Suamiku Milik Wanita Lain



Berpuluh kali membaca artikel ini, tidak bosan.

Pagi2 lagi, Sarah mengetuk pintu rumah ibunya. Dia menggendong anaknya dan bawa tas besar.

Dari matanya yang bengkak dan merah, ibunya sudah tahu yang Sarah bertengkar lagi dengan lakinya.

Meskipun hairan, kerana biasanya Sarah hanya setakat telefon sambil menangis jika bergaduh dengan lakinya.

Ayah Sarah yang kehairanan, tanya masalahnya.

Sarah ceritakan dari mula pertengkarannya dengan lakinya mlm tadi.

Sarah kecewa kerana lakinya telah membohongi Sarah selama ini.

Sarah terjumpa buku bank lakinya terjatuh di dalam kereta.

Sarah baru tahu yang lakinya selalu mengeluarkan sejumlah wang setiap bulan pada tarikh yg sama.

Sarah juga perasan, wang yang dia terima jumlah yang sama.

Bererti sudah 1 tahun lebih, lakinya membahagi wangnya, setengah untuk dia, setengah untuk yang lain.

Jangan2 ada wanita lain??

Ayah Sarah hanya menghela nafas, wajah bijaksananya tidak menampakkan rasa panik atau pun marah.

"Sarah. Yang pertama, langkahmu datang ke rumah ayah sudah melawan Firman Allah kerana meninggalkan rumah tanpa izin suamimu".

Kalimat ayah membuat Sarah
kebingungan.
Sarah menyangka dis akan dapat sokongan dari ayahnya.

"Yang kedua, mengenai wang suamimu, kamu tidak berhak tahu. Hakmu hanyalah wang yang diberikan suamimu. Itu pun untuk keperluan rumah. Jika kamu membelanjakan wang itu tanpa izin suamimu, meskipun itu untuk sedekah, itu tak boleh".

Ayahnya meneruskan.

"Sarah, suamimu menelefon ayah dan mengatakan bahawa sebenarnya wang itu memang diberikan setiap bulan untuk seorang wanita.

Suamimu tidak menceritakannya padamu, kerana kamu tidak suka wanita itu sejak lama.

Kamu sudah mengenalinya dan kamu rasa setelah berkahwin dengan suamimu, hanya kamulah wanita yang memilikinya".

"Suamimu meminta maaf kepada ayah kerana dia hanya berusaha menghindari pertengkaran denganmu.

Ayah faham kerana ayah pun sudah mengenal watakmu".

Mata ayah mulai berkaca-kaca.

"Sarah, kamu kena tahu, setelah kamu kahwin, yang wajib kamu taati adalah suamimu. Jika suamimu redha padamu, Allah pun redha.

Sedangkan suamimu, dia wajib taat kepada ibunya.

Begitulah Allah mengatur lelaki untuk taat kepada ibunya.

Jangan sampai kamu menjadi penghalang bakti suamimu kepada ibunya".

"Suamimu dan harta suamimu adalah milik ibunya".



Ayah berkata dengan linangan air mata. Seorang ibu melahirkan anaknya dengan susah payah dan kesakitan.

• Kemudian dia membesarkannya hingga dewasa hingga anaknya berkahwin, dia melepasnya begitu saja.

• Kemudian anak  itu akan sibuk dengan kehidupan barunya.

• Bekerja untuk keluarga barunya.

• Mengerah tenaga  untuk isteri dan anak2nya.

• Anak hanya guna sedikit waktu untuk sesekali berjumpa dengan ibunya sebulan sekali, atau hanya setahun sekali dimusim perayaan.

"Kamu yang sejak awal berkahwin tidak suka dengan ibu mertuamu.
Mengapa?

Kerana rumahnya kecil dan sempit? Sehingga kamu mengadu kepada
suamimu bahawa kamu tidak betah tidur disini.

Anak-anakmu pun tidak akan betah disana.

Sarah, mendengar ini ayah sakit sekali.

Jika kamu merasa tidak sedap tidur di sana, bagaimana dengan ibu mertuamu yang dibiarkan saja untuk tinggal di sini?"

Wang itu diberikan untuk ibunya. Suamimu ingin ibunya berhenti menjaja makanan kerana sudah semakin uzur.

Dari wang itu ibu suamimu hanya guna secukupnya saja, selebihnya  dibahagikan kepada anak2 yatim dan orang2 yg tidak berkemampuan untuk saham akhirat.

Sarah membungkam dalam hati, dia sering merungut wang pemberian suaminya tidak mencukupi.

