Sukan Olimpik Tokyo 2020 Berakhir Jumpa Di Paris 2024


Sukan Olimpik Tokyo 2020 Berakhir Jumpa Di Paris 2024 |  Arigato Gozaimasu Tokyo, bienvenue Paris! Sukan Olimpik Tokyo 2020 melabuhkan tirainya petang tadi dan berakhir dengan majlis penutupan yang tidak kurang hebatnya.
Antara acara yang menjadi tumpuan kami sekeluarga adalah acara badminton, acara terjun platform, acara 3 meter papan anjal, basikal, gimnastik kerana melibatkan atlet negara yang tak kurang hebatnya. Malahan saya sempat merakam video dan akan upload di youtube channel saya secepat mungkin.

Pencapaian terbaik atlet Malaysia 
Tahniah kepada Dato Azizul Hasni Awang yang memenangi pingat Perak kedua melalui acara Kierin namun semangat juang Shah Firdaus Sharom yang cedera akibat pelanggaran yang cukup mendebarkan namun berjaya masuk ke peringkat akhir tapi gagal mendapat sebarang pingat. Pingat Gangsa merupakan pingat pertama dimenangi oleh beregu badminton Aaron Chia-Soh Wooi Yik yang menewaskan gandingan handalan Indonesia, Mohammad Ahsan-Hendra Setiawan 17-21, 21-17, 21-14.Nur Dhabitah Sardi hanya menduduki tempat keempat pada acara Terjun 3 meter papan anjal markah 326.51 secara keseluruhan. Pemenang pingat emas dan perak bagi acara ini adalah penerjun China iaitu Shi Tingmao dan Wang Han yang masing-masing mengutip 383.50 dan 348.75 mata. Pingat gangsa dimenangi penerjun Amerika Syarikat, Krysta Palmer dengan kutipan mata 343.75.
Kelly Ng pula menduduki tempat ke tangga 34 keseluruhan dalam acara golf dengan catatan tujuh di bawah par.Kita tanda di kalendar untuk Sukan Olimpik di Paris tahun 2024 nanti dan semoga kita panjang usia untuk menonton dan memberi semangat pada atlet negara kita kelak

Apa Yang Menarik Tentang Sukan Olimpik Tokyo 2020Sukan Olimpik di Tokyo dijadualkan pada 24 Julai hingga  9 Ogos 2020, namun ditunda dan 23 Julai hingga 8 Ogos 2021 diumumkan sebagai tarikh baru berikutan penularan COVID-19 di seluruh dunia yang meningkat. Ini merupakan sukan Olimpik pertama kali ditunda sejak 124 tahun berlangusng

Tiada penonton dibenarkan hadir menyaksikan sukan bagi memastikan langkah pencengahan dan protokol kesihatan dilaksanakan secara ketat demi keselamatan atlet dan bagi mereka yang terlibat

Kali kedua Tokyo menjadi tuan rumah sukan Olimpik dengan kali pertama adalah pada tahun 1964. Pada tahun 1972 dan 1998, bandar Sapporo dan Nagano menjadi tuan rumah untuk temasya Olimpik musim sejuk

Stadium National Tokyo Direka oleh arkitek tempatan, Kengo Kuma bertemakan bumi dan alam sekitar. Kuma menggunakan motif kayu-kayuan dalam pembinaan stadium yang memerlukan lebih 70,000 kaki kayu balak yang datangnya dari 47 wilayah. Kapasiti stadium tersebut boleh mencecah 60,000 tempat duduk penonton dan menjadikan lokasi acara perasmian dan penutupan sukan Olimpik

PingatPingat anugerah sukan Olimpik dan Paralimpik sepenuhnya dihasilkan dari sisa elektronik berjumlah 8 tan telefon mudah alih, komputer riba dan barangan elektronik terpakai lain yang disumbangkan rakyat Jepun bagi menghasilkan 5,000 pingat emas, perak dan gangsa. Kempen kita semula itu berjaya menghasilkan 32kg emas, 3,492.7kg perak dan 2,199.9kg gangsa

Penganjur meningatkan atlet supaya tidak mengigit pingat seperti kebiasaannya kerana amlan itu menjadi kegilaan atlet dan jurugambar, dan antara gambar paling kerap digunakan dalam laporan media

Menggigit pingat emas bermula sejak Perang Dunia pertama, sebelum Olimpik memberikan pingat emas padu pertama pada tahun 1904. Pingat emas padu diberikan pada tahun 1912

Pedagang menggigit logam mahal itu bagi menguji ketulenannya kerana emas lembut dan mudah dibentuk, jika meninggalkan kesan gigitan bermakna ia adalah tulen

Pingat emas era moden hanya mengandungi satu peratus emas dan tidak boleh digigit seperti emas. 
Tradisi itu mungkin bukan satu ancaman sebelum ini, tetapi dalam norma baharu dan ditambah dengan Jepun menggunakan bahan elektronik buangan untuk menghasilkan pingat, ia tidak lagi selamat untuk dilakukan

