Sultan Pahang Berkenan Melancarkan Program Penanaman Pokok Wasco Forest Fasa 2 Seluas 670 Hektar




KUANTAN: Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini berkenan melancarkan Wasco Forest Fasa 2, iaitu program penanaman pokok meliputi kawasan seluas 670 hektar dengan visi menanam sejuta pokok bagi menyokong usaha penghutanan semula di Hutan Simpan Lepar.
Program anjuran Wasco Berhad (Wasco) dan Yayasan Wasco dengan kerjasama Jabatan Perhutanan Pahang itu menzahirkan komitmen negeri terhadap kemampanan alam sekitar di samping menyumbang kepada Pahang Sifar Bersih Karbon 2030 serta komitmen Malaysia di bawah Perjanjian Paris.
Berangkat sama Tengku Ampuan Pahang Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.
Turut hadir Menteri Besar Pahang Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail, Pengerusi Yayasan Wasco Datuk Mohamed Nizam Abdul Razak dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Wasco Giancarlo Maccagno.
Dalam ucapannya, Mohamed Nizam berkata inisiatif itu mencerminkan sumbangan Wasco terhadap matlamat iklim Malaysia dan usaha penghutanan semula global dalam memulihkan tanah terdegradasi, menyerap karbon serta melindungi khazanah semula jadi negara.
Beliau berkata Fasa 2 dibangunkan berasaskan kejayaan Wasco Forest Fasa 1 yang dilancarkan pada 2021, yang menyaksikan penanaman 160,000 pokok di kawasan seluas 100 hektar dengan kadar kelangsungan hidup sebanyak 87 peratus.
“Fasa kedua ini bukan sekadar mengenai penanaman pokok, ia juga melibatkan pemuliharaan dan penambahbaikan, membangunkan hutan sekunder, memperkukuh biodiversiti serta mewujudkan makmal hidup yang membolehkan universiti dan penyelidik mengkaji ekosistem untuk dekad-dekad akan datang.
“Ia juga mengenai kerjasama komuniti bersama Orang Asli, yang ilmu dan tradisi mereka menjadi sebahagian penting kepada kemampanan landskap ini serta kebijaksanaan mereka amat signifikan untuk masa depan tanah ini. Usaha bersama ini membentuk kisah kesinambungan dan aspirasi daripada 160,000 pokok yang telah ditanam di Wasco Forest Fasa 1 di Hutan Simpan Berkelah,” katanya di sini hari ini.


Mohamed Nizam berkata berbeza dengan kempen penanaman konvensional, Fasa 2 memberi tumpuan kepada pengayaan hutan sekunder dengan menggabungkan spesies cepat tumbuh seperti kelampayan bersama tumbuhan kayu keras termasuk merawan dan meranti.
Sementara itu, menjawab pertanyaan mengenai bagaimana Wasco akan memastikan kelangsungan hidup sejuta pokok di bawah Fasa 2, Maccagno berkata komitmen syarikat itu bukan sekadar penanaman tetapi turut merangkumi pemantauan dan penyelenggaraan berterusan.
“Ia bukan sekadar tanam dan kemudian membiarkannya. Kami komited terhadap pemantauan berterusan. Sebagai contoh, pokok yang ditanam pada 2021 telah dipantau semula dua tahun kemudian bagi menentukan kadar kelangsungan hidupnya. Pada masa sama, kami juga mengukur stok karbon dan biodiversiti,” katanya.
Beliau berkata usaha penghutanan semula itu dilaksanakan dengan kerjasama erat Jabatan Perhutanan Pahang yang memberikan panduan teknikal mengenai jenis dan lokasi pokok yang perlu ditanam.
Maccagno berkata kerja-kerja penyelenggaraan merangkumi pengubahsuaian aliran air bagi memastikan kawasan yang kering mendapat bekalan air mencukupi, serta penggunaan baja dengan cara dan kuantiti yang tepat seperti disarankan oleh pakar perhutanan.
“Kami mempunyai petugas di lapangan setiap hari. Jika terdapat pokok yang menunjukkan keadaan kurang baik, tindakan segera akan diambil dengan merujuk kepada pakar. Inilah komitmen kami untuk tempoh 30 tahun akan datang,” katanya. #Bernama
http://www.pahangdaily.blogspot.com

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://pahangdaily.blogspot.com/2025/10/sultan-pahang-berkenan-melancarkan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Sultan Pahang Berkenan Terima Sumbangan Rm6 87 Juta Daripada Fgv Untuk Disalur Kepada Muip Komuniti Setempat

Sultan Pahang Berkenan Terima Sumbangan Rm6 87 Juta Daripada Fgv Untuk Disalur Kepada Muip Komuniti Setempat

papar berkaitan - pada 27/9/2025 - jumlah : 1207 hits
JERANTUT Sultan Pahang Al Sultan Abdullah Ri ayatuddin Al Mustafa Billah Shah hari ini berkenan menerima sumbangan RM6 87 juta daripada FGV Holdings Berhad untuk disalurkan kepada Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang serta komun
Sultan Pahang Zahirkan Kebimbangan Dan Tidak Mahu Kawasan Felda Di Negeri Ini Dijadikan Sarang Dadah

