Beginilah rupa di Dataran Cenang. Meriah sungguh dengan kehadiran para pengunjung, lampu berwarna-warni dan bunyi muzik yang menghidupkan suasana
Eh, tak tahulah mana satu ejaan yang betul - Pantai Cenang atau Pantai Chenang
Dari Dataran Cenang, kami menuju ke pantai. Kelihatan para peniaga masih menjalankan operasi mereka. Di suatu sudut sana, kelihatan orang ramai berkumpul
Oh, rupa-rupanya ada fire show. Patutlah pada waktu petang tadi kami lihat orang-orang sibuk berulang-alik membawa bean bag ni ke pantai. Saya tak pasti bagaimana cara atau caj dikenakan untuk menonton pertunjukan ini. Kami terus saja menyertai para pengunjung yang berada di bahagian luar pita merah putih
Fire show oleh kumpulan anak muda. Saya lihat semuanya seperti masih di usia remaja
Pelbagai aksi dilakukan oleh mereka. Memang cekap dan berani. Tak lama kami berdiri menonton fire show ni, datang dua orang remaja lelaki menghulurkan sebuah tabung. Saya tak begitu jelas apa yang dituturkan, tapi maksud tabung tersebut adalah untuk meminta kita memberikan bayaran seikhlasnya. Oh, begini caranya. Persoalan saya sudah terjawab. Kecuali penonton yang duduk di bean bag, rasanya sudah ada bayaran tetap
Kami kemudiannya beredar ke bahagian pantai yang lebih tenang. Walaupun sudah lewat malam, masih ramai yang bersiar-siar di sini. Yelah, bukan selalu dapat datang
Menikmati waktu malam di pantai. Bulan bersinar cantik|
Kempen Promosi dan Iklan Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua. Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini |