Sudah Macam Kilang Pengeluar Bayi Etnik Rohingnya


hmetro.com.my
Nurul Hidayah Bahaudin
[email protected]
Antara warga asing yang di tahan ketika Operasi Penguatkuasaan Imigresen bersama Menteri Dalam Negeri di Pasar Besar Meru, Klang. FOTO ASYRAF HAMZAH
Klang: Keadaan di Pasar Besar Meru, di sini, dilihat seolah-olah seperti 'kilang pengeluar' bayi etnik Rohingnya apabila kebanyakan wanita etnik berkenaan mempunyai sekurang-kurangnya seorang anak.

Suasana hiruk-pikuk dengan tangisan bayi dan kanak-kanak jelas dilihat memenuhi kawasan warga asing yang dikumpul dalam pemeriksaan operasi di pasar berkenaan, semalam.

Dalam serbuan bermula kira-kira 8 malam itu, seramai 704 warga asing dari Myanmar, Bangladesh, Indonesia dan India, berusia antara satu tahun hingga 55 tahun, diperiksa.

Tinjauan wartawan di lokasi terbabit mendapati kebanyakan wanita etnik Rohingnya yang diperiksa dalam operasi itu mempunyai sekurang-kurangnya seorang anak.

Ada antara wanita yang diperiksa dalam operasi itu didapati baru melahirkan anak beberapa hari lalu.

Kebanyakan wanita terbabit dilihat mengendong bayi berusia bawah dua tahun.

Seorang remaja perempuan etnik Rohingnya berusia 15 tahun memaklumkan dia sudah berkahwin dan sedang hamil empat bulan.

"Saya berada di Malaysia sejak berusia sembilan tahun dan berkahwin awal tahun ini dengan suami yang juga (etnik) Rohingnya berusia 27 tahun.

"Saya sedang hamil empat bulan. Saya tidak bekerja, manakala suami pula bekerja di pasar (Pasar Besar Meru)," katanya ketika ditemui di lokasi serbuan, di sini, semalam.

Seorang lagi wanita etnik Rohingnya berusia 20 tahun memaklumkan dia terus dikahwinkan dengan lelaki dari etnik sama sebaik tiba di Malaysia dua tahun lalu.

"Saya tiba di negara ini dua tahun lalu dan terus dikahwinkan dengan suami yang berusia 30-an.

"Hasil perkahwinan kami dikurniakan seorang anak lelaki yang berusia satu tahun. Saya tidak bekerja dan suami pula bekerja di pasar ini (Pasar Besar Meru)," katanya.

Sementara itu, perkara berkenaan juga menjadi perhatian Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainuddin yang turun padang dalam operasi terbabit, semalam.

Katanya, beliau melihat tempat tinggal warga asing berkenaan amat menyedihkan sekali gus membuktikan mereka tidak ada jalan lain, selain tinggal di tempat berkenaan angkara beberapa sindiket.

"Mereka sanggup tinggal dan bekerja di tempat sebegini hingga melahirkan anak. Saya perhatikan apabila anak-anak itu dilahirkan, mereka secara automatik diberikan kad Pesuruhjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Bagi Pelarian (UNHCR).

"Situasi itu pastinya akan membebankan kita dalam negara ini," katanya.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wak-labu.blogspot.com/2022/05/sudah-macam-kilang-pengeluar-bayi-etnik.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Risau Nak Potong Kuku Bayi Ini Cara Mudah Boleh Elak Terpotong Isi Kuku

Risau Nak Potong Kuku Bayi Ini Cara Mudah Boleh Elak Terpotong Isi Kuku

papar berkaitan - pada 2/6/2022 - jumlah : 148 hits
Penting ke untuk mengetahui cara potong kuku bayi Tidak dinafikan kuku si manja umumnya lebih lembut dan mudah lentur berbanding orang dewasa namun ia masih boleh menyebabkan calar dan perlu dipotong dengan kerap Menerusi perkongsian di Hel...
Biarkan Bayi Puas Merangkak Dan Menjulur Kerana Ia Penting Untuk Perkembangan Otak Serta Cara Pembelajaran Terbaik

Biarkan Bayi Puas Merangkak Dan Menjulur Kerana Ia Penting Untuk Perkembangan Otak Serta Cara Pembelajaran Terbaik

papar berkaitan - pada 1/6/2022 - jumlah : 165 hits
Seronok bila tengok bayi kita sudah mencapai perkembangan merangkak Merangkak adalah perkembangan yang baik kepada bayi kerana ia salah satu cara pembelajaran yang terbaik untuknya selain dapat menguatkan segala otot otot badannya sebelum d...
Pemberian Insentif Anak Kebanggaan Pahang Bagi Bayi Lahir Di Negeri Ini Di Naik Rm300

Pemberian Insentif Anak Kebanggaan Pahang Bagi Bayi Lahir Di Negeri Ini Di Naik Rm300

papar berkaitan - pada 3/6/2022 - jumlah : 141 hits
KUANTAN Pemberian insentif Anak Kebanggaan Pahang bagi bayi yang dilahirkan di negeri ini dinaikkan daripada RM200 kepada RM300 mulai tahun hadapan Menteri Besar Datuk Seri Wan1 Rosdy Wan Ismail berkata inisiatif itu adalah bagi menggalakka...
Bapa Ini Kongsi Cara Latih Anak Menangis Boleh Cool Down Sendiri Sejak Bayi

