undang-Undang Negeri Johor
- Pendaftar Mahkamah Tinggi Persekutuan Tanah Melayu
- Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan Malaysia
- 1965 Almarhum dilantik menjadi Hakim Mahkamah Tinggi Malaya sekali gus menjadi hakim termuda dalam sejarah kehakiman Komanwel pada usia 37 tahun.
- 1973 Hakim Mahkamah Persekutuan
- 1979 Ketua Hakim Mahkamah Tinggi Malaya
- 12 November 1982 menjadi Ketua Hakim Negara kelima menggantikan Tun Mohamad Suffian Hashim yang bersara

Sumbangan
---------

- Canselor Universiti Sains Malaysia (USM), Pulau Pinang (4 Oktober 1971 hingga Februari 1984).
- Pengerusi Jawatankuasa Penasihat Pendidikan Tinggi (1 November 1974 hingga 31 Oktober 1976)
- Canselor Universiti Malaya sejak 8 Februari 1986 hingga Mei 2014
- Dianugerahkan Ijazah Kehormat Kedoktoran Kesusasteraan oleh Universiti Malaya pada 30 Jun 1979
- Dianugerah Ijazah Kehormat Kedoktoran Undang-undang oleh Universiti Sains Malaysia , Pulau Pinang pada 28 Jun 1980
- Dianugerah Ijazah Kehormat Kedoktoran Undang-Undang oleh University of Nottingham pada 11 Julai1986
- Dianugerah ‘Kerusi Kehormat’ oleh Lincoln’s lnn, London pada 1988
- Dianugerahkan Ijazah Kehormat Kedoktoran Undang-undang oleh Universitas Gadja Mada, Jogjakarta, lndonesia pada 28 September 1990
- Dianugerahkan Ijazah Kehormat Kedoktoran Undang-undang oleh Universiti Brunei Darussalam pada 30 Oktober 1990
- Dianugerahkan Ijazah Kehormat oleh Universiti Chulalongkon, Bangkok, Thailand pada 19 Disember 1990
- Anugerah sebagai Ahli Kehormat The Royal College of Physician of lreland pada 2 Oktober 1991
- Anugerah sebagai Ahli Kehormat The Royal College of Surgeons of Edinburgh dan The Royal College of Surgeons of England pada 1999

Sukan
-----
- Almarhun baginda Sultan Azlan aktif dalam sukan hoki sejak zaman persekolahan di Batu Gajah dan Kuala Kangsar.
- Presiden Persekutuan Hoki Malaysia
- Presiden Hoki Asia
- Naib Presiden Persekutuan Hoki Antarabangsa.
- Membina Stadium Hoki Sultan Azlan Shah di lpoh pada 1983.
- Penaung Diraja bagi Persatuan Undang-undang Malaysia di Great Britain dan Eire, The British Graduates Association of Malaysia, Akademi Perubatan Malaysia, The Rotary Clubs, The Lions Clubs, Kelab Golf Diraja Perak, Kelab Polo lskandar, Kelab Golf Kuala Kangsar, Persatuan Alam Sekitar Malaysia serta Persatuan Hoki Veteran Perak.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://ahmadzikron-zikron.blogspot.com/2014/05/sultan-perak-sultan-azlan-shah-mangkat.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Majlis Resepsi Perkahwinan Azlan Ishak Nurattika Ramli

Majlis Resepsi Perkahwinan Azlan Ishak Nurattika Ramli

papar berkaitan - pada 11/11/2021 - jumlah : 166 hits
Sekitar majlis resepsi perkahwinan di aman putra terima kasih kepada yang tuan rumah kerana memberi kepercayaan kepada Raiza Catering Services untuk menyediakan juadah untuk majlis perkahwinan Sila Kelaman Website Kami Untuk Post Penuh
Highlights Perak 1 4 Terengganu

Highlights Perak 1 4 Terengganu

papar berkaitan - pada 31/10/2021 - jumlah : 378 hits
Ipoh Terengganu FC terus mengutip tiga mata bagi mengukuhkan ditangga teratas Kumpulan D TM Piala Malaysia apabila berjaya menewaskan Perak FC di Stadium Perak Ipoh Gol dijaringkan oleh Faisal Halim gol sendiri pemain Perak dan dua gol mene...
Lokasi Bermain Dart Kawasan Subang Shah Alam Scatter Club

Lokasi Bermain Dart Kawasan Subang Shah Alam Scatter Club

papar berkaitan - pada 18/11/2021 - jumlah : 243 hits
Kepada darters area Klang Shah Alam USJ Subang atau sekitar dengannya kini terdapat satu lokasi baru untuk anda melontar dart bersama otai otai dart yang lain Scatter Club yang baru sahaja beroperasi pada bulan Januari 2016 mempunyai 8 dart...
Jenazah Kapten Affendi Selamat Di Kebumikan Di Tanah Perkuburan Islam Muadzam Shah

