Sudah Lap Pakai Sanitizer Tapi Pengguna Disarankan Tidak Tabur Makan Fries Dari Dulang
Dulang yang terdapat di restoran ini tidak dicuci setiap kali pelanggan selesai menggunakannya tetapi hanya di-lap menggunakan kain serta solusi pembasmi kuman.
Tidak dapat dinafikan ramai di antara kita yang suka tabur dahulu fries dalam dulang, kemudian baru makan
Sama ada bersama keluarga mahupun sahabat handai, ramai di antara kita yang suka menabur kesemua fries atau kentang goreng yang dibeli dalam dulang terlebih dahulu
Barulah seronok, bukan?
Bahkan penulis juga sebelum ini kerap berbuat sebegitu. Rasa macam best buat seperti itu. Barulah rasa bonding itu kuat, lebih-lebih lagi bila makan untuk supper di mana-mana rantaian restoran makanan segera pada lewat tengah malam bersama rakan-rakan.
Tapi tahu tak sebenarnya berbuat demikian langsung tidak hygienic?
Baru-baru ini menerusi laman Twitter, @sisalkinky yang juga merupakan bekas pekerja di sebuah restoran makanan segera sendiri telah tampil menggesa orang ramai agar tidak memakan kentang goreng mereka directly daripada dulang.
Ini kerana dulang-dulang yang terdapat di restoran ini tidak dicuci setiap kali pelanggan selesai menggunakannya tetapi hanya di-lap menggunakan kain serta solusi pembasmi kuman.
Susulan daripada kenyataan yang dikeluarkan @sisalkinky itu, ramai daripada bekas pekerja di restoran makanan segera turut tampil menyokong dan memberi penjelasan mereka tersendiri perihal perkara ini.
Meskipun dulang makanan akan dilapik dengan kertas, namun makanan akan tetap terdedah dengan bahan kimia hasil daripada percetakan di atas kertas berkenaan.
Berikut adalah antara komen menarik yang turut dikongsikan warganet dalam membicarakan topik ini.
Penulis mengaku penulis juga suka makan fries dalam tray tapi lepas baca penjelasan mereka ini, penulis insaf tak nak buat dah! - says
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://wwwberita-semasa.blogspot.com/2019/12/sudah-lap-pakai-sanitizer-tapi-pengguna.html