Masuk Umur 2 Tahun Cara Didik Anak Berbeza Kena Sama Banyak Tegas Dan Sayang


Cara didik anak umur 2 tahun sudah tentu berbeza dengan anak umur setahun. Bermula umur inilah tahap usia emas atau ‘golden age’ seorang anak.
Kenapa dikatakan ‘golden age’? Kerana ketika ini semua sitem pancaindera anak sudah sempurna dan aktif dan mereka mula menggunakan sepenuhnya otak.
Oleh itu penting sekali bagi ibu bapa untuk mengetahui bagaimana cara betul mendidik anak umur 2 tahun. Anak 2 tahun juga terkenal sebagai golongan kanak-kanak yang cepat mengamuk atau tantrum sehingga digelar oleh pakar perkembangan anak sebagai ‘terrible twos’.
Sikap mereka yang sukar dijangka dan difahami membuatkan ramai ibu ayah boleh hilang sabar melayan kerenah si kecil.
Perhatian dari ibu bapa pada usia keemasan ini sangat diperlukan kerana anak pada umur 2 tahun ini mempunyai tahap ingin tahu yang sangat tinggi dan dibimbangi jika tidak diberi perhatian boleh mengancam kesihatan dan keselamatan mereka.
Ini antara tips cara mendidik anak umur 2 tahun yang disarankan oleh pakar perkembangan anak supaya tumbesaran mereka berjalan dengan baik.
1. Ajar perkara rutin
Si kecil perlu diajar kebiasaan atau perkara rutin yang ‘simple’. Pada usia ini, anak mudah meniru apa yang dilakukan oleh orang dewasa baik dari segi percakapan atau pun perbuatan.
Perkara rutin yang perlu diajar mestilah yang baik dan beradab seperti bersalam orang bila berjumpa, memberikan salam, membuang sampah di tong sampah, baca doa sebelum dan selepas makan. Walaupun mereka belum lancar melakukannya tetapi rutin adab yang diajar itu akan terus diingati di otaknya dan diamalkan sampai dewasa.
2. Luangkan masa dengan anak
Walaupun sibuk dengan urusan kerja pastikan anda meluangkan masa dengan si kecil 2 tahun ini. Kurang perhatian dari ibu ayah antara punca anak umur 2 tahun ini suka mengamuk dan buat perangai. Perhatian dan kasih sayang yang diberikan oleh ibu ayah sangat diperlukan.
Ia penting untuk membina ‘bonding’ antara anak dan ibu bapa. Jangan sampai disebabkan sibuk bekerja anda terlepas momen tumbesaran anak. Beri perhatian terhadap setiap kata-kata yang diucapkan oleh anak kerana ketika usia ini mereka sedang ‘kemaruk’ belajar bercakap dan berilah tindak balas dari setiap kata-kata yang diucapkan oleh anak.
3. Dedahkan anak pada aktiviti luar
Selain menghabiskan masa di dalam rumah, dedahkan juga anak umur ini dengan dunia luar. Membuat aktiviti di luar rumah seperti bermain di taman permainan, bermain bola di padang atau sekadar beriadah di taman-taman memberi peluang kepada si kecil belajar banyak perkara.
Antaranya dia belajar mengenal alam semula jadi, berjumpa ramai orang dan bersosial dengan kawan-kawan sebayanya. Dengan cara ini, anak akan membesar sebagai orang yang lebih bersikap terbuka, pandai bergaul serta berkeyakinan.
4. Biarkan si kecil meluahkan perasaan
Oleh kerana pada usia ini keinginan anak untuk mengetahui banyak perkara adalah tinggi maka dia cuba untuk meluahkan melalui perbuatan atau ekspresi mukanya. Contohnya ketika menonton rancangan kartun di TV, dia mungkin ketawa yang menunjukkan dia faham dan suka dengan jalan cerita tersebut. Begitu juga kalau dia menunjukkan muka ketakutan, selidik apa yang menmbuatkan dia takut kerana anak mungkin tidak pandai lagi memberitahu hal sebenar.

