Sudah Sudahlah Beri Peluang Pm Baharu Buktikan



SIAPA pun yang menerajui kerajaan, kehidupan ini mesti diteruskan. Life must go on, orang putih kata. Sudah tentu rakyat mahukan keadaan yang lebih baik daripada sebelumnya.

Justeru, kurangkan berpolitik. Bekerjalah dengan penuh ikhlas dan integriti yang tinggi, agar rakyat sejahtera.

Percayalah, rakyat sedang memerhatikan kamu, jika kamu buat silap lagi, tidak mustahil, kamu akan jatuh kembali. Berhati-hatilah.

Kepentingan rakyat perlu diutamakan berbanding kepentingan peribadi

Terimalah hakikat bahawa Allah masih memberikan peluang, tidak mahu PH melakukan kerosakan yang lebih teruk lagi

Sekalung tahniah kepada Perdana Menteri (PM) yang baharu. Allah izinkan semua ini berlaku agar negara ini dapat diselamatkan daripada kejahatan ultra kiasu. Sebab itu, saya sokong sepenuhnya perlantikan TSMY sebagai PM. Rahmat Allah untuk rakyat Malaysia.

Logiknya, apa yang lagi TSMY mahu, melainkan menyelamatkan kepentingan agama, bangsa dan negara

Selaku orang yang mempunyai berpengalaman luas, sama ada peringkat negeri, mahupun pusat, apa yang TSMY mahu lagi? Saya tidak fikir Muhyidin terlalu kemarukkan jawatan Perdana Menteri, jika bukan kerana ada tugas besar yang perlu digalas.

Tanggungjawab terpaksa digalas atas nama Islam. Jika tidak, saya tidak fikir TSMY sanggup menerimanya, dalam keadaan kesihatannya yang tidak mengizinkan.

Tetapi kerana sayangkan agama, bangsa dan negara daripada terus dirobek-robekkan ultra kiasu, TSMY tidak ada pilihan lain, melainkan bertindak cepat, sebelum kerosakan menjadi lebih parah

Sebab itu, saya amat berharap, menteri-menteri yang akan dilantik nanti, dapat meringankan beban PM, bukan menjadi beban kepada PM. Bersatu hatilah untuk menjayakan Malaysia tercinta ini

Apa yang perlu dilakukan?

Pertama, sesiapapun yang dilantik memegang jawatan, jadilah menteri dan wakil rakyat yang berintegriti. Bekerja untuk rakyat, selaras dengan nama wakil rakyat. Jangan khianati amanah rakyat.

Justeru, pastikan siapa menteri dan timbalan yang dilantik adalah dalam kalangan mereka yang bersih latar belakangnya. Jangan angkat lagi pemimpin yang mempunyai masalah integriti dan skandal memegang jawatan dalam kabinet. Pastikan kabinet kali ini, kabinet bersih.

Kedua, benteras rasuah hingga ke akar umbi. Hukum mereka yang terlibat rasuah dengan hukuman yang berat. Tidak kira siapapun melakukannya sama ada di dalam atau di luar parti.

Jangan ulangi lagi kesilapan masa lalu, daripada ketua kampung, penghulu, ketua cawangan ketua bahagian dan lain-lain, pastikan mereka bukan dalam kalangan yang merebut projek untuk penuhkan poket. Tetapi bekerja untuk rakyat.

Ketiga, jagalah Islam daripada dirobek ultra kiasu, termasuk MCA, jika adalah calon MCA yang dilantik menjadi menteri.

Dari dahulu saya dah kata, orang Cina tidak akan rugi sedikit, siapapun yang menerajui kerajaan. Perjuangan tidak banyak beza.

MCA kalah, pun menang, MCA menang, lagilah menang.

Pastinya dua Ahli Parlimen MCA akan dilantik menjadi menteri dan timbalan menteri. MIC usahlah cerita. Sudah tentu dapat habuan mereka.

