Subsidi Ayam Tamat Kerajaan Jimat Rm100 Juta Sebulan


 
Penjimatan RM100 juta sebulan susulan penamatan subsidi dan kawalan harga ayam pada 1 Nov membolehkan kerajaan meningkatkan pelbagai inisiatif sosioekonomi dan kebajikan, kata KPKM.KUALA LUMPUR: Penjimatan sebanyak RM100 juta sebulan susulan langkah penamatan subsidi dan kawalan harga ayam berkuat kuasa 1 Nov ini membolehkan kerajaan meningkatkan pelbagai inisiatif sosioekonomi dan kebajikan rakyat termasuk bantuan tunai.
Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) menerusi siaran soalan lazim penamatan subsidi ayam, menyebut penjimatan itu juga dapat digunakan bagi memperkasa industri penternakan ayam.
Ia termasuk melalui bantuan insentif dari segi pembiayaan dana pusingan kepada penternak bersaiz kecil dan sederhana serta skim mikro kredit sebagai bantuan modal pusingan kepada penternak komuniti dan program transformasi reban ayam terbuka kepada reban ayam tertutup.
Mengenai persoalan sama ada harga ayam naik selepas subsidi ditamatkan pada 1 Nov ini, KPKM menyebut harga sekilogram ayam pada peringkat runcit di kawasan luar bandar dijangka masih sekitar RM10.40 sekilogram, namun harga ayam di peringkat hypermarket atau pasar raya besar dijangka tidak akan melebihi RM9.40 sekilogram.
“Walaupun sebelum ini kerajaan menetapkan harga ayam tidak boleh dijual melebihi RM9.40 satu kg, tetapi peniaga di peringkat runcit telah mengenakan caj pemotongan antara RM1 ke RM2 sekilogam, menjadikan harga belian ayam menjadi RM10.40 sekilogram,” menurut KPKM.
Bagi membantu pengguna di kawasan luar bandar, KPKM menyebut kerajaan akan menganjurkan Jualan Agro Madani dan Jualan Rahmah di seluruh negara dengan harga jualan ayam akan kekal kompetitif dan tidak membebankan rakyat.
Mengenai persoalan langkah kerajaan jika harga ayam naik mendadak selepas harganya diapungkan, KPKM menyatakan kementerian itu dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) akan sentiasa memantau harga ayam dari peringkat ladang sehingga ke outlet peruncitan dari semasa ke semasa.
Menurut KPKM, sekiranya berlaku kenaikan mendadak akibat kekurangan bekalan, kementerian itu telah bersedia untuk mengimport ayam dari sumber negara luar bagi mencukupkan bekalan dalam negara.
“Namun begitu, jika berlaku kenaikan mendadak, kerajaan boleh mengenakan kawalan harga bersekali dengan subsidi atau tidak bersubsidi,” menurut KPKM.
Mengenai perbezaan harga ayam standard dan ayam super selepas langkah pengapungan harga itu, KPKM menyatakan ayam standard dijual berserta kepala, kaki, hati dan hempedal manakala ayam super dijual selepas dibuang kesemua bahan terbabit, dengan kedua-duanya berbeza dari aspek berat dan harga.
Menurut KPKM, kebiasaannya harga ayam standard adalah RM1 sekilogram lebih murah berbanding ayam super di peringkat runcit, dan perbezaan harga itu dijangka dikekalkan apabila ia diapungkan memandangkan terdapat perbezaan dalam berat antara kedua-dua spesifikasi ayam berkenaan.
Mengenai harga ayam di Sabah, Sarawak dan Labuan selepas pengapungan itu, KPKM memaklumkan asas harga di wilayah berkenaan adalah sedikit tinggi sepanjang kawalan harga dibuat berdasarkan faktor-faktor serta kos setempat.
“Apabila diapungkan, harga di wilayah-wilayah ini dijangka mengalami sedikit penyelarasan di peringkat pasaran pengeluar, borong dan juga runcit. Bagaimanapun, harganya dijangka kekal stabil jika bekalan bahan ini mencukupi dan tiada gangguan di peringkat pengeluaran,” menurut kementerian itu.
KPKM memaklumkan kerajaan menanggung RM3.8 bilion untuk subsidi telur dan ayam sejak Februari 2022 dan rasional penamatan subsidi secara pukal bagi ayam adalah bagi mengurangkan ketirisan subsidi yang turut dinikmati warga asing dan golongan berpendapatan tinggi.
Sementara itu, KPKM menyebut kerajaan buat masa ini memutuskan untuk meneruskan subsidi dan mengawal harga telur supaya tidak membebankan rakyat dan dasar itu akan dikaji semula apabila bekalan serta kos pengeluaran telur stabil sepenuhnya. - FMT


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://malaysiansmustknowthetruth.blogspot.com/2023/10/subsidi-ayam-tamat-kerajaan-jimat-rm100.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kerajaan Umum Subsidi Ayam Tamat 1 November 2023

Kerajaan Umum Subsidi Ayam Tamat 1 November 2023

papar berkaitan - pada 30/10/2023 - jumlah : 256 hits
TERKINI Kerajaan mengumumkan penamatan kawalan harga dan subsidi ayam berkuat kuasa 1 November ini Berikut dikongsikan lebih lanjut tentang penamatan subsidi ini Subsidi Ayam Tamat 1 November 2023 Kerajaan mengumumkan penamatan kawalan harg...
Kerajaan Peruntuk Rm100 Juta Bagi Manfaat Stem Di Peringkat Sekolah