5. Sentiasa jaga keselamatan anak
Jangan biarkan anak bermain sendirian kerana si kecil usia ini belum tahu erti bahaya tetapi keinginannya untuk mencuba semua perkara sangat tinggi. Anak umur 2 tahun biasanya menganggap semua objek yang ditemui adalah makanan dan mahu dimasukkan ke dalam mulut. Pengawasan terhadap anak yang masih berumur 2 tahun mesti dilakukan dengan teliti.
6. Jangan tengking dan marah anak
Mereka belum faham kalau ditengking atas kesalahan yang dilakukan. Si kecil tidak tahu apa yang dilakukan itu adalah salah. Elakkan penggunaan kata-kata kesat dan teruk terhadap si kecil.
Ia hanya akan merosakkan jiwa dan emosi anak. Ingatlah sekali herdikan dan tengkingan yang anak terima akan menyebabkan million sel otaknya rosak. Ia boleh mempengaruhi perkembangan kemahiran kognitif, psikomotor anak. Cara terbaik untuk mengajar dan membetulkan kesalahan anak umur ini ialah dengan cara berlembut, perlahan, penuh kasih sayang dan tunjuk ajar.
Ingatlah anak umur 2 tahun masih kecil lagi dan baru melepasi fasa bayi. Walaupun mungkin fizikal mereka nampak sudah besar tetapi pemikiran mereka masih pendek.
Sikap ingin tahu yang tinggi dan ketidakupayaan untuk mengawal emosi diri membuatkan mereka mudah mengamuk kerana tidak tahu bagaimana nak meluahkan perasaan. Hanya kasih sayang dan perhatian dari ibu ayah sahaja yang mampu mendidik anak umur 2 tahun menjadi individu yang membesar dengan baik
p/s : Sebarkan mesej ni pada semua mak ayah yang anda kenal
Sumber: Muzakir Shukri
The post Masuk Umur 2 Tahun Cara Didik Anak Berbeza. Kena Sama Banyak Tegas Dan Sayang! appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/masuk-umur-2-tahun-cara-didik-anak-berbeza-kena-sama-banyak-tegas-dan-sayang/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Zaman Sekarang Tak Sama Macam Zaman Dahulu Cara Didik Anak Pun Berbeza

Zaman Sekarang Tak Sama Macam Zaman Dahulu Cara Didik Anak Pun Berbeza

papar berkaitan - pada 19/11/2019 - jumlah : 380 hits
Ada banyak cara dan teknik mengajar anak anak kita nak tiru cara atok nenek kita pun boleh tak salah tapi pertimbangkan juga adakah betul jika kita tiru buta buta bulat bulat tanpa ambil kira perbezaan zaman dan intelektual anak masa kini 4...
Kalau Didik Anak Tentang Perkara Ini Sebelum Umur 4 Tahun Dapat Elak Dia Menangis Di Tadika

Kalau Didik Anak Tentang Perkara Ini Sebelum Umur 4 Tahun Dapat Elak Dia Menangis Di Tadika

papar berkaitan - pada 2/11/2019 - jumlah : 451 hits
Jika nak elak anak menangis di tadika ibu ayah kena didik anak sejak umur empat tahun lagi Inilah yang dinamakan belajar menyesuaikan suasana di tadika perlu dilakukan sejak awal lagi Pengasuh taska perlu memaklumkan kanak kanak yang sudah ...
Jari Anak Umur Setahun Berdarah Lepas Kena Bakul Baju Mujur Pengasuh Ambil Tindakan Cepat Rawat Cara Betul

Jari Anak Umur Setahun Berdarah Lepas Kena Bakul Baju Mujur Pengasuh Ambil Tindakan Cepat Rawat Cara Betul

papar berkaitan - pada 9/11/2019 - jumlah : 526 hits
Setiap kali mencari pengasuh untuk menjaga anak anak apa yang kita cari adalah persekitaran yang selamat dan selesa untuk meninggalkan si kecil tersayang Maklumlah ibu yang bekerja selalunya akan tinggalkan anak di rumah pengasuh sehingga m...
Kita Rasa Masih Bayi Tapi Rupanya Anak 1 Tahun Dah Pandai Bahaya Jika Salah Didik Awas

Kita Rasa Masih Bayi Tapi Rupanya Anak 1 Tahun Dah Pandai Bahaya Jika Salah Didik Awas

papar berkaitan - pada 9/11/2019 - jumlah : 472 hits
Kita merasakan anak kecil kita yang berusia satu tahun ke bawah atau lebih satu tahun masih bayi dan tidak tahu apa apa Hakikatnya anak sekecil ini sudah punya emosi mereka sendiri Mereka tahu apa yang berlaku di sekeliling mereka Jadi seba...
Didik Anak Lelaki Dengan 5 Perkara Ini Sebelum Mereka Masuk Usia Remaja

