Sultan Ahmad Berjasa Pada Pembangunan Pendidikan Pahang



KUANTAN - Kemangkatan Paduka Ayahanda Sultan Ahmad Shah Al-Musta'in Billah Shah ibni Almarhum Sultan Abu Bakar turut dirasai oleh pemain industri dan institusi pengajian tinggi di negeri ini.

Mereka menyifatkan almarhum sebagai seorang sultan yang amat berdedikasi dan sentiasa mencari jalan untuk memajukan aspek pembangunan, kebajikan, pendidikan dan kemudahan asas di Pahang. 

Pengarah Eksekutif ANIH Berhad Datuk Nik Fauzi Nik Hussein yang merakamkan sembah takziah atas kemangkatan almarhum menyifatkan baginda sebagai sultan yang amat berjiwa rakyat sepanjang 45 tahun bergelar Sultan Pahang kelima bermula 7 Mei 1974. 

"Kemangkatan almarhum merupakan kehilangan besar kepada ANIH Berhad kerana baginda amat berjasa dan banyak memainkan peranan dalam usaha merealisasikan penubuhan Lebuhraya Pantai Timur Fasa 1 (LPT 1) pada tahun 2004 untuk kemudahan rakyat," katanya kepada Bernama di sini, hari ini. 

Nik Fauzi juga mewakili keluarga besar ANIH Berhad merakamkan sembah takziah kepada Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatiuddin Al-Mustaffa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Maimunah Iskandariah serta kerabat Pahang atas kemangkatan tersebut. 

Almarhum Sultan Ahmad Shah mangkat pada usia 88 tahun di Institut Jantung Negara (IJN) di Kuala Lumpur pada 8.50 pagi tadi. 

Turut mempunyai kenangan dengan almarhum ialah Pengerusi Lembaga Pelabuhan Kuantan Tan Sri Tengku Azlan Sultan Abu Bakar yang menyifatkan baginda sebagai antara insan yang kerap mengambil tahu perkembangan pembangunan pelabuhan kuantan. 

"Almarhum adalah pemangkin kepada pembangunan pelabuhan ini. Peristiwa paling penting buat warga pelabuhan ialah kesudian almarhum merasmikan Pelabuan Kuantan pada 17 April 1984. 

"Semasa itu baginda ialah Yang di-Pertuan Agong ketujuh negara, namun masih berkenan mencemar duli menerima jemputan untuk merasmikan pelabuhan," katanya. 

Almarhum juga disifatkan sebagai sultan yang amat menitikberatkan pembangunan pendidikan di Pahang kerana menyedari kepentingan ilmu untuk mengubah nasib rakyat. 

Naib Canselor Universiti Malaysia Pahang (UMP) Profesor Ir Dr Wan Azhar Wan Yusoff berkata almarhum banyak menyumbang terhadap pembangunan universiti sehingga dianugerahkan Ijazah Kehormat Doktor Falsafah Kejuruteraan Awam pada Majlis Konvokesyen Komemoratif dan Majlis Konvokesyen Ke-4 UMP pada 2009. 

"Almarhum telah menyempurnakan peletakan batu asas kampus tetap UMP di sini pada 2 Nov 2002 dan pembangunan kampus tetap di Kuala Pahang, Pekan yang kini menjadi mercu tanda sebagai salah satu universiti teknologi terunggul bertaraf dunia," katanya. 

Wan Azhar berkata universiti itu juga telah menerbitkan buku bertajuk ‘The Ruler, The Builder, The Engineer’ sebagai menghargai jasa Sultan Ahmad Shah dalam bidang Kejuruteraan Awam yang begitu berkait rapat dengan jasa almarhum dalam pembangunan negeri. 

Turut merakam sembah takziah ialah Rektor Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) Profesor Emeritus Tan Sri Dzulkifli Abdul Razak yang mengesahkan bahawa almarhum merupakan Ketua Perlembagaan pertama UIAM sejak penubuhan universiti itu pada tahun 1983. 

"Almarhum merupakan tonggak utama UIAM sejak penubuhan universiti ini dan kemangkatan baginda merupakan kehilangan yang amat besar kepada seluruh warga UIAM," katanya. #sumberhttp://www.pahangdaily.blogspot.com

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://pahangdaily.blogspot.com/2019/05/sultan-ahmad-berjasa-pada-pembangunan.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed%3A+blogspot%2FLWFdy+%28Pahang+Daily+Online%29

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Sultan Pahang Ke 5 Sultan Ahmad Shah Mangkat

Sultan Pahang Ke 5 Sultan Ahmad Shah Mangkat

papar berkaitan - pada 22/5/2019 - jumlah : 723 hits
Sultan Pahang kelima Sultan Haji Ahmad Shah Al Musta in Billah Ibni Almarhum Sultan Abu Bakar Ri ayatuddin Al Muadzam Shah mangkat di Institut Jantung Negara di Kuala Lumpur pada jam 8 50 pagi tadi Sultan Ahmad Shah mangkat SULTAN Pahang ke...
Bumi Pahang Menangis Sambut Kepulangan Sultan Ahmad Shah

Bumi Pahang Menangis Sambut Kepulangan Sultan Ahmad Shah

papar berkaitan - pada 23/5/2019 - jumlah : 671 hits
KUANTAN 22 Mei 8211 Bumi Pahang seakan 8216 menangis 8217 menyambut kepulangan Almarhum Paduka Ayahanda Sultan Ahmad Shah Al Musta 8217 in Billah ibni Almarhum Sultan Abu Bakar yang mangkat di ibu negara hari ini Sejak petang tadi cuaca men...
Jenazah Sultan Ahmad Shah Diterbangkan Ke Pahang

