Suhakan Patut Panggil Ku Li Dan Kit Siang Join Sekali
PATUT-PATUT PANGGILLAH MENTERI PAKATAN HARAPAN SEKALI, SURUH DEPA BAWA SYOR DALAM PARLIMEN. DR MAZAPUN UNDANG SEKALI, TU BARU ANAK JANTANPak Karamu- ICERD: Suhakam kecewa tapi belum menyerah kalahMohd Hafiz Ismail9 Disember 2018                                                        AddThis Sharing Buttons                 

 Tan Sri Razali Ismail                                                        (Ubah saiz teks)                    PETALING JAYA -  [KEMASKINI] Suruhanjaya Hak Asasi  Manusia (Suhakam) menegaskan pihaknya akan terus menasihat kerajaan  untuk meratifikasi baki enam konvensyen antarabangsa berkaitan hak asasi  manusia.
 Pengerusinya, Tan Sri Razali Ismail, berkata ia termasuklah  meratifikasi Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk  Diskriminasi Kaum (ICERD).
 “Walaupun kami kecewa, namun kami belum menyerah kalah.
 "Ramai individu dalam kerajaan mahu kami terus bekerja keras dalam isu  ini. Kami akan terus menasihati kerajaan (meratifikasi ICERD dan baki  instrumen hak asasi manusia lain),” katanya pada sidang media selepas  perasmian Sambutan Hari Hak Asasi Manusia 2018, hari ini.
 Sehingga kini tiga daripada sembilan konvensyen antarabangsa berkaitan  hak asasi manusia telah diratifikasi Malaysia iaitu Penghapusan Semua  Bentuk Diskriminasi Terhadap Wanita (CEDAW), Konvensyen Hak Asasi  Kanak-Kanak (CRC) dan Konvensyen Hak Asasi Orang Kurang Upaya (CRPD).
 Sebelum ini, Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dalam ucapannya  di Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA) di New  York, menegaskan kerajaan baharu Malaysia berikrar untuk meratifikasi  baki instrumen asas PBB yang berkait dengan melindungi hak asasi  manusia.
 [ARTIKEL BERKAITAN: Kerajaan sah tak akan ratifikasi ICERD]
 Namun begitu pada 23 November lalu, kerajaan menyatakan pendirian untuk  tidak meratifikasi ICERD, sebaliknya memberi jaminan akan terus  mempertahankan Perlembagaan Persekutuan.
 Mengulas mengenai ketidakhadiran Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir  Mohamad pada program tersebut, Razali berkata, ia memberi kelebihan pada  acara yang djalankan pihaknya.
 “Perdana Menteri membantu kita apabila beliau tidak hadir. Bila beliau tidak datang, orang semakin tertarik untuk hadir.
 “Ramai orang datang bertanyakan pelbagai soalan dan menunjukkan minat  dalam pelbagai isu membabitkan hak asasi manusia dan dewan juga penuh,"  katanya.                                                                                                                                                                                                                                 
			
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang : 
http://abnnasution.blogspot.com/2018/12/suhakan-patut-panggil-ku-li-dan-kit.html