Kerajaan Peruntuk Rm100 Juta Bagi Manfaat Stem Di Peringkat Sekolah

papar berkaitan - pada 20/10/2023 - jumlah : 141 hits
Sering kali kita mendengar perkataan STEM yang merupakan akronim merujuk kepada bidang Sains Teknologi Kejuruteraan dan Matematik yang mula digunakan oleh National Science Foundation USA sejak 2001 Baru baru ini Perdana Menteri Datuk Seri A...
Subsidi Tamat Harga Ayam Dijamin Tak Naik Bernama 30 10 2023

Subsidi Tamat Harga Ayam Dijamin Tak Naik Bernama 30 10 2023

papar berkaitan - pada 31/10/2023 - jumlah : 298 hits
MALAYSIA PETANG INI30 Oktober 2023 IsninSiaran Langsung 5 00 5 30 Petang TAJUK Subsidi Tamat Harga Ayam Dijamin Tak Naik TETAMU Datuk Nadzim JohanPengerusi Persatuan Pengguna Islam Malaysia HOS Nurul Hidayah Umol Herleena PahlavyPENERBIT Ri...
Subsidi Ayam Tamat Rabu Subsidi Telur Diteruskan Mohamad

Subsidi Ayam Tamat Rabu Subsidi Telur Diteruskan Mohamad

papar berkaitan - pada 30/10/2023 - jumlah : 251 hits
KUALA LUMPUR Kerajaan bersetuju subsidi dan kawalan harga ayam ditamatkan berkuat kuasa Rabu ini kata Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Seri Mohamad Sabu Beliau berkata bagi subsidi telur gred A B C kerajaan bersetuju untuk i...
Walaun Sakit Hati Harga Ayam Murah Selepas Kerajaan Tamatkan Subsidi

Walaun Sakit Hati Harga Ayam Murah Selepas Kerajaan Tamatkan Subsidi

papar berkaitan - pada 5/11/2023 - jumlah : 270 hits
SITI NUR ZAWANI Susulan pengumuman kerajaan untuk mengapungkan harga ayam bermula 1 November banyak desakan untuk kerajaan menarik keputusan itu susulan dakwaan harga ayam akan naik mendadak sehingga membebankan pengguna Bagaimanapun berdas...
Apa Akan Jadi Bila Subsidi Ayam Di Tarik Balik

Apa Akan Jadi Bila Subsidi Ayam Di Tarik Balik

papar berkaitan - pada 1/11/2023 - jumlah : 202 hits
Apa Akan Jadi Bila tiada Lagi Subsidi Ayam Apa Akan Jadi Bila tiada Lagi Subsidi Ayam
Pn Cuba Bodohkan Rakyat Hal Subsidi Ayam Dan Telur

Pn Cuba Bodohkan Rakyat Hal Subsidi Ayam Dan Telur

papar berkaitan - pada 17/10/2023 - jumlah : 337 hits
Zaman Muhyidin ada Subsidi ayam dan Telor TAK ADA Habis kenapa Mail bayar Sebab bila harga naik mendadak kerajaan Mail set Harga Kawalan dan janjikan subsidi untuk pengeluar 3 8bil dah dibayar Mula pada Feb 2022 Kenapa harga ayam dan telur ...
Wanita Kongsi Resepi Ayam Panggang Kenny Rogers Jimat Lagi

Wanita Kongsi Resepi Ayam Panggang Kenny Rogers Jimat Lagi

papar berkaitan - pada 5/11/2023 - jumlah : 120 hits
Kalau dulu nak makan ayam panggang mesti pergi Kenny Rogers Roasters bila masuk kedai pergh bau ayam panggang dia memang rasa terliur Seorang pengguna Facebook Nurul Aini Mohamed Ali tampil berkongsi resepi ayam panggang buat mereka yang na...
Kerajaan Jamin Tidak Berlaku Kenaikan Harga Ayam Secara Mendadak Mohamad

Kerajaan Jamin Tidak Berlaku Kenaikan Harga Ayam Secara Mendadak Mohamad

papar berkaitan - pada 30/10/2023 - jumlah : 220 hits
KUALA LUMPUR Kerajaan memberi jaminan tidak akan berlaku kenaikan harga ayam secara mendadak susulan langkah penamatan subsidi dan kawalan harga ayam berkuat kuasa 1 Nov ini kata Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Seri Mohamad...
Presiden Pas Kupas Isu Syria Balah Mazhab Gangguan Seksual Um

Do Our Infamous Bali Bombers Deserve A Second Chance At Life

How To Plan A Stress Free Family Vacation

Shrink S One Year Suspension Over Lewd Text Shockingly Inadequate Victim

Bendung Elemen Politik Perkauman Elak Permusuhan Keganasan

Doa Untuk Orang Tua Yang Sakit Arab Latin Artinya

Fishing As A Stress Reliever

Singgah Makan Di Restoran Lemang To Ki Bentong


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Lirik Lagu Rasa Lia Aziz Ft Treehill

Panji Sakti Malam Ini Chord

Resipi Tomyam Salmon Yang Lain Dari Lain Masam Pedas Berlemak

Pemenang Award Ai Team 2024

Rakyat Digital Cara Daftar Senarai Kursus Percuma

Bawak Khalaf Zikri Makan Di Kopiloco