Sukar Bernafas Sakit Dada Antara Simptom Awal Pulmonary Embolism Pembunuh Senyap Wanita Selepas Bersalin


Kerap kali mendengar kematian wanita selepas bersalin akibat sesak nafas. Sesak nafas, mungkin asbab kematian yang kelihatan umum tetapi ia berkemungkinan besar disebabkan oleh Pulmonary Embolism.
Pulmonary embolism ialah keadaan di mana kehadiran darah beku secara tiba-tiba di dalam saluran darah ke paru-paru.

Ia merupakan salah satu punca utama yang menyebabkan kematian wanita hamil dan selepas bersalin iaitu dalam masa kira-kira enam minggu selepas bersalin. Selain darah tinggi dan tumpah darah, pulmonary embolism ialah antara penyumbang tertinggi kematian wanita selepas bersalin.
Ketika hamil, darah adalah lebih pekat daripada biasa. Pembesaran bayi dalam kandungan juga akan menekan saluran darah utama yang terdapat pada badan ibu menyebabkan aliran darah menjadi kurang lancar.
Ini akan menyebabkan darah beku akan terbentuk di saluran darah pada betis (deep vein thrombosis). Selain itu, terdapat juga beberapa sebab lain seperti melahirkan melalui pembedahan juga boleh menyebabkan darah beku terbentuk kerana kurangnya pergerakan selepas bersalin.
Apabila darah beku berkumpul pada bahagian betis, si ibu akan mengalami bengkak kaki secara tiba-tiba dan berasa sakit pada betis ketika berjalan.
Gejala ini tidak boleh dipandang ringan dan perlu diberi rawatan awal. Jika tidak, darah beku di dalam saluran darah di bahagian kaki si ibu boleh ‘dislodge’ dan bergerak bila-bila masa dan menyangkut di saluran darah yang halus di paru-paru.
Ia seterusnya boleh menyebabkan saluran darah di dalam paru-paru tersumbat akibat darah beku atau pulmonary embolism dan ibu boleh maut secara tiba- tiba.
Hampir semua ibu hamil dan selepas bersalin mempunyai risiko untuk mendapat penyakit pulmonary embolism.
Risiko untuk mengalami pulmonary embolism semasa dan selepas bersalin meningkat sekiranya mereka mempunyai faktor seperti berikut:
1. Mempunyai berat badan melebihi 80kg atau BMI lebih 30kg/m2.
2. Bersalin menerusi pembedahan caesarean.
3. Berumur lebih daripada 35 tahun.
4. Melahirkan kandungan kembar.
5. Mengalami masalah air ketuban banyak atau polihidramnios.
6. Mengalami dehidrasi atau kurang air dalam badan.
7. Mendapat penyakit darah beku sebelum dan semasa mengandung atau pada kandungan terdahulu.
8. Tumpah darah semasa bersalin (melebihi satu liter).
9. Menjalani prosedur transfusi darah semasa mengandung atau selepas bersalin.
10. Mempunyai enyakit yang menyebabkan darah menjadi likat seperti thrombophilia, protein S deficiency, anti phospholipid syndrome.
11. Mempunyai sejarah pembedahan semasa mengandung atau selepas bersalin seperti pembedahan appendisitis, pembedahan berkaitan patah tulang atau apa-apa pembedahan yang dilakukan semasa bersalin atau selepas bersalin.
12. Ibu hidap penyakit pra eklampsia (iaitu darah tinggi yang menyebabkan air kencing mengeluarkan protein) semasa hamil dan berterusan selepas bersalin.

