Sugarbaby Dik Akak Ukur Baju Di Badan Sendiri



KECOH seketika apabila budaya sugar daddy melibatkan mahasiswa diperkatakan oleh media, baru-baru ini.
Budaya mengikis harta lelaki bukanlah memeranjatkan, sebaliknya telah berlaku sejak lama dahulu kerana keinginan seorang wanita untuk hidup mewah.
Dunia era teknologi yang serba serbi mahu dipaparkan di media sosial menjadi antara penyebab utama wanita muda memilih jalan hidup yang salah ini.
Apabila melihat rakan hidup mewah dengan kerap bertukar beg tangan, pakaian, aksesori, barangan kemas, kenderaan dan gajet, makan di restoran atau hotel, melancong ke luar negara serta menjalani kehidupan sosial yang ada kelas tersendiri menyebabkan wujudnya permintaan tinggi untuk mempromosi aktiviti sugar daddy.
Taraf hidup berbeza dan diskriminasi terhadap wanita yang menjalani kehidupan secara sederhana dan susah juga merupakan faktor golongan ini menjadi mata duitan. Ini kerana terdapat kumpulan yang hanya mahu berkawan dengan rakan setaraf dengannya.
Perasaan iri hati dengan kelebihan orang lain juga menyebabkan mereka memilih cara mudah untuk hidup senang setanding rakan-rakan. Mereka akan rasa tertekan dan memaksa diri untuk berada di kelompok asing, sekali gus merubah perwatakan, penampilan dan tingkah laku.
Menurut tinjauan laman temu janji terbesar di dunia, Seeking Arrangement, Malaysia berada di tangga ketiga dalam kalangan negara-negara Asia dengan 42,500 sugar daddy di belakang Indonesia (60,250) dan India (338,000) daripada jumlah keseluruhan 556,000 sugar daddy di rantau ini.

Daripada jumlah tersebut, seramai 12,705 pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) berdaftar dengan aplikasi Sugarbook untuk mencari banker yang boleh memuaskan kehendak untuk bermewah.
Hanya kerana mahukan gaya hidup mewah dan moden sehingga mereka terlupa mengenai perkara halal dan haram, dosa dan pahala.
Selain memilih jalan tersebut, terdapat juga golongan wanita yang sanggup berhutang dan membuat pinjaman peribadi hanya semata-mata untuk kelihatan mewah. Akhirnya, diri merana kerana ‘terpukul’ dengan bebanan membayar pinjaman sehingga diisytihar muflis.
Sekiranya diisytihar muflis, kehidupan akan semakin sukar serta nama akan disenarai hitam daripada membuat sebarang pinjaman, bekerja dan ke luar negara. Keadaan lebih sukar jika sudah berkeluarga yang pastinya banyak komitmen.
Rezeki bukan hanya pada RM
Oleh itu, lebih baik kita hidup dengan seadanya agar tidak menyesal di kemudian hari. Tidak perlu rasanya untuk rasa tercabar atau iri hati dengan kelebihan orang lain.
Percayalah, rezeki setiap manusia di dunia ini sudah ditentukan oleh Allah SWT dan ia tidak hanya perlu diukur berdasarkan wang dan harta sebaliknya perlu dilihat dalam skop lebih luas.
Ramai tidak sedar, mereka sebenarnya diselimuti rezeki yang tidak pernah putus seperti memiliki keluarga yang bahagia, sahabat yang baik, majikan yang memahami, kesihatan yang baik dan menikmati hidup yang tenang.
Persepsi yang salah ini perlu diubah agar masyarakat tidak hanya memberi fokus kepada duniawi sehingga sanggup menggadai maruah dan diri demi untuk mencapai cita-cita.

