Sukar Bangun Selepas Tidur Menangis Dengan Kerap Antara Tanda Bahaya Selepas Bayi Jatuh Katil


Apabila bayi jatuh katil, pasti anda jadi kelam-kabut, adakalanya sampai tidak tahu nak buat apa, bukan? Ini 5 langkah penjagaan yang perlu anda lakukan.

Alamak! Bayi jatuh katil
Pastinya hati seorang ibu (dan bapa) akan berasa kasihan apabila bayi terjatuh dari katil, kerusi mahupun sebarang tempat tinggi. Di Malaysia, boleh dikatakan kebanyakan bayi tidur bersama ibu bapanya. Keadaan ini berbeza dengan negara luar yang kerap mempraktikkan tidur berasingan sejak dari bayi.

Jadi, isu bayi jatuh katil, khususnya katil dewasa adalah perkara yang sering berlaku. Sama ada anda melihat dengan sendiri si manja terjatuh dan bergegas cuba menyelamatkan mereka, atau hanya sedar selepas dengar bunyi terjatuh, ia sudah tentu membuatkan anda rasa bersalah.
Dalam keadaan panik, persoalan paling utama akan menerjah fikiran anda, “Apa yang perlu anda lakukan?”
Bayi jatuh katil, ini 5 langkah penjagaan ibu perlu buat
Terjatuh dari katil dewasa bukan sahaja boleh menjejaskan keadaan si manja akibat hentakan ke lantai, namun wujud risiko bahaya lain. Bayi anda mungkin terjatuh ke atas barang-barang seperti timbunan pakaian atau beg plastik.
Sekiranya si manja terjatuh dari katil, lakukan langkah penjagaan ini dengan segera:
#1. Angkat dengan segera
Jatuh sudah tentu akan memberi impak sakit kepada individu yang mengalaminya, tanpa mengira usia. Apabila si manja jatuh, mereka pastinya akan terkejut dan menangis. Tambah mengejutkan bayi jika anda turut menjerit saat melihat mereka terjatuh.

Jadi perkara paling penting untuk anda lakukan adalah segera angkat dan mendukung mereka. Berikan kucupan dan usaplah badan si manja untuk membantu menenangkan diri mereka.
#2. Periksa badan
Apabila keadaan bayi jatuh katil sudah tenang, anda disarankan untuk memeriksa bahagian kepala dan badan si manja. Ini bagi melihat jika terdapat sebarang kecederaan, benjolan, pendarahan, luka atau calar.
Jangan pula anda terus memeriksa badan si manja saat mereka masih lagi menangis, atau ia hanya menjadi kerja yang sia-sia kerana anda akan berdepan kesukaran untuk melakukannya.
Sekiranya terdapat benjolan, anda boleh cuba untuk merawatnya dengan merendamkan sehelai kain bersih dengan air suam dan dituamkan di bahagian tersebut. Sebaiknya, elakkan daripada menggunakan sebarang minyak atau krim, kerana wujud risiko untuk si manja mengalami kerengsaan kulit.
Jika terdapat luka berdarah, lap dan tekankan bahagian tersebut dengan kain bersih selama 10 minit. Sekiranya pendarahan berterusan dan tidak berhenti, sila bawa bayi anda untuk mendapatkan pemeriksaan doktor dengan segera.
#3. Berikan susu
Seandainya anda berjaya melakukan langkah penjagaan #1 dan #2 dengan baik tanpa sebarang masalah, anda boleh menyusukan si manja, sama ada susu badan mahupun susu formula.
Dalam keadaan yang kenyang selepas menyusu, ia akan memudahkan proses untuk bayi tidur kembali.

