Sukarelawan Nestl Ceriakan Kanak Kanak Autistik


Sempena Bulan Kesedaran Autisme April ini, Nestlé Malaysia baru-baru ini bekerjasama dengan Persatuan Kebangsaan Autisme Malaysia (NASOM) untuk menceriakan seramai 50 kanak-kanak dalam sesi sukaneka, sebagai sebahagian daripada Program Sukarelawan Kakitangan Nestlé Malaysia yang dikenali sebagai Nestlé ROCKS (Reaching Out to Community and Kids).

Aktiviti tersebut bersama sukarelawan Nestlé, yang lebih mesra dikenali sebagai ROCKers, bertujuan untuk menggalakkan mereka menyertai aktiviti yang menyeronokkan serta membantu meningkatkan integrasi sensori, komunikasi dan kemahiran interaksi sosial mereka. Sesi sukaneka itu meliputi pelbagai aktiviti interaktif seperti permainan kerusi berirama dan permainan bola yang dipertingkatkan untuk menggalakkan kanak-kanak belajar menerusi pengalaman.


Menurut Puan Nirmalah Thurai, Pengarah Eksekutif Hal Ehwal Korporat Kumpulan, Nestlé Malaysia, “Usaha menyokong masyarakat adalah sesuatu yang dekat di hati kami dan kami teruja kerana dapat bekerjasama dengan NASOM untuk menganjurkan hari yang menyeronokkan bersama kanak-kanak ini dan keluarga mereka. Kami gembira kerana berpeluang untuk membantu meningkatkan kesedaran orang ramai, dengan matlamat untuk memberi lebih kefahaman dan sokongan kepada masyarakat autistik.”



Puan Felina Feisol, Pengerusi NASOM, tambah lagi, “Kami terharu melihat sebuah syarikat terkenal seperti Nestlé Malaysia mencurahkan masa dan tenaga untuk menyokong perjuangan kami. Kanak-kanak ini seronok dapat berinteraksi dengan ROCKers Nestlé dan aktiviti ini juga menyokong pembangunan peribadi dan kemahiran komunikasi serta meningkatkan keyakinan mereka. Kami berharap untuk meneruskan kerjasama dengan Nestlé Malaysia bagi meningkatkan kesedaran dalam kalangan rakyat Malaysia.”

Selain sesi sukaneka, Nestlé Malaysia menyumbangkan barangan bernilai RM13,000 kepada pusat NASOM untuk keperluan pentadbiran mereka, termasuk mesin perlaminaan, papan putih dan projektor LCD. Mereka juga menyumbangkan produk-produk seperti MILO, NESTUM dan bijirin sarapan Nestlé.


Mengenai Nestlé MalaysiaNestlé merupakan pengeluar makanan dan minuman terbesar di dunia. Beribu pejabat di Switzerland, Nestlé beroperasi di 189 buah negara di seluruh dunia, dan seramai 328,000 orang kakitangan kami komited terhadap matlamat Nestlé, iaitu untuk mempertingkatkan kualiti kehidupan serta memainkan peranan untuk membina masa depan yang lebih sihat. Prestasi kami dipacu oleh strategi Pemakanan, Kesihatan dan Kesejahteraan kami. Menjana khasiat rakyat Malaysia sejak 1912, Nestlé telah meraih kepercayaan para pengguna kami menerusi jenama dan produk kami yang bermutu tinggi. Kami juga komited untuk mempertingkatkan kualiti kehidupan masyarakat di mana kami beroperasi, sambil mengekalkan kecemerlangan dan ketelusan produk Halal kami. Ini sejajar dengan janji kami untuk menawarkan GOOD FOOD, GOOD LIFE kepada semua. Untuk ketahui lebih lanjut tentang usaha kami menjana khasiat rakyat Malaysia melebihi seabad, sila layari www.nestle.com.my atau kunjungi laman Facebook kami di http://www.facebook.com/NestleMalaysia




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.ciktie.com/2019/04/sukarelawan-nestle-ceriakan-kanak-kanak.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Rawatan Awal Untuk Kanak Kanak Yang Mempunyai Masalah Mata Juling

Rawatan Awal Untuk Kanak Kanak Yang Mempunyai Masalah Mata Juling

papar berkaitan - pada 13/4/2019 - jumlah : 668 hits
Mata juling berlaku apabila kedua dua belah mata tidak selari sejajar dan melihat ke arah yang berlainan Satu mata memandang ke hadapan manakala mata di sebelahnya memandang ke lain sama ada ke dalam ke luar ke atas atau ke bawah mata julin...
Nepal Sekat Pubg Elak Ketagihan Di Kalangan Kanak Kanak Remaja

Nepal Sekat Pubg Elak Ketagihan Di Kalangan Kanak Kanak Remaja

papar berkaitan - pada 13/4/2019 - jumlah : 264 hits
Nepal sekat PUBG elak ketagihan di kalangan kanak kanak remajaPihak berkuasa Nepal mula mengharamkan permainan popular PlayerUnknown s Battlegrounds kerana ia membawa kesan dan impak negatif kepada golongan kanak kanak lapor Reuters Kami te...
Kerajaan Nepal Mengharamkan Permainan Pubg Kerana Ia Memberi Kesan Negatif Kepada Kanak Kanak

