Sultan Pahang Seru Semua Pihak Bersatu Padu Bekerjasama Jaga Keamanan Dan Kestabilan Negara




KUANTAN: Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini menyeru semua pihak untuk terus bersatu padu dan bekerjasama dalam menjaga keamanan dan kestabilan negara.
Al-Sultan Abdullah bertitah hanya dengan perpaduan yang utuh dan kerjasama jitu, kedaulatan negara dapat dipertahankan selain mengingatkan semua pihak agar jangan mudah bertindak melulu dan sentiasa rasional dalam membuat tindakan.
"Marilah kita bersama-sama memelihara dan mempertahankan nikmat keamanan yang kita kecapi hari ini. Ingatlah, kita kongsi udara yang sama, langit biru yang sama dan bumi yang sama," titah baginda semasa menyempurnakan Istiadat Perbarisan Sempena Hari Ulang Tahun Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Ke-66 di sini hari ini.
Keberangkatan tiba Sultan Pahang di Pangkalan Udara Kuantan pada 9 pagi diiringi Tengku Panglima Raja Brig Jen Tengku Amir Nasser Ibrahim Shah dan disambut Panglima Tentera Udara Jen Tan Sri Mohd Asghar Khan Goriman Khan.
Menerusi titah diraja itu, baginda turut mengingatkan warga TUDM agar terus komited membangunkan tahap kesiapsiagaan peralatan dan modal insan seiring dengan keperluan kuasa udara masa kini dan Pelan Pembangunan Keupayaan TUDM 2055.
Al-Sultan Abdullah yang juga Kolonel Yang DiPertua TUDM bertitah, pada era teknologi yang pesat berkembang, penting bagi pasukan itu meningkatkan kesiapsiagaan dalam mempertahankan kedaulatan negara yang mana ancaman baharu dunia hari ini turut menuntut TUDM sentiasa berinovasi dan memperkukuhkan keupayaan pertahanan.
"Beta yakin dan percaya dengan semangat juang yang tinggi dan sokongan padu semua pihak, TUDM akan terus maju berjaya dalam mengharungi 1001 cabaran yang mendatang," titah baginda.
Baginda bertitah parameter tanggungjawab TUDM kini bukan sahaja tertumpu kepada pertahanan ruang udara, malah merupakan tulang belakang dalam usaha sama mengukuhkan benteng di Zon Maritim serta daratan Semenanjung Malaysia dan Malaysia Timur.
"Pada hemat beta, pasukan yang sentiasa terbang tinggi di angkasa raya ini bukan sahaja sebuah angkatan udara tetapi adalah simbol keberanian, integriti dan dedikasi. Oleh itu, teruslah terbang membawa panji-panji keamanan demi kedaulatan tanah air supaya terus terpasak teguh di bumi bertuah ini," titah baginda.
Sultan Pahang turut menzahirkan penghargaan kepada pejuang yang telah gugur semasa mempertahankan negara dan bertitah bahawa jasa serta pengorbanan mereka akan dikenang sepanjang zaman.
Seramai 23 pegawai dan 418 anggota diketuai Lt Kol Ahmad Zikri Azhar terlibat dalam istiadat perbarisan sempena Hari Ulang Tahun TUDM yang bertemakan 'Kuasa Udara, Perisai Kedaulatan Negara' itu.
Istiadat perbarisan berkenaan turut disertakan dengan terbang lintas pesawat TUDM melibatkan pesawat pejuang Sukhoi Su-30MKM, F/A-18D Hornet dan BAE Hawk, pesawat angkut A400M dan C-130H, helikopter EC 725 AP dan AW 139 serta pesawat latihan PC-7 MK II. #sumber
http://www.pahangdaily.blogspot.com

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://pahangdaily.blogspot.com/2024/06/sultan-pahang-seru-semua-pihak-bersatu.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Hadiri Forum Iiss Shangri La Menhan Prabowo Dorong Peran Aktif Negara Di Dunia Ciptakan Perdamaian Dan Keamanan

Hadiri Forum Iiss Shangri La Menhan Prabowo Dorong Peran Aktif Negara Di Dunia Ciptakan Perdamaian Dan Keamanan

papar berkaitan - pada 2/6/2024 - jumlah : 201 hits
Kehadiran Menhan Prabowo Subianto dalam forum ini tidak hanya menunjukkan komitmen Indonesia terhadap kerja sama internasional di bidang keamanan
Universiti Malaysia Pahang Al Sultan Abdullah Diiktiraf 146 Terbaik Dunia Di Bawah Usia 50 Tahun