Menyedari bahaya situasi bahaya yang meragut nyawa ini, para ibu yang dalam tempoh minggu pertama selepas bersalin terutamanya yang berisiko tinggi perlu berwaspada dan peka tanda-tanda awal pulmonary embolism.
Simptom awal pulmonary embolism
• Kembang atau bengkak kaki dan sakit pada betis (kebiasaannya pada sebelah kaki kiri)
• Sukar untuk bernafas.
• Sakit dada.
• Batuk berdarah.
• Denyutan nadi yang sangat laju.
Sekiranya mempunyai simptom ini, korang perlu segera dapatkan pemeriksaan di hospital atau klinik berdekatan.
Doktor yang merawat biasanya akan menjalankan pemeriksaan untuk melihat sama ada ibu tersebut berisiko tinggi untuk mendapat pulmonary embolism.
Pemeriksaan lanjut seperti ECG (alat untuk memeriksa ritma jantung), X-ray, pemeriksaan darah atau pun CTPA (CT scan untuk melihat saluran darah ke paru-paru) mungkin akan dilakukan segera.
Kebanyakan wanita selepas bersalin yang mengalami pulmonary embolism maut sebelum sempat sampai ke hospital.
Justeru, sekiranya ada yang berisiko tinggi, rujuk kepada doktor dengan segera terutamanya jika mengalami simptom awal.
Sekiranya korang tergolong dalam kumpulan berisiko tinggi, lakukan tiga langkah ini untuk mencegah pulmonary embolism.
1. Minum air yang banyak untuk mengelakkan dehidrasi.
2. Aktif bergerak dan berjalan. Jangan hanya berbaring di katil!
3. Menggunakan thrombo embolic deterrent-TED stocking iaitu stoking khas untuk mengelakkan pembentukan darah beku pada kaki pada waktu malam atau semasa menaiki penerbangan jauh.
Kredit: Sinar Harian


Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
The post “Sukar Bernafas, Sakit Dada Antara Simptom Awal” Pulmonary Embolism ‘Pembunuh Senyap’ Wanita Selepas Bersalin appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://majalahpama.my/sukar-bernafas-sakit-dada-antara-simptom-awal-pulmonary-embolism-pembunuh-senyap-wanita-selepas-bersalin/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Calon Dari Friends Of Bn Ditentukan Selepas Pembahagian Kerusi Antara Komponen Bn Selesai Mahdzir

Calon Dari Friends Of Bn Ditentukan Selepas Pembahagian Kerusi Antara Komponen Bn Selesai Mahdzir

papar berkaitan - pada 28/10/2022 - jumlah : 151 hits
ALOR STAR 8211 Barisan Nasional akan memuktamadkan terlebih dahulu senarai calon sebelum membuat keputusan untuk menyerahkan kerusi tertentu kepada parti gabungan Menurut Naib Presiden UMNO Datuk Seri Mahdzir Khalid BN yang mera
Rina Ke Sepang Bersatu Sahkan Wanita Tempatan Antara Calon Dipertimbang

Rina Ke Sepang Bersatu Sahkan Wanita Tempatan Antara Calon Dipertimbang

papar berkaitan - pada 17/10/2022 - jumlah : 171 hits
Pada pilihan raya umum 2018 Rina Harun yang mewakili Pakatan Harapan menang di Parlimen Titiwangsa menewaskan calon BN dan PAS PETALING JAYA Ketua Bersatu Sepang Suhaimi Ghazali mengesahkan seorang wanita tempatan yang memegang jawatan dala...
Pembunuh Wanita Dalam Plastik Punya Trauma Masa Kecil Sering Alami Kekerasan

Pembunuh Wanita Dalam Plastik Punya Trauma Masa Kecil Sering Alami Kekerasan

papar berkaitan - pada 25/10/2022 - jumlah : 173 hits
Hal itu diketahui saat penyidik melakukan mewawancara pada Rudolf untuk mengetahui kondisi psikologisnya Christian Rudolf Tobing ditangkap ketika menjual laptop milik korban di kawasan Pondok Gede
Wanita Berjaya Gali Kubur Selepas Ditanam Hidup Hidup Oleh Suami

Wanita Berjaya Gali Kubur Selepas Ditanam Hidup Hidup Oleh Suami

papar berkaitan - pada 24/10/2022 - jumlah : 139 hits
AgensiWashington Seorang wanita yang dikatakan ditikam diikat dan ditanam hidup hidup oleh suaminya berjaya menggali semula kubur berkenaan untuk menyelamatkan diri Malah dia dikatakan sempat menggunakan peranti Apple Watch untuk menghubung...
Selepas Tak Tercalon Mastura Bidas Bn Mungkiri Janji 30 Peratus Calon Wanita