Bapa Ini Kongsi Cara Latih Anak Menangis Boleh Cool Down Sendiri Sejak Bayi

papar berkaitan - pada 3/6/2022 - jumlah : 162 hits
Tangisan bayi adalah isyarat untuk dia berkomunikasi dan nak beritahu sesuatu Jadi sebagai ibu bapa perlu faham adakah tangisan itu adalah tangisan sebab sakit atau untuk nak perhatian Ada sesetengah pihak berpendapat bila bayi menangis buk...
Bayi Baru Lahir Disentuh Dicium Jururawat Sampai Merah Muka Undang Resah Warga Maya

Bayi Baru Lahir Disentuh Dicium Jururawat Sampai Merah Muka Undang Resah Warga Maya

papar berkaitan - pada 3/6/2022 - jumlah : 125 hits
Umum ketahui bayi baru lahir sememangnya sangat fragile kerana sistem imunisasi mereka masih belum kuat lagi ketika ini untuk melindungi diri dari sakit Jururawat di salah sebuah pusat perubatan Indonesia menjadi tular di media sosial keran...
Resepi Kurma Cheese Cake Moist Untuk Bayi 8 Bulan Blend Kukus Je

Resepi Kurma Cheese Cake Moist Untuk Bayi 8 Bulan Blend Kukus Je

papar berkaitan - pada 1/6/2022 - jumlah : 178 hits
Bila tengok kurma dalam peti ais tak bergerak lebihan bulan puasa apa kata mama buatkan untuk si kecil kurma cheese cake Paling penting penyediaanya sangat mudah Kurma banyak khasiatnya untuk si kecil mama antaranya sumber tenaga yang baik ...
Mulut Puaka Bayi Istimewa Diejek Joker Netizen Dakwa Ini Sebab Artis Sorok Muka Anak

Mulut Puaka Bayi Istimewa Diejek Joker Netizen Dakwa Ini Sebab Artis Sorok Muka Anak

papar berkaitan - pada 31/5/2022 - jumlah : 314 hits
Siapa saja yang boleh melawan takdir Allah S W T yang sudah menentukan segala jalan kita di dunia ini Untuk dilahirkan sebagai bayi istimewa itu bukan pilihan namun masih ada masyarakat yang berfikiran cetek serta tidak sensitif apabila ber...
Kami Reda Tak Salah Pemandu Bayi Dilanggar Bas Sekolah Anak Bongsu Manja

Kami Reda Tak Salah Pemandu Bayi Dilanggar Bas Sekolah Anak Bongsu Manja

papar berkaitan - pada 28/5/2022 - jumlah : 169 hits
Ibu kanak kanak perempuan yang dilanggar bas sekolah dalam satu kejadian di Taman Anggerik Sepang reda dengan pemergian anak ketujuhnya itu serta tidak mahu mengambil sebarang tindakan ke atas pemandu bas berkenaan Tak salahkan pemandu bas ...
Resepi Apam Oat Labu Yang Mudah Kudapan Untuk Bayi 9 Bulan Ke Atas

Resepi Apam Oat Labu Yang Mudah Kudapan Untuk Bayi 9 Bulan Ke Atas

papar berkaitan - pada 28/5/2022 - jumlah : 261 hits
Bila ada anak kecil mama memang kena lebih kreatif dalam menyediakan makanan yang berkhasiat supaya bayi tak jemu dan tak tolak makanan Yang penting dalam setiap resipi mama sedia pastikan tiada garam dan gula ya Kalau mama nak cuba buat ma...
The Evolution Of Adult Entertainment

Epf Account 3 Can Help Contributors During Emergencies Expert

Work Harder At Communicating Achievements On Reforms Govt Told

Pm Akan Umum Sspa Terbaik Pernah Diperkenalkan Kerajaan

Pelepasan Cukai Sukan 2024 Senarai 103 Sukan Tersenarai

Apabila Sang Profesor Datang Melawat

Pemilik Kereta Tertekan Hon Kerana Panik Polis

Cara Guna Cimb Dan Cara Check Status Loan Cimb



10 Istilah Hampir Serupa Bahasa Inggeris Yang Kita Keliru Penggunaannya

5 Trend Bodoh Netizen Yang Nampaknya Semakin Menjadi Jadi

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Puaka Cuti Semester Slot Lestary TV3

Biodata Rozana Rozek TV Youtuber Resipi

8 Istilah Jerman Yang Kita Rakyat Malaysia Kerap Gunakan


Inisiatif Tanggungjawab Sosial Korporat Pacific Senior Living Bersinar Semasa Sambutan Hari Raya

M U S M

Data Drives Dollars How Competitive Intelligence Optimizes Sales Marketing Roi

Tanya Hadi Mengapa Tak Bantah Akta Laut Wilayah Mb Terengganu Diberitahu

Cabaran Getir Menanti Ph Di Kkb

Nga S Aide Chosen For Kuala Kubu Baharu After Dap Abandoned Hope Of Malay Vote