Pemikiran Kreatif Di Masjid Fenomena Terkini Tapi


 
Situasi solat Subuh di Masjid Sultan Iskandar Bandar Dato' Onn, Johor Bahru, semalam. (Kredit foto: Facebook Waqaf An-Nur)
Pemikiran kreatif tarik jemaah solat Subuh di masjid
KUALA TERENGGANU: Program ‘Subuh Macam Jumaat’, ‘Semarak Subuh’ dan seumpamanya telah menjadi fenomena akhir-akhir ini.
Banyak masjid telah dibanjiri dengan jumlah ahli kariah lebih ramai daripada biasa untuk solat Subuh secara berjemaah termasuk kanak-kanak.
Dilaporkan, ada masjid yang terpaksa mengadakan solat Subuh dua kali kerana jemaah yang hadir terlalu ramai.

Dr Azman Ibrahim.
Bagi Pengerusi Jawatankuasa Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani, Keterjaminan Makanan dan Komoditi Negeri Terengganu, Dr Azman Ibrahim, masjid yang ada kemampuan kewangan, molek benar menyediakan sarapan pagi sedap-sedap untuk jemaah yang hadir solat Subuh.
“Penuh masjid tak apa. Saya yakin ramai akan infaq demi nak tengok masjid dimakmurkan,” ujarnya dalam satu hantaran di laman sosialnya.
Katanya, manfaatkanlah apa cara sekalipun untuk mengajak orang ramai mari masjid.
Menurutnya, ada masjid bagi hadiah basikal untuk anak-anak yang istiqamah sembahyang subuh di masjid dan ada juga masjid yang menyediakan bas untuk hantar anak-anak ke sekolah.
“Ibu bapa hanya bawa anak-anak mari solat Subuh di masjid siap beruniform sekolah, lepas itu mereka boleh pergi kerja,” ujarnya yang juga Adun Jabi.
Tambahnya, urusan anak-anak ke sekolah akan dihantar dengan bas yang disediakan selepas makan sarapan pagi di masjid.
Beliau berkata, pemikiran kreatif seperti itu menarik untuk dicontohi.
Kata Dr Azman lagi, wang masjid bukan untuk disimpan dan dilaporkan dengan jumlah yang banyak dalam mesyuarat akhir tahun.
“Jemaah infaq kerana nak tengok wang tersebut dibelanjakan agar mereka juga ada saham pahala,” katanya lagi. – HARAKAHDAILY 21/1/2024
Komen Weblog Ibnu Hasyim: 'Pemikiran Kreatif ' di masjid, fenomena terkini. Tapi..


(i) Lihat komen ini. Bertembung ideologi DAP dengan Islam di M'sia 
Lengkapnya, sila rujuk 'Pertembungan ideologi DAP dengan Islam' -MUHAMMAD MUJAHID IR HAJI MOHAMMAD FADZIL – HARAKAHDAILY 19/1/2024.

(ii) Lihat juga komen ini, rujuk 'PAS masa depan politik Malaysia', – HARAKAHDAILY 21/1/2024. 