Selepas Tak Tercalon Mastura Bidas Bn Mungkiri Janji 30 Peratus Calon Wanita

papar berkaitan - pada 2/11/2022 - jumlah : 289 hits
agendaily com2 11 2022Datuk Mastura Mohd Yazid Datuk Mastura Mohd Yazid mengkritik partinya sendiri Barisan Nasional yang dilihat tidak cakap serupa bikin apabila tidak menunaikan janji untuk meletak lebih ramai calon wanita pada Pilihan Ra...
Selepas 4 Hari Bersalin Dr Amalina Dah Bawa Anak Jalan Jalan Ramai Puji Bella Cute

Selepas 4 Hari Bersalin Dr Amalina Dah Bawa Anak Jalan Jalan Ramai Puji Bella Cute

papar berkaitan - pada 21/10/2022 - jumlah : 220 hits
Pada Selasa lalu pak4r bed4h asal Malaysia Dr Amalina Che Bakri mengumumkan kelahiran anak perempuannya Arabella Mia Menerusi kemas kini di Instagram Dr Amalina melahirkan rasa gembira dan memberitahu bahawa Arabella dilahirkan pada minggu ...
Sepang Akan Menjadi Pertembungan Antara Wanita Cuma Bn Belum Tentukan Calon

Sepang Akan Menjadi Pertembungan Antara Wanita Cuma Bn Belum Tentukan Calon

papar berkaitan - pada 29/10/2022 - jumlah : 171 hits
BORHAN AHMADParlimen Sepang di Selangor bakal menjadi pertandingan antara calon wanita apabila GTA pimpinan Tun Dr Mahathir Mohamad mengumumkan Datin Paduka Che Asmah Ibrahim Dengan pengumuman ini bermakna Che Asmah akan berdepan dengan dua...
Tak Skip Pil Perancang Period Setiap Bulan Tahu Tahu Sakit Perut Terus Bersalin

Tak Skip Pil Perancang Period Setiap Bulan Tahu Tahu Sakit Perut Terus Bersalin

papar berkaitan - pada 25/10/2022 - jumlah : 149 hits
Bila Allah berkehendak serta menghendakinya dan apabila Dia telah menetapkan sesuatu maka jadilah Sama jugalah situasi yang berlaku kepada pasangan suami isteri ini apabila langsung tak menjangka akan menerima kehadiran orang baru dalam kel...
Pelanggan Dari Neraka Punya Sakan Order Bermacam Jenis Kek Tapi Selepas Itu Senyap Siap Block Penjual

Pelanggan Dari Neraka Punya Sakan Order Bermacam Jenis Kek Tapi Selepas Itu Senyap Siap Block Penjual

papar berkaitan - pada 27/10/2022 - jumlah : 126 hits
Seorang penjual makanan atas talian meluahkan rasa bengang apabila seorang pelanggan yang membuat tempahan beberapa kek dan puding roti berdiam seribu bahasa selepas makanan dihantar Menerusi perkongsian di Facebook Mimi Safi Hana dia pada ...
Beli Rumah Lebih Jimat Dengan Kempen Hartanah Bumiputera Matrix

Saka Bapak Kau

Natural Gas Fuel Not A Hazard

How Car Centric Planning Is Killing Malaysians

Masjid Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah

Top Picks Best Trucks For Towing In 2025

15 Playful Midcentury Kids Room Ideas For A Retro Vibe

Khutbah Jumat Jumadil Awal Tangis Ibnu Rawahah Jelang Perang Mu Tah


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3

Biodata Terkini Reshmonu Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Hey Waley

Gegar Vaganza 2024 GV 11 Hadiah Tiket Peserta Juri Format Pemarkahan Dan Segala Info Tonton Live Di Astro Ria Dan Sooka

6 Janji Donald Trump Kalau Dia Naik Jadi Presiden Semula


Daging Goreng Belengas

Kempen Hartanah Bumiputera Khas Untuk Pembeli Bumiputera Mendapatkan Rumah Dengan Tawaran Giler Menarik

Apabila Musuh Mengerumuni Umat Islam Seperti Hidangan

Pesakit Diabetes Mengalami Masalah Mati Pucuk

Transformasi Bank Btpn Kini Berubah Nama Menjadi Smbc Indonesia

Pengalaman Mencicipi Hidangan Kuliner Khas Georgia Yang Menggugah Selera