Perdana Menteri Sila Betulkan Fakta Pengampunan Anda Kata Peguam


agendaily.com21/12/2022
Peguam Rafique Rashid berkongsi dokumen Perintah Pengampunan dan Pembebasan Serta Merta Datuk Seri Anwar Ibrahim di laman media sosial beliau.
Seorang peguam menyanggah kenyataan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung pengampunan yang diberi oleh Sultan Muhammad V ketika menjadi Yang di-Pertuan Agong pada 2018.

Menurut dokumen Perintah Pengampunan dan Pembebasan Serta Merta Anwar yang dikongsikan Rafique Rashid di akaun media sosial beliau, Anwar yang juga Presiden PKR itu sebenarnya dua kali memohon kepada Lembaga Pengampunan pada 2015 dan 2017 untuk diampunkan, namun kedua-dua rayuan tersebut ditolak.

Mahkamah Persekutuan pada Februari 2015 mengekalkan keputusan Mahkamah Rayuan yang menjatuhkan hukuman penjara lima tahun kepada Anwar selepas didapati bersalah atas tuduhan liwat.

Berdasarkan dokumen itu, Mesyuarat Lembaga Pengampunan Bagi Wilayah-Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya pada 16 Mac 2015 dan 27 Februari 2017 menimbang rayuan banduan dan fakta-fakta kes tersebut.

Bagaimanapun, Lembaga Pengampunan menasihatkan supaya hukuman penjara lima tahun yang dikenakan terhadap Anwar hendaklah diteruskan.

“Dan bahawasanya adalah munasabah pada hemat Beta, belas kasihan patut diberi kepada Anwar Ibrahim,” demikian menurut dokumen yang mempunyai tandatangan Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai Perdana Menteri pada masa itu, seperti dilapor MalaysiaNow.

Seterusnya dokumen itu disambung dengan perintah baginda supaya Anwar diberi pengampunan penuh dan dianggap sebagai seorang yang tidak pernah melakukan apa-apa kesalahan serta diberi pembebasan serta-merta.

Menurut Rafique, dokumen ini jelas menunjukkan Anwar membuat permohonan pengampunan sebelum ini, cumanya ia ditolak.

“Perdana menteri, sila betulkan fakta. Lembaga Pengampunan terletak di bawah Artikel 42 Perlembagaan Persekutuan. Dalam apa jua keadaan, jelas menunjukkan anda sebanyak dua kali, pada 2015 dan 2017, cuba mendapatkan pengampunan tetapi tidak berjaya,” kata Rafique.

Tambah beliau, rayuan pengampunan ini hanya melibatkan kes liwat kedua dan tidak termasuk kes salah guna kuasa ketika menjadi Timbalan Perdana Menteri pada 1998.

“Itu masih kekal sebagai kesalahan yang mana hukuman telah dijalankan,” katanya.

Di Dewan Rakyat hari ini, Anwar menjelaskan beliau tidak memohon pengampunan sebaliknya ia adalah insiatif daripada Sultan Muhammad V.

Katanya, Sultan Muhammad yang aktif mengikuti perkembangan perbicaraan kesnya telah menelefon untuk memaklumkan sendiri bahawa beliau akan diberi pengampunan penuh.

“Saya tidak mohon pengampunan kerana saya dihukum, biar ini jelas dalam rekod. Kita bantah penghakiman yang melanggar prinsip hukum mengada-adakan kes.

“Yang mengambil inisiatif itu ialah Yang di-Pertuan Agong pada ketika itu,” kata Anwar di Dewan Rakyat semalam, (20 Disember 2022).

Semalam Ketua Pembangkang Hamzah Zainuddin mencabar Anwar mengambil tindakan terhadap media antarabangsa yang mengeluarkan laporan hingga boleh mencemarkan imej negara.

Beliau menggunakan contoh laporan media dari Itali Agenzia Nova yang menerbitkan artikel bertajuk “First Full-blown Homosexual Elected Prime Minister in an Islamic Country”.


