Subuh Macam Jumaat Kami Di Masjid Al Wathiqubillah Kuala Nerus


Suami selalu ajak saya solat jemaah Subuh di masjid. Tapi kekangan saya adalah nak berkejar untuk siapkan anak ke sekolah selepas itu. Jadi pada hari biasa, suami hanya akan bawa anak-anak bersamanya untuk solat Subuh berjemaah di masjid. Tapi pada hari Jumaat, saya akan turut serta.



Sejak Alif Satar popularkan hashtag Subuh macam Jumaat, saya belum berkesempatan untuk pergi ke masjid yang ada anjurkan aktiviti begini. Masjid yang saya pergi untuk Solat Subuh kebiasaannya tak sediakan makanan atau aktiviti selepas solat kecuali tazkirah. Tapi bila dengar ada masjid yang akan buat program Subuh macam Jumaat ini di Terengganu, suami tak tunggu panjang terus ajak saya untuk pergi sama.


Meskipun dah beberapa hari saya sakit kepala, tapi sebab suami excited nak join Subuh macam Jumaat, jadi saya layankan saja. Balik rumah memang melepek saya tidur sampai ke tengahari :P


Subuh Macam Jumaat Kami Yang PertamaKali pertama saya join Solat Subuh macam Jumaat adalah semalam. Beberapa hari sebelum pergi, suami dah ingatkan kami untuk bangun awal pada Jumaat ini kerana perjalanan kami jauh untuk ke Masjid Al-Wathiqubillah yang terletak hampir satu jam perjalanan daripada rumah. Jadi kalau ikut plan kami kena bangun jam 4 pagi untuk bersiap..mak aii..


Pada hari kejadian, kami terlajak bangun jam 4.30 pagi. Tapi saya masih bermalasan sebab saya sebenarnya berharap suami malas nak ke masjid pada pagi itu. Jadi saya bergerak dengan super perlahan. Perlahan ambil baju, perlahan iron tudung, perlahan dalam semua benda lah maksudnya. Tambah melambatkan keadaan bila anak-anak pun jadi super perlahan juga, semua dalam mode bermalasan kecuali suami.


Jadi kami terlewat nak ke masjid. Sepatutnya jam 5 pagi kami perlu keluar daripada rumah tapi pada hari itu, kami mulakan perjalanan ke masjid pada jam 5.15 pagi. Saya agak tentu kami akan sampai pada saat imam sedang solat nanti. Padan muka diri sendiri. Harapnya tak terlalu lambatlah untuk dapat solat jemaah bersama imam. Masuk saja dalam kereta, anak-anak sambung tidur. Saya yang mengantuk berusaha tahan mata supaya tak tertidur kerana saya dah berwuduk sebelum keluar rumah.


Walaupun perjalanan kami agak jauh tapi tak sangka kami sempat tiba di masjid sebelum imam alunkan azan Subuh. Suasana tenang dengan jalan yang lengang jadikan perjalanan kami ke masjid menjadi lancar. Lampu isyarat juga seakan-akan faham dengan tujuan kami dan berikan kami lampu hijau di sepanjang perjalanan. 


Masjid Al-Wathiqubillah Kuala Nerus TerengganuSebaik tiba di Masjid Al-Wathiqubillah, saya agak kehairanan bila lihat ramai orang berada di depan tangga masjid dan bukannya berada di dalam masjid. Kenapa duduk di luar? Tak muatkah dalam masjid? Bila turun daripada kereta, baru saya tahu rupanya mereka sedang mengaminkan doa. Saya tahu pun bila dengar sendiri bacaan doa berkumandang menggunakan pembesar suara masjid. Entah kenapa bacaan doa diaminkan di luar masjid tidak di dalam.


Saya agak tentu mereka baru sampai dan bergambar beramai-ramai kemudian imam mulakan bacaan doa sebelum masuk ke dalam masjid (saya agak saja). Ruang parkir di bahagian wanita juga sudah penuh, jadi suami terpaksa parking kereta agak jauh dan kami berjalan kaki bersama untuk masuk ke dalam masjid. Memang ramai yang pergi ke masjid pagi itu, termasuk kaum wanita yang turut sama mengheret anak-anak sama seperti saya.

Jam 6 pagi masih gelap, hairan kenapa ramai di luar masjid
Sebaik masuk ke dalam masjid, saya dapatkan tempat untuk duduk. Memang saya tak buat tahiyatul masjid kerana waktu azan dah hampir tiba lagipun ruang masjid agak terhad kerana bilangan jemaah wanita yang ramai. Apabila azan berkumandang baru saya teringat yang anak-anak dah tidur masa dalam kereta tadi, jadi mereka perlu ambil wuduk kembali. Lalu, saya bawa anak-anak keluar untuk cari tempat untuk berwuduk. Nasib baiklah tempat wuduk dan tandas wanita hanya terletak di depan pintu masuk ruang solat wanita sahaja. Tak perasan pula saya waktu masuk sebelumnya. 


