Sudah Sampai Masa Tindakan Tegas Perlu Diambil Terhadap Hadi Awang




Menurut laporan, Presiden Pas, Hadi Awang sekali lagi dipanggil ke Bukit Aman untuk disiasat dan diambil keterangan berhubung ucapannya ketika berkempen dalam PRK Simpang Jeram, Johor yang sedang berlangsung sekarang ini.


Kali ini siasatan itu berkaitan ucapannya yang mempertikai kuasa Lembaga Pengampunan.


Hadi dilaporkan berkata, kuasa Lembaga Pengampunan yang ada negara ini adalah tidak selari ajaran Islam.


Kata beliau, pihak yang sepatutnya berhak memberikan pengampunan ialah ahli keluarga seseorang yang menjadi mangsa jenayah dan bukannya Lembaga Pengampunan.


Sebelum ini, Hadi juga pernah dipanggil memberi keterangan kepada pihak polis susulan kenyataannya yang didakwa berbaur perkauman mengenai amalan rasuah di negara ini.


Kita tentu faham apabila Hadi mempertikaikan kuasa Lembaga Pengampunan, sasarannya tidak lain ialah terhadap Anwar Ibrahim yang telah diberi pengampunan oleh lembaga tersebut pada 2018 lalu.


Terlihat Hadi benar-benar tidak puas hati dan sakit hati terhadap Anwar yang kini telah berjaya menjadi Perdana Menteri sekarang ini.


Tidak cukup dengan setiap hari meratib kerajaan perpaduan pimpinan Anwar akan tumbang bila saja ada isu yang timbul seperti ketika PRN atau PRK yang sedang berlangsung di Johor sekarang, beliau kini nampaknya cuba mempertikaikan status pengampunan yang diterima Anwar pula.


Tujuannya ialah semata-mata untuk menggambarkan Anwar tidak layak memegang jawatan Perdana Menteri kerana tidak pernah diampunkan oleh keluarga mangsa yang terkait jenayah dengannya.


Relakslah Tuan Guru…seorang yang tinggi agama kena selalu bersangka baik, berjiwa tenang dan tidak bersarang dengki yang keterlaluan dalam hatinya.


Disebabkan sakit hati dan bencinya yang keterlaluan itu, Hadi sampai tidak sedar bahawa tindakannya mempertikaikan kuasa Lembaga Pengampunan itu bermakna beliau sedang mempertikaikan kuasa Yang Dipertuan Agong yang mengetuai lembaga itu.


Di peringkat negeri, Lembaga Pengampunan juga diketuai oleh Sultan atau Raja masing-masing.


Dengan itu, ucapan Hadi yang mempertikaikan kuasa Lembaga Pengampunan tersebut, selain petanda tidak hormat kepada Raja-Raja, juga melanggar garisan merah 3R yang dilarang oleh pihak polis daripada sesiapa juga memperkatakannya secara terbuka.


Adakah Hadi dalam hal ini sengaja mahu mencabar polis?


Kalau Hadi mahu menjatuhkan Anwar atau kerajaan sekarang dek kerana benci atau sakit hatinya yang tak terkawal dengan keberadaan Pengerusi PH itu sebagai Perdana Menteri, beliau sebaiknya banyakkan beristighfar dan percaya kepada Qada dan Qadar.


Tidak perlulah hari-hari memanjat dinding untuk menebuk atap bagi menjatuhkan kerajaan, sebaliknya tunggu saja PRU16 akan datang untuk berbuat demikian.


Ketika berucap pula, janganlah tunjukkan sangat perasan sakit hati dan benci kepada Anwar itu, buat malu dengan anak cucu saja dibuatnya.


Apa pun, meneliti tingkah laku dan ucapan politik Hadi sejak daripada dulu hingga sekarang, banyak daripadanya adalah bersifat melampau, merbahaya kepada perpaduan dan boleh dikira sebagai suatu ancaman kepada Malaysia yang aman, sejahtera dan harmoni.


Daripada Amanat Hadi yang kontroversi hinggalah kepada banyak tafsiran agama yang dibuatnya lebih bermotifkan politik kepartian dan bertujuan menyemai kebencian terhadap mereka yang tidak sejiwa, sekarang pula dengan mempertikaikan kuasa Lembaga Pengampunan yang dipengerusikan Agong, ini adalah petanda beliau kini semakin bahaya jika perbuatannya dibiarkan terus berleluasa.


Hanya kerana politik, benci dan sakit hati, Hadi nampaknya sanggup melakukan apa saja demi memuaskan rasa dalam hatinya.


