Suharnizan Tertekan Tetapi Terus Dapat Sokongan Moral


SUHARNIZAN TERTEKAN TETAPI TERUS DAPAT SOKONGAN MORAL
JOHOR BAHRU – Suharnizan Md. Sidek yang menjadi mangsa body shaming masih tertekan kerana video dan gambarnya bersama-sama anak-anak masih boleh ditonton dan disebarkan dalam media sosial.
Walaupun begitu Suharnizan yang juga Pesuruhjaya Sumpah, terus mendapat simpati terutama netizen yang terus memberikan kata-kata semangat dan motivasi terhadap dirinya.
Peguam Suharnizan, Mohd. Rasheed Hassan berkata, ramai netizen, keluarga serta sahabat yang memberi sokongan moral dan pihaknya mengucapkan kepada semua yang menunjukkan keprihatinan.
“Namun saya menasihatkan Suharnizan untuk tidak mengangkat panggilan dari nombor yang tidak dikenali bagi mengelak diganggu. Sejak laporan polis dibuat minggu lalu, tiada komen dalam media sosial seperti Facebook, Instagram dan medium lain yang dibuat Suharnizan.
“Sekiranya ada komen dari page atau site yang kononnya datang dari anak guam saya, ianya adalah palsu,” katanya ketika ditemui pemberita di pejabatnya di Jalan Tun Abdul Razak, Wadi Hana di sini hari ini.
Pada 18 Ogos lalu kira-kira jam 10 pagi, Suharnizan menulis komen ‘live masak, live makan-makan, letak produk kurus, boleh kurus ke?’ menerusi video secara ‘live’ sebelum dikongsikan rakannya dalam Facebook Eira Aziera.
Eira Aziera membuat satu rakaman video dan mengeluarkan pelbagai kata-kata kesat kepada Suharnizan dan menyamakan bentuk tubuh individu tersebut dengan haiwan termasuk memaparkan gambar dia dan anaknya sebelum video berkenaan tular.
Bagaimanapun tindakan personaliti tersebut mendapat kecaman netizen sebelum Eira Aziera tampil sekali lagi dalam sebuah video memohon maaf atas perbuatannya, mendakwa gagal mengawal emosinya dan menjaga tutur kata sehingga menyebabkan ramai pihak rasa tersinggung.
Suharnizan ditemani peguamnya, Mohd Rasheed Hassan kemudian mengambil keputusan membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Johor Bahru Selatan di sini pada 15 September lalu berhubung kes tersebut.
Mengenai Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia serta Universiti Multimedia Malaysia (MMU) sedang bekerjasama menjalankan penyelidikan berhubung keperluan undang-undang antibuli siber, beliau berkata, langkah itu tepat sekali.
“Ini cadangan yang bagus dan harap pihak berkenaan meneruskannya agar mangsa buli dan body shaming mendapat keadilan sepatutnya dan bukan sahaja daripada sudut jenayah, malah sivil juga,” katanya. – JT


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://johortimes.my/2020/09/suharnizan-tertekan-tetapi-terus-dapat-sokongan-moral/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Sokongan Individu Vs Sokongan Parti Pendapat Geng Anwar

Sokongan Individu Vs Sokongan Parti Pendapat Geng Anwar

papar berkaitan - pada 25/9/2020 - jumlah : 357 hits
1 Ketika PH perintah Kedah PH Kedah dapat majoriti kerana ada sokongan dari Adun UMNO Sokongan ini berbentuk individu bukan berbentuk parti kerana pendirian parti jelas UMNO tetap musuh PH Disebabkan sokongan individu UMNO itu PH dapat peri...
Sokongan Perdana Menteri Pas Mohon Penjelasan Umno

Sokongan Perdana Menteri Pas Mohon Penjelasan Umno

papar berkaitan - pada 25/9/2020 - jumlah : 353 hits
PAS terpanggil untuk mendapatkan penjelasan daripada Umno berhubung dakwaan berlakunya perubahan sokongan Ahli Ahli Parlimen Umno terhadap YAB Perdana Menteri PAS merasakan jika benar keadaan ini ianya bermakna Umno telah tidak mematuhi per...
Baru Guna Ig Tu Yang Rasa Syok Sikit Pengikut Cecah 200 000 Ustaz Don Terharu Sokongan Peminat Di Media Sosial