Ingatan saya, lantikan mesti sesuai dengan kerusi Parlimen yang mereka ada. Jangan beri lebih. Menang sikit, dapat pun sikit. Baharu adil. Lagipun mereka menang dengan ihsan undi Melayu.

Mereka yang bukan wakil rakyat daripada kalangan MCA, MIC, juga Gerakan, jangan lantik mereka menjadi senator untuk dilantik sebagai menteri. Buktikan kemampuan mereka ini dalam PRU 15 nanti, baru nilai semula.

Cukuplah dengan apa yang mereka untuk dilantik sebagai menteri. Itupun sudah terlebih kuota diberikan, jika hanya satu dua yang menang, semua dapat jawatan menteri, itu sudah terlebih adil. Ambil pengajaran daripada kebobrokan ultra kiasu.

Percayalah, jika ramai pun orang Islam dan Bumpitera dalam Kabinet, hak-hak bukan Melayu pasti akan terjamin kerana Islam tidak membenarkan sama sekali, kita menganiaya minoriti. Ini prinsip asas.

Saya pernah berkata dalam wacana Sinar Harian enam bulan lalu, bahawa tidak mustahil kerajaan selepas ini akan terdiri daripada orang Islam dan Bumiputera sahaja, jika orang bukan Melayu terlalu ultra kiasu. Tidak pernah sedar dek untung.

Hari ini, ternyata sudah kebenarannya.

Sebab itu, jangan marah jika jawatan menteri selepas ini tidak banyak diberikan kepada Cina dan India.

Syor saya, berikanlah lebih jawatan menteri dan timbalan kepada wakil rakyat daripada Sabah dan Sarawak. Bumiputera Sabah dan Sarawak lebih layak untuk mendapatkan lebih jawatan menteri dan timbalan. Bukan MCA atau MIC, walaupun kedua parti ini juga patut diraikan.

Jika MCA masih lagi berdegil, terus tekan kerajaan mengiktiraf UEC, tendang sahaja ultra kiasu yang tidak berguna ini.

Saya lihat yang menjadi ‘king maker’ dalam menentukan peralihan kuasa hari ini, adalah parti-parti politik Bumiputera daripada Sabah dan Sarawak serta PAS. Justeru, jangan sakiti mereka lagi. Bekerjalah untuk rakyat demi Allah SWT.

Percayalah, jatuhnya PH daripada kerajaan sebelum ini adalah disebabkan ketidakupayaan dan kelonglaian mereka berhadapan dengan ultra kiasu. Ultra kiasu terlalu berkuasa sehingga rakyat cukup merasa meluat.

Jika tidak percaya, buatlah PRU sekarang, saya amat yakin, jika Allah izinkan, ultra kiasu akan tersungkur. Sebab itu, kepada ultra kiasu, fikir dua tiga kali sebelum mahukan untuk jatuhkan PM baharu.

Jika PRU berlaku dalam jangkamasa terdekat, tunggulah keputusannya nanti. Saya begitu teruja menanti pembukaan persidangan parlimen tidak lama lagi.

Keempat, jawatan-jawatan strategik dalam perkhidmatan awam yang dipegang ultra kiasu hendaklah dikaji semula dalam jangka masa terdekat. Terutama, jawatan speaker Dewan Rakyat dan berkaitan. Begitu juga jawatan-jawatan strategi lain dalam perkhidmatan awam dan agensi berkaitan kerajaan (GLC).

Jika ketika ultra kiasu memerintah, mereka berjaya membersihkan. Kenapa kerajaan hari ini perlu simpan, kecualilah mereka yang tidak ultra kiasu.

Mereka yang menjadi duri dalam daging, hendaklah segera ‘dibersarakan’ supaya mereka tidak menimbulkan masalah dan berlaku pengkhianatan

Kelima, jangan lupa dengan NGO dan individu yang telah bertungkus lumus dan berpenat lelah untuk memastikan Perikatan Nasional berada dalam tampok kekuasaan.