(iii) 'Saya terkejut rumah rakan yang kosong 10 tahun diceroboh, didiami warga asing'Warga asing yang menceroboh dan mendiami rumah dibiarkan kosong sejak 10 tahun lalu kerana pemiliknya tinggal di Pantai Timur. Foto ihsan FB Srilabu Kedah
KUALA LUMPUR: Seorang lelaki terkejut apabila mendapati rumah kenalannya di Puchong, Selangor, yang dibiarkan kosong sejak 10 tahun lalu diceroboh dan didiami warga asing.
Lelaki terbabit yang memuat naik kisah itu menerusi akaun Facebook miliknya, Srilabu Kedah, berkata kejadian itu diketahui selepas kenalannya yang tinggal di Pantai Timur itu meminta dia menjualkan rumah jenis pangsapuri berkenaan.
Katanya, dia yang mahu menguruskan penjualan pangsapuri berkenaan terkejut selepas mendapati rumah itu didiami warga asing ketika datang meninjau kediaman itu.
"Kawan kepada sahabat saya yang tinggal di kampungnya di Pantai Timur meminta saya menjualkan unit pangsapurinya di Puchong yang dibiarkan kosong sejak 10 tahun lalu.
Komen Weblog Ibnu Hasyim perkara (iii): Itu baru kes pendatang haram masa kini. Rumah kosong diceroboh, dan didiami warga asing.
Bagaimana dengan puak keturunan warga asing yang diberi kuasa politik, kuasa memerintah dan akhirnya menghambat pribumi negara tersebut secara halus dan kasar. Contohnya seperti pribumi Melayu di Singapura, pribumi Palestin di tanah Arab, bahkan dituduh pengganas di negara sendiri Atau sebagai 'pemain api perkauman' kalau diMalaysia. Biadap dan keterlaluan sungguh mereka..
Akhirnya, di M'sia, hanya tinggal pemimpin-pemimpin ekstrem mentadbir negara seperti DAP-madani yang masih bodoh sombong, degil tak mahu mengikut perkembangan keadilan dan kemanusiaan sejagat.
Sekian.
Kesimpulan:
Terima kasih tuan-tuan pengundi. Tuan telah menggunakan tugas tuan sebaik-sebaiknya, bila menyokong perjuangan parti Islam/PN dan rakan-rakan. Umat Islam wajib mempertahankan agamaNya dengan menentang kezaliman pemerintah puak anti Islam.
Namun, hak orang bukan Islam di negara ini pun wajib dilindungi oleh kerajaan Islam yang memerintah. Sila lihat peraturan dan hukum 'Hak orang bukan Islam dalam negara Islam' yang sebenar. Lihat negeri Kelantan sebagai contoh awalnya. 
Terima kasih juga kepada kawan-kawan kita yang bukan dan belum Islam.
Sekian. Wassalam. 
Maaf zahir batin, dari rakan Islammu Ibnu Hasyim.

Siri kebangkitan 'damai' se dunia Israel/AS berakhir.. 
1. S'pura kutuk HAMAS. DAP,/PAP/S'pura/Israel sama?2. Doa rakyat K'tan-M'sia untuk Paleestin. & DAP/PAP ...3 .Kebangkitan 'damai' se dunia.. & burung unta soro...3. Kepada peminat filem, Gaza karya fiksyen?5. Ada kapal terkait Israel, serang! Ranapkan..6.Tel Aiv diserang HAMAS, Iran, Yaman & +++7. Israel kalah perang di Gaza. & kesan di M'sia..8. AS Tiba-Tiba 'Bela' Hamas, mengapa?9. Gencatan senjata, Israel/HAMAS awal kemenangan Is...10. Rahsia kekuatan HAMAS. & Misteri wanitanya..11. Ini, Mossad Israel, buru HAMAS hingga ke M'sia, ki...12. Ini, Abu Ubaidah jadi hujung tombak Al-Qassam HAMAS.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.ibnuhasyim.com/2024/01/pemikiran-kreatif-di-masjid-fenomena.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Cak Imin Petani Hanya Punya Lahan Setengah Hektare Tapi Ada Orang Yang Punya Tanah 500 Ribu Hektare

Cak Imin Petani Hanya Punya Lahan Setengah Hektare Tapi Ada Orang Yang Punya Tanah 500 Ribu Hektare

papar berkaitan - pada 22/1/2024 - jumlah : 242 hits
Kata Ketum PKB ini dengan kesadaran maka bahwa pembangunan nasional kebijakan nasional harus berpijak kepada yang namanya Keadilan
26 Sifat Sombong Yang Sering Ada Pada Diri Kita Tapi Kita Tak Sedar

26 Sifat Sombong Yang Sering Ada Pada Diri Kita Tapi Kita Tak Sedar

papar berkaitan - pada 21/1/2024 - jumlah : 261 hits
Ingatlah jangan kita bersifat sombong terhadap orang lain sebab orang yang sombong tak akan masuk ke dalam syurga 1 Orang sombong susah nak terima pandangan orang lain walaupun hatinya rasa pandangan orang lain itu lebih baik daripadanya 2 ...
Hiburan Shuk Sahar Dedah Pernah Dipecat Stesen Radio Popular Bukan Sebab Curang Tapi Masa Dia Cakap Tu Aku Dah Pucat

