Sudut Kopi Sik


Hujung minggu lalu, saya dan Encik Suami ke Gerik, Perak. Dalam perjalanan, kami singgah makan tengah hari di sebuah kafe yang terletak di Sik, Kedah. 
Saya terpandang kafe Sudut Kopi ini semasa kami sedang mencari kedai makan. Lokasinya tak jauh dari jalan besar, memang mudah dilihat

Ruang dalam kafe. Saya suka suasana santai di sini

Sudut Kopi - Coffee & Eatery. Bukan hanya ada kopi dan hidangan ringan, kita juga boleh menikmati pilihan hidangan mi, nasi dan pasta

Klik foto untuk paparan lebih jelas.Antara menu yang terdapat di Sudut Kopi

Konsep layan diri - pesan dan bayar makanan di kaunter. Makanan akan dihantar ke meja, minuman pula kita perlu ambil sendiri di kaunter bila pager berbunyi

Aneka kek dan pastri yang membuat saya keliru nak memilih. Semua nampak sedap 😋
Yang ini pun menggoda juga

Peringatan mesra dengan cara kreatif 😀
Tak menunggu lama, satu demi satu hidangan kami tiba. Minuman kami turut dihantar ke meja, tak perlu bangun ambil di kaunter. Agaknya sebab masa ni tak ramai pelanggan, sempatlah mereka melayan hantar minuman

Mini pavlova / RM3

Nasi daging blackpepper / RM14

Mi kari / RM8

Minuman pilihan saya - Enggang Kopi Ais / RM11. Menurut petugas di kaunter, Enggang Kopi adalah Spanish Latte. Minuman pilihan Encik Suami - Americano Ais / RM9

Alhamdulillah…semua makanan dan minuman kami sedap sesuai dengan cita rasa. Sebelum beredar, kami beli dua potong kek untuk makan bila sampai di Gerik. Encik Suami tak gemar makan manisan, jadinya kek yang dibeli saya makan sendiri. 
*
Esok harinya semasa dalam perjalanan balik dari Gerik, sekali lagi kami singgah makan di Sudut Kopi. Dah kata sedap kan, haruslah kita ulang datang 😀
Kali ini saya mencuba spaghetti salted egg chicken crispy / RM16. Satu lagi hidangan - mi kari, sama seperti semalam

Hot Pecan Praline Latte / RM12 pilihan saya. Encik Suami masih setia dengan Americano

Alhamdulillah sedap! Seronok rasanya bila jumpa tempat makan yang memenuhi cita rasa. Dari segi layanan pula, sangat mesra dan pantas. Tapi sayang, kafe ini terletak jauh di Sik. Entah bila saya akan kembali menikmati hidangan di Sudut Kopi ini


***************************
SUDUT KOPINo. 1, Lot 11418, Kg. Batu Lima,08200 Sik,Kedah

Waktu operasi :Setiap hari | 11 pagi - 9 malamJumaat | 3 petang - 11 malam








Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://ujieothman.blogspot.com/2025/10/sudut-kopi-sik.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Sarapan Pagi Di Warung Kopi Peng Bersama Anak Buah And The Gang

Sarapan Pagi Di Warung Kopi Peng Bersama Anak Buah And The Gang

papar berkaitan - pada 7/10/2025 - jumlah : 189 hits
Hari Sabtu hujung bulan September anak buah and the gang ada join run di Seremban Lepas run dia ajak jumpa Mohlah kita Kemain jauh dari Sabak Bernam join run kat Seremban Hmmm Saya tak ada idea nak makan di mana waktu pagi Kami bukan biasa ...
Full Acquisition Of Genting Malaysia For Rm6 7 Bil Will Bolster Global Gaming Expansion

Let Gang Rape Suspects Take Spm After Trial Says Maria

Wan Saiful Saya Terima Surat Pemecatan Malam Tadi Surat Tidak Disertakan Alasan Terperinci Punca Dipecat

The Invisible Battle When Emotional Abuse Hides In Plain Sight

Ingin Jadi Content Creator Yang Bagus

Ref Gio Rural Lucas Fernandes Arquitetos Itajobi S O Paulo Brazil

Pening Menggigil Tak Larat

Kadir Jasin Rape Incident In Melaka School Isn T A Test From God But Man Made Calamity Waiting To Happen


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Penggunaan Ayat Call To Action Dalam Kempen Pemasaran Beserta Contoh

Eu Asean Komited Perkasa Pendidikan Tinggi Tumpu Pembangunan Bakat Amp Kemahiran

Siasat Dakwaan Pelajar Tikam Berulang Kali Kerana Cinta Tak Dibalas

Jiran Dengar Jeritan Sebelum Dua Beradik Ditemukan Maut

Hydrohaptics Revolutionizing User Interaction With Fluid Based Feedback

Ini Kesan Buli Di Sekolah Langkah Atasi