Sukan Golf Tenis Badminton Dibenarkan Pkp Fasa 4
Sukan Golf Tenis Badminton Dibenarkan PKP Fasa 4. Semalam 1 Mei 2020 YAB Perdana Menteri Malaysia Tan Sri Muhyiddin Yassin telah membuat satu perutusan khas sempena Hari Pekerja dan telah mengumumkan beberapa perkara penting.
Sukan Golf Tenis Badminton Dibenarkan PKP Fasa 4
Antaranya adalah pengumuman tentang kebenaran berkaitan aktiviti sukan yang boleh dilakukan oleh rakyat. Jom kita baca perutusan yang disampaikan oleh YAB Perdana Menteri tersebut.
Bermula 4 Mei 2020, hampir semua sektor ekonomi dan aktiviti perniagaan akan dibenarkan beroperasi tertakluk kepada syarat-syarat dan SOP yang ditetapkan oleh pihak berkuasa.
Saya katakan hampir semua kerana masih ada beberapa kategori industri dan perniagaan yang tidak diizinkan untuk beroperasi. Ini adalah perniagaan atau aktiviti yang melibatkan perhimpunan ramai dan sentuhan badan di mana penjarakan sosial sukar dikawal. Antaranya panggung wayang, pusat karaoke, pusat refleksologi, pusat hiburan, kelab malam, taman tema, bazar Ramadan, bazar Aidilfitri, karnival jualan dan semua bentuk persidangan dan pameran.
Selain perniagaan, aktiviti-aktiviti sukan yang melibatkan perhimpunan ramai, sentuhan badan dan lain-lain risiko jangkitan juga tidak dibenarkan. Ini termasuk sukan bola sepak, ragbi, renang dan semua acara sukan indoor dan stadium. Aktiviti sukan outdoor yang tidak melibatkan sentuhan badan dan perhimpunan ramai dibenarkan. Jadi, saudara-saudari boleh bermain badminton atau tenis di luar tanpa penonton. Jogging, kayuhan basikal, golf dan larian dalam kumpulan kecil tidak melebihi 10 orang juga dibenarkan dengan syarat anda mengamalkan penjarakan sosial dan elakkan sentuhan badan.
Majlis-majlis sosial, kemasyarakatan dan kebudayaan yang melibatkan perhimpunan ramai seperti kenduri, rumah terbuka, majlis berbuka puasa beramai-ramai, konsert, persembahan kebudayaan, perhimpunan bulanan jabatan kerajaan dan swasta serta semua bentuk majlis perasmian dan perhimpunan adalah tidak dibenarkan.
Aktiviti kegamaan seperti perarakan keagamaan, solat Jumaat dan semua aktiviti berjemaah atau berhimpun di masjid, surau dan rumah- rumah ibadat juga tidak dibenarkan.
Untuk bacaan Teks Ucapan penuh perutusan YAB Perdana Menteri anda boleh terus ke SINI dan ingin dapatkan maklumat lanjut berkaitan operasi perniagaan (apa yang boleh apa yang tidak boleh) anda boleh merujuk laman sesawang Majlis Keselamatan Negara (MKN)
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://beritaviralterkini.com/sukan-golf-tenis-badminton-dibenarkan-pkp-fasa-4/