Suke Tv Meraih Pembiayaan Mdv Dalam Usaha Merealisasikan Pengalaman Penyiaran Berwawasan
Rangkaian penyiaran tempatan, SUKE TV, telah berjaya merangkul pembiayaan dari Malaysia Debt Ventures Berhad (MDV), sebuah syarikat subsidiary Menteri Kewangan (Diperbadankan) [MOF (Inc)] sekaligus mencipta sejarah melalui sebuah majlis hari ini
Majlis tersebut telah dihadiri oleh Dato' AC Mizal, Pengasas dan Pengerusi SUKE TV; Datin Emylia Rosnaida, Pengarah SUKE TV; Khairul Azwan Harun, Pengerusi MDV; dan Nizam Mohammed Nadzri, Ketua Pegawai Eksekutif MDV. Turut menghadiri majlis tersebut adalah pengurusan SUKE TV dan MDV, serta pelbagai media dan portal berita tempatan
Perjanjian pembiayaan tersebut akan menyaksikan MDV menyalurkan kewangan untuk menyokong visi dan misi SUKE TV sebagai rangkaian penyiaran yang didorong oleh harapan, hati dan nilai - a product built by Malaysians, for Malaysians. SUKE TV berhasrat untuk membawa kembali kebahagiaan kepada kehidupan rakyat Malaysia, terutamanya dengan COVID-19 dan bencana-bencana alam telah menggegarkan negara sejak kebelakangan ini. Sebagai platform menyeluruh yang akan memenuhi keperluan semua rakyat Malaysia tanpa mengira jantina, bangsa, agama atau latar belakang, SUKE TV merancang untuk menyampaikan kegembiraan melalui hiburan terus ke kaca TV di rumah penonton
SUKE TV bukan sahaja diasaskan untuk individu, tetapi juga untuk memperkasakan industri perniagaan tempatan. Rangkaian media tersebut juga berharap dapat mewujudkan saluran komprehensif untuk usahawan tempatan mempromosikan dan mengiklankan produk mereka melalui pelbagai slot masa siaran inovatif SUKE Shop dan SUKE HATI
SUKE HATI ialah saluran unggul yang membolehkan sesiapa sahaja menjadi bintang rancangan mereka sendiri. Menerusi saluran ini, individu dari seluruh negara bukan sahaja dapat mempromosikan produk dan jenama mereka secara langsung, tetapi juga dapat mempamerkan bakat mereka atau menyampaikan ucapan istimewa kepada orang tersayang. Dengan penyiaran di TV dan web, interaksi bersama penonton juga akan meningkat dan dipelbagai; dan perniagaan yang dipromosikan juga akan menerima lebih banyak minat dan jualan masa nyata daripada bakal pelanggan mereka
Melalui program dan saluran ini, usahawan-usahawan negara akan mempunyai pilihan yang lebih mudah dan berpatutan untuk mengiklan di TV dan digital, sejajar dengan matlamat SUKE TV untuk menyokong perniagaan tempatan
Mengulas mengenai kerjasama bersama MDV, Pengasas dan Pengerusi SUKE TV, Dato’ AC Mizal berkata SUKE TV amat berbangga dengan detik bersejarah tersebut dan berterima kasih atas bantuan MDV
“Dengan pembiayaan MDV, kami kini dapat mengukuhkan lagi kehadiran dan tempat kami di kalangan pemain industri yang lain sekaligus membantu kami mempromosikan produk Malaysia sejajar dengan hasrat kami untuk sentiasa menyokong perniagaan tempatan,” tambahnya
Sejak dua dekat yang lalu, MDV adalah perintis negara dalam menyalurkan pembiayaan kepada syarikat dalam sektor berasaskan teknologi, yang biasanya kurang mendapat sokongan daripada institusi-institusi kewangan komersial di Malaysia
Pengerusi MDV, Encik Khairul Azwan Harun mengulas bahawa sebagai sebuah rangkaian penyiaran, SUKE TV membawa idea-idea bernas dan relevan yang berpotensi untuk meningkatkan lagi pembangunan dan perkhidmatan industri hiburan tempatan
“MDV berbesar hati kerana dapat menyumbang terhadap perkembangan SUKE TV dan kami tidak sabar untuk melihat pertumbuhan dan kejayaan rangkaian ini pada masa akan datang."
SUKE TV, yang akan dilancarkan secara rasmi tahun ini, telahpun berjaya merangkul anugerah pertamanya melalui penamaan Dato' AC Mizal antara 100 TOP YOUNG CEO 2021 Lifetime Achievement Ikon dalam industri hiburan dan perniagaan
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.mahamahu.com/2022/01/suke-tv-meraih-pembiayaan-mdv-dalam-usaha-merealisasikan-pengalaman-penyiaran-berwawasan.html