Sukar Percaya Tengok Kit Kehamilan Isteri Kena Tunjuk Jenis Paling Mahal Suami Nangis 3 Kali Terus Sujud Syukur
BUKAN satu, tapi tiga kit kehamilan yang ditunjukkan oleh seorang isteri dalam sebuah kotak.
Namun, si suami seakan tidak percaya apa yang dilihatnya di depan mata.
Menerusi satu video yang tular, si isteri berkali-kali meyakinkan bahawa kit kehamilan dengan keputusan positif itu adalah miliknya.
View this post on Instagram
A post shared by mStar (@mstaronlineofficial)
Kejutan itu ternyata membuatkan lelaki berkenaan hanya mampu menahan air mata daripada mengalir sebelum melakukan sujud syukur.
Berkongsi cerita kepada mStar, Diana Natasha Zailani berkata, dia mendirikan rumah tangga pada Disember 2019 dan belum dikurniakan zuriat selepas kira-kira tiga tahun.
Wanita berusia 32 tahun itu mengakui dirinya beberapa kali melakukan ujian kehamilan namun rezeki belum memihak kepada dia dan suami.
“Jadi pada Oktober tahun lalu, saya buat sekali lagi dan keputusannya adalah positif. Pada mulanya saya memang tak percaya dengan berita gembira itu.
“Saya beli tiga kit kehamilan dari yang paling murah sampai paling mahal. Alhamdulillah, semua keputusannya positif,” katanya ketika dihubung mStar.
Tasha dan suami berkahwin pada Disember 2019.
Lebih mesra disapa Tasha, katanya, video kejutan untuk suaminya itu bagaimanapun baru dimuat naik di TikTok, sempena dirinya yang bakal melahirkan anak sulung pada bulan ini.
“Suami dah balik kerja dan duduk di depan TV di ruang tamu. Saya pun baru balik kerja. Tapi fikir macam mana nak buat kejutan.
“Jadi, saya minta suami ke dapur untuk buat air teh tarik. Tapi suami pelik sebab saya jarang minum air panas. Saya cuma bagi alasan sebab penat.
“Sebenarnya alasan tu nak bagi suami ambil masa lebih lama di dapur. Kalau minta air sejuk, sekejap je dia boleh buat,” ujarnya secara berseloroh.
Tasha dan suami menunjukkan kit kehamilan yang mengesahkan dirinya hamil.
Berasal dari Klang, Selangor, Tasha memberitahu bahawa suaminya yang berusia 32 tahun merupakan seorang yang sukar untuk menitiskan air mata.
“Suami ni susah nak menangis, seorang yang cool dan berjiwa kental. Tapi masa saya beritahu yang saya hamil, dia tiga kali menangis.
“Pertama masa duduk di sofa selepas tengok tiga kit kehamilan, kedua ketika peluk saya dan ketiga waktu dia sujud syukur,” ujarnya lagi.
Walaupun usia perkahwinan baru tiga tahun, Tasha mengakui bukan mudah menjadi salah satu pasangan yang berusaha untuk mendapatkan zuriat atau ‘trying to conceive‘ (TTC).
Tasha bakal melahirkan anak pada bulan ini.
“Saya faham situasi pasangan yang bertahun-tahun kahwin dan belum dikurniakan zuriat. Mereka lebih kuat melaluinya.
“Cuma sebagai salah seorang yang pernah melaluinya, saya hanya boleh kongsikan adalah sabar dan berdoa serta berikhtiar.
“Allah akan bagi apabila tiba waktunya. Mungkin sekarang tak bagi, mungkin ada sebab tertentu. Allah sebaik-baik perancang,” katanya.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Sinar Viral Network
Sumber: https://ift.tt/HlVIg3n
via Sinar Viral Network
Baju Kurung Edisi 2016 ni terlajak laris.
Baju Kanak-Kanak Harga Murah
Jubah raya cantik dan murah !!
Green Hijab memang Ohsem memang cair.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://kotakkopek.blogspot.com/2023/05/sukar-percaya-tengok-kit-kehamilan.html