Didik Anak Lelaki Dengan 5 Perkara Ini Sebelum Mereka Masuk Usia Remaja

papar berkaitan - pada 17/11/2019 - jumlah : 401 hits
Tanggungjawab anak lelaki dalam keluarga memang besar Tak kira anak sulung atau anak bongsu mereka seharusnya jadi pelindung pada adik beradik perempuan Bukan itu saja anak lelaki seharusnya di didik menjadi seorang yang bertanggungjawab se...
Baru Umur 9 Tahun Anak Ajaib Ini Bakal Tamatkan Pengajian Ijazah Kejuruteraan Elektrik Tahun Ini

Baru Umur 9 Tahun Anak Ajaib Ini Bakal Tamatkan Pengajian Ijazah Kejuruteraan Elektrik Tahun Ini

papar berkaitan - pada 16/11/2019 - jumlah : 433 hits
Kanak kanak ajaib dari Belgium bakal miliki ijazah sarjana muda pada usia 9 tahun Beliau yang dikenali sebagai Laurent Simons sedang mengikuti program kejuruteraan elektrik di Eindhoven University of Technologgy akan menamatkan ijazahnya it...
Jutawan Kopi 70 Tahun Kahwin Anak Dara Umur 20 Tahun Hantaran Rm2 75 Juta

Jutawan Kopi 70 Tahun Kahwin Anak Dara Umur 20 Tahun Hantaran Rm2 75 Juta

papar berkaitan - pada 19/11/2019 - jumlah : 820 hits
Betullah orang kata rupa paras dan usia bukan menjadi penghalang untuk kita mengahwini seseorang Seperti kisah perkahwinan yang viral di Thailand ini di mana seorang lelaki berusia 70 tahun telah berkahwin bersama seorang gadis berusia 20 t...
Dah Ada 2 Masuk 3 Girl Juga Untungnya Suami Isteri Ada Anak Perempuan Banyak

Dah Ada 2 Masuk 3 Girl Juga Untungnya Suami Isteri Ada Anak Perempuan Banyak

papar berkaitan - pada 2/11/2019 - jumlah : 369 hits
Biasanya jika kita sudah dikurniakan dengan dua orang anak perempuan pada awalnya sudah tentu akan memasang impian untuk mempunyai anak lelaki pula untuk kali ketiga Tapi siapalah kita untuk melawan takdir Allah SWT Apabila disahkan hamil a...
Ibu Garang Pun Anak Tetap Manja Dengannya Kena Tegas Baru Anak Jadi Orang

Ibu Garang Pun Anak Tetap Manja Dengannya Kena Tegas Baru Anak Jadi Orang

papar berkaitan - pada 31/10/2019 - jumlah : 455 hits
Ibu adalah individu penting yang banyak mempengaruhi cara didikan anak anak membesar Kebanyakan anak lebih rapat dengan ibu berbanding ayah Bukan bermaksud ayah tiada peranan dalam mendidik anak tetapi sikap semulajadi ibu yang lebih prihat...
Beli Rumah Lebih Jimat Dengan Kempen Hartanah Bumiputera Matrix

Tattoos Raised And Itchy

Bersatu Man Demands Dnb Exit Strategy For U Mobile

Khutbah Jumat Jumadil Awal Tangis Ibnu Rawahah Jelang Perang Mu Tah

Tattoos Portland Maine

Kisah Adv 160 Pengajaran Dari Bateri Lemah

Bertolak Ansurlah

Haram Guna Dan Jual Vape Dewan Pemuda Pas Pahang Zahir Sokongan Penuh Terhadap Titah Sultan


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3

Biodata Terkini Reshmonu Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Hey Waley

Gegar Vaganza 2024 GV 11 Hadiah Tiket Peserta Juri Format Pemarkahan Dan Segala Info Tonton Live Di Astro Ria Dan Sooka

6 Janji Donald Trump Kalau Dia Naik Jadi Presiden Semula


Mixology Vape S Commitment To Quality Crafting The Best Vape Flavours Nz

Pensyarah Didakwa Hina Nabi Jawi Turut Buka Siasatan

Murid Buktikan Pada Guru Lembu Makan Martabak

The Difference In The Concept Of Illicit Relationship Between Muslims And Non Muslims

Tiada Masalah Pas Ketuai Pn Tapi Bincang Dulu Kata Pemimpin Bersatu

Cek Pertama Dari Google Adsense