Suara Sebijik Sama Lelaki Ini Tiru Cara Ucapan Syed Saddiq
Siapa tak kenal cara Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman yang sering membuat video log (vlog) ketika mempunyai sebarang ucapan atau pengumuman.
Dimulakan dengan tribahasa; Melayu, Mandarin dan Tamil, Syed Saddiq sering memuat naik video-video tersebut di laman sosial miliknya sebagai cara menyampaikan informasi kepada para pengikut beliau.
Cara beliau mendapat perhatian seorang netizen yang bergurau dan melakonkan semula parodi ucapannya.
Seorang pengguna Twitter, Shah Hussain baru-baru ini memuat naik sebuah video parodinya di laman berkenaan, meniru ucapan Syed Saddiq ketika memberi respon terhadap isu dakwaan penyokong Indonesia dibelasah baru-baru ini. Dari cara bercakap sehinggalah suaranya serupa seperti Menteri Belia dan Sukan kita.
“Maaf Syed Saddiq. Saya kena paksa buat ini,” kata Shah sambil mengetag akaun menteri berkenaan dan mengakhiri kapsyen dengan emoji ketawa.
“Assalamua’laikum, dàjiāhǎo, vanakkam.
“Saya sudah maklumkan kepada pihak polis untuk siasat kalau ada pihak dipukul, tolong suruh dia buat laporan ke pihak polis..
“We will ensure that there will be proper and transparent investigation. Keadilan adalah untuk semua. Tidak kira dari Malaysia atau Indonesia. Thank you.”
Video tersebut membuatkan netizen terhibur dengan gelagatnya.
Walaubagaimanapun, parodi berkenaan belum mendapat respon Syed Saddiq.
Jom kita tonton video Shah di bawah.
I’m sorry @SyedSaddiq . I was forced to do this 🤣🤣 pic.twitter.com/Iy5wOHy5GA
— Shah hussain (@_shahussain06) November 23, 2019
Video asal
Berikut merupakan video asal permohonan maaf menteri berkenaan susulan kes seorang lelaki didakwa penyokong Indonesia dipukul di Malaysia tempoh hari. Berikutan itu, Kementerian Pemuda dan Olahraga negara berkenaan menuntut permohonan maaf dari Malaysia.
Saya memohon maaf.
Setakat ini, kami masih perlukan semua pihak untuk bantu siasatan yang sedang dijalankan.
Saya akan pastikan keadilan milik semua, tidak kira dari Malaysia atau Indonesia.
Saya akan pastikan pesalah diheret ke muka pengadilan. pic.twitter.com/EC4nuSsd4c
— Syed Saddiq (@SyedSaddiq) November 23, 2019
Korang rasa macam mana, sama tak? Apapun, parodi ini hanyalah sekadar gurauan dan bukan berniat untuk mempersendakan sesiapa. Harap tiada yang terasa hati ya.
Sumber: Shah Hussain
The post (Video) Suara Sebijik Sama, Lelaki Ini Tiru Cara Ucapan Syed Saddiq appeared first on Siakap Keli.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://siakapkeli.my/2019/11/24/video-suara-sebijik-sama-lelaki-ini-tiru-cara-ucapan-syed-saddiq/