Suara 160 Ketua Bahagian Umno Sedikit Pun Tidak Membuatkan Pm Gentar






18 July 2025


Seramai 160 Ketua Bahagian UMNO dilaporkan mencapai kata sepakat mendesak Perdana Menteri agar melaksanakan dengan segera titah adendum yang membenarkan Najib Razak diberi tahanan.


Ketetapan itu diambil dalam perjumpaan yang dihadiri 145 Ketua-Ketua UMNO Bahagian di sebuah hotel di Bukit Bintang, malam tadi.


Desakan lain ialah menggesa Peguam Negara menarik rayuan terhadap keputusan Mahkamah Rayuan yang membenarkan Najib memulakan semakan kehakiman berhubung titah adendum tersebut.


Persoalan pokok dalam perkara ini ialah apakah Anwar Ibrahim ada rasa gentar dengan desakan itu, kemudian tunduk untuk memenuhinya?


Walaupun UMNO ada 191 bahagian di seluruh negara dan jumlah 160 Ketua Bahagian yang setuju dengan desakan itu boleh dikira memiliki majoriti yang kuat, tetapi percayalah, semua ini tidak membuatkan Perdana Menteri bimbang, jauh sekali untuk berasa gentar.


Yang Perdana Menteri ada sedikit gentar hanyalah jika 26 Ahli Parlimen UMNO yang membuat desakan tersebut.


Tentunya lebih membuatkan Anwar menggigil jika 26 Ahli Parlimen UMNO itu turut berani mengugut untuk menarik sokongan dan keluar daripada kerajaan, kiranya desakan mereka tidak diberi perhatian.


Kenapa langkah seperti ini tidak dilakukan?


Setakat suara 160 Ketua Bahagian, walau sekuat mana sekali pun mereka menjerit, Anwar tidak  gentar walau sedikit pun, bahkan sehelai bulu romanya pun tidak jatuh  selagi Presiden UMNO dan 26 Ahli Parlimen parti itu masih sayangkan kedudukan serta jawatan dalam kerajaan.


Persoalan seterusnya, dalam 160 Ketua Bahagian yang membuat desakan itu, berapa ramai Ahli Parlimen ada di dalamnya?


Jika tiada seorang pun Ahli Parlimen turut terbabit, semua ini tidak lebih sekadar drama untuk menghiburkan hati Najib semata-mata.


Selain itu, Ahmad Zahid Hamidi selaku Presiden UMNO sendiri tidak hadir dan dilaporkan berada di New Zealand ketika ini.


Kenapa UMNO mengadakan pertemuan berkaitan isu sepenting ini, tetapi diadakan ketika Presiden UMNO berada di luar negara?


Kenapa tidak ditangguh dan diadakan pada tarikh lain di ketika Presiden UMNO berada di dalam negara?


Bukankah jika UMNO benar-benar mahu memperjuangkan keadilan buat Najib bersama perjuangan untuk mendaulatkan titah Raja, ia sepatutnya mesti dihadiri Presiden serta semua Ahli-Ahli Parlimen UMNO sekali?


Apakah keadaan ini satu lagi drama yang sengaja dipentaskan menjelang Perhimpunan Agung UMNO sebelum hujung tahun ini?


Dalam hal ini, memetik kata-kata Timbalan Presiden UMNO, Mohamad Hasan sebelum ini – kalau UMNO keluar kerajaan, dua jam kemudian akan ada parti lain jadi penggantinya.


Ertinya apa tuan-tuan? – ertinya Ahli-Ahli Parlimen UMNO yang ada kuasa berbuat sesuatu atas nama parti itu hanya memikirkan jawatan dan kedudukan, bukan perjuangan. – ShahbudinHusin 18July2025.


https://shahbudindotcom.net/2025/07/suara-160-ketua-bahagian-umno-sedikit-pun-tidak-membuatkan-pm-gentar/








Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2025/07/suara-160-ketua-bahagian-umno-sedikit.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Menjawab Shahbudin Husin Pmx Tidak Gentar Suara 160 Ketua Bahagian Umno

Menjawab Shahbudin Husin Pmx Tidak Gentar Suara 160 Ketua Bahagian Umno

papar berkaitan - pada 20/7/2025 - jumlah : 162 hits
Sebenarnya Shahbudin Husin betul bila dia berkata pendirian 160 Ketua UMNO Bahagian mengenai Titah Adendum tidak menggentarkan PMX sama sekali Masakan PMX gentar Sebab itu titah adendum mampu tersorok hampir setahun sedangkan itu titah dari...
Desakan Ketua Bahagian Umno Keterlaluan

Desakan Ketua Bahagian Umno Keterlaluan

papar berkaitan - pada 18/7/2025 - jumlah : 153 hits
Razef RAKIMIN Saya mengambil maklum kenyataan yang dikeluarkan oleh Ketua Bahagian UMNO Wangsa Maju Datuk Seri Dr Mohd Shafei Abdullah selepas perjumpaan bersama 160 Ketua Bahagian UMNO seluruh negara berkenaan isu Titah Adendum kepada Datu...
Hishammuddin Kena Ambil Inisiatif Jika Mahu Kembali Kata Ketua Umno Bahagian

