Sudah Terjawab Kenapa Perisa Coklat Tidak Laku
SUDAH TERJAWAB KENAPA PERISA COKLAT TIDAK LAKU | Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih. Assalammualaikum semua. Hihi. KANAK-KANAK suka manisan. Manis-manis. Bezanya dikawal atau tidak oleh ibu bapa. Diperbolehkan dengan kadar tertentu atau dilarang terus.
Jangan kata anak kecil. Mak bapak pun yang ada penggemar manisan. Tak gitu?. Cuma kena pandai-pandailah kawal untuk kesihatan diri sendiri. Bila cerita pasal manisan, salah satunya aiskrim. Pencuci mulut yang boleh bertukar jadi makanan utama. Hihihi.
Kisah setiap kali balik kampung, bila balik rumah mertua, anak-anak buah mesti nak berkumpul. Nak tidur rumah atok nenek. Sebab?.. sebab abi ummi balik kampung. Mak bapak dia orang pun tak terkata apa. Akur jelah. Bila kumpul ramai-ramai yang selalu dan mesti ada ais krim.. haaaaaa. Tapi ada syarat bila nak makan ais krim.
Syaratnya, makan nasi dulu. Mesti kena makan, makanan berat dulu. Nasi ke.. mi ke.. Jangan daripada celik mata sakan ngadap ais krim. Jangan kata ummi, nenek pun jadi merah hijau kuning. Hahaha.
Satu hal yang PC perasan, ada dua tiga bekas ais krim tu, mesti yang berbaki cuma perisa coklat. Kalau ada dua bekas, perisa coklat yang masih elok je tak bersentuh pun. Macam tu jugalah kalau memang cuma satu perisa coklat sahaja dalam bekas tu. Semua alim je, tak ada la asik kemaruk buka peti ais nenek tu ha.
Biasanya..
Ummi adik nak ais krim.. tapi adik nak warna pink dengan putih je tau ummi. Ingat tau ummi.
Datang lagi sorang..
Ummi, adik nak matan ais serim boleh. Adik nak putih.. adik nak yang pink juga. Nak dua je. Coklat adik tak suka. Putih banyak. Pink sikit je ummi.
Ada dua anak buah sebaya. Dua-dua dipanggil adik. Masalah akan timbul bila yang putih dan pink tu dah habis yang tinggal coklat. Kakak dengan abangnya pun sama naik. Tak makan yang coklat. Apasal la ni.. Ada sekali tu, minta dengan abinya, sekali ntah macam mana abinya ceduk terkena yang coklat.. nangis jerit-jerit macam kena cubit..
SUDAH TERJAWAB KENAPA PERISA COKLAT TIDAK LAKU. Di kampung PC layankan je. Ok, bila dah balik rumah, PC pun minta encik suami beli ais krim yang serupa.. acah-acah buat kajian. Encik suami pun beli laaaa..
SUDAH TERJAWAB KENAPA PERISA COKLAT TIDAK LAKU
SUDAH TERJAWAB KENAPA PERISA COKLAT TIDAK LAKU
Oleh kerana dah lama tak makan ais krim.. kami berdua semangat. Sampai pada suapan peris coklat.. kami terkedu.. sama-sama senyap.. cuma satu kata kami sama-sama ucap.. PAHIT!!!. Yes, dah dapat jawapan kenapa perisa coklat tak laku di kampung. Hahaha. Tapi sebenarnya, kalau bijak... vanilla mix coklat atau strawberry mix coklat sangat sedap rasanya.. coklat yang sedikit pahit mengimbangi rasa manis vanilla dan strawberry. Dah nama budak-budak.. gitulah.
NOTA PC : SUDAH TERJAWAB KENAPA PERISA COKLAT TIDAK LAKU
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.perducinta.com/2022/09/sudah-terjawab-kenapa-perisa-coklat.html