Sultan Pahang Zahirkan Kebimbangan Dan Tidak Mahu Kawasan Felda Di Negeri Ini Dijadikan Sarang Dadah




MARAN: Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menzahirkan kebimbangan terhadap masalah dadah di kawasan Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) di negeri ini dan tidak mahu tanah rancangan itu dijadikan "sarang" dadah.
Baginda bertitah demikian berikutan data Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) menunjukkan daripada 4,204 penagih yang direkodkan di Pahang, sebanyak 1,317 orang membabitkan kawasan Felda termasuk 264 orang dikenal pasti dari Felda Jengka.
"Felda asalnya adalah lambang kejayaan negara, tanah subur yang melahirkan generasi peneroka. Saya tidak mahu warisan ini terus dicemari gejala hitam. Kembalikan maruahnya sebagai tanah berkat yang melahirkan generasi teguh, berilmu dan berakhlak," titah baginda.
Al-Sultan Abdullah bertitah demikian ketika menyempurnakan Majlis Penutup Jelajah Pahang Teguh Dadah Terkawal (PTDT) sempena Sambutan Peringatan Hari Antidadah peringkat negeri di Dewan Balora Mastika di sini hari ini.
Turut hadir Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail dan Menteri Besar Pahang Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail.
Dalam pada itu, Al-Sultan Abdullah turut mengingatkan kepimpinan Felda supaya mengambil serius isu berkenaan dan tidak hanya menumpukan kepada keuntungan atau kepentingan politik semata-mata.
"Masalah dadah sudah berleluasa dalam kalangan anak muda di Felda. Pemimpin atasan perlu lebih bertanggungjawab bagi memastikan gejala ini dapat dibendung. Saya berharap kehadiran saya hari ini menjadi noktah kepada masalah dadah," titah baginda.
Sementara itu, baginda turut menegaskan penguatkuasaan di sempadan laut perlu diperkukuh dengan kerjasama erat Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia, Polis Diraja Malaysia, Tentera Laut Diraja Malaysia dan komuniti setempat supaya perairan negara tidak menjadi pintu masuk najis dadah.
Baginda bertitah sindiket penyeludupan menggunakan pelbagai cara termasuk bot nelayan, kapal dagang dan perahu kecil untuk membawa masuk bahan terlarang itu dari luar negara sebelum didaratkan di pantai dan muara terpencil.
"Pahang dengan garis pantai yang panjang dari Rompin hingga Cherating, menjadi sasaran sindiket yang licik. Ada yang berpura-pura sebagai nelayan, sedangkan jaring mereka bukan untuk ikan tetapi untuk jerat anak bangsa dengan najis dadah.
"Dari laut inilah bekalan itu kemudiannya menular ke darat, meresap ke bandar dan desa, menjerat belia, pelajar bahkan pekerja yang sepatutnya menjadi tulang belakang negeri," titah baginda. #AstroAwani
http://www.pahangdaily.blogspot.com

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://pahangdaily.blogspot.com/2025/09/sultan-pahang-zahirkan-kebimbangan-dan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Sultan Pahang Cadang Air Borneo Wujudkan Penerbangan Terus Melalui Laluan Kuching Kuantan Melaka

Sultan Pahang Cadang Air Borneo Wujudkan Penerbangan Terus Melalui Laluan Kuching Kuantan Melaka

papar berkaitan - pada 9/9/2025 - jumlah : 4233 hits
KUANTAN Sultan Pahang Al Sultan Abdullah Ri ayatuddin Al Mustafa Billah Shah menzahirkan minat baginda terhadap penubuhan syarikat penerbangan baharu Sarawak Air Borneo Titah baginda perkhidmatan itu kelak berpotensi menghubungkan Pahang Sa...
Sultan Pahang Tengku Ampuan Zahir Ucapan Hari Malaysia

Sultan Pahang Tengku Ampuan Zahir Ucapan Hari Malaysia

papar berkaitan - pada 16/9/2025 - jumlah : 3335 hits
Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah dan Tengku Ampuan Pahang Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah menyeru semua rakyat memperkukuhkan semangat muhibah Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah dan Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berharap...
Puding Raja Makanan Negeri Pahang

Puding Raja Makanan Negeri Pahang

papar berkaitan - pada 18/9/2025 - jumlah : 2027 hits
nbsp Puding raja ni sejenis makanan tradisional yang terkenal di negeri Pahang nbsp Selalunya kalau kedai kedai makan yang menjual menu ikan patin khasnya ikan patin Temerloh masak tempoyak kadang kadang ada di jual sekali puding raja Dan k...
Kdn Usaha Hapuskan Dadah Di Pahang