Tanpa mereka, yang bangunkan menyedarkan rakyat, mana mungkin, sebahagiannya boleh sedar. Mereka bekerja siang dan malam bagi memastikan kebangkitan ini berlaku.

Kepada elit-elit politk yang kini telah menjadi pembangkang dan juga orang-orang IKRAM, insaflah kamu. Janganlah lakukan lagi proses pengikraman, tetapi kan lakukan proses pengrakyatan. Bukankah senjata sudah makan tuan?

Tidak ada masalah dengan proses pengikraman, jika kamu merakyat dan mampu berhadapan dengan ultra kiasu. Tetapi kamu cair dan tenggelam dalam arus ultra kiasu. Islam dan Melayu menjadi bahan sendaan ultra kiasu.

Inilah akibatnya, apabila sifat mujahid menjadi mujahat, terima balasannya.

Sebagai penutup, terimalah seloka saya buat semua

Bila harapan tinggal harapanDahulu aku dah kata
Jaga Islam, Melayu dan bumiputera
Tetapi kamu tidak percaya
Rasakan akibatnyaKamu jaga ultra kiasu
Akhirnya kamu lesu
Tersungkur layu
Pencen tak dapat, duduk melenguDulu masa kamu berkuasa
Bukan main lagi lagaknya
Kau buang orang yang berlawanan
Kau buang mereka yang tidak sefahamanKau siksa mereka
Kau kata mereka
Kau sindir mereka
Seolah-olah mereka tidak bergunaKau lantik semua kroni kamu
Kamu ingat kamu boleh menongkat dunia
Tuhan Maha Kuasa
Sekelip mata hilang kuasaKini apa yang kamu ada
Menangis tidak ada guna
Kawan-kawan mula menjauh
Kerana tidak ada tempat berteduhKepada tokeh-tokeh ultra kiasu
Dahulu kamu kritik Dasar Ekonomi Baharu
Sekarang baru kamu tahu
Nak minta projek muka tak malu
Nak bodek orang tahu
Tak siapa dapat membantuKepada orang Islam, bumiputera dan Melayu
Jangan lagi berseteru
Jika tak mahu jatuh kepada ultra kiasu
Kecuali jika kamu bersatuPercayalah, peluang ini tak datang selalu
Prof Dr Ridhuan Tee Abdullah



Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
[email protected]


©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mindarakyat.blogspot.com/2020/03/sudahsudahlah-beri-peluang-pm-baharu.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Bagi Mereka Peluang Buktikan

Bagi Mereka Peluang Buktikan

papar berkaitan - pada 4/3/2020 - jumlah : 302 hits
KETUA jurulatih Terengganu FC Nafuzi Zain percaya dua pemain import baharunya Dominique da Sylva dan Babacar Diallo mampu menyinar dalam saingan Liga Malaysia musim ini biarpun sedikit kecewa pada aksi pertama liga bertemu Perak Sabtu lalu ...
Honda Accord Generasi Baharu Dan Civic 2020 Dilancarkan Secara Rasmi

Honda Accord Generasi Baharu Dan Civic 2020 Dilancarkan Secara Rasmi

papar berkaitan - pada 26/2/2020 - jumlah : 355 hits
Mulai dinantikan peminat tempatan sejak pada tahun selepas negara lain mula menerima model terbaharu ini lebih awal akhirnya Honda Malaysia pada hari ini telah melancarkan dua model serentak iaitu Honda Accord dan Civic facelift 2020 secara...
Netflix Mempunyai Antaramuka Baharu Untuk Chromecast

Netflix Mempunyai Antaramuka Baharu Untuk Chromecast

papar berkaitan - pada 27/2/2020 - jumlah : 190 hits
Netflix adalah platform penstriman video yang paling popular Ia menawarkan pelbagai kandungan menarik dari filem drama dokumentari atau juga animasi Netflix juga seperti aplikasi penstriman video yang lain ia menyokong fungsi chromecast Seb...
Pakatan Harapan Runtuh Di Johor Parti Gabungan Baharu Ambil Alih

