Gaji Rm2 500 Golongan M40 Kerajaan Perlu Kaji Semula Penyampaian Bantuan Bersasar


 

Kerajaan BN - PN seharusnya mengkaji semula klasifikasi pendapatan isi rumah T20, M40 dan B40 yang dibuat pada era pentadbdiran Perdana Menteri Najib Razak.

Hal itu, kata Timbalan Presiden KEADILAN Rafizi Ramli, amat penting kerana pemberian bantuan selepas ini dilapor akan dibuat secara bersasar dan perlulah diagihkan kepada golongan yang benar benar memerlukan.

"Kalau sistem itu elok dan berkesan maka teruskan. Tetapi jika klasifikasi kumpulan sasaran tidak betul maka sekumpulan rakyat yang wajar diberi subsidi akan tercicir.

"Macam mana kerajan dapat (angka) B40 ini, anggaran dari mana dan kenapa ada kelemahan kalau kita teruskan klasifikasi ini?

"Cara mereka menetapkan T20, M40 B40 berdasarkan statistik biasa. Setiap 2 tahun Jabatan Statistik akan buat kaji selidik pendapatan isi rumah. Mereka ambil sample, katakan ada 2 juta sample dan dia akan senaraikan isi rumah pendapatan paling bawah. Atau T20 isi rumah pendapatan 20% paling tertinggi.

"Kemudian dia tengok M40 dan seterusnya (B40)," katanya dalam siri The Ayuh Malaysia Show, malam tadi.

Jelas Rafizi pendekatan klasifikasi era Najib itu kurang tepat berdasarkan individu yang dianggap membawa pendapatan ke seisi keluarga di Malaysia bukanlah seorang tetapi lebih daripada seorang dan tidak pula dikira tanggungannya.

"Penanda aras T20 berpendapatan RM10,960. Golongan ini dia tak kisah berapa banyak yang bawa pendapatan itu.

"Kalau ikut kaji selidik pendapatan isi rumah 2019, purata sumber pendapatan isi rumah 1.8 (pencari pendapatan). Maknanya bukan seorang bawa pendapatan tetapi hampir 2 orang. Kalau T20 itu pendapatan cecah RM10,000 maksudnya isteri gaji RM5,000 dan suami RM5,500 dia sudah T20

"Apa masalah? Kalau kita tahu M40 berpendapatan 4,850, tapi kalau dia dua orang bekerja maka RM2,500 seorang, pendapatan telah dikira M40 dan mereka terus tak dapat bantuan

"Dia dilayan oleh sistem ekonomi dan perkhidmatan kerajaan sama seperti gaji RM17,000. Jadi dari segi itu, bagi saya kalau nak buat subsidi bersasar tak cukup lihat pendapatan isi rumah semata mata. Kalau pun kita letakkan (ke kategori) B60 maka masih lagi tidak menjawab beberapa soalan utama.

"Pertama, soal isi rumah dan berapa tanggungan. Seorang gaji RM6,000 tetapi anak 5 atau mungkin anak ada yang cacat bila ditolak semua tanggungan, pendapatan boleh belanja besar kemungkinan kurang daripada orang bergaji RM5,000 tetapi anak seorang," katanya.

Tegas mantan Ahli Parlimen Pandan itu lagi, kerajaan perlu berusaha lebih keras dalam menentukan tanggungan keluarga.

Kaedah memberi bantuan kepada keluarga memiliki tanggungan lebih banyak, katanya lebih tepat berbanding berdasarkan pendapatan semasa.

"Secara konsep bila kita nak buat subsidi bersasar tak cukup berdasarkan isi rumah semata mata. Kita perlu mencari jalan untuk bina pangkalan data yang mengambil kira soal jumlah dalam isi rumah, tanggungan, supaya akhirnya bantuan dapat disasarkan kepada yang betul betul memerlukan.

"Kita perlu ubah dari soal pendapatan kepada beban. Kita nak sasarkan kumpulan betul betul terbeban. Selama ini mereka tengok gaji sahaja," katanya.

Atas sebab itu, kata Rafizi, kerajaan berbelanja RM60 bilion subsidi dan kemudian guna alasan ada keciciran.

Maka timbul hujah T20 guna petrol subsidi. Sebaliknya tambah Rafizi sekiranya T20 itu gaji RM5,500 seorang, cikgu pun dikategorikan perlu guna RM4.90 seliter dan rakyat akan menyaksikan keciciran serta ketidakseimbangan sosiol lebih besar pada masa hadapan.




