Subsidi Bersasar Kaji Balik Klasifikasi B40 M40 T20 Rafizi


 


















Dari Rafizi Ramli

19 Julai 2022

SUBSIDI BERSASAR:

KAJI BALIK KLASIFIKASI B40 M40 T20

Ekoran kenaikan kos sara hidup dan beban inflasi yang semakin tinggi, pentadbiran UBP (UMNO-BERSATU-PAS) dijangka akan mempercepatkan penyelarasan subsidi untuk mengurangkan peruntukan subsidi kepada rakyat. Kenyataan-kenyataan Menteri Kewangan, Tengku Dato’ Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz kebelakangan ini konsisten menyatakan usaha ke arah pendekatan subsidi bersasar (“targeted subsidy”) sedang giat diusahakan.

Sementara pendekatan subsidi bersasar secara konsepnya dilihat lebih masuk akal sekiranya diuruskan dengan baik, ia juga mendatangkan risiko keciciran (“exclusion risk”) dan ketirisan (“leakage risk”).

Risiko keciciran merujuk kepada kebarangkalian ada kumpulan yang sepatutnya mendapat manfaat subsidi terkeluar dari kumpulan sasaran. Ini sering berlaku setiap kali bantuan-bantuan tunai diumumkan apabila ramai yang status sosial ekonominya rendah tidak mendapat bantuan berbanding penerima-penerima yang datang dengan kereta besar untuk menerima bantuan.

Risiko ketirisan sedang menjadi perbincangan hangat kebelakangan ini, terutamanya berhubung minyak masak bersubsidi yang diselewengkan kepada golongan tertentu sehingga rakyat biasa sukar mencari bekalan minyak masak bersubsidi.

Sebab itu selama ini saya sering mengingatkan kerajaan supaya mengatasi masalah-masalah berkait risiko keciciran dan ketirisan sebelum melaksanakan subsidi bersasar kerana sekarang pun, sudah ramai golongan yang sepatutnya menerima bantuan putih mata akibat kelemahan-kelemahan pentadbiran.

Namun, kecenderungan kerajaan UBP jelas condong ke arah melaksanakan subsidi bersasar secepat mungkin.

Oleh itu, adalah sangat penting untuk rakyat memainkan peranan bersama-sama memberi pandangan untuk menentukan kayu ukur kelayakan (untuk menerima subsidi) ditetapkan dengan seadil mungkin.

Kayu ukur yang dipakai sekarang ialah mengikut klasifikasi pendapatan isi rumah, iaitu B40 (40% keluarga yang pendapatan isi rumahnya terbawah), M40 (40% keluarga yang pendapatan isi rumahnya berada selepas B40), dan T20 (20% keluarga yang pendapatan isi rumahnya teratas).

Kaedah ini diperkenalkan semasa pentadbiran Dato’ Seri Najib Tun Razak menjadi Perdana Menteri. Ia telah menjadi kayu ukur kelayakan yang digunakan dalam penggubalan dasar-dasar ekonomi dan kebajikan rakyat sejak beliau menjadi Perdana Menteri.

Klasifikasi B40, M40 dan T20 ditetapkan melalui Kaji Selidik Pendapatan Isi Rumah (“Household Income Survey”) yang dijalankan Jabatan Statistik setiap 2-3 tahun. Data terkini klasifikasi B40, M40 dan T20 adalah berdasarkan dapatan Kaji Selidik Pendapatan Isi Rumah 2019.

Berikut adalah dapatan-dapatan utama:

Had pendapatan:

- Pendapatan isi rumah berjumlah RM4,850 ke bawah diklasifikasikan sebagai B40

- Pendapatan isi rumah antara RM4,851 ke RM10,959 diklasifikasikan sebagai M40

- Pendapatan isi rumah melebihi RM10,960 diklasifikasikan sebagai T20

Jumlah individu yang berpendapatan (“penerima pendapatan”) bagi setiap isi rumah

- Seorang penerima pendapatan: 46%

- Dua penerima pendapatan: 38%

- Tiga penerima pendapatan: 11%

- Empat (dan lebih) penerima pendapatan: 5%

Kenaikan pendapatan dari 2016 ke 2019

- B40: Pendapatan hanya naik 1.8% setiap tahun dari 2016 ke 2019

- M40: Pendapatan naik 4.1% setiap tahun dari 2016 ke 2019

- T20: Pendapatan naik 4.5% setiap tahun dari 2016 ke 2019

Agihan pendapatan

- B40: Hanya 16% dari keseluruhan pendapatan rakyat

- M40: 37.2% dari keseluruhan pendapatan rakyat

- T20: 46.8% dari keseluruhan pendapatan rakyat

Walaupun kaedah menentukan penerima subsidi dan bantuan kebajikan berdasarkan klasifikasi B40, M40 dan T20 ini ringkas dan membolehkan pelaksanaan dengan cepat, ia mempunyai beberapa kelemahan utama:

