Suka Atau Tidak Mereka Terpaksa Undi Ph Amaran Muhyiddin Buat Warga Semenyih


Sehari sebelum pengundi Semenyih membuat pilihan esok, Presiden PPBM Muhyiddin Yassin berkata hanya calon parti itu yang dapat memberi khidmat yang diperlukan oleh penduduk di situ, bukannya calon pembangkang.
Sama seperti Dr Mahathir Mohamad semalam, Muhyiddin menjadikan kedudukan Pakatan Harapan (PH) sebagai kerajaan di persekutuan dan negeri sebagai penarik.
“Kerajaan pusat adalah PH, kerajaan negeri juga PH. Jadi dari segi logiknya, takkan pilih pembangkang? Kalau tak suka (PH) pun, mahu tak mahu kena sokong.
“Saya tak percaya calon BN atau calon lain boleh memberi khidmat (deliver). Mereka boleh janji macam-macam tetapi tiada kapasiti untuk berkhidmat.
“Jadi dengan ini saya harap pengundi Semenyih akan sokong kita,” katanya ketika sidang media di bilik gerakan utama PH di Taman Pelangi, Semenyih hari ini.
Semalam, Mahathir yang merupakan pengerusi PH berkata pengundi Semenyih hanya akan mensia-siakan undi mereka jika memilih pembangkang.
Katanya, ini kerana mereka tidak mampu melaksanakan pembangunan dan menjaga kebajikan rakyat kerana tiada kuasa di peringkat negeri dan persekutuan.
Beberapa tinjauan berkenaan PRK Semenyih tidak menyebelahi PH apabila meramalkan BN akan merampas kembali kerusi DUN itu.
Antaranya oleh badan kaji selidik Ilham Centre dan sebuah agensi kerajaan. Ilham Centre berkata PH memerlukan formula ajaib – peratus keluar mengundi dan aras sokongan sama seperti PRU ke-14 – untuk mengekalkan kemenangan.
Mengulas perkara itu, Muhyiddin berkata beliau tidak bimbang dan menyifatkan semua pihak masih berpeluang.
“Dua hari ini, sebelum esok hari mengundi, saya anggap masa yang paling kritikal,” katanya.
Menyentuh soal janji manifesto PH yang belum ditunaikan – yang turut dikatakan faktor yang akan mempengaruhi keputusan esok – Muhyiddin sekali lagi meminta rakyat memberi lebih masa kepada PH.
“Itu yang kita tuntut supaya rakyat bagi kita (lebih masa). Saya tak fikir sembilan bulan kita boleh selesaikan semua masalah,” katanya lagi.
Esok, 54,503 pengundi berdaftar di DUN Semenyih akan membuat pilihan antara calon PH Muhammad Aiman Zainali, Zakaria Hanafi (BN), Nik Aziz Afiq Abdul (PSM) dan Kuan Chee Heng (Bebas).


Sumber: cempedakcheese.com

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.terengganu11.com/2019/03/suka-atau-tidak-mereka-terpaksa-undi-ph.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Prk Semenyih Pakatan Harapan Dilanda Tsunami Mahathir Bakal Berdepan Undi Tidak Percaya

Prk Semenyih Pakatan Harapan Dilanda Tsunami Mahathir Bakal Berdepan Undi Tidak Percaya

papar berkaitan - pada 20/2/2019 - jumlah : 556 hits
Adakah ini siri balas dendam DAP terhadap PPBM kerana kekalahan calon mereka di Prk Cameron Highlands tempohari Bermula dengan kecaman Ronnie Liu kini Boo Cheng Hau pula mendesak agar Mahathir meletakkan jawatan kerana tidak berpegang pada ...
Calon Bn Atau Pas Di Prk Rantau Analisa Prk Semenyih

Calon Bn Atau Pas Di Prk Rantau Analisa Prk Semenyih

papar berkaitan - pada 28/2/2019 - jumlah : 824 hits
Siapakah yang bertanding di PRK Rantau Calon BN atau PAS Segalanya terjawab apabila PAS membuat kenyataan mengenainya Dilaporkan bahwa PAS akan meneruskan kerjasama dengan BN bagi menghadapi PRK DUN Rantau Malah PAS Negeri Sembilan turut me...
Ibarat Telur Dihujung Tanduk Tun M Berundur Rombak Cabinet Atau Hadapi Undi Tak Percaya