Pertandingan reka bentuk pingat dijalankan pada tahun 2017 dan dimenangi oleh Junichi Kawanishi

Reka bentuk pingat disiapkan pada 24 Julai 2019 yang memerlukan lapan tan logam dikumpul untuk menghasilkan pingat

Katil Kadbod
Katil kadboad juga boleh dikitar semula dan katil kukuh menampung berat hingga 200 kg, diperbuat dengan bertemakan bumi dan alam sekitar diketengahkan untuk mengurangkan pembaziran selepas temasya tamat

Psst...katil kadbod ni la yang diuji atlet negara Zionis hingga rosak kononnya untuk menguji tahap ketahanannya


Podium
Podium dihasilkan menggunakan plastik post-consumer yang boleh digunakan semula selepas sukan Olimpik berakhir. Dikatakan 100% daripada tenaga boleh baharu untuk menghasilkan podium kitar semula

Teknologi  Di Lapangan Terbang
Jepun memang terkenal sebagai negara dengan teknologi dan kepakaran dalam mencipta robot, sukan Olimpik kali ini menyediakan pelbagai teknologi canggih untuk digunakan sebagai penyambut tetamu dari seluruh dunia

Tetamu yang sampai di lapangan terbang akan menggunakan peranti pengesan muka yang lengkap dengan kamera dan mikrofon

Untuk memudahkan atlet, alat pembantu membawa bagasi turut disediakan

Selain itu, kereta tanpa pemandu digunakan untuk mengatasi masalah kesesakan lalu lintas

Perkara yang membuat orang ramai terpegun adalah pada majlis pembukaan, Jepun melancarkan hujan meteor buatan manusia yang membuatkan ramai kagum dengan kehebatan teknologi mereka

Sukan Baharu Dipertandingkan
Lima sukan baharu yang  dipertandingkan di temasya ini termasuk bola keranjang, karate, papan selaju, sukan memanjat dan sukan luncur

Sukan Olimpik di Tokyo menampilkan 33 rekod dan 399 acara


Pasukan Pelarian - IOC Refugee Olympic
Seramai 29 atlet dari Pasukan Pelarian menyertai 12 acara di sukan Olimpik Tokyo 2020 dengan penampilan pertama kali di sukan Olimpik 2016 di Rio, Brazil

Penyertaan Jantina Seimbang
Buat pertama kali penyertaan atlet wanita dan lelaki seimbang

49% atlet wanita menyertai sukan Olimpik pada kali ini

Pada Hari Wanita Antarabangsa, IOC peruntukan kuota penyertaan atlet wanita dan menjadikan penyertaan atlet sukan pertama yang disertai oleh kedua-dua jantina dengan adil

Jawatankuasa Olimpik Kebangsaan (NOC) mewajibkan sekurang-kurangnya setiap acara diwakili seorang atlet lelaki dan seorang atlet wanita

Selain itu, NOC perlu mewakilkan seorang atlet lelaki dan seorang atlet wanita untuk membawa bendara negara masing-masing semasa majlis perasmian dijalankan

sumber : https://www.bharian.com.my/sukan/lain-lain/2021/07/844198/olimpik-penganjur-nasihat-jangan-gigit-pingat

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.iamfuzy.com/2021/08/sukan-olimpik-tokyo-2020-berakhir-jumpa.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kimono Project Menampilkan 213 Negara Bersempena Sukan Olimpik Tokyo 2020

Kimono Project Menampilkan 213 Negara Bersempena Sukan Olimpik Tokyo 2020

papar berkaitan - pada 3/8/2021 - jumlah : 295 hits
Kimono Project Menampilkan 213 Negara Bersempena Sukan Olimpik Tokyo 2020 Assalammualaikum semua Sejak temasya Sukan Olimpik Tokyo 2020 sedang berlangsung Ruby seronok tengok kemaskini para atlet dan tiktoker tentang apa yang sedang trendin...
Viral Atlet Unboxing Telefon Pintar Edisi Terhad Samsung Sukan Olimpik Tokyo 2020 Jom Tengok Apa Yang Mereka Dapat

Viral Atlet Unboxing Telefon Pintar Edisi Terhad Samsung Sukan Olimpik Tokyo 2020 Jom Tengok Apa Yang Mereka Dapat

papar berkaitan - pada 3/8/2021 - jumlah : 304 hits
Viral Atlet Unboxing Telefon Pintar Edisi Terhad Samsung Sukan Olimpik Tokyo 2020 Jom Tengok Apa Yang Mereka Dapat Assalammualaikum semua Sukan Olimpik adalah sukan yang dinantikan oleh semua Setiap 4 tahun acara ini akan diadakan dengan gi...
Aaron Chia Soh Wooi Yik Pungut Pingat Pertama Negara Di Sukan Olimpik Tokyo