Kerajaan Nepal Mengharamkan Permainan Pubg Kerana Ia Memberi Kesan Negatif Kepada Kanak Kanak

papar berkaitan - pada 13/4/2019 - jumlah : 312 hits
Permainan PUBG merupakan permainan berbentuk battle royale yang memerlukan pengguna bertempur antara satu sama lain untuk memenanginya Ia telah membuatkan ramai yang meluangkan masa untuk memainkan permainan ini termasuk golongan di bawah u...
Usia 6 Tahun Tapi Saiz Badan Seperti Kanak Kanak 4 Tahun Laila Istimewa Di Mata Ibunya

Usia 6 Tahun Tapi Saiz Badan Seperti Kanak Kanak 4 Tahun Laila Istimewa Di Mata Ibunya

papar berkaitan - pada 13/4/2019 - jumlah : 496 hits
Sekali tengok orang akan ingat adik Laila Az Zahra Mohd Ramdi Hafiz yang kini berusia 6 tahun seperti kanak kanak usia 3 atau 4 tahun Namun bagi kedua ibu bapanya Laila sangat istimewa walaupun dia menjadi kanak kanak yang kecil dari usia s...
Baju Kanak Kanak Eksklusif Dari Round Ages

Baju Kanak Kanak Eksklusif Dari Round Ages

papar berkaitan - pada 14/4/2019 - jumlah : 354 hits
Diam tak diam tak lama dah nak raya Pasti ramai ibu bapa yang sudah bersedia sedikit demi sedikit persiapan raya untuk anak anak bukan Almaklumlah bila hampir raya nanti pasti banyak design pilihan sudah kehabisan saiz Jadi shopping awal ba...
Mulakan Tabiat Makanan Sihat Sejak Kecil Dengan Pasta Organik Alce Nero Untuk Kanak Kanak

Mulakan Tabiat Makanan Sihat Sejak Kecil Dengan Pasta Organik Alce Nero Untuk Kanak Kanak

papar berkaitan - pada 16/4/2019 - jumlah : 479 hits
Hi Korang Terdapat pelbagai feadah yang boleh diperolehi dengan memulakan diet organik yang sihat untuk anak anak sejak dari kecil Istilah organik bermaksud makanan tersebut merupakan hasil sistem perladangan yang tidak menggunakan baja bua...
Kanak Kanak Berusia 8 Tahun Hilang

Kanak Kanak Berusia 8 Tahun Hilang

papar berkaitan - pada 16/4/2019 - jumlah : 393 hits
Kanak Kanak Berusia 8 Tahun Hilang Seorang kanak kanak berusia 8 tahun Muhammad Zahiruddin Putra Bin Mohd Fauzi dipercayai hilang selepas kali terakhir dilihat di Pangsapuri Seri Dahlia Kajang Facebook rasmi Jabatan Kastam Diraja Malaysia m...
Cara Berkesan Bagi Mengelakkan Kanak Kanak Kencing Malam

Cara Berkesan Bagi Mengelakkan Kanak Kanak Kencing Malam

papar berkaitan - pada 16/4/2019 - jumlah : 304 hits
Enuresis ialah terma perubatan untuk kencing malam Ini adalah satu keadaan di mana kanak kanak kencing malam tanpa disedari semasa tidur Cara Berkesan Bagi Mengelakkan Kanak Kanak Kencing MalamCredit Pic Kebanyakan kanak kanak berhenti mala...
Term Limit Culture Emerging With Veteran Dap Trio S Exit Says Analyst

The Right Types Of Bets For Beginners On Slot Deposit Qris Sites

Who Else Nazri Backs Anwar For Second Term As Pm

Tiada Syarat Sokong Pm Untuk Dapat Peruntukan Anwar Beritahu Pn

Guru Tuisyen Ditemukan Maut Berlumuran Darah

25 Orang Penting Yang Wajib Diketahui

Sambut Raya Dengan Gaya Di Melawati Mall

Sprm Reman 4 Pegawai Ismail Sabri Kes Keluarga Malaysia


echo '';
Senarai Keputusan Pemenang Calon Top 5 Kategori Persembahan Penyampai Trofi Undian Tarikh Tiket Gempak Most Wanted Awards 2024 2025 Live Di Astro Ria Sooka

10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria


6 Fakta Mengejutkan Pada Zaman Pertengahan

Ismail Sabri Under Close Monitoring In Hospital

Perak Cops Raid Job Scam Call Centre In Pangkor 15 Arrested

Child Molester In Mosque Was Oku Netizens Think It Is No Excuse

Hantar Kucing Kampung Buat Grooming

Lirik Lagu Biar Syafiq Reez Ft Zulhadi