Suami Lafaz Cerai Kerana Mengajar Talak



SOALAN:
Suatu hari saya dan suami sedang bercerita berkenaan talak yang sah dan tidak sah. Suami saya mengajarkan saya bagaimanakah ayat yang membuatkan talak itu boleh jatuh lalu terlafazkan dengan nama saya. Ayat suami “contoh ayat jatuh talak, saya ceraikan kamu ‘nama saya’ dengan talak 3. Begini barulah jatuh talak.” Soalan saya ustaz, adakah jatuh talak sekiranya suami bertujuan untuk mengajar isteri semata-mata dan bukanlah berniat untuk menceraikan?

JAWAPAN:
Kami mulakan kalam ini dengan sabda Nabi Muhammad SAW:

«إِنَّمَا الأَعْمَالُ بِالنِّيَّاتِ، وَإِنَّمَا لِكُلِّ امْرِئٍ مَا نَوَى، فَمَنْ كَانَتْ هِجْرَتُهُ إِلَى دُنْيَا يُصِيبُهَا، أَوْ إِلَى امْرَأَةٍ يَنْكِحُهَا، فَهِجْرَتُهُ إِلَى مَا هَاجَرَ إِلَيْهِ»
“Bahawasanya segala amalan itu adalah dengan niat, dan setiap orang mendapat (pahala) berdasarkan apa yang dia niatkan. Sesiapa yang berhijrah kepada Allah dan Rasul-Nya, maka hijrahnya itu adalah bagi Allah dan Rasul-Nya. Sesiapa yang berhijrah kerana dunia yang dia ingin memperolehinya atau kerana seorang perempuan yang dia ingin menikahinya, maka hijrahnya itu adalah kepada apa yang dia niatkan.” [Riwayat al-Bukhari (1), Muslim (1907)]

Hadith ini menjelaskan bahawa setiap perbuatan mestilah disertai dengan niat. Ini kerana jika amal ibadat dilakukan tidak bersama-sama atau tidak disertai dengan niat, maka ia tidak sah. Hadith ini juga menjadi asas penting dalam banyak perkara dan juga hukum seperti ibadat, muamalat, munakahat khususnya dalam hal perceraian. Niat merupakan rukun ketiga daripada rukun-rukun talak dan ia bersangkut paut dengan lafaz sighah (ucapan) dan juga syarat-syarat orang yang melafazkan talak. [Lihat: al-Mu’tamad fi al-Fiqh al-Syafi’I; 4/163]

Maka, berbalik kepada persoalan di atas, berkenaan hukum seseorang mengucapkan lafaz cerai terhadap isterinya dengan niat untuk mengajar ataupun mendidik. Ulama’ Syafi’i meletakkan perbahasan ini dalam bab Sabq al-Lisan (terlepas cakap) di bawah rukun talak yang ketiga iaitu al-Qasd (Niat). Justeru, kami senaraikan beberapa pendapat para ulama’ berkenaan dengan isu ini.

Imam Zakariyya al-Ansori berkata:

(الرُّكْنُ الثَّالِثُ قَصْدُ الطَّلَاقِ فَيُشْتَرَطُ قَصْدُ اللَّفْظِ بِمَعْنَاهُ) أَيْ مَعَهُ لِيُزِيلَ مِلْكَ النِّكَاحِ... الْمُعْتَبَرَ قَصْدُ اللَّفْظِ وَالْمَعْنَى مَعًا وَاعْتُبِرَ قَصْدُ الْمَعْنَى لِيَخْرُجَ حِكَايَةُ طَلَاقِ الْغَيْرِ وَتَصْوِيرُ الْفَقِيهِ وَالنِّدَاءُ بِطَالِقٍ لِمُسَمَّاةٍ بِه
“Rukun ketiga iaitu niat talak, maka disyaratkan untuk berniat dan bermaksud dengannya, iaitu bersamanya akan luput atau hilang akad nikah itu… yang muktabar (diterima) ialah niat secara lafaz dan juga makna, ini juga bererti terkeluar darinya hikayat talak orang lain dan gambaran orang faqih (pengajaran) dan juga memanggilnya kerana namanya diberikan sedemikian.” [Lihat: Asna al-Matholib; 3/280]

Syeikh Dr Muhammad al-Zuhaili berkata:

وكذا إذا تلفظ الشخص بالطلاق حاكيًا كلام غيره، وكذلك الفقيه إذا تكرر لفظ الطلاق في درسه وتصويره، فهو لغو، لعدم القصد
“Begitu juga jika seseorang melafazkan talak sebagai cerita dari kata-kata orang lain, dan begitu juga jika seorang faqih mengulangi lafaz talak dalam pengajiannya atau menggambarkannya, maka ia adalah sia-sia (tidak sah) kerana tiada niat padanya.” [Lihat: al-Mu’tamad fi al-Fiqh al-Syafi’i; 4/164]

