Suan Pakkad Palace Museum Bangkok


[Catatan Trip ke Bangkok - Hari Kelima | Ahad, 2 Julai 2023]
Pagi hari terakhir di kota Bangkok, saya dan Encik Suami sempat membuat lawatan ke sebuah muzium yang terletak tak begitu jauh dari hotel penginapan kami. Jaraknya sekitar 800 meter, boleh naik tuk tuk yang sentiasa menunggu pelanggan di bahu jalan besar atau berjalan kaki saja. Kami memilih untuk berjalan kaki, ia cara terbaik untuk kita melihat-lihat tempat asing secara lebih dekat. 
Berpandukan aplikasi Google Maps, kami menyusuri laluan pejalan kaki untuk ke muzium. Tak sesat dan laluannya mudah tak perlu melintasi jalan besar. Cuma kena tahan panas matahari 😅

SUAN PAKKAD PALACE MUSEUMThe Suan Pakkad Palace Museum was the former palace of Prince Chumbhot Paribatra (a grandson of King Chulalongkorn (Rama V)) and his wife Mom Rajawongse Pantip Paribatra. The palace was converted to a museum in 1952 under the management of the Chumbhot-Pantip Foundation.The original museum consisted of eight tradisional Thai houses dismantled and rebuilt in the present locations. The houses linked by corridors and give the impression of a single structure.
The centerpiece of this palace museum is the newest addition built in 1996 to display the ancient Ban Chiang collections.
‘Suan Pakkad’ means a cabbage garden, as the area was popular for cabbage farming.
- sumber info :  tour-bangkok-legacies.com & pamphlet muzium.

10.20 pagi | Tiba di Suan Pakkad Palace Museum.Sebaik saja kami memasuki perkarangan kawasan muzium, pengawal keselamatan terus membawa kami menuju ke bangunan ini (foto di atas). Saya sangkakan inilah bangunan muzium yang bakal kami lawati. Rupanya ia cuma bangunan pentadbiran

Seorang staf perempuan menyambut kami dengan mesra dan bertanya kami datang dari mana. Setelah membuat bayaran tiket masuk, kami diberi pamphlet dan kipas tangan seorang satu. Beg galas yang kami bawa pula perlu disimpan dalam locker yang disediakan. Locker tersebut berkunci dan kita pegang sendiri kuncinya. Cuma beg bersaiz kecil saja yang dibenarkan bawa bersama

Kedudukan 8 buah rumah tradisional Thai di Suan Pakkad Palace Museum. Klik foto untuk paparan lebih jelas.Dengan merujuk pamphlet, kami diberi penerangan ringkas berkenaan kompleks muzium yang terdiri daripada 8 buah rumah tradisional Thai yang akan dilawati. Beliau maklumkan juga bahawa tiada sebarang foto boleh dirakam di dalam rumah-rumah tersebut

Hanya foto-foto berikut yang dirakam di bahagian luar bangunan saja dibenarkan. Cukuplah sebagai satu memori untuk saya kenang pada masa akan datang

Ada laluan penghubung antara rumah-rumah di tingkat atas. Kena buka kasut bila lalu atas ni. Kasut masukkan dalam beg plastik yang disediakan, lepas tu kita peganglah beg plastik tu ke sana ke sini. Bila turun ke tingkat bawah, baru pakai balik kasut. Tempat permulaan naik dan turun berbeza, itu yang kena bawa kasut bersama kita

Bayangkanlah…tangan kanan saya pegang kipas tangan dan tangan kiri pegang beg plastik kasut 😄. Kipas tangan tu bukan saja-saja beri sebagai cenderahati tau, tapi memang sangat berguna untuk kita berkipas semasa melawat rumah-rumah di sini. Kalau tak silap ingatan saya, cuma ada satu atau dua ruangan tertentu saja yang ada pendingin hawa

Eh, ada burung comel dalam sarang! Rendah si burung ni buat sarang, saya perlu rendahkan badan bagi mendapatkan foto di atas. 
Bunga teratai berkembang cantik. Pergi melawat muzium, tapi mata saya tetap mudah terpesona dengan keindahan flora dan fauna