Kdn Usaha Hapuskan Dadah Di Pahang

papar berkaitan - pada 20/9/2025 - jumlah : 1130 hits
Merafak sembah menyembahkan ucapan setinggi tinggi menjunjung kasih atas limpah perkenan Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang Al Sultan Abdullah Ri ayatuddin Al Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah berangkat bercema...
Wan Rosdy Penjawat Awam Persekutuan Mungkin Dapat Merasa Sagu Hati Daripada Kerajaan Negeri Pahang

Wan Rosdy Penjawat Awam Persekutuan Mungkin Dapat Merasa Sagu Hati Daripada Kerajaan Negeri Pahang

papar berkaitan - pada 24/9/2025 - jumlah : 1732 hits
KUANTAN Penjawat awam Persekutuan yang berkhidmat di Pahang juga mungkin merasa sagu hati dari kerajaan negeri ini Menteri Besar Pahang Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata pemberian sagu hati itu akan dipertimbangkan sebagai tanda pengh...
Villagers Plea To Pahang Sultan Results In Road Built Within 55 Days

Villagers Plea To Pahang Sultan Results In Road Built Within 55 Days

papar berkaitan - pada 19/9/2025 - jumlah : 1235 hits
A road access issue raised directly with the Sultan of Pahang Al Sultan Abdullah Ri ayatuddin Al Mustafa Billah Shah during the Kembara Pahang 1 0 programme on April 23 was resolved within just 55 days underscoring His Royal Highness deep c...
Sultan Pahang Bertitah Agar Pengusaha Pertanian Di Cameron Highlands Perlulah Utamakan Amalan Esg

Sultan Pahang Bertitah Agar Pengusaha Pertanian Di Cameron Highlands Perlulah Utamakan Amalan Esg

papar berkaitan - pada 12/9/2025 - jumlah : 3801 hits
KUANTAN Pengusaha pertanian khususnya di Cameron Highlands perlu memberikan keutamaan kepada amalan berteraskan persekitaran sosial dan tadbir urus bagi memastikan hasil pertanian terus diterima di pasaran antarabangsa Sultan Pahang Al Sult...
Aduan Masalah Jalan Di Kampung Lebak Seberang Telah Ditangani Dalam 55 Hari Hasil Keprihatinan Sultan Pahang

Aduan Masalah Jalan Di Kampung Lebak Seberang Telah Ditangani Dalam 55 Hari Hasil Keprihatinan Sultan Pahang

papar berkaitan - pada 21/9/2025 - jumlah : 2473 hits
TEMERLOH Keprihatinan Sultan Pahang Al Sultan Abdullah Ri ayatuddin Al Mustafa Billah Shah terserlah apabila aduan masalah jalan yang diterima baginda semasa Program Kembara Pahang 1 0 pada 23 April lepas berjaya diselesaikan dalam tempoh 5...
Masalah Dadah Di Tanah Rancangan Felda Tumpu Usaha Benteras Tokan Bukan Sekadar Kutip Penagih Semata Mata

Masalah Dadah Di Tanah Rancangan Felda Tumpu Usaha Benteras Tokan Bukan Sekadar Kutip Penagih Semata Mata

papar berkaitan - pada 27/9/2025 - jumlah : 782 hits
KUANTAN Masalah dadah di kawasan tanah rancangan Felda terutamanya di daerah ini boleh diselesaikan sekirangan pihak berkuasa mengambil tindakan tegas terhadap pihak pengedar dadah atau tokan bukan hanya tertumpu menangkap penagih dadah sem...
Ihr Weg Zum Erfolg Im Playjango Casino

Kucing Pun Suka Makan Telur

Kaedah Perancang Keluarga Kkm Pilihan Saya

Ex Mic Man Slams Pmx For Ushering In Deepavali Two Days Too Soon Use Open House To Make Political Statement

7 Perkara Kecil Tapi Penting Sebelum Naik Motor Jarak Jauh

Kumpulan Pro Hamzah Dalam Bersatu Mungkin Pindah Ke Pas

Fountain Of Youth Dalam Islam Legenda Ainul Hayat Dan Misterinya

Hukum Shalat Di Belakang Imam Yang Shalat Duduk


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Warga Israel Dikejar Di Pattaya Selepas Curi Sampul Derma Tokong Wat Tham Pha Thong

Beban Tersembunyi Seorang Ibu Yang Ramai Tak Nampak

6 New Ways Google Is Protecting You From Scams

How Remodel Services Turn Disaster Repairs Into Design Opportunities

Tular Video Babi Hutan Serang Kenduri Kahwin Tetamu Lari Bertempiaran

From Speeding Tickets To Blackouts To Rm5 05b Tax Liability Watts Going On Tnb