Suami Isteri Terbabit Pelacur Didakwa



PASANGAN suami isteri didakwa di Mahkamah Syariah Kuala Terengganu, hari ini, kerana terbabit dalam kes bapa ayam dan melacurkan diri. - Foto NSTP/Imran Makhzan


KUALA TERENGGANU: Sepasang suami isteri berdepan hukuman penjara, sebatan dan denda selepas didakwa di Mahkamah Tinggi Syariah di sini, hari ini, atas tuduhan terbabit kegiatan pelacuran di negeri ini.Bagaimanapun, pasangan itu yang memiliki tiga anak berusia empat, tujuh dan 10 tahun mengaku tidak bersalah selepas tiga pertuduhan dibacakan berasingan di hadapan Hakim Syarie, Kamalruazmi Ismail.Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa atas pertuduhan muncikari atau menjadi orang tengah terhadap perlakuan sumbang antara isterinya dan lelaki lain di sebuah bilik hotel di bandar raya ini, jam 8.40 malam pada 24 Julai lalu.Bagi kesalahan itu, tertuduh berusia 33 tahun didakwa mengikut Seksyen 28 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Takzir) (Terengganu) 2001.Bagi pertuduhan kedua, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 27 enakmen sama kerana melacurkan isterinya atau membiarkan wanita berusia 32 tahun itu melacurkan diri di lokasi, waktu dan hari sama.Isteri tertuduh yang memakai baju kurung hijau dan berpurdah ketika hadir di mahkamah hari ini turut berdepan satu pertuduhan iaitu melakukan perbuatan sebagai persediaan melacurkan diri di lokasi, waktu dan hari sama.Bagi kesalahan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 25 enakmen sama kerana melakukan perbuatan sebagai persediaan untuk melacurkan diri.Bagi ketiga-tiga kesalahan itu, kedua-dua tertuduh berdepan hukuman denda RM5,000 atau penjara tidak lebih tiga tahun atau tidak lebih enam sebatan atau mana-mana kombinasi hukuman itu, jika sabit kesalahan.Sebaik pengakuan tidak bersalah pasangan itu direkodkan, Kamalruazmi menetapkan 19 Januari tahun depan sebagai tarikh sebutan semula kes.Mahkamah turut membenarkan tertuduh lelaki diikat jamin RM2,000 bagi setiap pertuduhan dengan seorang penjamin, manakala tertuduh wanita dibenarkan ikat jamin RM1,500 dengan seorang penjamin, selain menetapkan syarat kedua-dua penjamin adalah individu berbeza.Pendakwaan dijalankan Pendakwa Syarie Jabatan Pendakwaan Syariah Negeri Terengganu, Mohd Khasmizan Abdullah, manakala tertuduh diwakili peguam syarie, Fazru Anuar Yusof.Terdahulu ketika prosiding kes, Kamalruazmi menegur tertuduh wanita menutup aurat kerana Allah dan tidak hanya menutup aurat termasuk memakai niqab hanya untuk menutup malu.“Saya tidak tahu kamu di luar bagaimana, tetapi jika kamu berniqab, lakukannya kerana Allah, jangan hanya untuk menutup malu ketika di mahkamah kerana ia akan menimbulkan persepsi buruk kepada masyarakat terhadap Islam,” katanya.Akhbar sebelum ini melaporkan, sepasang suami isteri terbabit dalam kegiatan pelacuran dicekup sepasukan pegawai dan anggota penguat kuasa Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT) jam 8.40 malam pada 24 Julai lalu di sebuah hotel di sini.Pasangan itu dipercayai mempromosikan ‘perniagaan’ mereka menerusi aplikasi WeChat untuk mencari pelanggan. (BH)

Hibur Hibur Sikit
4:20
WATCHEDTerkenang semasa Dulu - R Azmimiaceh9 years ago  384,856 viewsBarang dan peralatan yang biasa kita gunakan sekitar tahun 70an, menggamit kenangan saat terindah dalam hidup

2:51
WATCHEDPulang Merantau - Tunang Pa'Dukun.krjmsai11 years ago  442,536 viewsEra 60a


2:27Bumi Dipijak Milik Orang - Anak Kecil Main Api #NiaHagnaNia Hagna1 year ago  581 viewsLagu Warisan Orang Lama



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.ibnuhasyim.com/2019/11/suami-isteri-terbabit-pelacur-didakwa.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Suami Menangis Teresak Esak Didakwa Tikam Isteri Sarat Mengandung

Suami Menangis Teresak Esak Didakwa Tikam Isteri Sarat Mengandung

papar berkaitan - pada 16/11/2019 - jumlah : 460 hits
KUALA LUMPUR Seorang pembantu jurutera audio sebuah syarikat televisyen tempatan yang menikam isterinya yang sedang sarat mengandung dalam kejadian di sebuah rumah di Presint 9 Putrajaya minggu lalu didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur d...
Suami Dituduh Lacurkan Isteri Isteri Pula Didakwa Melacur Diri

Suami Dituduh Lacurkan Isteri Isteri Pula Didakwa Melacur Diri

papar berkaitan - pada 14/11/2019 - jumlah : 506 hits
KUALA TERENGGANU Seorang lelaki hari ini mengaku tidak bersalah di Mahkamah Tinggi Syariah di sini atas dua pertuduhan menjalankan kegiatan pelacuran membabitkan isterinya Bagi pertuduhan pertama lelaki berusia 33 tahun itu didakwa menjadi ...
Takut Suami Cari Lain Isteri Hidap Kanser Didakwa Tembak Suami

