Suami Tembak Isteri Berdepan Hukuman Gantung


 


KOTA TINGGI: Pemandu jengkaut didakwa di Mahkamah Majistret, di sini hari ini atas pertuduhan membunuh isterinya di Taman Sri Saujana, pada awal bulan ini.
Tertuduh, Mohd. Hanafi Patahur Rahim, 43, hanya menyatakan faham selepas pertuduhan dibacakan jurubahasa di hadapan Majistret Rashidah Baharom.
Bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan bagi kes dibawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan itu yang membawa hukuman gantung sampai mati, jika sabit kesalahan.

Mengikut pertuduhan, Mohd. Hanafi didakwa membunuh isterinya yang berusia 38 tahun di sebuah rumah di Taman Sri Saujana, di sini, pada pukul 3.30 pagi, 1 Mac lalu.
Pendakwaan dikendalikan Pengarah Pendakwaan Negeri Johor, Tengku Amir Zaki Tengku Abd. Rahman dan Timbalan Pendakwa Raya, Muhammad Syafiq Mohd. Ghazali, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.
Mahkamah menetapkan 18 April ini sebagai tarikh sebutan semula bagi menunggu laporan kimia, forensik dan bedah siasat.

Dalam prosiding berasingan di Mahkamah Sesyen, Mohd. Hanafi dikenakan hukuman penjara selama 20 tahun selepas mengaku salah atas empat pertuduhan memiliki dua laras senapang serta 64 butir peluru pelbagai jenama tanpa permit.
Hakim Zahilah Mohammad Yusof bagaimanapun mengarahkan hukuman ke atas tertuduh dijalankan secara serentak bermula tarikh ditangkap pada 1 Mac lalu.
Hukuman penjara keseluruhan adalah selama enam tahun.
Mengikut pertuduhan pertama hingga keempat, lelaki itu didakwa memiliki selaras senapang tanpa jenama dan selaras senapang jenis Canon Super Model 737 CAL 177 serta 64 butir peluru pelbagai jenis dan jenama.

Dia dituduh melakukan perbuatan itu di dua buah rumah iaitu di Ladang Pasir Panjang dan Taman Sri Saujana, Kota Tinggi pada 11.30 pagi hingga 9 malam, 1 Mac lalu.
Mohd. Hanafi dituduh mengikut Seksyen 4 Akta Senjata Api 1960 (206) yang memperuntukan hukuman penjara sehingga tujuh tahun atau denda tidak melebihi RM10,000 atau kedua-dua sekali, jika sabit kesalahan.
Sementara itu, jiran lelaki yang juga rakan suspek berusia 32 tahun yang turut ditahan reman sebelum ini dibebaskan dengan bon mahkamah. 
Sumber: UTUSAN ONLINE

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.anaksungaiderhaka.com/2021/03/suami-tembak-isteri-berdepan-hukuman.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Binik Pentingkan Diri Sendiri Suami Tembak Isteri Sampai Mati Sumbat Mayatnya Dalam Tong Air Tanam Di Ladang Serai

Binik Pentingkan Diri Sendiri Suami Tembak Isteri Sampai Mati Sumbat Mayatnya Dalam Tong Air Tanam Di Ladang Serai

papar berkaitan - pada 7/3/2021 - jumlah : 1159 hits
Binik pentingkan diri sendiri Suami tembak isteri sampai mati sumbat mayatnya dalam tong air tanam di ladang seraiMayat seorang wanita ditemui dalam sebuah tong air yang ditanam di sebuah ladang serai di Bandar Penawar Johor sekali gus meru...
Suami Tembak Isteri Sedang Tidur Guna Senapang Angin Sumbat Dalam Tong

Suami Tembak Isteri Sedang Tidur Guna Senapang Angin Sumbat Dalam Tong

papar berkaitan - pada 6/3/2021 - jumlah : 428 hits
Johor Bahru Misteri kehilangan seorang isteri yang didakwa melarikan diri dari rumah akhirnya terjawab apabila mayatnya ditemui secara tragis dalam sebuah tong air yang tertanam di sebuah ladang serai di Bandar Penawar pagi semalam Lebih me...
Gara Gara Cemburu Suami Tembak Mati Isteri Ketika Tidur

Gara Gara Cemburu Suami Tembak Mati Isteri Ketika Tidur

papar berkaitan - pada 5/3/2021 - jumlah : 514 hits
Ketua Polis Johor Ayob Khan Mydin Pitchay berkata mangsa berumur 38 tahun manakala suaminya berusia 43 tahun Turut ditahan rakan suspek berusia 32 tahun JOHOR BAHRU Gara gara cemburu dan menghadapi tuntutan fasakh seorang suami didakwa mene...
Hiburan Selit Kes Suami Tembak Isteri Netizen Selar Tajuk Video Masakan Kurang Sensitif Maria Tunku Sabri