Pakatan Harapan Runtuh Di Johor Parti Gabungan Baharu Ambil Alih

papar berkaitan - pada 27/2/2020 - jumlah : 275 hits
Kemelut yang melanda politik negara dilihat semakin meruncing apabila satu demi satu berita mengejut telah diterima Jika sebentar tadi Perdana Menteri Interim Tun Dr Mahathir Mohamad kembali memegang jawatan sebagai Pengerusi Parti Pribumi ...
Riduan Rahmat Dilantik Setiausaha Dewan Rakyat Yang Baharu

Riduan Rahmat Dilantik Setiausaha Dewan Rakyat Yang Baharu

papar berkaitan - pada 26/2/2020 - jumlah : 273 hits
KUALA LUMPUR 25 FEB Riduan Rahmat dilantik Setiausaha Dewan Rakyat yang baharu bagi menggantikan Datuk Roosme Hamzah yang tamat perkhidmatan selepas berakhirnya tempoh kontrak selama setahun dari tarikh bersara wajib pada 22 Februari tahun ...
Google Translate Menambah Sokongan Lima Bahasa Baharu Termasuk Uighur

Google Translate Menambah Sokongan Lima Bahasa Baharu Termasuk Uighur

papar berkaitan - pada 27/2/2020 - jumlah : 360 hits
Proses membaca laman web dalam bahasa asing menjadi mudah sejak Google Translate diperkenalkan pada tahun 2013 Jumlah bahasa yang disokong kini meningkat kepada 108 dengan penambahan lima bahasa baharu minggu ini Bahasa baharu yang disokong...
Harapan Sudah Berlalu Kini Bina Impian Baharu

Harapan Sudah Berlalu Kini Bina Impian Baharu

papar berkaitan - pada 26/2/2020 - jumlah : 204 hits
PUTRAJAYA adalah matlamat utama PH waktu itu Tanpa peduli apa agenda utama DAP yang tersemat rapi Atas nama PKR mereka bertarung menjatuhkan BN PAS dilihat mengambil langkah ke belakang apabila satu satunya parti besar pembangkang tidak ber...
Perbezaan Pandangan Dengan Muhyiddin Mengenai Gabungan Baharu Punca Mahathir Letak Jawatan

Perbezaan Pandangan Dengan Muhyiddin Mengenai Gabungan Baharu Punca Mahathir Letak Jawatan

papar berkaitan - pada 25/2/2020 - jumlah : 514 hits
The ReporterKeputusan Tun Dr Mahathir Mohamed meletak jawatan sebagai Perdana Menteri secara mengejut membuatkan banyak pihak tertanya tanya apakah punca sebenar di sebalik keputusannya itu Berdasarkan laporan dari laman Free Malaysia Today...
Pm Baharu Tidak Tertakluk Parti Majoriti

Pm Baharu Tidak Tertakluk Parti Majoriti

papar berkaitan - pada 25/2/2020 - jumlah : 370 hits
KUALA LUMPUR Pelantikan Perdana Menteri tidak tertakluk kepada parti majoriti sebaliknya lantikan boleh dilakukan terhadap mana mana Ahli Dewan Rakyat yang mendapat sokongan majoriti Perkara itu ditegaskan peguam kanan Haniff Khatri Abdulla...
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Fort Kemar Pusat Operasi Di Tengah Belantara

10 Laluan Penerbangan Antarabangsa Tersibuk Di Dunia Bagi Tahun 2024

Prosedur Pengesahan Lafaz Cerai

Duna Dara Asam Maram Chord

Terima Kasih Allah Kerana Menjadi Satu Satunya Harapanku Khaby Lame Tunai Ibadah Umrah Di Mekah

Merayau Sampai Ke Jelebu