Pertama:

Ia berasaskan kepada pendapatan semata-mata dan tidak mengambil kira faktor perbelanjaan sara hidup dalam menentukan kedudukan ekonomi sesebuah isi rumah. Faktor perbelanjaan sara hidup melibatkan jumlah isi rumah.

Misalnya, sebuah isi rumah yang mempunyai dua penerima pendapatan (suami dan isteri) yang dikategorikan sebagai B40 (setiap orang berpendapatan RM2,000) dan mempunyai seorang anak, tinggal di kawasan separa bandar, sudah tentu mempunyai pendapatan boleh belanja (“disposable income”) yang lebih tinggi berbanding satu lagi isi rumah yang mempunyai seorang penerima pendapatan (suami) yang dikategorikan sebagai M40 (pendapatan RM4,860), mempunyai lima orang anak dan tinggal di kawasan bandar besar.

Kedua:

Had pendapatan yang ditentukan secara statistik semata-mata iaitu mengikut bilangan isi rumah 40% terbawah, 40% pertengahan dan 20% teratas tidak menterjemahkan situasi sebenar kesukaran ekonomi setiap keluarga.

Malah, ia memanjangkan lagi ketidakadilan agihan pendapatan yang berlaku (akibat kegagalan kerajaan memastikan agihan gaji yang adil kepada pekerja-pekerja bawahan) kepada sistem kebajikan negara.

Contohnya, hanya kerana had atas (“upper cut-off point”) B40 adalah RM4,850 sebulan, semua keluarga yang berpendapatan RM4,851 ke atas dikategorikan sebagai tidak layak untuk menerima subsidi sedangkan kepayahan yang dialami sama dengan keluarga berpendapatan RM4,850 sebulan.

Begitu juga dengan “cut off point” yang lain, iaitu had M40 pada RM10,959. Bagi keluarga yang berpendapatan RM11,000 sebulan, tiba-tiba mereka dikira sebagai orang kaya (yang datang dengan konotasi merekalah yang mengambil subsidi dari orang yang layak menerima) sedangkan kedudukan ekonomi mereka sama dengan mereka yang berpendapatan RM10,959 sebulan.

Oleh itu, saya menyarankan supaya Menteri Kewangan tampil lebih awal untuk menerangkan apakah pendekatan yang sama (menggunakan B40, M40 dan 20) akan dipakai dalam menentukan kumpulan penerima sasaran apabila subsidi bersasar dilaksanakan kelak.

Keputusan untuk menetapkan kriteria kelayakan penerimaan subsidi (petrol bersubsidi, bantuan tunai, subsidi makanan dan lain-lain) adalah keputusan nasional yang perlu dibahaskan dan dikupas supaya diterima rakyat keseluruhan, bukannya keputusan beberapa pegawai di dalam bilik mesyuarat.

Saya berpandangan kita perlu memansuhkan pendekatan menggunakan had pendapatan B40, M40 dan T20, sebaliknya memperkenalkan pendekatan berasaskan pendapatan boleh belanja (“disposable income”) dengan mengambil kira pendapatan, kos perbelanjaan dan jumlah tanggungan setiap isi rumah.

Saya akan menghuraikan cadangan ini dengan lebih terperinci dalam kenyataan-kenyataan media yang akan datang.

RAFIZI RAMLI

 



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2022/07/subsidi-bersasar-kaji-balik-klasifikasi.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kementerian Akan Cadang Subsidi Bil Elektrik Bersasar T20 Mungkin Perlu Bayar Lebih Selepas Ini

Kementerian Akan Cadang Subsidi Bil Elektrik Bersasar T20 Mungkin Perlu Bayar Lebih Selepas Ini

papar berkaitan - pada 20/7/2022 - jumlah : 211 hits
Menteri Tenaga dan Sumber Asli Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata pihaknya akan mencadangkan kepada Jemaah Menteri berkenaan pelaksanaan subsidi bil elektrik secara bersasar untuk tempoh kitaran Pelepasan Kos Kos Tidak Seimbang yang akan ...
Gaji Rm2 500 Golongan M40 Kerajaan Perlu Kaji Semula Penyampaian Bantuan Bersasar