Syeikh al-Doktor Wahbah al-Zuhaili pula berkata bahawa talak tidak berlaku pada seorang faqih yang mengulanginya dan juga pada orang yang memberi hikayat (cerita) dari orang lain atau diri sendiri, kerana dia tidak berniat terhadapnya, namun berniat untuk pengajaran dan juga penceritaan. [Lihat: al-Fiqh al-Islami wa Adillatuhu; 7/368]

Penutup

Kesimpulannya, kami mengatakan bahawa hukum seorang suami mengucapkan lafaz talak terhadap isteri sebagai contoh dengan tujuan mengajar atau menyampaikan hikayat adalah tidak jatuh talak melainkan jika dia berniat sememangnya untuk menjatuhkan talak, maka jatuhlah talaknya. Namun, jika masih wujud keraguan atau timbul pertikaian, maka seeloknya ia dirujuk di Mahkamah Syariah. Seterusnya, kami menasihati orang ramai agar jika ingin mengajar berkenaan dengan lafaz talak, sebaiknya tidak digunakan nama isteri sebagai contoh. Dan juga kami menasihati agar tidak bergurau senda atau menganggap remeh hal talak ini kerana sabda Nabi Muhammad SAW:

ثَلاَثٌ جِدُّهُنَّ جِدٌّ وَهَزْلُهُنَّ جِدٌّ النِّكَاحُ وَالطَّلاَقُ وَالرَّجْعَةُ
“Tiga perkara yang seriusnya dianggap bersungguh-sungguh dan gurauannya dianggap bersungguh-sungguh, iaitu, nikah, cerai, rujuk semula (selepas talak).” [Riwayat Abu Daud (2194)]

Akhirnya, kami mendoakan agar Allah SWT merahmati kehidupan kita semua, dengan limpahan kurnia dan rahmatnya seterusnya memberkati segala amal perbuatan kita.

Wallahua’lam.

Oleh: Ustaz Dr. Zulkifli Mohamad Al Bakri | Mufti Wilayah Persekutuan
+ Baca Respon Pembaca di Facebook Oh! Media
Sumber: Oh! Media

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.terengganu11.com/2020/01/suami-lafaz-cerai-kerana-mengajar-talak.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Sebab Itu Rezeki Kita Tak Pernah Cukup Suami Curang Isteri Nekad Tuntut Cerai Orang Ketiga Pula Minta Settle Baik

Sebab Itu Rezeki Kita Tak Pernah Cukup Suami Curang Isteri Nekad Tuntut Cerai Orang Ketiga Pula Minta Settle Baik

papar berkaitan - pada 14/1/2020 - jumlah : 2568 hits
Apa sahaja kemahuannya si isteri telah cuba menunaikan Tetapi lelaki ini bagaikan tidak mengenang budi dan lebih rela mengkhianati isterinya sehingga menyebabkan rumah tangga mereka retak Bukan itu saja malah dia tergamak mengatakan isterin...
Wang Suami Milik Isteri Tetapi Wang Isteri Bukan Milik Suami

Wang Suami Milik Isteri Tetapi Wang Isteri Bukan Milik Suami

papar berkaitan - pada 15/1/2020 - jumlah : 376 hits
Di dalam rumahtangga seorang suami wajib memberikan nafkah untuk keluarganya Oleh itu perkara biasa bagi suami lebih ramai bekerja berbanding wanita Walau demikian mungkin ada wanita yang bekerja malah menjadi tulang belakang keluarga Ideal...
Ditolak Main Ronde Kedua Suami Cekik Istri Hingga Tewas

Ditolak Main Ronde Kedua Suami Cekik Istri Hingga Tewas

papar berkaitan - pada 15/1/2020 - jumlah : 279 hits
Polres Blora mengelar Rekonstruksi kasus pembunuhan Sulasmini yang dilakukan oleh suaminya sendiri Moh Januri di Desa Bedingin Kecamatan Todanan Kabupaten Blora Jawa Tengah Jumat Kegiatan rekontruksi dilakukan para Penyidik Polres Blora dip...
Perempuan Itu Buat Saya Rasa Muda Ceria Saya Nak Anak Perempuan Alasan Suami Nak Kahwin Lagi Tetapi

Perempuan Itu Buat Saya Rasa Muda Ceria Saya Nak Anak Perempuan Alasan Suami Nak Kahwin Lagi Tetapi

papar berkaitan - pada 15/1/2020 - jumlah : 378 hits
Saya sudah berkahwin lebih 20 tahun dan menghampiri 30 tahun usia perkahwinan Dari mula perkahwinan segala ujian itu sudah menjadi biasa ditelan dan dilalui dengan penuh kesabaran Hidup susah serba tidak cukup itu berjaya dilalui dengan ber...
Janda Babat Toman Dinikahi Bule Benih Cinta Tumbuh Di Facebook Bakal Ikut Suami