Takut Suami Cari Lain Isteri Hidap Kanser Didakwa Tembak Suami

papar berkaitan - pada 19/11/2019 - jumlah : 335 hits
Seorang wanita yang menghidap kanser hidung dan sinus disyaki menembak suaminya sebelum membunuh diri kerana tidak mahu suaminya bertemu dengan orang baharu selepas kematiannya Wanita 38 tahun itu didiagnos menghidap kanser hidung dan sinus...
Didakwa Cemburu Isteri Minat Hrithik Roshan Suami Tikam Isteri Sampai Mati Sebelum Gantung Diri

Didakwa Cemburu Isteri Minat Hrithik Roshan Suami Tikam Isteri Sampai Mati Sebelum Gantung Diri

papar berkaitan - pada 11/11/2019 - jumlah : 449 hits
Seorang lelaki bertindak diluar kawalan apabila didakwa menikam mati isterinya sebelum menggantung diri gara gara cemburukan bintang Bollywood Hrithik Roshan Isterinya dikatakan amat meminati lakonan dan tarian aktor tinggi lampai berkenaan...
Perut Suami Buncit Setelah Kahwin Tanda Isteri Pandai Masak

Perut Suami Buncit Setelah Kahwin Tanda Isteri Pandai Masak

papar berkaitan - pada 7/11/2019 - jumlah : 434 hits
Mengalami masalah perut buncit bagi lelaki yang telah berumahtangga ianya adalah satu perkara normal Ada yang beranggapan bahawa lelaki yang memiliki perut buncit setelah berkahwin bererti mereka memiliki isteri yang pandai memasak Ada betu...
Suami Tikam Isteri Sarat Mengandung Dengan Pisau Lipat Diperintah Jalani Pemeriksaan Di Hospital Bahagia

Suami Tikam Isteri Sarat Mengandung Dengan Pisau Lipat Diperintah Jalani Pemeriksaan Di Hospital Bahagia

papar berkaitan - pada 14/11/2019 - jumlah : 631 hits
Susulan kes suami menikam isterinya yang sarat hamil minggu lalu di Putrajaya Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur memerintahkan pembantu jurutera audio itu ke Hospital Bahagia Ulu Kinta Perak untuk menjalani pemeriksaan selama 30 hari nbsp Hakim M...
Amalkan Solat Tahajud Suami Isteri Inilah Keajaiban Yang Akan Terjadi

Amalkan Solat Tahajud Suami Isteri Inilah Keajaiban Yang Akan Terjadi

papar berkaitan - pada 7/11/2019 - jumlah : 1217 hits
Amalkan Solat Tahajud Suami Isteri Inilah Keajaiban Yang Akan Terjadi Keutamaan solat tahajud tak hanya membuat pelakunya mendapatkan kedudukan terpuji di sisi Allah Subhanahu wa Ta ala Namun ada pula keistimewaan yang akan diberikan Allah ...
Kalau Nak Isteri Senyum Cuba Suami Hulur Kad Bank Confirm Senang Hati

Kalau Nak Isteri Senyum Cuba Suami Hulur Kad Bank Confirm Senang Hati

papar berkaitan - pada 14/11/2019 - jumlah : 460 hits
Dalam kesibukan isteri menguruskan hal rumah tangga sering kali mereka terlupa akan kepentingan menjaga diri sendiri Yalah sibuk jaga anak anak sediakan keperluan untuk suami pula Sehinggakan diri sendiri terabai Di dalam penulisannya di la...
Suami Kerja Keras Selama 10 Tahun Tekad Penuhi Impian Kanak Kanak Sang Isteri

Suami Kerja Keras Selama 10 Tahun Tekad Penuhi Impian Kanak Kanak Sang Isteri

papar berkaitan - pada 4/11/2019 - jumlah : 385 hits
Semua orang punyai impian dan cita cita namun tak semuanya mampu untuk kita realisasikan Macam Ohmedia impian Ohmedia nak mengembara ke Eropah ambil gambar lawa lawa sambil buat vlog Namun tu cuma impian je poket Ohmedia masih belum mampu n...
Jagung Rebus Ala Pasar Malam

A Trip In Time The Cichlid Hunters Of Caquet Practical Fishkeeping

Jika Semua Peniaga Burger Tepi Jalan Bergabung Saiznya Jauh Lebih Besar Dari Mcdonald

The Right Types Of Bets For Beginners On Slot Deposit Qris Sites

Bufet Ramadan 2025 Tradisi Warisan Di Four Points By Sheraton Puchong

Lirik Lagu Aku Penat Alita Nidya

Manusia Pengkhianat Bongkar Datuk Dalang Kartel Pakistan Di Klia

Bekas Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob Tak Sedarkan Diri Dikejarkan Ke Hospital


echo '';
10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria

Siti Saleha Kahwin Ini Biodata Suami Barunya Joshua Fitton


Buffet Ramadan 2025 Holiday Inn Express Suites Johor Bahru

Jawatan Kogong Di Bahagian Marketing

Who Else Nazri Backs Anwar For Second Term As Pm

Term Limit Culture Emerging With Veteran Dap Trio S Exit Says Analyst

Siti Kasim Schools Living Under Coconut Shell Muslim Preachers I Owe It To Kafir Britain For Who I M Today

Difference Between Pickleball And Badminton