Jenazah Sultan Ahmad Shah Diterbangkan Ke Pahang

papar berkaitan - pada 23/5/2019 - jumlah : 359 hits
Kenderaan yang membawa jenazah Paduka Ayahanda Sultan Haji Ahmad Shah Al Musta in Billah meninggalkan perkarangan Istana Negara pada 5 05 petang tadi Van jenazah khas membawa keluar jenazah Almarhum melalui pintu 1 Istana Negara menuju ke P...
Pahang Declares May 23 A State Holiday 40 Day Mourning Period For Sultan Ahmad Shah

Pahang Declares May 23 A State Holiday 40 Day Mourning Period For Sultan Ahmad Shah

papar berkaitan - pada 23/5/2019 - jumlah : 443 hits
KUANTAN Pahang has declared a state holiday on Thursday to allow the people to pay their last respects to the late Sultan Paduka Ayahanda Sultan Ahmad Shah Al Musta in Billah ibni Al Marhum Sultan Abu Bakar Ri ayatuddin Al Mu adzam Shah Sta...
Paduka Ayahanda Sultan Pahang Sultan Ahmad Shah Al Musta In Billah Ibni Almarhum Sultan Abu Bakar

Paduka Ayahanda Sultan Pahang Sultan Ahmad Shah Al Musta In Billah Ibni Almarhum Sultan Abu Bakar

papar berkaitan - pada 22/5/2019 - jumlah : 1214 hits
Alfatihah Raja di Hati Rakyat KUANTAN Paduka Ayahanda Sultan Pahang Sultan Ahmad Shah Al Musta in Billah Ibni Almarhum Sultan Abu Bakar yang mangkat hari ini merupakan seorang raja yang sangat disegani rakyat kerana keperibadian almarhum ya...
Sultan Ahmad Shah Mangkat 22 Mei 2019 8 50 Pagi

Sultan Ahmad Shah Mangkat 22 Mei 2019 8 50 Pagi

papar berkaitan - pada 24/5/2019 - jumlah : 646 hits
Sultan Ahmad Shah mangkat 22 Mei 2019 8 50 pagiSULTAN Pahang kelima Sultan Ahmad Shah Al Musta in Billah Ibni Almarhum Sultan Abu Bakar Ri ayatuddin Al Muadzam Shah mangkat di Institut Jantung Negara Kuala Lumpur 22 Mei 2019 17 Ramadhan 144...
Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Memiliki Keperibadian Menawan Rossa Sebak

Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Memiliki Keperibadian Menawan Rossa Sebak

papar berkaitan - pada 24/5/2019 - jumlah : 413 hits
Berita Penyanyi popular Indonesia Datuk Seri Rossa menyifatkan Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah seorang raja yang mementingkan kesederhanaan selain memiliki keperibadian yang menawan Datuk Seri Rossa atau Rossa sebak ketika berkongsi pengala...
Yayasan Pahang Belanja Rm1 2 Bilion Untuk Biayai Pendidikan

Yayasan Pahang Belanja Rm1 2 Bilion Untuk Biayai Pendidikan

papar berkaitan - pada 19/5/2019 - jumlah : 273 hits
KUANTAN Yayasan Pahang membelanjakan kira kira RM1 2 bilion untuk membiayai biasiswa pinjaman dan program pendidikan sukan kebudayaan serta kemasyarakatan dalam membantu menggerakkan mobiliti sosial di negeri ini sejak 1983 Menteri Besar Da...
Almarhum Sultan Ahmad Shah Telah Pun Selamat Disemadikan

Almarhum Sultan Ahmad Shah Telah Pun Selamat Disemadikan

papar berkaitan - pada 24/5/2019 - jumlah : 743 hits
PEKAN Jenazah Almarhum Paduka Ayahanda Sultan Ahmad Shah Al Musta in Billah Ibni Almarhum Sultan Abu Bakar Ri ayatuddin Al Muadzam Shah selamat disemadikan di Makam Diraja Pekan di sini pada 4 35 petang ini Jenazah Almarhum disemadikan bers...
Kucing Pun Suka Makan Telur

Ex Mic Man Slams Pmx For Ushering In Deepavali Two Days Too Soon Use Open House To Make Political Statement

Kumpulan Pro Hamzah Dalam Bersatu Mungkin Pindah Ke Pas

Dap Slams Pas Mp For Likening Malaysia To Palestine Calls Remarks Extreme

Kaedah Perancang Keluarga Kkm Pilihan Saya

From Speeding Tickets To Blackouts To Rm5 05b Tax Liability Watts Going On Tnb

Koleksi 200 Soalan Ujian Psikometrik Pegawai Penguat Kuasa Gred Kp9

Putin Pertimbang Hadiri Sidang Kemuncak Asean Timbalan Pm Sah Wakili Rusia Anwar


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Penang Turf Club A Central Park For The People

Why The Work From Anywhere Revolution Is The Biggest Opportunity For You In 2025

Warga Israel Dikejar Di Pattaya Selepas Curi Sampul Derma Tokong Wat Tham Pha Thong

Beban Tersembunyi Seorang Ibu Yang Ramai Tak Nampak

6 New Ways Google Is Protecting You From Scams

How Remodel Services Turn Disaster Repairs Into Design Opportunities