Dokumen pengampunan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dikongsi seorang peguam, Rafique Rashid di laman media sosial beliau.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wak-labu.blogspot.com/2022/12/perdana-menteri-sila-betulkan-fakta.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Anwar Mohon Pengampunan Lebih Dua Kali Kata Peguam

Anwar Mohon Pengampunan Lebih Dua Kali Kata Peguam

papar berkaitan - pada 21/12/2022 - jumlah : 215 hits
malaysianow comDisember 20 2022 6 00 petangPeguam Rafique Rashid berkata Anwar Ibrahim perlu membetulkan fakta selepas kenyataan perdana menteri mengatakan beliau tidak memohon pengampunan dalam kes liwatnya Perdana Menteri Anwar Ibrahim ke...
Jangan Benar Parti Tertentu Gambarkan Najib Dibicara Secara Tidak Adil Kata Majlis Peguam

Jangan Benar Parti Tertentu Gambarkan Najib Dibicara Secara Tidak Adil Kata Majlis Peguam

papar berkaitan - pada 9/12/2022 - jumlah : 173 hits
Ia adalah susulan kenyataan ahli Majlis Kerja Tertinggi Umno yang menggesa parti itu terus mendesak Perdana Menteri Anwar Ibrahim berhubung pelbagai tuntutan termasuk perbicaraan adil kepada Najib Razak Majlis Peguam memberi amaran terhadap...
Apa Masalahnya Jika Perdana Menteri Bermentaliti Pembangkang

Apa Masalahnya Jika Perdana Menteri Bermentaliti Pembangkang

papar berkaitan - pada 9/12/2022 - jumlah : 215 hits
Agaknya kerana mula terasa panas dengan beberapa pendedahan awal Perdana Menteri berkaitan sisi gelap kerajaan terdahulu pimpinan Mahiaddin Md Yasin kini timbul serangan bahawa Anwar Ibrahim didakwa masih bermentaliti pembangkang Antara pen...
Sarawak Contoh Perpaduan Terbaik Negara Kata Menteri

Sarawak Contoh Perpaduan Terbaik Negara Kata Menteri

papar berkaitan - pada 8/12/2022 - jumlah : 195 hits
SEMANGAT perpaduan serta toleransi antara masyarakat berbilang kaum di Sarawak merupakan contoh terbaik yang boleh diikuti negeri lain dalam negara Menteri Perpaduan Negara Aaron Ago Dagang berkata semangat hidup secara harmonis itu juga pe...
Kembalikan Semula Upsr Pt3 Bergantung Laporan Pppm 2025 Kata Menteri

Kembalikan Semula Upsr Pt3 Bergantung Laporan Pppm 2025 Kata Menteri

papar berkaitan - pada 24/12/2022 - jumlah : 183 hits
KEMENTERIAN Pendidikan memaklumkan keputusan sama ada mengembalikan semula nbsp Ujian Pencapaian Sekolah Rendah nbsp dan Pentaksiran Tingkatan Tiga bergantung kepada hasil pembentangan laporan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2025
Pindaan Akta Kerja 1955 Berkuat Kuasa 1 Januari Kata Menteri

Pindaan Akta Kerja 1955 Berkuat Kuasa 1 Januari Kata Menteri

papar berkaitan - pada 21/12/2022 - jumlah : 197 hits
PENGUATKUASAAN Akta Kerja 1955 2022 yang sebelum ini ditangguhkan akan dilaksanakan pada 1 Januari 2023 kata Menteri Sumber Manusia V Sivakumar Dalam sidang media di Putrajaya hari ini beliau berkata walaupun ada permintaan daripada pihak i
Kebebasan Media Antara Komitmen Kerajaan Perpaduan Kata Menteri

Kebebasan Media Antara Komitmen Kerajaan Perpaduan Kata Menteri

papar berkaitan - pada 9/12/2022 - jumlah : 165 hits
KEBEBASAN media menjadi antara komitmen kerajaan perpaduan dalam memastikan proses semak dan imbang kerajaan berjalan baik kata Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil Fahmi berkata penubuhan Majlis Media Malaysia mungkin menjadi antara...
Samsung S Aye Train Turns Kl Mrt Into A Giant Game

Is The Expanded Sst Much Ado About Nothing

Belimbing Besi Bintang Tropika Dengan Potensi Besar

Hanya Gambar Berbicara

Muhyiddin What Are Guarantees For Malaysia In Ambalat Deal

Tinggi Potassium Dalam Air Kencing

Unmasking Paedophiles When Silence And Secrecy Becomes The Greatest Crime

Sambal Tumis Udang Dan Bab Perkahwinan


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Kekuatan Branding Bermula Dari Packaging Yang Profesional

Polypipe Solutions For Efficient Fluid Handling In Modern Systems

Pencuci Mulut

Woi Kau Bun H Saya Punya Adik Suasana Tegang Di Mahkamah Ahli Keluarga Mangsa Cuba Hampiri Suspek

13 Jam Yang Mendebarkan Hta Cipta Sejarah Lepas Berjaya Pisahkan Bayi Kembar Siam

4 Kakitangan Majalah Turki Leman Ditahan Atas Dakwaan Menghina Nabi Muhammad S A W