Gaji Rm2 500 Golongan M40 Kerajaan Perlu Kaji Semula Penyampaian Bantuan Bersasar

papar berkaitan - pada 10/7/2022 - jumlah : 244 hits
Kerajaan BN PN seharusnya mengkaji semula klasifikasi pendapatan isi rumah T20 M40 dan B40 yang dibuat pada era pentadbdiran Perdana Menteri Najib Razak Hal itu kata Timbalan Presiden KEADILAN Rafizi Ramli amat penting kerana pemberian bant...
B40 Bila Jumpa Harta T20 Budak Lelaki Teruja Tengok Lamborghini Datang 3 Kali Siap Buat Bonet Macam Playground

B40 Bila Jumpa Harta T20 Budak Lelaki Teruja Tengok Lamborghini Datang 3 Kali Siap Buat Bonet Macam Playground

papar berkaitan - pada 24/7/2022 - jumlah : 169 hits
SETIAP kali melihat kereta mewah meluncur di jalan raya pasti ramai dalam kalangan kita yang akan memandang dengan rasa kagum dan teruja Begitulah juga kisahnya melibatkan kanak kanak lelaki ini yang terlebih teruja apabila dia melihat sebu...
Pm Pelaksanaan Subsidi Minyak Bersasar Tak Semudah Abc

Pm Pelaksanaan Subsidi Minyak Bersasar Tak Semudah Abc

papar berkaitan - pada 18/7/2022 - jumlah : 224 hits
malaysiakini comPARLIMEN Melaksanakan subsidi bersasar untuk membantu mereka yang paling memerlukan adalah perkara yang rumit kata Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob Sebagai contoh katanya walaupun penggunaan minyak bersubsidi dalam polibe...
Najib Taunts Rafizi With 5 Failures To Complain About

Najib Taunts Rafizi With 5 Failures To Complain About

papar berkaitan - pada 19/7/2022 - jumlah : 181 hits
Former prime minister Najib Razak has posted a list of five achievements describing them as lies about which Rafizi Ramli could lodge police reports PETALING JAYA Najib Razak tonight taunted PKR deputy president Rafizi Ramli with a list of ...
Rafizi To Start Police Report Campaign Tomorrow

Rafizi To Start Police Report Campaign Tomorrow

papar berkaitan - pada 19/7/2022 - jumlah : 260 hits
PKR deputy president Rafizi Ramli has called for a campaign of police reports against former prime minister Najib Razak PETALING JAYA Police reports against Najib Razak for negligence over the Sulu claims are to be filed by two PKR leaders ...
In Triumph Rafizi Exposes His Flaws

In Triumph Rafizi Exposes His Flaws

papar berkaitan - pada 18/7/2022 - jumlah : 305 hits
Anwar has long become an icon in PKR and also in the opposition coalition of PH Removing icons takes time it cannot be done expeditiously Terence Netto Free Malaysia Today After winning with ease the post of deputy president of PKR one woul...
Rafizi Mahu Tumpang Nama Najib Untuk Raih Sokongan

Rafizi Mahu Tumpang Nama Najib Untuk Raih Sokongan

papar berkaitan - pada 18/7/2022 - jumlah : 252 hits
Oleh Sirajuddn AhmadNampaknya ada sedikit isu mental dengan Rafizi Ramli Keghairahan nya menyerang Najib seolah olah ada sesuatu yang ditakutinya Setelah tewas berkali kali dalam penghujahan dengan Najib bermula dengan Sapura Energy Rafizi ...
Era Anwar Rafizi Bermula Di Landasan Betul Kata Perwakilan

Era Anwar Rafizi Bermula Di Landasan Betul Kata Perwakilan

papar berkaitan - pada 18/7/2022 - jumlah : 167 hits
freemalaysiatoday com July 18 2022 9 00 AMPresiden PKR Anwar Ibrahim dan timbalannya yang baru dipilih Rafizi Ramli menunjukkan perpaduan di kongres parti pada Ahad SHAH ALAM Cakap cakap mengenai konflik jelas antara Presiden PKR Anwar Ibra...
Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


10 Tips Pilih Pam Tayar Kereta Tekanan Angin Tayar Kereta Yang Sesuai

Catatan Hari Terakhir Trip Ke Kuching

Resepi Udang Khamped Padu Mudah Sedap Dan Confirm Licin Pinggan

The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities

Skill Up Steam Curator

Dua Sahabat Makan Ikan Mentah Minum Air Laut Sepanjang Hanyut