Universiti Malaysia Pahang Al Sultan Abdullah Diiktiraf 146 Terbaik Dunia Di Bawah Usia 50 Tahun

papar berkaitan - pada 20/5/2024 - jumlah : 255 hits
KUANTAN Universiti Malaysia Pahang Al Sultan Abdullah diiktiraf dunia sebagai universiti ke 146 terbaik dunia di bawah usia 50 tahun oleh Times Higher Education Young University Rankings 2024 Pencapaian itu meletakkan UMPSA berada di kedudu...
Menteri Besar Pahang Terima Rawatan Di Institut Jantung Negara Mulai Esok

Menteri Besar Pahang Terima Rawatan Di Institut Jantung Negara Mulai Esok

papar berkaitan - pada 6/6/2024 - jumlah : 207 hits
KUANTAN Menteri Besar Pahang Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail akan menerima rawatan di Institut Jantung Negara di ibu negara bermula esok sehingga satu tarikh yang akan ditentukan doktor kelak Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Seri Zulkifli Y...
Menteri Esdm Ajak Semua Pihak Atasi Dampak Perubahan Iklim Ini Tantangan Yang Kompleks

Menteri Esdm Ajak Semua Pihak Atasi Dampak Perubahan Iklim Ini Tantangan Yang Kompleks

papar berkaitan - pada 20/5/2024 - jumlah : 193 hits
Menteri ESDM menyebut perubahan iklim adalah tantangan bersifat kompleks yang tidak hanya bisa diselesaikan oleh pemerintah
37 Wni Ditangkap Aparat Keamanan Saudi Karena Berhaji Tanpa Visa Resmi

37 Wni Ditangkap Aparat Keamanan Saudi Karena Berhaji Tanpa Visa Resmi

papar berkaitan - pada 3/6/2024 - jumlah : 161 hits
Saat ini total terjadi tiga kasus haji tanpa visa resmi dengan melibatkan puluhan orang
Sim Gunakan Nik Dpr Wanti Wanti Soal Keamanan Data

Sim Gunakan Nik Dpr Wanti Wanti Soal Keamanan Data

papar berkaitan - pada 28/5/2024 - jumlah : 91 hits
Di era digital seperti ini sistem single data justru bisa dimanfaatkan oknum oknum tertentu untuk kejahatan
Selamat Hari Wesak Dari Kami Semoga Keamanan Dan Keinsafan Menyertai Anda

Selamat Hari Wesak Dari Kami Semoga Keamanan Dan Keinsafan Menyertai Anda

papar berkaitan - pada 22/5/2024 - jumlah : 137 hits
Semoga kamu mendapat kedamaian dan pencerahan di Hari Wesak ini Selamat Hari Wesak dari kami The post appeared first on
7 Laporan Diterima Kes Pemandu E Hailing Hina Islam Negara

7 Laporan Diterima Kes Pemandu E Hailing Hina Islam Negara

papar berkaitan - pada 9/6/2024 - jumlah : 187 hits
Oleh Syeikh Baran Tangkap layar video tular seorang pemandu e hailing didakwa menghina agama Islam serta memburukkan Malaysia Polis Diraja Malaysia sedang mengesan pemandu e hailing yang didakwa mengeluarkan kenyataan menghina Islam dan Mal...
Selangor Govt Offers Alternatives To Cattle Farmers Facing Eviction

Rm42 Billion Fdi Up In Smoke Malaysia S Solar Industry Hit As Chinese Companies Shut Down Due To U S Tariffs

Sd Guthrie Defends Eviction Of Selangor Cattle Farmers

15 Months Jail For Korean Man Over Fake Currencies

Sabah Cops Man Beating Employee In Viral Video Was In 2019

Featured In Rent Com How To Connect With Your Inner Child Through Decor

Put Aside Egos And Resolve Rice Crisis Mat Sabu Syed Hussin Told

Bufet Ramadan 2025 Di Le Meridien Petaling Jaya


echo '';
4 Tanda Ketagihan Yang Jelas Pada Wajah Seorang Penagih Syabu Ice

Biodata Putra Abdullah Atlet Muay Thai Boxing Malaysia Seangkatan Johan Ghazali Jojo Team Jordan Boy

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Akad Yang Terlindung Slot Samarinda TV3


Risks To Avoid Buy Sell Domains

Dua Hari Guna Hotspot

Us Tarik Diri Daripada Who Malaysia Perlu Menimbang Langkah Serupa Kenyataan Media Ppim 24 01 2025

Filem Bukan Hantu Biashe Biashe

Kkm Larang Jualan Produk Yang Dikesan Mengandungi Racun

Lirik Lagu Rayuan Nurani Saffone