Penularan Covid-19 di seluruh dunia banyak mengubah perspektif wanita terutama bagi mereka yang kehilangan sumber pendapatan atau masih tidak bekerja ekoran faktor ekonomi yang tidak kukuh. Terdapat juga mereka daripada golongan ini mula memberontak dan memilih jalan yang salah dan mudah untuk kelangsungan hidup.
Oleh itu, langkah terbaik untuk mencapai setiap impian adalah dengan berusaha dan tawakal. Mustahil rezeki datang bergolek tanpa kerja keras. Janganlah malu untuk bermula dari bawah kerana ramai sahaja wanita di luar sana berjaya membuktikan kejayaan mereka walaupun terpaksa merangkak dan berhempas pulas.
Golongan itu wajar dipuji dan dicontohi. Anda juga boleh berjaya dengan syarat buang ego, jangan segan untuk menimba ilmu sama ada secara formal atau tidak, rebut peluang untuk menambah kemahiran serta pupuk semangat untuk berjaya. Insya-Allah, rezeki itu luas.
Belajarlah hidup mengikut kemampuan kerana sifat cemburu, iri hati, dengki dan ingin bersaing dengan yang lain hanya akan menghitamkan hati anda. Jangan sesekali menjadi mangsa kepada nafsu yang akhirnya membebankan anda menyesal seumur hidup.
Pemerkasaan wanita
Sempena sambutan Hari Wanita 2021, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin tegas menyatakan, kerajaan sentiasa berpegang kepada prinsip pemerkasaan wanita dan akan memastikan ia terus menjadi agenda penting negara.
Ini kerana wanita merupakan tonggak pembangunan negara yang paling penting dalam aspek sosial, politik dan ekonomi, malah merangkumi segala aspek pembangunan negara.
Usaha tersebut secara tidak langsung mengangkat peranan wanita dalam memegang jawatan penting sama ada di sektor kerajaan atau swasta. Pada masa sama, jurang antara lelaki dan wanita dapat dikurangkan. Golongan wanita harus merebut peluang ini untuk memajukan diri, sekali gus sebagai batu loncatan untuk berjaya.
Laluan sudah dibuka, cuma bagaimana untuk anda mengambil kesempatan dengan inisiatif kerajaan. Percayalah, mencari rezeki secara halal adalah jauh lebih baik dan pastinya diberkati. Jangan sesekali mengambil jalan singkat yang hanya memberi kebahagiaan sementara.

The post SugarBaby, Dik, akak ukur baju di badan sendiri! appeared first on MYKMU.NET.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2021/03/14/sugarbaby-dik-akak-ukur-baju-di-badan-sendiri/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Siput Laut Ini Memenggal Kepalanya Sendiri Dan Menumbuhkan Badan Baru Mengerikan

Siput Laut Ini Memenggal Kepalanya Sendiri Dan Menumbuhkan Badan Baru Mengerikan

papar berkaitan - pada 9/3/2021 - jumlah : 846 hits
Tingkah laku luar biasa seekor haiwan memotong kepalanya sendiri kemudian menjana semula badan baru mungkin seperti cerita fiksyen sains terkini tetapi kelakuan aneh untuk spesies siput laut yang baru ditemui ini adalah kenyataan yang menge...
Teruskan Hidup Dengan Berniaga Shuk Letakkan Kesalahan Atas Diri Sendiri

Teruskan Hidup Dengan Berniaga Shuk Letakkan Kesalahan Atas Diri Sendiri

papar berkaitan - pada 10/3/2021 - jumlah : 281 hits
Hebahkan Saya tahu tentang kelemahan diri sendiri Saya tidak kata apa yang telah saya lakukan itu tidak salah Sebab kalau tidak salah perkara seperti ini tidak akan berlaku Jadi sebab saya sedar kesalahan yang telah saya lakukan maka sa
7 Tips Yang Harus Kamu Ingat Kalau Pengin Cuci Mobil Sendiri Bisa Bisa Aja Kok Kinclong

7 Tips Yang Harus Kamu Ingat Kalau Pengin Cuci Mobil Sendiri Bisa Bisa Aja Kok Kinclong

papar berkaitan - pada 11/3/2021 - jumlah : 298 hits
Semoga tips ini bisa bikin kamu lebih hemat karena nggak perlu cuci mobil di tempat pencucian lagi
Leona Azhar Dikritik Teruk Oleh Warganet Dengan Perkongsian Dibuat Sekali Ini Respon Padu Dari Azhar Sulaiman Sendiri