Janda Babat Toman Dinikahi Bule Benih Cinta Tumbuh Di Facebook Bakal Ikut Suami

papar berkaitan - pada 15/1/2020 - jumlah : 261 hits
Masyarakat Muba kembali dihebohkan dengan pernikahan perempuan asal Desa Bangun Sari Kecamatan Babat Toman Mardiati yang menikah dengan bule asal Motuba Kanada yakni Brooke Kent Pernikahan ini berawal cinta keduanya bersemi di media sosial ...
Gigih Sorong Kerusi Roda Berkilo Meter Ke Masjid Kasih Sayang Isteri Temani Suami Demi Tuntutan

Gigih Sorong Kerusi Roda Berkilo Meter Ke Masjid Kasih Sayang Isteri Temani Suami Demi Tuntutan

papar berkaitan - pada 15/1/2020 - jumlah : 451 hits
Setiap pasangan yang mendirikan rumah tangga pastinya mengimpikan kebahagiaan yang berpanjangan sehingga ke akhir hayat Dikurniakan pasangan yang sanggup mengharungi susah dan senang walau sudah di usia emas menjadi satu nikmat yang harus d...
Jangan Selalu Share Gambar Kat Public Gambar Suami Isteri Dengan Ayat Mantra Dipercayai Sihir Pemisah Diambil Dari Fb

Jangan Selalu Share Gambar Kat Public Gambar Suami Isteri Dengan Ayat Mantra Dipercayai Sihir Pemisah Diambil Dari Fb

papar berkaitan - pada 16/1/2020 - jumlah : 1087 hits
Orang selalu pesan jangan terlalu kerap tayang kebahagiaan kita di dalam maya sebab mungkin ada orang yang tak senang dengan diri kita ni Mungkin ia boleh memberikan kesan buruk dan membuatkan rumah tangga jadi porak peranda Rasa gerun juga...
Tak Nak Susahkan Isteri Berpantang Suami Bawa Bayi Check Demam Kuning Sendiri

Tak Nak Susahkan Isteri Berpantang Suami Bawa Bayi Check Demam Kuning Sendiri

papar berkaitan - pada 16/1/2020 - jumlah : 442 hits
Menghargai penat lelah serta kesakitan isteri melahirkan zuriat para suami yang bertanggung jawab akan melakukan apa sahaja untuk memudahkan proses berpantang suri hatinya Ketika bersalin nyawa si isteri dipertaruhkan maka selayaknya diberi...
Kita Terlalu Ikut Lumrah Adat Sampai Lupa Pada Hakikat Kerja Rumah Ialah Tugas Suami

Kita Terlalu Ikut Lumrah Adat Sampai Lupa Pada Hakikat Kerja Rumah Ialah Tugas Suami

papar berkaitan - pada 15/1/2020 - jumlah : 333 hits
Kita Terlalu Ikut Lumrah Adat Sampai Lupa Pada Hakikat Kerja Rumah Ialah Tugas Suami Dulu dulu masa sehari lepas nikah Tok Kadi kat sini mmg akan minta pasangan pengantin baru tu datang sendiri utk ambil sijil nikah Masa mula sampai Tok Kad...
Pengertian Ilmu Kalam Sejarah Sumber Manfaat

Hamzah Gets Taste Of Sabah S Woes Says Change In State Govt A Must

How To Stay Positive And Manage Anxiety During Exam Season

Kid Rock S Net Worth In 2025 A Look At The Insanely Expensive Things He Owns

The Spring Of Malaysia Uae Relations

Why Outdated Antivirus Software Is A Major Threat To Your Technology Systems

Penerbangan Dari Klia Ke Narita Airport

Technology Trends Why It S Time To Replace Your Outdated Antivirus Software


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Akad Yang Terlindung Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 8 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Biodata Liya Maisarah Dato Sri Ismail Yang Kahwin Bersuamikan Vokey Imran Rosli Gamer PUBG

Biodata Azqa Aziz Pelakon Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Astro Ria Gandingan Evertts Gomes Peserta Hero Dewi Remaja 2023


Manusia Antara Kehidupan Dan Kematian

Laporan Produksi Yufid Bulan Desember 2024

Malaysia Berpotensi Jadi Peneraju Ai Global Kata Pakar

7 Cara Mengatasi Rambut Rontok Berlebihan Yang Wajib Dicoba

The Boys Trio Korban Setia Chord

Resepi Kek Marjerin