Tazkirah Pendek Buat Kami InsafSelesai solat jemaah, kami dengar pula tazkirah pendek yang disampaikan oleh imam. Imam ceritakan tentang kisah seorang wanita yang ingin bertaubat dan datang bertemu dengan Nabi Musa. Wanita tersebut telah berzina dan hamil. Bila anaknya lahir, wanita tersebut mencekik bayinya sehingga mati. Bila dengar saja pengakuan wanita tersebut, Nabi Musa lantas menghalau wanita tersebut.


Lalu turunlah malaikat Jibril dan datang berjumpa dengan Nabi Musa. Jibril beritahu Nabi Musa bahawa ada lagi orang yang lebih jahat berbanding wanita tersebut. Nabi Musa kehairanan dan tanya kembali pada Jibril. Nak tau Jibril jawab apa? Baca sampai habis..muahahhaha..jadi kejam sikit. Last nanti saya bagitau jawapan okeh.



Imam sampaikan dua buah cerita yang buatkan saya dan Auni tersenyum berdua. Saya sakat Auni dengan cerita ustaz, memang tersenyum-senyumlah dia. Cerita kedua pun tak kurang bestnya. Memang terkena atas batang hidung kami berdua. Tapi kalau nak cerita, panjang pula. Saya skip sajalah cerita kedua.


Aktiviti Lepas SolatSelesai solat, kami makan hidangan yang disediakan oleh pihak masjid di ruang kaki lima masjid. Saya ambil nasi lemak, roti dan keropok dan diminum bersama air milo dan nescafe (walaupun boikot tapi minum jugak sebab ini saja yang ada). Rupa-rupanya pihak masjid anjurkan Solat Subuh macam Jumaat pada hari itu dengan kehadiran geng RXZ members sebagai tetamu bagi menjayakan lagi program. Patutlah masa sampai ada banyak geng bermotor di ruang parking, rupanya geng RXZ.


Menurut pihak pengurusan masjid, kehadiran jemaah pada pagi itu adalah seramai 2,000 orang mengalahkan kehadiran jemaah paling ramai sewaktu solat Jumaat iaitu sebanyak 700 orang sahaja. Ma shaa Allah, betul-betul dapat sambutan hangat. Alhamdulillah kerana kami juga terpilih untuk jadi salah seorang yang dipanggil oleh Allah untuk solat di Masjid Al-Wathiqubillah pada pagi itu.



Selesai makan, kami bergambar di masjid dan terus ke taman permainan berdekatan untuk beri peluang anak-anak bermain. Perut dah kenyang, aktiviti riadah pun dah dibuat, akhirnya kami menaiki kereta untuk balik ke rumah. Eh, ingatkan mahu balik ke rumah rupanya suami bawa kami ke KTCC Mall pula. Aktiviti belum berakhir nampaknya. Tak sangka pula masa di KTCC Mall, ada cerita yang berlaku. Hari kami kebiasaannya berakhir dengan baik setiap kali kami mulakan pagi dengan solat Subuh berjemaah di masjid. Ma shaa Allah.


Untuk sambungan cerita di atas, orang yang paling jahat adalah orang yang meninggalkan solat dengan sengaja. Sebab itulah Auni asyik tersenyum-senyum masa imam bercerita, sebab dia selalu tinggalkan solat Isyak. Terasa lettew haha..


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.nurzariniismail.com/2024/01/subuh-macam-jumaat-di-masjid-al-wathiqubillah.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Masjid Negara Masjid Putra Terlibat Usaha Jakim Sokong Kempen Solat Subuh Berjemaah

Masjid Negara Masjid Putra Terlibat Usaha Jakim Sokong Kempen Solat Subuh Berjemaah

papar berkaitan - pada 21/1/2024 - jumlah : 219 hits
Tiga masjid yang terlibat dalam usaha GengSubuhMacamJumaat Jakim ialah Masjid Negara Kuala Lumpur serta Masjid Putra dan Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin di Putrajaya KOTA TINGGI Tiga masjid utama bawah kendalian Jabatan Kemajuan Islam Mal...
Sistem Akuaponik Memacu Pertumbuhan Sosio Ekonomi Penduduk Sekitar Kuala Nerus Terengganu