Leona Azhar Dikritik Teruk Oleh Warganet Dengan Perkongsian Dibuat Sekali Ini Respon Padu Dari Azhar Sulaiman Sendiri

papar berkaitan - pada 11/3/2021 - jumlah : 712 hits
Mugkin ada yang mengenali dan ada juga tidak Terdahulu anak kepada Azhar Sulaiman pernah menjadi bualan warganet selepas berkogsi perbelanjaan bulanan di Tiktok Tak lama kemudian anak kepada Azhar Sulaiman telah memohon maaf dan akui tindak...
Beriawan Dan Kena Sep4k Wawa Zainal Bei4sah Suami Sendiri

Beriawan Dan Kena Sep4k Wawa Zainal Bei4sah Suami Sendiri

papar berkaitan - pada 11/3/2021 - jumlah : 474 hits
Ini memang lain daripada yang lain apabila pelakon Aeril Zafrel dan isterinya iaitu Wawa Zainal dah mula gunakan pist l pula ya Wawa ada memuat naik satu video teaser menunjukkan dirinya dan Aeril berl4wan sehingga membuatkan Wawa menyep4k ...
Kluster Kuasa Kluster Broker Bimbang Umno Sedang Bangkit Dengan Kekuatan Sendiri Zahid Hamidi

Kluster Kuasa Kluster Broker Bimbang Umno Sedang Bangkit Dengan Kekuatan Sendiri Zahid Hamidi

papar berkaitan - pada 10/3/2021 - jumlah : 261 hits
Hakikatnya tiada sebarang kluster dalam kepimpinan Umno Apatah lagi akar umbi Umno mahu supaya Umno terus berpadu tanpa sebarang perpecahan biarpun perbezaan pendapat tetap diraikan Namun tafsiran terdapat wujudnya pelbagai kluster mengikut...
Sayangi Hargai Diri Sendiri Kata Permaisuri Agong Sempena Hari Wanita

Sayangi Hargai Diri Sendiri Kata Permaisuri Agong Sempena Hari Wanita

papar berkaitan - pada 8/3/2021 - jumlah : 284 hits
Raja Permaisuri Agong berkata kekuatan wanita terserlah ketika pandemik Covid 19 yang melanda negara kini apabila mereka mampu bangkit serta cekal mengatasi sebarang cabaran KUALA LUMPUR Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimu...
Hiburan Letakkan Kesalahan Atas Diri Sendiri Shuk Sahar Berniaga Untuk Teruskan Hidup

Hiburan Letakkan Kesalahan Atas Diri Sendiri Shuk Sahar Berniaga Untuk Teruskan Hidup

papar berkaitan - pada 10/3/2021 - jumlah : 343 hits
Hilang pekerjaan selepas terpalit dengan isu curang Shuk Sahar nampaknya meneruskan hidup dengan melakukan pelbagai kerja termasuk menjual air Beberapa hari lepas dia dikatakan diserang individu tidak dikenali ketika berniaga di Wangsa Maju...
Anwar Slams Hypocritical Criticism Over His Response To Najib S Apology

A Sucker Punch For Rm1 000 What S The Value Of Dignity In Malaysia

Makan Malam Tiga Beranak Di Adam Kitchen

Rakyat Malaysia Jadi Tentera Upahan Di Ukraine Dipercayai Masih Hidup Kpn

Tan Sri Vincent Tan Dan U Mobile

Empat Sekawan Dipenjara Tiga Tahun Culik Budak Perempuan

Pengalaman Anak Kena Prolonged Jaundice

Sabah Air Belum Mohon Lesen Perkhidmatan Udara Kata Menteri Pengangkutan


echo '';
Biodata Terkini Penyanyi Illa Sabry Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Senyawa iQIYI Malaysia

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Project Projek Exit Astro Originals

Pelajari Asal Usul Nama Makhluk Seram Kisah Fiksyen Barat Yang Terkenal

10 Fakta Filem Kahar Kapla High Council Yang Ramai Tak Tahu Prekuel Drama Project Projek High Council


Tv Samsung Rosak Tamat Tempoh Hayat

30 Lagu Bakal Berentap Dalam Muzik Muzik 39 Separuh Akhir Siapa Akan Mara Ke Ajl 39

Celebrity Legs And Feet In Tights Variety Pack 143

Cucur Sayur

Kedah Jheaik Siasat Tok Kadi Buli Pengantin

Seorang Wanita Tergamak Penggal Kepala 2 Anak