Hiburan Selit Kes Suami Tembak Isteri Netizen Selar Tajuk Video Masakan Kurang Sensitif Maria Tunku Sabri

papar berkaitan - pada 8/3/2021 - jumlah : 577 hits
Umum mengetahui bahawa Maria Tunku Sabri sangat sinonim dengan dunia masakan Menjadi sebutan ramai apabila menjadi pengacara rancangan Jalan Jalan Cari Makan suatu ketika dahulu namun selebriti itu kini terus rajin memuat naik pelbagai vide...
Cemburu Punya Pasal Suami Guna Senapang Angin Tembak Mati Isteri

Cemburu Punya Pasal Suami Guna Senapang Angin Tembak Mati Isteri

papar berkaitan - pada 5/3/2021 - jumlah : 515 hits
460 total views 460 views today Gara gara perasaan cemburu seorang suami didakwa membunuh isterinya menggunakan senapang angin dengan jarak dekat dalam satu kejadian di Kota Tinggi Johor Bharu Isnin lalu Memetik laporan Kosmo suspek yang be...
Tertuduh Bunuh Sumbat Isteri Dalam Tong Air Rayu Dikenakan Hukuman Ringan Sebab Perlu Tanggung 4 Anak Bayar Loan Bank

Tertuduh Bunuh Sumbat Isteri Dalam Tong Air Rayu Dikenakan Hukuman Ringan Sebab Perlu Tanggung 4 Anak Bayar Loan Bank

papar berkaitan - pada 17/3/2021 - jumlah : 882 hits
Tertuduh bunuh sumbat isteri dalam tong air rayu dikenakan hukuman ringan sebab perlu tanggung 4 anak bayar loan bankLelaki yang didakwa membunuh dan menyumbat mayat isterinya di dalam tong air biru pada 1 Mac 2021 didakwa di Mahkamah Majis...
Cuai Memandu Punca Suami Isteri Maut

Cuai Memandu Punca Suami Isteri Maut

papar berkaitan - pada 8/3/2021 - jumlah : 306 hits
Oleh NURAINA HANIS ABD HALIM PETALING JAYA Kecuaian ketika memandu dipercayai punca kemalangan di Jalan Saujana Impian berhampiran sebuah pasar raya di sini hari ini sehingga suami isteri maut dan dua anak mereka cedera Ketua Polis Daerah K...
Kementerian Cadang Kursus Kahwin Untuk Suami Isteri

Kementerian Cadang Kursus Kahwin Untuk Suami Isteri

papar berkaitan - pada 7/3/2021 - jumlah : 465 hits
Kementerian Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat bercadang mewujudkan kursus pasca perkahwinan kepada pasangan suami isteri bagi mengukuhkan sesebuah institusi kekeluargaan Menterinya Datuk Seri Rina Mohd Harun berkata kementerian jug...
Hiburan Ini Baru Dikatakan Air Tangan Isteri Peminat Terhibur Shiera Ijoy Gaul Lauk Suami Pakai Tangan

Hiburan Ini Baru Dikatakan Air Tangan Isteri Peminat Terhibur Shiera Ijoy Gaul Lauk Suami Pakai Tangan

papar berkaitan - pada 4/3/2021 - jumlah : 398 hits
Selebriti dan juga penyampai radio Suria FM Sharifah Shahirah sekali lagi mencuri perhatian peminat apabila dia dengan selamba menunjukkan cara menghidangkan makanan kepada suaminya hanya menggunakan jari Sumber Instagram Shiera Ijoy Sharif...
Betul Ke Flash Express Malaysia Tutup Operasi 2026

Tahniah Malaysia Menggapai Kecemerlangan Bersama

Cara Daftar Saudi Visa Bio Untuk Bakal Haji

Usman Awang Peranan Sasterawan Sebagai Patriot

Keadaan Mangsa Banjir Di Aceh Kritikal Bantuan Masih Diperlukan Utusan Melayu Plus 18 12 2025

Sabtu Kimchi Homemade Type M

Sistem Semakan Keputusan Pentaksiran Cara Semak Pelaporan Pbd

Delicious Recipe Corned Beef Hash Casserole


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


Pokok Cili Pelangi

The No Fluff Guide To Local Seo In Parker What Moves Rankings And What Wastes Money

Tragedi Serpentina Kisah Karl Patterson Schmidt Dan Satu Gigitan Fatal

Lebihan Dagangan Malaysia Merosot Drastik 58 8 Pada November 2025 Implikasi Ekonomi Dan Tindak Balas

Budi95 Jimat Rm800 Juta Sebulan Ke Mana Perginya Pm Anwar

Villa H Ark Architecture Tunisia