Hiburan Shuk Sahar Dedah Pernah Dipecat Stesen Radio Popular Bukan Sebab Curang Tapi Masa Dia Cakap Tu Aku Dah Pucat

papar berkaitan - pada 23/1/2024 - jumlah : 175 hits
Umum mengetahui pelawak Shuk Sahar pernah ditamatkan kontrak di Hot FM gara gara kontroversi curang dan krisis rumah tangganya yang hangat menjadi bualan suatu ketika dahulu Namun pelawak itu mendedahkan rupa rupanya dia juga pernah dipecat...
Video Tegas Pesan Jokowi Ke Rakyat Yang Manis Enak Tapi Tak Baik Untuk Kita

Video Tegas Pesan Jokowi Ke Rakyat Yang Manis Enak Tapi Tak Baik Untuk Kita

papar berkaitan - pada 24/1/2024 - jumlah : 142 hits
Presiden Jokowi menemui penerima BPJS Kesehatan di hari kedua kunjungan kerjanya di Jawa Tengah
Tolak 20 Tapi Tuntut 373 Itu Sangat Tamak Namanya

Tolak 20 Tapi Tuntut 373 Itu Sangat Tamak Namanya

papar berkaitan - pada 21/1/2024 - jumlah : 126 hits
Perebutan jawatan dalam kerajaan negeri Selangor antara UMNO dengan PH nampaknya masih belum selesai Setelah sekian lama kecoh tidak setuju dan tiada penyelesaian minggu lalu dikhabarkan UMNO akhirnya setuju menerima 20 lantikan ahli majlis...
Yoo Jaesuk Dedah Sukar Realisasikan Kolaborasi Running Man How Do You Play Tapi Kenapa

Yoo Jaesuk Dedah Sukar Realisasikan Kolaborasi Running Man How Do You Play Tapi Kenapa

papar berkaitan - pada 19/1/2024 - jumlah : 282 hits
Bukan selalu dapat melihat dua rancangan hiburan popular Korea bergabung kan ARTIKEL BERKAITAN Dalam episod terbaru GYM JONGKOOK dapat dilihat Kim Jong kook melawat restoran dakgalbi miliknya bersama Haha Walau bagaimanapun dia dikejutkan d...
Foto Gemas Dua Bayi Harimau Benggala Di Siantar Zoo Ini Lahir Kembar Tapi Beda Warna

Foto Gemas Dua Bayi Harimau Benggala Di Siantar Zoo Ini Lahir Kembar Tapi Beda Warna

papar berkaitan - pada 19/1/2024 - jumlah : 221 hits
Kehadiran dua anak Harimau Benggala ini melengkapi koleksi satwa yang ada di Siantar Zoo
Bufet Ramadan Tunamaya Beach Spa Resort Desaru Rasa Nusantara Buffet Dinner

Resepi Kek Lapis Batek Pelangi

Travelperk Collects 200m Boosting Its Valuation To 2 7b

Sempena Tahun Baharu Lunar Maafkanlah Razman Pemimpin Pkr Beritahu Hannah

Wanita Yang Kematiannya Disambut Oleh Para Malaikat

Lirik Lagu Cari Kawan Queen Virgo Benzooloo

Beli G Shock Kat Dataran Pahlawan

Govt Merges 3 Cabinet Committees On Health Into One


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 11 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Separuh Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

10 Drama Melayu Terbaru TV3 2024 2025 Best Mesti Tonton Juga Tersedia Online

4 Tanda Ketagihan Yang Jelas Pada Wajah Seorang Penagih Syabu Ice

Biodata Putra Abdullah Atlet Muay Thai Boxing Malaysia Seangkatan Johan Ghazali Jojo Team Jordan Boy


Uncle Mike And His Boys Ring In The Tung Tung Chiang

What Is There To Do During Chinese New Year In Malaysia

Panduan Lafaz Niat Puasa Ramadhan

Kuala Lumpur Alternative Bookfest 2025

Queen Virgo Benzooloo Cari Kawan Chord

Nowseeheart Ku Harap Cinta Chord