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2022/07/gaji-rm2500-golongan-m40-kerajaan-perlu.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Bantuan Elaun Rm500 Kepada Rakyat Malaysia L Program Insentif Bantuan Kewangan Kerajaan Malaysia

Bantuan Elaun Rm500 Kepada Rakyat Malaysia L Program Insentif Bantuan Kewangan Kerajaan Malaysia

papar berkaitan - pada 12/7/2022 - jumlah : 232 hits
Bantuan Elaun RM500 Kepada Rakyat Malaysia l Program Insentif Bantuan Kewangan Kerajaan Malaysia Kerajaan Malaysia sentiasa komited dalam memberi perhatian kepada rakyat terutama mereka yang memerlukan Oleh itu kerajaan Malaysia telah menub...
Pelbagai Jawatan Kosong Terkini Foodpanda Malaysia Jun 2022 Gaji Permulaan Rm2 600

Pelbagai Jawatan Kosong Terkini Foodpanda Malaysia Jun 2022 Gaji Permulaan Rm2 600

papar berkaitan - pada 1/7/2022 - jumlah : 305 hits
PelbagaiJawatan Kosong Terkini Food Panda Malaysia Jun 2022 Gaji Permulaan RM2 600 Kekosongan Seluruh Negara Khas kepada anda yang sedang mencari pekerjaan dan berminat untuk menjawat jawatan kosong terkini yang tertera pada halaman Minggua...
Bantuan Pendidikan Kakitangan Kerajaan Kumpulan Pelaksana Johor

Bantuan Pendidikan Kakitangan Kerajaan Kumpulan Pelaksana Johor

papar berkaitan - pada 16/7/2022 - jumlah : 300 hits
Tabung Bantuan Pendidikan Kakitangan Kerajaan kumpulan Pelaksana telah diperkenalkan sejak tahun 2018 Bantuan ini diwujudkan dalah bertujuan untuk menggalakkan penjawat awam Johor melanjutkan pelajaran mereka ke tahap yang lebih tinggi Untu...
Program Bantuan Kanak Kanak Sehingga Rm 1 000 Bulan Julai 2022 L Bantuan Kerajaan

Program Bantuan Kanak Kanak Sehingga Rm 1 000 Bulan Julai 2022 L Bantuan Kerajaan

papar berkaitan - pada 12/7/2022 - jumlah : 265 hits
Program Bantuan Kanak Kanak Sehingga RM 1 000 Bulan Julai 2022 l Bantuan Kerajaan Kanak kanak merupakan tanggungjawab bersama oleh itu kerajaan Malaysia juga sentiasa komited dalam memberi perhatian dan memastikan tumbesaran mereka seiring ...
Mohon Bantuan Lesen Keluarga Malaysia Untuk Golongan B40

Mohon Bantuan Lesen Keluarga Malaysia Untuk Golongan B40

papar berkaitan - pada 30/6/2022 - jumlah : 242 hits
Kementerian Pengangkutan Malaysia dengan kerjasama Jabatan Pengangkutan Jalan telah memperkenalkan sebuah bantuan iaitu Bantuan Lesen Keluarga Malaysia yang dikhaskan untuk golongan B40 bagi mendapatkan lesen memandu kelas B2 Untuk pengetah...
Mengapa Anak Tirikan Golongan M40

Mengapa Anak Tirikan Golongan M40

papar berkaitan - pada 3/7/2022 - jumlah : 132 hits
Dalam hubungan ini Faiz menggesa kerajaan agar bantuan tunai yang menggantikan subsidi ditambah dan kerajaan mengkaji pengenalan sistem digital food voucher menerusi penggunaan kad pengenalan diperluas kepada isi rumah M40 bawahan atau lowe...
Bantuan Kerajaan Bantuan Sebanyak Rm 60 000 Untuk Bina Rumah Sendiri L Ikuti Cara Cara Dan Semak Kelayakan Anda

Bantuan Kerajaan Bantuan Sebanyak Rm 60 000 Untuk Bina Rumah Sendiri L Ikuti Cara Cara Dan Semak Kelayakan Anda

papar berkaitan - pada 5/7/2022 - jumlah : 246 hits
Bantuan Kerajaan Bantuan Sebanyak RM 60 000 Untuk Bina Rumah Sendiri l Ikuti Cara Cara Dan Semak Kelayakan Anda Untuk pemberitahuan kepada semua untuk tahun 2022 terdapat pelbagai bantuan dari kerajaan kemudahan dan Inisiatif yang boleh and...
Sah Kes Najib Razak Cacat

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Redha Di Dalam Rumah Tangga

Ioi City Mall Gears Up For A Meletop 2025 With A Star Studded New Year S Eve Celebration

Farhan Mustapha Mutiara Hati Chord

The West Isn T Dying But It S Working On It

Malaysian Muslims Baffled How Having A Pic With Christmas Tree Santa Claus Can Shake Their Faith

Have A Relaxing Day With Friends Over Lunch Or Dinner