Tanpa kompromi lagi, sudah sampai masa sebenarnya untuk pihak berkuasa mesti mengambil tindakan sewajarnya terhadap Hadi agar perbuatan dan ucapannya yang sering melampau serta merbahaya itu terhenti setakat ini saja. – ShahbudinHusin 27/08/2023.


https://shahbudindotcom.net/






Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2023/08/sudah-sampai-masa-tindakan-tegas-perlu.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Hadi Awang Biarkan Pakatan Rakyat Terbubar Sebab Takut Kalah Pilihan Raya

Hadi Awang Biarkan Pakatan Rakyat Terbubar Sebab Takut Kalah Pilihan Raya

papar berkaitan - pada 28/8/2023 - jumlah : 206 hits
HarapanDaily comSITI NUR ZAWANIPresiden Pas Tan Sri Abdul Hadi Awang sengaja membiarkan Pakatan Rakyat terbubar disebabkan beliau takut kalah dalam Pilihan Raya Umum Ke 14 jika terus bersama dengan gabungan tersebut Ketua Wanita AMANAH Nasi...
Hadi Awang Betul Tak Sihat Atau Berbohong Nak Elak Disiasat

Hadi Awang Betul Tak Sihat Atau Berbohong Nak Elak Disiasat

papar berkaitan - pada 3/9/2023 - jumlah : 389 hits
SITI NUR ZAWANI Presiden Pas Tan Sri Abdul Hadi Awang dipersoal adakah beliau menipu pihak berkuasa tentang status kesihatannya hanya kerana mahu mengelak dari disiasat pihak polis Ini selepas beliau pada semalam telah mengadakan kunjungan ...
Polis Cadangkan Hadi Dituduh Bawah Akta Hasutan

Polis Cadangkan Hadi Dituduh Bawah Akta Hasutan

papar berkaitan - pada 5/9/2023 - jumlah : 175 hits
Hariz MohdPolis akan mencadangkan Jabatan Peguam Negara menuduh Presiden PAS Abdul Hadi Awang bawah Akta Hasutan dan Akta Komunikasi dan Multimedia susulan ucapannya yang didakwa mempertikai kuasa Lembaga Pengampunan Sama ada akan tuduh ata...
Not Avoiding Cops Hadi Has Given His Statement Syahir

Not Avoiding Cops Hadi Has Given His Statement Syahir

papar berkaitan - pada 4/9/2023 - jumlah : 273 hits
Abdul Hadi Awang gave his statement to the police earlier today said PAS assistant secretary general Mohd Syahir Che Sulaiman He also said the party president was questioned by the Bukit Aman Criminal Investigation Department at the PAS hea...
Kes Muhyiddin Dijangka Ubah Keyakinan Masyarakat Terhadap Pn

Kes Muhyiddin Dijangka Ubah Keyakinan Masyarakat Terhadap Pn

papar berkaitan - pada 16/8/2023 - jumlah : 243 hits
KEPUTUSAN Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada Selasa membenarkan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk membatalkan empat pertuduhan dihadapinya dijangka menghangatkan perbincangan politik dalam kalangan masyar...
Confusion Over Reason For Postponement With Police Says Hadi S Political Secretary

Confusion Over Reason For Postponement With Police Says Hadi S Political Secretary

papar berkaitan - pada 4/9/2023 - jumlah : 203 hits
Tan Sri Abdul Hadi Awang filepicKUALA LUMPUR There was confusion over the postponement of the recording of Tan Sri Abdul Hadi Awang s statement by the police says his political secretary Mohd Syahir Che Sulaiman The Bachok MP said that the ...
Siti Kasim Pas Loyalists Are Fools If They Fall For The Jihad Fundraising Drive To Save Siti Mastura S Skin

Ditch The Cubicle Your Home Office Guide

Kemalangan Di Lebuh Raya Utara Selatan Enam Mangsa Maut

Semak Bantuan Barang Dapur 2025

Lirik Lagu Doremon Atmosfera

Scammer Di Facebook

Harry Parintang Di Hatimu Ternyata Dia Chord

Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Floating Market Melaka Tarikan Lokasi Waktu Operasi

Kain Anduh Saiz Kegunaan Dan Jenis Balutan

Hidalgo Teruja Selepas Jaringan Hatrik Puas Bantu Sri Pahang Fc Ke Separuh Akhir Piala Malaysia

Tak Lama Selepas Pemergian Ibu Man Kulim Pening Meninggal Dipercayai Akibat Demam Panas

On The Way Jb Hujan Sepanjang Jalan

Book Haul 2024