Sarah banyak membeli pakaian untuk ditukar-tukar semasa menghantar dan mengambil anak2 disekolah. Dia tidak mahu org tengok berpakaian sama setiap hari.

Sarah juga menjaga penampilannya dengan merawat wajah dan tubuhnya mengunjungi spa.

Berkumpul dan beramah mesra dengan rakan2nya di restoran atau cafe, kemudian berjalan-jalan di pasaraya, kalau tak membeli pun hanya 'window shooping'.

Dalam hidupnya hanya nak bergaya dan popular, langsung tak ingat saham akhirat.

Sarah menyesali sikapnya yang tidak mahu berbaik-baik dengan ibu mertuanya yang hanya menjual goreng pisang yg telah berjaya;

• Menjadikan suaminya seorang sarjana.

• Mendapat kerja yang di impikan ramai orang.

• Berjaya berdikari, hingga Sarah boleh menduduki rumah yang besar dan selesa dgn kereta Merz yg agak mewah.

"Ayaaah, maafkan Sarah", tangis sarah meletus.

Ibunya yang sejak tadi membisu memeluk Sarah.

"Sarah, kembalilah kepada suamimu, dia orang baik, bantulah suamimu berbakti kepada ibubapanya dan kami. Bantu suamimu mencapai syurga dan dengan sendirinya, ketaatanmu kepada suamimu boleh ke syurga.

Ibunya membisikkan kalimat itu ke telinga Sarah.

Sarah hanya menjawabnya dengan anggukan, dia menahan tangisnya.
Bathinnya sakit, menyesali sikapnya.

Dia pun pulang mendapatkan suaminya dan sambil menangis memohon maaf atas buruk sangka selama ini.

Dia ajak suaminya segera pergi menemui ibu mertuanya untuk memohon maaf atas ketelanjurannya selama ini.

Suaminya meneteskan air mata menatap isterinya yg selama ini agak sombong dan sering muncung bila diajak pulang ke rumah mertuanya.

Suaminya mendapati isterinya telah membeli banyak barang keperluan dapur, sedangkan mereka baru saja berbelanja.

Antara yg dibeli seperti susu, telur, biskut, sardin, beras Serindit dan berbagai lagi termasuk 5 botol minyak masak yg 5 liter setiap 1.  Isterinya beritahu semua itu untuk dibawa kerumah mertuanya, ibu kandung lakinya.

Air mata suami bercucuran bukan kerana barang2 keperluan dapur, tapi kerana perubahan isterinya yg senang dan nampak ikhlas hendak menemui ibu mertuanya yg selama ini dipandang hina.

Seterusnya Sarah berjanji dalam hatinya, untuk menjadi isteri yang taat pada suami.

Sesekali, Sarah bukan mengajak suaminya ke pasaraya tapi mengunjungi mertuanya dan ibubapanya dgn membawa apa2 buah tangan.

Kadang2 tu makanan dan buah2an yg mahal yg tiada di kampung, yg jarang sekali mertua dan ibubapanya merasai spt prunes, anggur, kfc, pizza, mentega dan seumpamanya. Selama ini mereka nikmati itu semua tanpa igt orang tuanya yg hanya makan roti kering dan makan nasi dgn ikan kering dan pucuk ubi cicah budu, sambal belacan, cincalok dan tempoyak

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://rancakdc2.blogspot.com/2019/06/suamiku-milik-wanita-lain.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kecewa Suami Beli Rumah Untuk Wanita Lain Wanita Nekad Gantung Diri

Kecewa Suami Beli Rumah Untuk Wanita Lain Wanita Nekad Gantung Diri

papar berkaitan - pada 14/6/2019 - jumlah : 488 hits
Wanita gantung diri anaknya sebab suami belikan rumah sebelah untuk perempuan simpanan Seorang wanita di Thailand yang tertekan dengan tindakan suaminya membeli rumah sebelah untuk didiami oleh perempuan simpanannya membunuh diri bersama de...
Kejutan Hari Jadi Terbantut Lihat Teman Wanita Peluk Lelaki Lain

Kejutan Hari Jadi Terbantut Lihat Teman Wanita Peluk Lelaki Lain

papar berkaitan - pada 14/6/2019 - jumlah : 728 hits
Seorang lelaki yang teruja untuk membuat kejutan hari jadi teman wanitanya mengalami kemurungan selepas melihat teman wanitanya bersama dengan lelaki lain Menerusi laman Twitter Ken Wong berkongsi gambar dirinya memegang sejambak bunga dan ...
Di Balik Bau Durian Tersimpan Sejumlah Manfaat Untuk Tingkatkan Kesuburan Wanita