Hishammuddin Kena Ambil Inisiatif Jika Mahu Kembali Kata Ketua Umno Bahagian

papar berkaitan - pada 10/7/2025 - jumlah : 278 hits
Sama ada mahu merayu mahukan butiran terperinci atau tidak berpuas hati Hishammuddin Hussein masih perlu menulis sendiri kepada Umno Hishammuddin Hussein tentu maklum tentang peraturan berkaitan kerana pernah menganggotai jawatankuasa disip...
Titah Adendum Ketua Pemuda Umno Pahang Dakwa Jika Najib Pun Dinafikan Apalah Lagi Nasib Rakyat Biasa

Titah Adendum Ketua Pemuda Umno Pahang Dakwa Jika Najib Pun Dinafikan Apalah Lagi Nasib Rakyat Biasa

papar berkaitan - pada 12/7/2025 - jumlah : 320 hits
KUANTAN Jika hak seorang pemimpin negara pun boleh dinafikan tidak mustahil rakyat marhaen akan terus dipinggirkan dan dizalimi tanpa pembelaan Demikian kata Ketua Pemuda UMNO Pahang Mohd Kamil Ibrahim yang mengecam tindakan Jabatan Peguam ...
Ketua Pemuda Umno Pahang Bidas Tuan Ibrahim Jangan Tunggang Rakyat Kalau Terdesak Nak Ambil Negeri Ini

Ketua Pemuda Umno Pahang Bidas Tuan Ibrahim Jangan Tunggang Rakyat Kalau Terdesak Nak Ambil Negeri Ini

papar berkaitan - pada 20/7/2025 - jumlah : 313 hits
KUANTAN Rakyat Pahang bukannya bodoh mudah digula gulakan Demikian tegas Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Negeri Pahang Mohd Kamil Ibrahim membidas kenyataan Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man kononnya rakyat di negeri itu sudah bersedia memberi ...
Rafizi Tak Gentar Ketua Cabang Pkr Desak Gantung Keahlian 9 Mp

Rafizi Tak Gentar Ketua Cabang Pkr Desak Gantung Keahlian 9 Mp

papar berkaitan - pada 15/7/2025 - jumlah : 194 hits
Hariz MohdBekas timbalan presiden PKR Rafizi Ramli berkata menjadi hak ketua ketua cabang PKR untuk mendesak parti itu menggantung keahliannya dan lapan ahli parlimen PKR lain susulan gesaan mereka untuk menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Dira...
Zahid Tempelak Naratif Umdap Pertegas Arah Umno Dalam Pru 16

Zahid Tempelak Naratif Umdap Pertegas Arah Umno Dalam Pru 16

papar berkaitan - pada 13/7/2025 - jumlah : 214 hits
HarapandailyJuly 13 2025Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menempelak naratif UMDAP ciptaan pembangkang yang cuba mewujudkan persepsi negatif terhadap Kerajaan Perpaduan Ahmad Zahid yang juga Pengerusi Barisan Nasional berkata kerj...
Pkr Mp Warns Selangor Of Umno Era Mistake In Parking Privatisation

Pkr Mp Warns Selangor Of Umno Era Mistake In Parking Privatisation

papar berkaitan - pada 18/7/2025 - jumlah : 232 hits
Petaling Jaya MP Lee Chean Chung urged the Selangor government to reconsider privatising street parking operations warning that it risks repeating the failures of past administrations The PKR lawmaker pointed to a similar concession which e...
Macc Arrests Former Agency Staff Suspected Of Misusing Zakat Funds Meant For 28 Recipients

Umno Pkr Leaders Mock New Ipr Coalition As Symbol Of Pn S Disunity

Quit Cabinet Post If Agc Files Appeal On Sabah Revenue Ruling Ewon Told

Dap Faces Uphill Battle To Hold Sabah S Chinese Vote Amid Growing Sabah For Sabahan Sentiment

Happy Deepavali 2025

Peace No Excuse To Neglect Nation S Defence Says Pm

I Ve Already Told Cabinet Members Not To Appeal Says Ewon

Majlis Khatam Hafazan Perdana


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Cara Untuk Jadi Lebih Matang

Safety Wins The Behind The Scenes Standards Keeping Moab Tours Secure

Sarawak Jalin Kerjasama Dengan Korea Selatan Bangun Cip Ai Dan Semikonduktor

Ahmad Jais Untuk Bungamu Lirik

Terima Syarat Putin Atau Rusia Akan Musnahkan Ukraine Kata Dua Trump Kepada Zelenskyy

Dr Reshma Nair Prakash Mrs Universe 2025 3rd Runner Up Dari Malaysia Simbol Kekuatan Dan Kecantikan Wanita Asia