Baru Guna Ig Tu Yang Rasa Syok Sikit Pengikut Cecah 200 000 Ustaz Don Terharu Sokongan Peminat Di Media Sosial

papar berkaitan - pada 25/9/2020 - jumlah : 474 hits
Penceramah selebriti Ustaz Don Daniyal atau lebih dikenali sebagai Ustaz Don meluahkan rasa terharu apabila laman sosial Instagramnya telah diikuti oleh hampir 200 000 pengikut Dalam entrinya yang terkini Ustaz Don mengucapkan terima kasih ...
Muhyiddin Telah Hilang Sokongan Mesti Letak Jawatan Segera

Muhyiddin Telah Hilang Sokongan Mesti Letak Jawatan Segera

papar berkaitan - pada 25/9/2020 - jumlah : 446 hits
Pada 23 September 2020 jam 12 10 tengahari bertempat di Hotel Le Meridien Kuala Lumpur Presiden Parti Keadilan Rakyat Datuk Seri Anwar bin Ibrahim telah mengumumkan bahawa beliau telah mendapat sokongan yang kukuh dan menyakinkan daripada A...
No Dap No Anwar Sokongan Umno Secara En Bloc

No Dap No Anwar Sokongan Umno Secara En Bloc

papar berkaitan - pada 25/9/2020 - jumlah : 434 hits
Naib Presiden UMNO Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata keputusan Majlis Kerja Tertinggi UMNO dan Ahli Parlimen Barisan Nasional sebelum ini secara jelas telah menyatakan bahawa sokongan adalah secara en bloc malah tidak akan bersama sama...
Pas Tuntut Penjelasan Dari Umno Mengenai Sokongan Kepada Anwar

Pas Tuntut Penjelasan Dari Umno Mengenai Sokongan Kepada Anwar

papar berkaitan - pada 25/9/2020 - jumlah : 459 hits
Dibayangi dengan khabar Anwar Ibrahim kini mendapat sokongan majoriti ahli parlimen untuk membentuk kerajaan baru PAS hari ini berkata parti itu akan mendapatkan penjelasan daripada rakan Muafakat Nasional mereka berhubung perkara berkenaan...
Sokongan Kepada Anwar Datang Dari Pengikut Setia Najib Zahid Tun M

Sokongan Kepada Anwar Datang Dari Pengikut Setia Najib Zahid Tun M

papar berkaitan - pada 25/9/2020 - jumlah : 655 hits
KUALA LUMPUR 24 Sept Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad percaya sokongan sebilangan Ahli Parlimen UMNO kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menubuhkan kerajaan baharu adalah bersyarat Beliau yang juga Ahli Parlimen Langkawi berk...
Saya Akan Tarik Balik Sokongan Terhadap Muhyidin Kalau Bawa Kepada Pilihan Raya Mengejut Kata Nazri

Saya Akan Tarik Balik Sokongan Terhadap Muhyidin Kalau Bawa Kepada Pilihan Raya Mengejut Kata Nazri

papar berkaitan - pada 24/9/2020 - jumlah : 343 hits
Beliau turut menyokong pendirian Ahmad Zahid Hamidi untuk tidak menghalang mana mana ahli Parlimen Umno menyokong Anwar Ibrahim
Kenali Josh Robinson Mengenai Susur Galurnya Memiliki Keturunan Berdarah Malaysia

Maritim Malaysia Aktifkan Operasi Carilamat Mangsa Bot Karam Di Perairan Langkawi

Belum Terlewat Untuk Fam Kembali Ke Pangkal Jalan

From Romans Learn Shipbuilding From Malays To Flying Malays Top 10 Mockeries Levelled At Prof Sambal Belacan

Kejayaan Arsitektur Dan Warisan Budaya Di Paw Singa Sigiriya

Senarai Pemain Skuad Harimau Malaysia Untuk Pertandingan Terkini

Trust Legal Process Says Ex Rep After Ewon S Premature Resignation

4 Hari Test Drive Hyundai Tucson Hybrid Ini Perkara Luar Biasa Berlaku Kat Aku


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Resipi Ayam Masak Madu Suri Hati Dan Moist Kek Cinnamon Roll Omggg

Delicious Authentic Indian Beef Curry Recipe With Coconut Milk

Lorong Seni Dan Pelancongan Kkb

Masjid Jamek Ar Rahimah

Lily By Alan Walker A Reminder Of Fear And Curiosity

Rinduuu Blogging