Di Balik Bau Durian Tersimpan Sejumlah Manfaat Untuk Tingkatkan Kesuburan Wanita

papar berkaitan - pada 13/6/2019 - jumlah : 363 hits
Durian selama ini dikenal sebagai raja dari buah buahan dan tanpa disadari memiliki banyak manfaat kesehatan Di balik baunya yang menyengat buah durian ternyata juga memiliki manfaat bagi kesuburan wanita
Elak Bersalam Dengan David Beckham Wanita Ini Dipuji

Elak Bersalam Dengan David Beckham Wanita Ini Dipuji

papar berkaitan - pada 13/6/2019 - jumlah : 308 hits
Siapa tidak kenal dengan David Beckham bekas pemain Real Madrid dan Mancherster United ini Dapat berjumpa dengannya mungkin peluang sekali seumur hidup yang tidak mungkin akan dilepaskan oleh peminatnya Biarpun sudah berusia 42 tahun penamp...
Al Quran Tagging A5 Ekslusif Wanita Dengan 198 Tag

Al Quran Tagging A5 Ekslusif Wanita Dengan 198 Tag

papar berkaitan - pada 13/6/2019 - jumlah : 591 hits
Nak cari Al Quran Tagging yang lebih besar senang dibaca Kami rekomen Al quran tag bersaiz A5 tetapi masih mudah dibawa ke mana sahaja masuk dalam handbag insha Allah MUAT Alquran tag EKSKLUSIF Eksklusif untuk WANITA Hadiah untuk wanita wan...
Tentang Seorang Wanita

Tentang Seorang Wanita

papar berkaitan - pada 13/6/2019 - jumlah : 257 hits
Tak pernah ada yang bisa mengerti ketika air matanya jatuh berlinangan Sedihkah ia sakitkah ia marahkah ia atau bahagiakah ia Tak pernah ada yang bisa mengerti ketika ia tersenyum simpul Tak pernah ada yang bisa mengendalikan hatinya secara...
Seorang Wanita Berkongsi Penyesalan Melihat Bekas Suami 2 Tahun Selepas Perceraian Mereka

Seorang Wanita Berkongsi Penyesalan Melihat Bekas Suami 2 Tahun Selepas Perceraian Mereka

papar berkaitan - pada 13/6/2019 - jumlah : 574 hits
Sesuatu yang kita perlu tahu dan sedari mengenai kehidupan bahawa setiap individu berhak dan bebas untuk membuat keputusan Akan tetapi sudah tentu terdapat kesan dan akibat yang akan menyusul bersama tindakan itu Sama ada kita berasa amat l...
Wanita Ditahan Kerana Cengkam Picit Telur Kekasih Sampai Berdarah

Wanita Ditahan Kerana Cengkam Picit Telur Kekasih Sampai Berdarah

papar berkaitan - pada 13/6/2019 - jumlah : 358 hits
Wanita ditahan kerana cengkam picit telur kekasih sampai berdarahSeorang wanita di Florida Amerika Syarikat ditahan kerana didakwa menyerang teman lelakinya sehingga mengalami pendarahan Selasa lalu Kejadian itu berlaku selepas pasangan ter...
Rasa Masakan Korea Soondubu Jigae Beef Di Dubuyo

China S President To Host Official Dinner For Anwar

Drama One Cent Thief 2 Lakonan Syafiq Kyle Azira Shafinaz

I Bought A Toy Like Vape Online Mp Tells Dewan Chamber

Tip Mudah Santan Berketul Jadi Elok Semula Letak Sehelai Daun Ini Saja

Unlocking Savings Expert Tips For Finding Discounted Cigarettes In Australia

Kips Bay Decorator Show House Dallas 2024 An Exquisite Showcase Of Design

India Secebis Kenangan Di India Random Photos


echo '';
Biodata Terkini Penyanyi Illa Sabry Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Senyawa iQIYI Malaysia

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Project Projek Exit Astro Originals

Pelajari Asal Usul Nama Makhluk Seram Kisah Fiksyen Barat Yang Terkenal

10 Fakta Filem Kahar Kapla High Council Yang Ramai Tak Tahu Prekuel Drama Project Projek High Council


Kisah Care Giver

Building Dreams One Brick At A Time Legoland Malaysia Resort Welcomes Malaysia S First Master Model Builder

Pilih Minyak Wangi Ikut Personaliti Korang

Kalendar Kuda 2025 Malaysia

Makan Yong Tau Foo Taiping

Layanan Samsat Batam Centre Kemudahan Dan Kecepatan Dalam Pelayanan Pajak Kendaraan