Jenazah Kapten Affendi Selamat Di Kebumikan Di Tanah Perkuburan Islam Muadzam Shah

papar berkaitan - pada 18/11/2021 - jumlah : 200 hits
ROMPIN Hujan renyai mengiringi pengebumian juruterbang Tentera Udara Diraja Malaysia Allahyarham Kapten Mohamad Affendi Bustamy yang maut dalam nahas pesawat Hawk 108 di Tanah Perkuburan Islam Muadzam Shah di sini malam tadi Jenazah Allahya...
Makan Ayam Goreng Muiz Korean Cheese Seksyen 2 Shah Alam Selangor

Makan Ayam Goreng Muiz Korean Cheese Seksyen 2 Shah Alam Selangor

papar berkaitan - pada 16/11/2021 - jumlah : 569 hits
Makan Ayam Goreng Muiz Korean Cheese Nampaknya cerita beberapa minggu lepas ni baru sekarang mama berkesempatan nak post Sesiapa yang duduk Shah Alam atau area Selangor pernah makan tak ayam goreng Muiz ni Bila ternampak video di FB tetiba ...
Merawat Masalah Rambut Gugur Di Klinik Rawatan Rambut Klinik Dr Bazilah Di Shah Alam Dan Bangi

Merawat Masalah Rambut Gugur Di Klinik Rawatan Rambut Klinik Dr Bazilah Di Shah Alam Dan Bangi

papar berkaitan - pada 17/11/2021 - jumlah : 311 hits
Merawat Masalah Rambut Gugur di Klinik Rawatan Rambut Klinik Dr Bazilah di Shah Alam dan Bangi Memiliki rambut lebat hitam dan bermaya menjadi idaman setiap orang tak kira lelaki atau wanita Tapi agak merisaukan apabila kita mengalami masal...
Authorities Still Waiting For Full Report On Perak Teen S Post Vax Death

Authorities Still Waiting For Full Report On Perak Teen S Post Vax Death

papar berkaitan - pada 31/10/2021 - jumlah : 402 hits
The health authority is waiting for a full report from a forensics expert before they can determine the cause of death of a teenager who died a day after receiving his second dose of the Covid 19 vaccine Perak Health Department director Dr ...
Jkn Perak Siasat Remaja Meninggal Dunia Sehari Selepas Terima Dos Kedua

Jkn Perak Siasat Remaja Meninggal Dunia Sehari Selepas Terima Dos Kedua

papar berkaitan - pada 31/10/2021 - jumlah : 485 hits
Oleh ASLIZA MUSA DING LAY MINGIPOH Jabatan Kesihatan Negeri Perak menunggu laporan lengkap bedah siasat terhadap seorang remaja lelaki berusia 15 tahun yang meninggal dunia Ahad lalu iaitu sehari selepas menerima dos kedua vaksin Covid 19 P...
Polis Perak Tingkat Pemantauan Sop Sepanjang Deepavali

Polis Perak Tingkat Pemantauan Sop Sepanjang Deepavali

papar berkaitan - pada 2/11/2021 - jumlah : 201 hits
Oleh ASLIZA MUSA MAZLAN SANTARAIIPOH Polis Perak meningkatkan pemantauan dan penguatkuasaan prosedur operasi standard Covid 19 terutama di kawasan perumahan serta tumpuan ramai sepanjang sambutan Deepavali Timbalan Ketua Polis negeri Datuk ...
Addressing Flaws In Mrt3 S Strategy

Yoursay Will Anything Come Out Of Ayer Keroh Accident Probe

Makan Tengah Hari Di Jeti Nelayan Kesang

Comment On Nasihat Untuk Mereka Yang Ingin Berkunjung Ke Sungai Kedondong Batang Kali Selangor By Zul

Merry Christmas And Happy New Year

Hiking Gunung Bubu Gerik

We Didn T Force Staff To Attend Xmas Do Says Ministry

Mengalahkan Kami Yang Non Muslim Marion Caunter Dikritik Netizen Gara Gara Sambut Perayaan Krismas


echo '';
Kenapa Sambutan Krismas Disebut Sebagai Hari Natal

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Wanita Milik Kaiden Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Empat Cara Mengawal Kemarahan

Jihad Membela Fitnah Pas

Lembaga Kursus Untuk Profesional Guna Meningkatkan Teknik Komunikasi

Kaya Homemade Sukatan Untuk Stok Seminggu

Surah Adh Dhuha

Pulau Besar Melaka Aktiviti Menarik Dan Lokasi