Sulit 8872
MP BN adakan pertemuan 'sulit', bincang kedudukan Zahid
JANATUL FIRDAUS YAACOB
10 DISEMBER 2018
KUALA LUMPUR - Selepas sidang Parlimen ini selesai, dijangkakan ahli-ahli Parlimen Umno akan mengatur pertemuan sesama mereka bagi membincangkan ‘isu semasa’, perkara ini disahkan oleh Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin Abu Bakar
Beliau bagaimanapun, tidak dapat memastikan sama ada pertemuan tersebut akan membincangkan pendirian ahli Parlimen Umno berhubung masa depan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi selaku Presiden Umno
"Saya ada dengar beberapa ahli Parlimen yang menjemput, yang kata kita akan adakan perbincangan tidak formal selepas sidang Parlimen kali ini selesai
"Saya tak pasti sama ada pertemuan itu ada kaitan dengan ini (status Ahmad Zahid sebagai Presiden Umno) atau tidak, saya tak dimaklumkan, tapi ada mesej mengatakan kita (ahli Parlimen Umno) perlu berjumpa dan berbincang mengenai beberapa isu semasa dan sebagainya," katanya ketika ditemui di lobi Parlimen, hari ini
Khairy yang juga bekas Ketua Pemuda Umno ketika ditanya sama ada akan menghadiri pertemuan tersebut, beliau berkata, tiada sebarang pendirian mengenai perkara itu kerana Parlimen masih bersidang
Isu ini timbul susulan laporan sebuah akhbar hari ini, yang mendakwa Zahid bersetuju untuk 'berpisah daripada Umno' dan menerima syarat 'perceraian' membabitkan perjalanan politik dan kedudukannya pada masa depan
NST yang memetik seorang ahli Parlimen veteran daripada Umno yang mendakwa 98 peratus daripada 48 ahli Parlimen Umno bersetuju dengan perkara itu, selain menegaskan itu adalah satu-satunya langkah ke depan untuk parti
Ditanya mengenai dakwaan ahli Parlimen Umno bersetuju dengan 'pemergian' Ahmad Zahid yang juga Ketua Pembangkang dan Ahli Parlimen Bagan Datuk, Khairy berkata, beliau tidak tahu mengenai perkara itu
"Saya tak tahu apa-apa. Kalau ada sebarang usaha, mungkin ia tidak membabitkan saya," katanya
Mengenai pandangannya berhubung status Ahmad Zahid sebagai Presiden dan ahli Umno, Khairy berkata beliau belum membuat sebarang pendirian buat masa ini
"Banyak yang dibahaskan, ada pelbagai pandangan dalam Umno dan sebagainya namun buat masa ini, saya belum buat apa-apa pendirian sebab Parlimen masih bersidang
"Kita perlu fikirkan masa depan parti secara teratur dan mendalam. Ia tidak boleh diselesaikan dalam sidang media atau dengan memberi komen terhadap laporan berita yang saya sendiri tidak tahu," katanya
http://www.sinarharian.com.my/politik/mp-bn-adakan-pertemuan-sulit-bincang-kedudukan-zahid-1.913912?
negara2 islam lain x sama seperti Malaysia. mereka hanya satu bangsa Arab, walaupun ada agama minoriti selain islam. Malaysia unik, ada pelbagai agama dan bangsa. kita di Malaysia menerima mereka(cina&india) menjadi warganegara walaupun kita tahu mereka dibawa sebgai kuli oleh british. tapi kita xda masalah menerima mereka menjadi warga negara. Tapi dengan bersyarat. ini yang kamu kena faham! Apa perjanjian mereka dahulu? tahu apa kontrak sosial.? perlembagaan ARTICLE 153? NEGARA arab mana ada kontrak sosial! mana ada article 153. ni yang membezakan kita dgn negara2 lain. hak orng2 melayu ada terkandung dalam article 153. bila nak retifikasikan icerd, dgn sendirinya kita akan terpaksa mengikut peraturan antarabangsa yang bertentangan dengan kontrak sosial dan perlembagaan Malaysia. Ni yang kita kata, bangsa DAP tidak lagi menghormati perlembaggan. Faham x? x faham lagi pi baca perlembgaan negara. فايزل امريل
Kassim Masdor
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://peceq.blogspot.com/2018/12/sulit-8872.html