Tengah merakam foto alam, seorang staf datang menghampiri kami. Beliau mengajak kami ke bahagian seterusnya yang menempatkan Royal Barge dan The Lacquer Pavillion. 
Staf menunggu di luar, kami naik masuk sekejap dalam ni

Kami habiskan masa sekitar 1 jam saja di sini, tak boleh berlama sebab nak daftar keluar dari hotel pada pukul 12 tengah hari. Perlukan lebih masa kalau betul-betul nak membelek segala bahan pameran - alat muzik, barang kemas, senjata, artifak dan lain-lain

Saya suka meneliti seni bina rumah-rumah yang ada di sini - bentuk pintu/tingkap dan ukiran-ukiran yang mengagumkan. Tapi kadang-kala rasa seram dan kurang selesa sikit bila masuk ruangan yang terdapat banyak patung-patung Buddha

Staf-staf di sini ramah dan rajin memberi penerangan tanpa perlu kami tanya. Walaupun mereka bukan sentiasa ada di setiap rumah yang kami lawati, tapi mana yang kami jumpa tu memang nampak bersungguh bercerita. Lawatan singkat yang menarik


—————————————————————-
SUAN PAKKAD PALACE MUSEUM,352 - 354, Sri Ayudhaya Road,Ratchathewi, Bangkok,Thailand

Waktu operasi :Setiap hari | 9 pagi - 4 petang
Harga tiket :Pelancong asing | 100 BahtWarga Thai | 50 Baht








Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://ujieothman.blogspot.com/2023/08/suan-pakkad-palace-museum-bangkok.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Asma Kitchen Som Tum Yum Sap Ratchathewi Bangkok

Asma Kitchen Som Tum Yum Sap Ratchathewi Bangkok

papar berkaitan - pada 20/7/2023 - jumlah : 226 hits
Kedai makan Asma Kitchen terletak di hadapan bangunan hotel penginapan kami iaitu Noursabah Boutique Bed Bangkok Hanya dipisahkan dengan sebatang jalan kecil Sepanjang berada di Bangkok sudah tiga kali kami makan di sini Seawal hari pertama...
Rotinis Halal Breakfast Ratchathewi Bangkok

Rotinis Halal Breakfast Ratchathewi Bangkok

papar berkaitan - pada 27/7/2023 - jumlah : 385 hits
Sebelum ke kami bersarapan di Rotinis Halal Breakfast Iaitu tempat di mana kami menikmati hidangan jamuan pada pagi hari raya Aidiladha Tetapi saya tak pasti sama ada Bang Li merupakan pemilik tempat ini atau tidak Sewaktu kami bersarapan d...
Video Of Sultan Nazrin Endorsing Pas Manipulated Says Perak Palace

Video Of Sultan Nazrin Endorsing Pas Manipulated Says Perak Palace

papar berkaitan - pada 1/8/2023 - jumlah : 218 hits
The Perak palace has denounced a video clip that suggested that Sultan Nazrin Shah was endorsing PAS In a statement palace spokesman Zahidi Zainuddin said the video which included an excerpt from a 2013 speech by the then regent of Perak wa...
Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Major Projects Will Make Sarawak An Asian Economic Force Says Premier

Police Arrest Two Over Fight Between Football Fans At Lrt Station

Kural Vista A Luxurious Waterfront Villa By Saota On Palm Jumeirah Dubai

Kawal Alergik Bila Alahan

Indah Delvia Tacilak Di Nan Rami Chord

Merry Christmas 2024


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


How To Plan A Stress Free Family Vacation

Wan Rosdy Insentif Kecemerlangan Pendidikan Kerajaan Pahang Sedia Peruntukkan Sebanyak Rm1 Juta

Keropok Ikan Tamban Trengganu Nipis Dan Sedap

Tapau Mfc Fried Chicken

Yuzu Cha

Usah Terikut Ikut Provokasi Pihak Tertentu Pertikai Pelantikan Tun Musa