Sistem Akuaponik Memacu Pertumbuhan Sosio Ekonomi Penduduk Sekitar Kuala Nerus Terengganu

papar berkaitan - pada 10/1/2024 - jumlah : 206 hits
Oleh Dr Norhidayah Abdul Manan Institut Akuakultur Tropika dan Perikanan Universiti Malaysia Terengganu Dalam memperkasakan sosio ekonomi penduduk sekitar Kuala nerus Terengganu Universiti Malaysia Terengganu di bawah Pusat Pemindahan Ilmu ...
Jokowi Resmikan Masjid Negara Ikn Habiskan Rp940 Miliar

Jokowi Resmikan Masjid Negara Ikn Habiskan Rp940 Miliar

papar berkaitan - pada 17/1/2024 - jumlah : 230 hits
Nantinya masjid negara IKN ini bisa menampung sekitar 61 ribu jemaah
Masa Muda Aktif Tukar Pasangan Bila Kahwin Cari Suami Kaki Masjid

Masa Muda Aktif Tukar Pasangan Bila Kahwin Cari Suami Kaki Masjid

papar berkaitan - pada 19/1/2024 - jumlah : 309 hits
Your secrets are safe with us I found out that my soon to be ex wife was part of Twitter s dark side pernah melacur online for a period of time pernah jadi sugar baby and prior to that was allegedly extremely promiscuous and doing God knows...
Pemikiran Kreatif Di Masjid Fenomena Terkini Tapi

Pemikiran Kreatif Di Masjid Fenomena Terkini Tapi

papar berkaitan - pada 22/1/2024 - jumlah : 174 hits
Situasi solat Subuh di Masjid Sultan Iskandar Bandar Dato Onn Johor Bahru semalam Pemikiran kreatif tarik jemaah solat Subuh di masjidKUALA TERENGGANU Program Subuh Macam Jumaat Semarak Subuh dan seumpamanya telah menjadi fenomena akhir akh...
Pks Marah Gara Gara Calegnya Dipukul Usai Pasang Alat Peraga Kampanye Di Masjid Premanisme

Pks Marah Gara Gara Calegnya Dipukul Usai Pasang Alat Peraga Kampanye Di Masjid Premanisme

papar berkaitan - pada 16/1/2024 - jumlah : 105 hits
Makhyaruddin Yusuf mengatakan soal larangan memasang APK bukan ranah terduga pelaku melainkan Panitia Pengawas Pemilihan
Masjid Terbakar Dipercayai Angkara Khianat

Masjid Terbakar Dipercayai Angkara Khianat

papar berkaitan - pada 16/1/2024 - jumlah : 227 hits
Alias Abd Raniam hmetro com myBatu Pahat Solat Jumaat tiga hari lalu adalah yang terakhir buat penduduk Kampung Parit Simis di Sri Medan di sini selepas masjid itu terbakar dipercayai angkara khianat malam tadi Masjid yang baru siap kira ki...
Gara Gara Pasang Alat Peraga Kampanye Di Masjid Caleg Pks Dipukul Sampai Berdarah

Gara Gara Pasang Alat Peraga Kampanye Di Masjid Caleg Pks Dipukul Sampai Berdarah

papar berkaitan - pada 15/1/2024 - jumlah : 141 hits
Caleg PKS ini telah membuat laporan ke polisi terkait pemukulan itu pada Sabtu lalu
Bantu Bawa Nenek Ke Masjid Polis Trafik Diberi Penghargaan Ketua Polis Kelantan

Bantu Bawa Nenek Ke Masjid Polis Trafik Diberi Penghargaan Ketua Polis Kelantan

papar berkaitan - pada 23/1/2024 - jumlah : 262 hits
Tindakan prihatin seorang anggota polis trafik yang membonceng seorang wanita warga emas ke Masjid Muhammadi Kota Bharu Kelantan baru baru ini telah meraih perhatian orang ramai Keprihatinan seorang anggota polis trafik untuk membantu seora...
Lirik Lagu Curang Abg Pau

Tanah Melayu Sg Baru Diambil W Azizah Jual B Putih

The Future Of Nutrient Analysis In Cannabis Cultivation

Verizon Accessories Must Have Gadgets To Boost Your Device Performance

Siti Kasim Pas Loyalists Are Fools If They Fall For The Jihad Fundraising Drive To Save Siti Mastura S Skin

10 Myanmar Nationals Found In Car After Crash

Watercolor Apartment For A Young Family With A Maine Coon

Pas Launches Donation Drive To Help Mp Settle Rm825 000 Defamation Bill


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Joker123th 100

Rahman Lao Masakan Cina Asli Muslim Di Bangi

Cuti Sekolah Tak Bosan Pelbagai Aktiviti Untuk Anak Anak

Telefilem This Is Pilah

Tip Masak Sagu Supaya Hasilnya Cantik Tak Melekat

5 Waktu Nabi Larang Ke Rumah Orang Ustaz Kazim Elias