Sultan Pahang Zahirkan Kebimbangan Dan Tidak Mahu Kawasan Felda Di Negeri Ini Dijadikan Sarang Dadah

papar berkaitan - pada 21/9/2025 - jumlah : 2077 hits
MARAN Sultan Pahang Al Sultan Abdullah Ri ayatuddin Al Mustafa Billah Shah menzahirkan kebimbangan terhadap masalah dadah di kawasan Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan di negeri ini dan tidak mahu tanah rancangan itu dijadikan sarang dadah ...
Aduan Masalah Jalan Di Kampung Lebak Seberang Telah Ditangani Dalam 55 Hari Hasil Keprihatinan Sultan Pahang

Aduan Masalah Jalan Di Kampung Lebak Seberang Telah Ditangani Dalam 55 Hari Hasil Keprihatinan Sultan Pahang

papar berkaitan - pada 21/9/2025 - jumlah : 2483 hits
TEMERLOH Keprihatinan Sultan Pahang Al Sultan Abdullah Ri ayatuddin Al Mustafa Billah Shah terserlah apabila aduan masalah jalan yang diterima baginda semasa Program Kembara Pahang 1 0 pada 23 April lepas berjaya diselesaikan dalam tempoh 5...
Sultan Pahang Dan Tengku Ampuan Pahang Zahir Takziah Atas Pemergian Bonda Tengku Permaisuri Selangor

Sultan Pahang Dan Tengku Ampuan Pahang Zahir Takziah Atas Pemergian Bonda Tengku Permaisuri Selangor

papar berkaitan - pada 29/9/2025 - jumlah : 402 hits
KUANTAN Sultan Pahang Al Sultan Abdullah Ri ayatuddin Al Mustafa Billah Shah dan Tengku Ampuan Pahang Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah menzahirkan rasa dukacita serta merakamkan ucapan takziah kepada Tengku Permaisuri Selangor Tengk...
Sultan Selangor Berkenan Kurnia Gelaran Datin Seri Paduka Kepada Isteri Raja Muda

Sultan Selangor Berkenan Kurnia Gelaran Datin Seri Paduka Kepada Isteri Raja Muda

papar berkaitan - pada 2/10/2025 - jumlah : 118 hits
Sultan Selangor Berkenan Kurnia Gelaran Datin Seri Paduka Kepada Isteri Raja Muda SHAH ALAM DYMM Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj berkenan mengurniakan Darjah Kebesaran Kelas Pertama Seri Paduka Mahkota Selangor yang memb...
Program Makan Bergizi Gratis Antara Cita Cita Realita Dan Tantangan

Program Makan Bergizi Gratis Antara Cita Cita Realita Dan Tantangan

papar berkaitan - pada 1/10/2025 - jumlah : 432 hits
BloggerBorneo com Pada tahun 2024 salah satu pasangan calon presiden dan wakil presiden mengusung program makan siang gratis sebagai bagian dari janji politik mereka Janji ini ternyata menjadi salah satu isu populer dalam kontestasi pemilu ...
Dr Wan Azizah Hadiri Program Amal

Dr Wan Azizah Hadiri Program Amal

papar berkaitan - pada 27/9/2025 - jumlah : 623 hits
Saya telah hadir ke Majlis Hi Tea Jiwa Senandung Merdeka 2025 bagi menyantuni asnaf dan anak yatim di Bandar Tun Razak anjuran Pertubuhan Amal Asnaf dan Anak Yatim Sejagat Negara dengan kerjasama Infrasel dan Kl Engineering Turut hadir bers...
Wellness Across Ages An Intergenerational Community Program Ppim 27 09 2025

Wellness Across Ages An Intergenerational Community Program Ppim 27 09 2025

papar berkaitan - pada 27/9/2025 - jumlah : 1173 hits
Program Wellness Across Ages An Intergenerational Community ialah sebuah inisiatif khas yang menekankan kepentingan kesejahteraan warga emas serta hubungan erat antara generasi Program ini merupakan platform penting untuk memberi kesedaran ...
Pas Leader Warns Anwar Of Historic Mistake Downfall With Trump Meet

Kerajaan Pahang Otimis Mampu Capai Kutipan Hasil Lebih Rm1 Bilion Tahun Ini Kutipan Setakat Ini Telah Cecah Rm950 Juta

Umno Youth Is Alcohol Good For People Now Putrajaya

Guan Eng Has Last Laugh As Pmx Turns Villain After Chinese School Halls Exempted From Alcohol Ban

Easy Guyanese Garlic Beef Recipe

Doa Jiran Menembusi Langit Kisah Safitri Diceraikan Dua Hari Sebelum Suami Dilantik Pppk Raih Simpati Ramai

The Electric Porsche Cayenne Enjoy 600 Km Of Exciting Journeys

Patung Unta Viral Dari Mekah


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Hotel Kucing Spa Kinrara Masih Beroperasi

Practical Guide To Hair Loss Treatment In Kl Malaysia

Kumbang Bunga Trending Youtube Di 3 Negara Duet Siti Nurhaliza Bersama Lesti Kejora

Citizens Of The World Aroma Perjalanan Cerita Dan Impian Dalam Setiap Semburan

Kereta Purba Berusia 4000 Tahun Ditemui Keajaiban Terpelihara Dari Kayu Oak

Kerajaan Perancis Menghadapi Krisis Apabila Anggota Dewan Mengundi Mengenai Cukai Kekayaan