Sukarkah Memohon Sijil Halal Jakim


Sukarkah Memohon Sijil Halal JAKIM? Assalamualaikum semua. Scroll facebook tadi ternampak perbincangan tentang status halal restoran di satu page influencer (chef). Memang selalu dia mewarwarkan fasal status halal haram dan syubhah berdasarkan pengalamannya. Dalam banyak hal aku setuju juga dengannya sebab sebahagian muslim ambil mudah bab halal haram makanan ni (taklah kata rasuah tu halal 😏)

Kebetulan malam semalam aku baru ke rumah saudara yang menjadi pegawai bahagian halal ini. Dia agak terkenal jugalah tapi kami datang atas urusan lain. Lucunya kami ambil masa yang begitu lama ikut jalan jauh sebelum sampai rumah dia. Bayangkan dari Kesuma Lakes di Rinching google maps bawa berpusing-pusing masuk Lebuhraya PLUS naik jalan tinggi atas langit, buat u-turn berdekatan Park Royal Bukit Bintang kemudian masuk Terowong SMART baru sampai. 42km beb! hahahhaha... Entah berapa kali lalu plaza tol yang dalam RM11.50 jugalah kena. Naya sungguh! Dari selepas Maghrib kami bertolak selepas Isyak baru sampai padahal kat Cheras je 😂😂. Serentak pula sampai dengan si ustaz tu baru balik dari masjid hahahha...dia pun tak sedar kami belakang dia. Balik tu lalu tol Bukit Dukung jer. Adoi la..

"Sampai juga Kak noh..." Dah banyak kali ajak datang rumah akhirnya sampai juga kak hang 😄

Kenapa Perlu Memohon Sijil Halal?


Banyak syarikat pengeluar makanan atau restoran bukan Islam memiliki sijil halal Jakim berbanding milik peniaga Islam. Kenapa

Salah satunya sebab peniaga Islam kata mereka pastinya menyediakan makanan halal maka apa perlunya sijil halal lagi

Mengapa pula peniaga bukan Islam bersungguh memohon sijil halal

Sebab penduduk Malaysia majoritinya Islam, jadi kalau nak buat duit kena pastikan produk keluaran mereka halal. Mereka juga nampak penyata akaun tak berhenti masuk duit jika dieksport ke negara-negara Islam yang lain. Misi mereka jauh lebih besar

Dalam satu segmen Majalah 3 lama dahulu mereka menemuramah seorang tauke kedai kopi Cina di Kelantan. Dia kata makanan dia mesti halal sebab orang Cina tak ramai di sana. Sumber bahan mentahnya halal dan pekerjanya semua muslim. Aku juga pernah cerita betapa bangganya melihat produk halal Malaysia memenuhi sebuah kedai di Phnom Penh dulu


Halal Bukan Hanya SembelihanMencari yang HALAL LAGI BAIK (bersih, suci dan bebas dari najis) merupakan suatu kewajipan ke atas umat Islam. Dalam konteks dunia hari ini, halal tidak lagi hanya dilihat sebagai suatu kepatuhan di dalam beragama, tetapi ia telah meliputi segenap aktiviti yang dilakukan di dalam kehidupan dan menjadi suatu piawaian pilihan bukan sahaja di kalangan Muslim bahkan orang yang bukan Muslim. Halal merupakan suatu konsep yang boleh digunapakai dalam konteks yang luas iaitu ia tidak terhad kepada makanan semata-mata, malah ia meliputi perkara-perkara lain termasuklah produk-produk penjagaan diri, ubat-ubatan, perkhidmatan dan pengkomersilan yang berkaitan dengan industri halal



Allah SWT menjelaskan berhubung perkara ini di dalam surah al-Baqarah ayat 168 Maksudnya: "Wahai sekalian manusia! makanlah dari apa yang ada dibumi yang halal lagi baik; dan janganlah kamu ikut jejak langkah syaitan kerana sesungguhnya syaitan itu ialah musuh yang terang nyata bagi kamu". 