#4. Kenal pasti tanda bahaya
Walaupun bayi anda mungkin sudah berhenti merengek dan menangis serta berjaya ditidurkan kembali, namun anda masih perlu berwaspada. Kenal pasti tanda-tanda tidak normal yang mungkin dialami bayi selepas terjatuh dari katil seperti:
Sukar dibangunkan selepas tidur Terdapat darah atau cecair kuning keluar dari hidung atau telinga Muntah-muntah Menangis dengan kerap dan nyaring Kekejangan pada wajah Terdapat anggota badan yang tidak boleh digerakkan mereka Pengsan Bertenang dan segera bawa si manja untuk mendapatkan pemeriksaan dan rawatan dengan doktor bagi mengenal pasti keadaan mereka.
#5. Hindari aktiviti lasak
Dalam keadaan yang tidak berbahaya, apabila bayi jatuh katil, mereka mungkin akan cenderung mengantuk dan kurang daya tumpuan.Terdapat kemungkinan juga wujud kesakitan pada bahagian kepala atau leher yang berterusan untuk tempoh masa beberapa hari.
Anda mungkin tidak perlu bimbang dengan keadaan itu jika si manja masih aktif seperti biasa. Tetapi pastikan mereka mendapat rehat yang mencukupi. Buat seketika, elakkan sebarang aktiviti yang dikategorikan sebagai lasak.
Jika mereka mengalami perubahan pada pola tidur, anda dinasihatkan untuk mendapatkan rundingan daripada pakar kanak-kanak.

Tingkatkan langkah pencegahan
Bayi jatuh katil bukanlah 1 perkara yang menggembirakan. Tetapi apabila ia berlaku, pastinya secara tidak langsung akan meningkatkan kesedaran anda untuk mencegah perkara ini daripada berulang, bukan?
Dalam apa jua keadaan, seorang bayi atau kanak-kanak yang masih kecil, tidak sepatutnya dibiarkan sendirian di atas katil dewasa tanpa pemantauan. Selain berdepan risiko terjatuh dari katil, mereka juga mungkin boleh terhantuk dinding berhampiran katil atau terperangkap bersama barangan lain.
Pemeriksaan doktor
Bertindak segera dan sentiasa memantau keadaan si manja – ini dapat mengurangkan kesan risiko akibat bayi jatuh katil. Anda mungkin perlu memerhatikan perkembangan bayi untuk tempoh beberapa bulan bagi memastikan kesan jangka panjang daripada kecederaan otak tidak berlaku.
Jika wujud kebimbangan dan keraguan mengenai keadaan si manja, rujuklah doktor bagi mendapatkan kepastian.
Kredit: Hello Doktor

Ada gambar anak minum susu yang cute-cute? Jom share dengan Pa&Ma dan anda mungkin berpeluang memenangi hamper barangan bernilai RM100. Muat naik gambar anak anda di SINI

The post Sukar Bangun Selepas Tidur, Menangis Dengan Kerap Antara Tanda Bahaya Selepas Bayi Jatuh Katil appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/sukar-bangun-selepas-tidur-menangis-dengan-kerap-antara-tanda-bahaya-selepas-bayi-jatuh-katil/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Bayi Meninggal Dunia Didakwa Jatuh Katil Di Rumah Pengasuh Tulang Kepala Retak

Bayi Meninggal Dunia Didakwa Jatuh Katil Di Rumah Pengasuh Tulang Kepala Retak

papar berkaitan - pada 24/5/2021 - jumlah : 303 hits
Seorang bayi lelaki meninggal dunia selepas mengalami pendarahan dan retak tulang kepala dipercayai terjatuh dari katil ketika berada di rumah pengasuhnya di Paka pada Ahad Bayi berusia 14 bulan itu meninggal dunia kira kira jam 10 malam ta...
Baru Beberapa Minit Hantar Kepada Pengasuh Bayi Jatuh Katil Pergi Dijemput Ilahi

Baru Beberapa Minit Hantar Kepada Pengasuh Bayi Jatuh Katil Pergi Dijemput Ilahi

papar berkaitan - pada 25/5/2021 - jumlah : 352 hits
Berat mata memandang namun berat lagi bahu yang memikul Begitulah situasi yang dialami oleh pasangan ini apabila anak mereka disahkan meninggal dunia sekelip mata Menerusi laporan Harian Metro bayi lelaki berusia 14 bulan yang mengalami pen...
Dua Langkah Kurangkan Kulit Berminyak Selepas Bangun Tidur