Ibarat Telur Dihujung Tanduk Tun M Berundur Rombak Cabinet Atau Hadapi Undi Tak Percaya

papar berkaitan - pada 24/2/2019 - jumlah : 378 hits
Ini 3 isu politik yang hangat diperdebatkan orang ramai minggu ini Tiga situasi ini sedang dihadapi Tun Dr Mahathir Mohamad individu yang mengambil alih jawatan perdana menteri bermula 10 Mei 2018 Minggu lepas bertiup kencang khabar angin m...
Prk Semenyih Konspirasi Suratan Atau Kebetulan Karier Politik Pakatan Harapan Kini Di Bucu Meja Utama

Prk Semenyih Konspirasi Suratan Atau Kebetulan Karier Politik Pakatan Harapan Kini Di Bucu Meja Utama

papar berkaitan - pada 24/2/2019 - jumlah : 544 hits
Ribut melanda ikatan dalam Pakatan Harapan sudah bocor dihidu ramai namun sebagaimana lazim perkara tersebut tetap dinafikan pemimpin PH Tuding menuding atas kesilapan keputusan Siapa Meluluskan sudah bermain di permukaan sejak penamaan cal...
Prk Semenyih Anak Saya Sudah Menyesal Undi Pakatan Harapan Luahan Seorang Bapa Di Semenyih

Prk Semenyih Anak Saya Sudah Menyesal Undi Pakatan Harapan Luahan Seorang Bapa Di Semenyih

papar berkaitan - pada 21/2/2019 - jumlah : 488 hits
Prk Semenyih Anak Saya Sudah Menyesal Undi Pakatan Harapan Luahan Seorang Bapa Di Semenyih
Berundur Rombak Atau Undi Tak Percaya

Berundur Rombak Atau Undi Tak Percaya

papar berkaitan - pada 23/2/2019 - jumlah : 515 hits
Syahmi Minhad Ini 3 isu politik yang hangat diperdebatkan orang ramai minggu ini Tiga situasi ini sedang dihadapi Tun Dr Mahathir Mohamad individu yang mengambil alih jawatan perdana menteri bermula 10 Mei 2018 Minggu lepas bertiup kencang ...
Prk Semenyih Amaran Anwar Kepada Mahathir Sahkan Wujud Konspirasi Domino

Prk Semenyih Amaran Anwar Kepada Mahathir Sahkan Wujud Konspirasi Domino

papar berkaitan - pada 26/2/2019 - jumlah : 447 hits
Tepat 4 September 2019 akan genaplah 21 tahun kisah yang menggemparkan seluruh negara terjadi Anwar Ibrahim pada ketika itu merupakan Timbalan Perdana Menteri di pecat oleh Dr Mahathir atas alasan moral dan bermulalah era reformasi dan demo...
Bosnia Hendak Bina Hospital Di Semenyih Lawak Atau Temberang

Bosnia Hendak Bina Hospital Di Semenyih Lawak Atau Temberang

papar berkaitan - pada 2/3/2019 - jumlah : 616 hits
oleh Ab Jalil Backer Selepas kereta terbang muncul pula pelabur Bosnia hendak bina hospital rakyat di Semenyih Apa kejadah pelabur Bosnia hendak bina hospital untuk rakyat semenyih Negara mereka pun tidak cukup hospital Hari tu pelabur Qata...
Lirik Lagu Tanya Tuhan Yonnyboii Malique

Sarapan Mi Sedaap Goreng Mudah Dan Cepat Siap

So What Will You Be Calling For Next A Ban On Cigarettes Alcohol And Kapcais

Kakitangan Kerajaan Dapat Cuti Kahwin 10 Hari Gaji Penuh

Cara Memasak Telur Separuh Masak

Importance Of Mobile Phones In Our Life

Akhir Sebuah Penipuan Cinta Kisah Benar Seorang Love Scammer Yang Terbongkar

The Science Behind Thermitight A Safe Path To Firmer Youthful Skin


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Beli Ayam Gunting Di Pasar Petang Khamis

Saya Tak Akan Maafkan Pelajar Tingkatan Satu Maut Jatuh Asrama

Silap Faham Nak Parking Kereta

Dropship Tudung Malaysia Cara Mudah Buat Duit Tanpa Modal

Penat Tapi Berbaloi

Saat Berita Duka Menyentuh Jiwa