Jangan Percaya Cakap OrangSelalu dengar orang cakap bukan senang nak dapatkan status halal, mahal dan sebagainya. Nak tanyalah, sebenarnya cari info sendiri ke atau sekadar percaya khabar angin

Sebenarnya proses permohonan hanya sebulan dengan yuran yang sangat murah RM200 sahaja dan kita juga boleh memohon serentak untuk beberapa produk. Paling penting kita patuhi penyediaan dokumen dalam senarai semak. Yang lama ialah proses menunggu pegawai Jakim datang buat verifikasi. Sama macam nak buka klinik, selepas siap renovasi masukkan peralatan dan lawatan Bomba, giliran lawatan verifikasi tu yang lama sebab pegawai-pegawai KKM kena mesyuarat dulu dan pergi satu Malaysia

Dari dahulu lagi kerajaan galakkan peniaga muslim dapatkan sijil halal tetapi ada yang sinis. Jadi jika peniaga mahukan pasaran makanan halal yang lebih besar, mohonlah sijil halal Jakim. Sijil halal Jakim antara yang terbaik dan diyakini seluruh dunia. Jumlah penduduk negara-negara arab berjumlah 436 juta malah Indonesia yang di sebelah Malaysia sahaja pun sebahagian besar daripada 285 juta rakyatnya adalah muslim

Buat je sendiri dulu tak perlu guna khidmat konsultan. Jangan cakap susah sebelum cuba, yang penting rajinkan membaca





Bersembang Bukan KosongDah alang kepalang berjumpa orang bijak pandai berbagai topik kami borakkan dalam masa yang sekejap tu sambil makan kepok lekor baik punyer. Sedak dooh rasa ikang semata. Banyak kali dia ajak datang makan tengahari pula. Nanti kami mai lain naa..

1. Aku tanyalah tentang pengimportant ayam dari China dan Brazil. Tak payah risau katanya, kita ada wakil di sana

2. Bila dia dah kerja bahagian tu, dia kata orang Cina sekecil-kecil benda pun diambil serius dan boleh jual. Dia ada sebut produk berasal daripada terung, apa namanya entah, itu pun mereka mohon sijil halal

3. Dengan berkembang pesatnya permintaan produk halal, peluang kerja sebagai Eksekutif Halal semakin banyak. Syarikat yang ada  Halal Executive sendiri sangat memudahkan kerja. 
4. Pasaran halal di Jepun semakin berkembang. Orang Jepun sangat jujur dan pembersih. Jika mereka berjaya memenuhi bab penyediaan bahan basah/kering halal serta pekerja muslim di dapur, sangat mudah bagi mereka untuk mendapatkan sijil halal. 
Di Jepun agak susah untuk mendapatkan makanan halal. Jika lebih banyak premis menjual makanan halal, ia adalah satu blessing untuk para pelancong. Cuma korang janganlah bawa perangai kat Malaysia ke sana, makan diam diam hormati orang sekeliling. Orang Jepun sangat mengjaga keharmonian masyarakat sekitarnya sampaikan dalam train yang padat melekat pun senyap sunyi


Prosidur Permohonan Pensijilan Halal JAKIMSila semak di sini:
https://myehalal.halal.gov.my/portal-halal/v1/index.php?data=bW9kdWxlcy9jZXJ0aWZpY2F0ZTs7Ozs=&utama=sijil&view=%27

Memeriksa Status Halal ProdukSila semak di sini:
https://myehalal.halal.gov.my/portal-halal/v1/index.php?data=ZGlyZWN0b3J5L2luZGV4X2RpcmVjdG9yeTs7Ozs=

Semoga bermanfaat




































© copyright 2018 – All rights reserved
ruggedmom

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.ruggedmom.com/2025/07/sukarkah-memohon-sijil-halal-jakim.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Jakim Diarah Siasat Isu Syarikat Bekal Makanan Hospital Tiada Sijil Halal

Jakim Diarah Siasat Isu Syarikat Bekal Makanan Hospital Tiada Sijil Halal

papar berkaitan - pada 23/7/2025 - jumlah : 176 hits
Menteri agama berkata beliau telah arah Jakim teliti isu yang dibangkitkan dalam LKAN 2 2025 Menteri agama Mohd Na im Mokhtar berkata beliau tidak dapat mengulas lanjut berhubung isu syarikat tiada sijil halal bekal makanan kepada pesakit H...
Delays On Jakim S End Behind Catering Company S Lack Of Halal Cert Zambry

Delays On Jakim S End Behind Catering Company S Lack Of Halal Cert Zambry

papar berkaitan - pada 24/7/2025 - jumlah : 167 hits
PARLIAMENT Higher Education Minister Zambry Abdul Kadir has highlighted the Islamic Development Department s delay in facilitating companies applications for halal certification The BN senator said this in clarifying a government audit s fi...
Hospital Beri Kontrak Katering Rm25 6 Juta Kepada Syarikat Tiada Sijil Halal