Aaron Chia Soh Wooi Yik Pungut Pingat Pertama Negara Di Sukan Olimpik Tokyo

papar berkaitan - pada 2/8/2021 - jumlah : 518 hits
Pasangan beregu lelaki utama berjaya memungut pingat untuk pasukan negara selepas memperoleh pingat gangsa sebentar tadi Aaron Chia Soh Wooi Yik berjaya menumpaskan pasangan beregu Indonesia yang juga pilihan kedua Mohammad Ahsan Hendra Set...
Penganjur Olimpik Tokyo 2020 Lapor Terdapat 17 Kluster Games Covid 19

Penganjur Olimpik Tokyo 2020 Lapor Terdapat 17 Kluster Games Covid 19

papar berkaitan - pada 2/8/2021 - jumlah : 271 hits
Acara sukan Olimpik TokYO 2020 masih lagi berlangsung pada ketika ini dan dalam tempoh pertandingan yang diadakan ini pastinya seluruh dunia memberi perhatian jika terdapat pemain pemain yang hadir dijangkiti Covid 19
Dato Azizulhasni Awang Menang Pingat Perak Di Olimpik Tokyo 2020

Dato Azizulhasni Awang Menang Pingat Perak Di Olimpik Tokyo 2020

papar berkaitan - pada 8/8/2021 - jumlah : 747 hits
Sekali lagi negara kita terlepas dapat pingat emas namun usaha dan tentangan yang baik telah ditunjukkan Bukan senang ye nak menghadapi sesuatu situasi dan pressure pertandingan Tahniah Dato AzizulHasni Awang atas kemenangan pingat Perak Si...
Momiji Nishiya Juara Sukan Skateboard Termuda Olimpik 2020

Momiji Nishiya Juara Sukan Skateboard Termuda Olimpik 2020

papar berkaitan - pada 27/7/2021 - jumlah : 332 hits
Momiji Nishiya Bolot Piala Juara Skateboarding Atlet Brazil Rayssa Leal Momiji Nishiya dan Funa Nakayama dari Jepun bersama medal masing masing bagi acara papan selaju wanita di Ariake Sports Park Tokyo AFP OLIMPIK Nishiya juara sulung wani...
Kento Momota Tersingkir Dalam Olimpik Tokyo 2020 Tewas Kepada Pemain Korea Heo Kwang Hee

Kento Momota Tersingkir Dalam Olimpik Tokyo 2020 Tewas Kepada Pemain Korea Heo Kwang Hee

papar berkaitan - pada 29/7/2021 - jumlah : 451 hits
Kento Momota Tersingkir Dalam Olimpik Tokyo 2020 Tewas Kepada Pemain Korea Heo Kwang Hee Pemain Nombor 1 dunia dalam arena Badminton Kento Momota terpaksa akur selepas tewas kepada wakil daripada Korea Selatan iaitu Heo Kwang Hee dalam perl...
Tahniah Nur Dhabitah Sabri Berjaya Layak Ke Final Acara 3m Papan Anjal Wanita Olimpik Tokyo 2020

Tahniah Nur Dhabitah Sabri Berjaya Layak Ke Final Acara 3m Papan Anjal Wanita Olimpik Tokyo 2020

papar berkaitan - pada 31/7/2021 - jumlah : 397 hits
Tahniah Nur Dhabitah Sabri Berjaya Layak Ke Final Acara 3m Papan Anjal Wanita Olimpik Tokyo 2020 Penerjun muda negara Nur Dhabitah Sabri 22 tahun layak menempatkan diri dalam pusingan akhir bagi acara 3m papan anjal wanita apabila cemerlang...
Pingat Pertama Malaysia Di Olimpik Tokyo Tahniah Aaron Chia Dan Soh Wooi Yik

Pingat Pertama Malaysia Di Olimpik Tokyo Tahniah Aaron Chia Dan Soh Wooi Yik

papar berkaitan - pada 1/8/2021 - jumlah : 492 hits
Pingat Pertama Malaysia Di Olimpik Tokyo Tahniah Aaron Chia Dan Soh Wooi Yik Malaysia memperoleh pingat pertama di temasya Sukan Olimpik Tokyo menerusi beregu badminton lelaki negara Aaron Chia dan Soh Wooi Yik Beregu nombor 1 negara itu me...
Ditch The Cubicle Your Home Office Guide

Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin

Major Projects Will Make Sarawak An Asian Economic Force Says Premier

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Derma Jihad Untuk Siti Mastura Cubaan Normalisasi Fitnah Pas Patut Ajar Ahli Parti Dan Pimpinan Pas Jaga Bab Fitnah Ini

Police Arrest Two Over Fight Between Football Fans At Lrt Station

Kural Vista A Luxurious Waterfront Villa By Saota On Palm Jumeirah Dubai

5 Waktu Nabi Larang Ke Rumah Orang Ustaz Kazim Elias


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Doa Untuk Orang Tua Yang Sakit Arab Latin Artinya

Singgah Makan Di Restoran Lemang To Ki Bentong

Presiden Pas Kupas Isu Syria Balah Mazhab Gangguan Seksual Um

Shrink S One Year Suspension Over Lewd Text Shockingly Inadequate Victim

Do Our Infamous Bali Bombers Deserve A Second Chance At Life

Fishing As A Stress Reliever