Dua Langkah Kurangkan Kulit Berminyak Selepas Bangun Tidur

papar berkaitan - pada 12/5/2021 - jumlah : 259 hits
Dua Langkah Kurangkan Kulit Berminyak Selepas Bangun Tidur Hello guys berjumpa lagi kita harini sejak kebelakangan ni sis agak sibuk dengan tugasan harian kadang tak sempat nak update blog ni ada masa sikit sis nak share la dengan korang ti...
Ciuman Terakhir Syafaat Untuk Abi Ummi Di Akhirat Bayi Jatuh Katil Di Rumah Pengasuh Meninggal Bapa Mohon Doa Ramai

Ciuman Terakhir Syafaat Untuk Abi Ummi Di Akhirat Bayi Jatuh Katil Di Rumah Pengasuh Meninggal Bapa Mohon Doa Ramai

papar berkaitan - pada 25/5/2021 - jumlah : 723 hits
Ciuman terakhir dari kedua ibu bapa buat arwah Khaleek Islam bayi 14 bulan yang maut di rumah pengasuh akibat terjatuh dari katil mengundang sebak ramai Artikel Berkaitan Mangsa sebelum itu dihantar bapanya berusia 30 tahun ke rumah pengasu...
Menangis Temui Kebenaran Wanita Pilih Islam Selepas Kaji Pelbagai Kitab

Menangis Temui Kebenaran Wanita Pilih Islam Selepas Kaji Pelbagai Kitab

papar berkaitan - pada 20/5/2021 - jumlah : 311 hits
Allah itu wujud dan al Quran itu benar Apa yang berlaku di dunia pada ketika ini adalah dinyatakan di dalam al Quran Itu pengakuan seorang wanita warga Thailand Pheemthana Shinawat apabila terbuka hati untuk memeluk agama Islam selepas memp...
Bangun Mak Buka Mata Mak Anak Anak Menangis Pilu Melihat Ibu Mereka Yang Nazak Disebabkan Covid 19

Bangun Mak Buka Mata Mak Anak Anak Menangis Pilu Melihat Ibu Mereka Yang Nazak Disebabkan Covid 19

papar berkaitan - pada 25/5/2021 - jumlah : 538 hits
Bangun mak buka mata mak Anak anak menangis pilu melihat ibu mereka yang nazak disebabkan Covid 19 Hari ini 24 Mei jam 4 45 pagi tadi ibu mertua kesayangan saya telah kembali ke rahmatullah Meninggal dunia di Hospital Shah Alam Arwah mening...
Bayi Malang Ini Diserang Sawan 30 Kali Sehari Ibu Alert Tanda Sawan Pada Bayi Anda

Bayi Malang Ini Diserang Sawan 30 Kali Sehari Ibu Alert Tanda Sawan Pada Bayi Anda

papar berkaitan - pada 27/5/2021 - jumlah : 266 hits
Apabila anak kita demam pun kita sudah tak sanggup nak melihatnya Apa lagi melihat bayi terkena sawan Apa yang boleh menyebabkan sawan pada bayi baru lahir Inilah apa yang harus dilalui oleh bayi berusia tiga bulan ini Kimberly mendapat saw...
Cara Hadiahkan Al Fatihah Untuk Diri Sendiri Setiap Pagi Hari Bangun Tidur

Cara Hadiahkan Al Fatihah Untuk Diri Sendiri Setiap Pagi Hari Bangun Tidur

papar berkaitan - pada 28/5/2021 - jumlah : 245 hits
AMALAN BACA Al FATIHAH untuk DIRI SENDIRI Setiap pagi apabila kita bangun dari tidur 1 Beri salam pada diri sendiri dahulu2 Lalu panggil nama PENUH kita dengan lembut 3 kali3 Kemudian sentuh dada kiri kita sambil mengucapkan ALHAMDULILLAH 4...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Tanah Melayu Sg Baru Diambil W Azizah Jual B Putih

Watercolor Apartment For A Young Family With A Maine Coon

10 Myanmar Nationals Found In Car After Crash

Actress S Car Household Items To Be Auctioned Tomorrow To Pay Off Debt

Muslims May Wish Non Muslims On Religious Holidays Says Penang Mufti

The Benefits Of A Learning Management System For Every Organization