Hospital Beri Kontrak Katering Rm25 6 Juta Kepada Syarikat Tiada Sijil Halal

papar berkaitan - pada 22/7/2025 - jumlah : 147 hits
FMT ReportersPETALING JAYA Audit kerajaan mendedahkan bahawa Hospital Canselor Tuanku Muhriz menganugerahkan kontrak katering tiga tahun bernilai RM25 64 juta kepada sebuah syarikat yang tidak memiliki sijil halal daripada Jabatan Kemajuan ...
Has Jakim S Strict Halal Compliance Standards Been Compromised In Exchange For Us Tariff Reduction

Has Jakim S Strict Halal Compliance Standards Been Compromised In Exchange For Us Tariff Reduction

papar berkaitan - pada 3/8/2025 - jumlah : 204 hits
ASIDE from the purchase of the detractors have set off alarm bells that Malaysia s strict halal compliance standards would have to make way for the recent reduction of US reciprocal tariffs from 25 to 19 This follows a revelation by Religio...
If Umno Regards Turun Anwar Rally As Haram Then Is It Halal To Defend Tyrannical Leader Asks Bersatu

If Umno Regards Turun Anwar Rally As Haram Then Is It Halal To Defend Tyrannical Leader Asks Bersatu

papar berkaitan - pada 1/8/2025 - jumlah : 142 hits
HARAM or halal That seems to be key issue It has been contended by UMNO s Pahang state assemblyman for Kerdau Syed Ibrahim Syed Ahmad s that Saturday s Turun Anwar rally was not in accordance with Islamic principles The State Committee for ...
Sertai Program Pelangi X Pubg Mobile School Of Wonder Info Baucar Buku E Sukan Dan Sijil Penyertaan Disediakan

Sertai Program Pelangi X Pubg Mobile School Of Wonder Info Baucar Buku E Sukan Dan Sijil Penyertaan Disediakan

papar berkaitan - pada 31/7/2025 - jumlah : 162 hits
Program Pelangi X PUBG Mobile School Of Wonder Pelangi dengan kerjasama PUBG Mobile membawakan sebuah program inovatif dan interaktif khas buat pelajar sekolah menengah guru dan pencinta permainan digital Jangan lepaskan peluang menyertai P...
Commission To Be Set Up As Sole Authority On Halal Governance Development

Commission To Be Set Up As Sole Authority On Halal Governance Development

papar berkaitan - pada 1/8/2025 - jumlah : 113 hits
A halal commission will be established a sole entity responsible for halal governance and development coordinating and facilitating industry needs while promoting investment According to the 13th Malaysia Plan document released by the Econo...
Daganghalal Welcomes Malaysia S Halal Initiative Under The 13th Malaysia Plan

Daganghalal Welcomes Malaysia S Halal Initiative Under The 13th Malaysia Plan

papar berkaitan - pada 1/8/2025 - jumlah : 141 hits
DAGANGHALAL COM the world s largest halal verified B2B e marketplace has hailed the RM611 bil 13th Malaysia Plan which outlines the national target to increase while increasing the sector s gross domestic product contribution to 11 by 2030 ...
Tiada Kompromi Mengenai Standard Halal Terhadap Import As Tengku Zafrul

Tiada Kompromi Mengenai Standard Halal Terhadap Import As Tengku Zafrul

papar berkaitan - pada 2/8/2025 - jumlah : 148 hits
Tiada Kompromi Mengenai Standard Halal Terhadap Import AS Tengku Zafrul KUALA LUMPUR 1 Ogos Produk halal yang diimport dari Amerika Syarikat masih perlu mematuhi piawaian yang ditetapkan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia kata Menteri Pel...
Lahad Datu Police Safely Detonate World War Ii Era Bomb

Servis Ihsan Madani Perodua 2025

Bukan Saja Rafizi Sindir K Jaan Madani Anwar Pun Kena Balun Atas Isu Rasuah

Master Dealer Conference 8 0

Lirik Lagu Misha Omar Break

Influencers As Marketing Strategy

Penunggang Motosikal Terlelap Pembonceng Tercampak Dari Jejantas

Olahragawati Mssm 2025 Izzatul Musfirah


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Rules For Beginners Playing Toto Togel Online For Real Money

Kenapa Rasulullah Saw Larang Tampar Muka

Resepi Masak Lemak Telur Dadar

Time Management Strategies

Papa Gomo Dijatuhi Jel 30 Hari Kerana Hina Mahkamah

Humain Chat Saudi Arabia S Groundbreaking Arabic Ai Revolution