Suami Jangan Mengadu Kalau Isteri Dah Tak Cantik Selekeh Mereka Berkorban Demi Tanggungjawab



Maafkanlah isterimu dan fahamilah mereka jika mereka sudah tidak cantik, selekeh, mula menjerit, asyik marah-marah, selalu mengadu sakit-sakit, layanan mereka tidak sempurna. Seorang suami mengadu keadaan isterinya yang begitu. Jawab saya cuba kita uruskan anak-anak seminggu seorang diri. Hanya Allah yang tahu bagaimana rupa dan sifat kita agaknya

Mereka jadi begitu sebab kerja mereka tiada cuti. 24jam sehari. Termasuk isteri yang bekerja. Tidur mereka tidak pernah sempurna. Makan mereka tak sempurna. Terutama ibu-ibu muda yang anak-anak masih kecil. Mereka turut mencari rezeki buat keluarga

Mereka tiada sesiapa lagi dalam hidup melainkan suami. Jika berjaya rumahtangga orang kata untung awak dapat suami baik. Jika gagal ibuayah marah anak perempuan sendiri tak pandai jaga suami

Dari awal pagi kemas rumah. Siapkan suami dan anak-anak. Belikan atau sediakan sarapan. Uruskan anak-anak ke sekolah dan hantar ke taska. Dengan pelbagai kerenah anak dan suami. Balik kerja segera cepat-cepat balik rumah. Siapkan makan minum suami dan anak-anak

Rumah kembali bersepah. Kemas rumah lagi. Duit gaji baru dapat belikan barang-barang dapur sementara tunggu duit suami. Mandikan dan bantu anak-anak buat kerja sekolah

Bila suami balik, kadang-kadang anak seorang lepas berak. Seorang bergaduh dari tadi. Tinggi suara

Terus cakap dengan suami dengan muka masam kerana anak-anak. Banyak nak cerita, kerana ini teman hidup dan mati. Tersilap mula ayat atau nada. Tak sempat cantik-cantik. Tak pasal-pasal suami terasa dan marah juga kerana penat. Suami terus naik tidur atau tengok tv atau keluar rumah


Isteri rasa sedih dan bersalah. Menangis dan menangis. Kadang-kadang tengok gambar kenangan dengan suami. Buka ceramah agama atau kata-kata motivasi untuk pulihkan semangat. Terus bersemangat dan berdoa. Meneruskan urusan rumahtangga kerana Allah dan suami. Terus berlari siap-siap nak layan suami

Tiba-tiba anak-anak menangis, tak mahu tidur. Seorang lagi masa nak tidur nak makan dan berak lagi. Anak kecil asyik menangis. Suami pun sangat penat di tempat kerja harapkan dapat bermanja dan bergurau dengan isteri. Kadang-kadang tidur dengan marah.

Isteri sepanjang malam rasa bersalah…itulah seorang isteri dalam merajuk dan sedih tidak dapat rehat dan terus menerus uruskan rumahtangga sehingga habis usia. Sampai 40 tahun. Tapi mereka ikhlas kerana Allah. Itulah ibu kita dan ibu anak-anak kita.

“Khadijah ra tidak pernah mengeluh sepanjang hidup beliau. Itulah wanita yang sentiasa manis mukanya walau segalanya telah dikorbankan demi agama..” Saya selalu minta isteri saya berdoa agar bertemu dengan wanita ini dalam syurga nanti.

Sebab tu kita lihat ayah-ayah kita semuanya selalu cool jer..tak kisah mak membebel. Sebab mereka tahu susah isterinya..fahami isterinya

Sayangilah isteri kita. Maafkanlah mereka. Bantulah mereka di dalam rumah. Bersama-sama buat kerja rumah. Bantulah sikit-sikit. Jika kita nampak orang angkat barang banyak sebagai manusia kita akan tolong. Kita tengok kerja orang berat kita malu rasa nak duduk

Sekali sekala bawalah isteri bercuti dan rehatkanlah mereka. Beri cuti. Layan mereka seperti permaisuri sekali sekala. Mereka tiada gaji. Hanya kerana amanah mereka sebagai seorang isteri dan ibu

Jadilah pendengar setia dan penyayang. Mereka bukan milik kita tetapi amanah Allah untuk kita pimpin masuk syurga..duduk rehat-rehat bersama baca Al-Quran, solat tahajud,doa, baca hadis Nabi saw. Mereka bukan tukang masak. Bukan bukan bibik. Mereka hamba Allah dan Umat Nabi saw. Bertanggungjawab hidupkan Islam dan menuntut ilmu serta berkhidmat buat keluarga

Itulah kehidupan rumahtangga saling memerlukan dan melengkapi. Kesucian hati seorang isteri dan ibu hanya menjadikan merekalah orang paling bahagia dunia dan akhirat. Ya Allah bahagiakanlah hati ibu dan isteri di luar sana. Ampunkan segala dosa mereka dan beri mereka syurga yang tinggi. Saya sayang ibu dan isteri saya kerana Allah. 
Sumber : Ebit Lew, The Reporter

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://sensasi247.blogspot.com/2019/11/suami-jangan-mengadu-kalau-isteri-dah.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Wahai Isteri Doamu Adalah Kunci Kejayaan Suami Jangan Pernah Putus Berdoa

Wahai Isteri Doamu Adalah Kunci Kejayaan Suami Jangan Pernah Putus Berdoa

papar berkaitan - pada 17/11/2019 - jumlah : 585 hits
Jika kita menginginkan rumah tangga yang bahagia aman damai dan tenang menghadapi segala ujian Allah SWT teruskanlah berdoa Mungkin doa anda tidak dimakbulkan sekarang tapi tak mustahil termakbul jua suatu hari nanti Jika tidak sesempurna m...
Suami Jangan Berkira Dengan Isteri Kalau Upah Menyusu Anak Pun Isteri Tak Minta

Suami Jangan Berkira Dengan Isteri Kalau Upah Menyusu Anak Pun Isteri Tak Minta

papar berkaitan - pada 30/11/2019 - jumlah : 1605 hits
Hi semua Saya teringat masa baru baru lahir kan anak pertama saya berpantang di kampung ada kawan mak saya datang rumah Sembang punya sembang dia cerita la pengalaman masa dia lepas lahirkan anak Tiap kali dia bersalin suaminya akan belikan...
Suami Jangan Takut Serah Kad Debit Pada Isteri Setiap Rezeki Suami Ada Bahagian Isteri

Suami Jangan Takut Serah Kad Debit Pada Isteri Setiap Rezeki Suami Ada Bahagian Isteri

papar berkaitan - pada 13/11/2019 - jumlah : 491 hits
Bukan calang calang suami boleh buat macam ini Dan bukan semua isteri dapat kepercayaan penuh guna kad debit suami untuk membeli belah barangan yang isteri suka Jadi bila ada suami yang bermurah hati tak berkira berkongsi kad debit miliknya...
Baik Buruk Suami Semua Dalam Poket Isteri Jangan Mimpi Boleh Sorok

Baik Buruk Suami Semua Dalam Poket Isteri Jangan Mimpi Boleh Sorok

papar berkaitan - pada 25/11/2019 - jumlah : 499 hits
Setiap perkahwinan pasti pernah dilanda badai Setiap pasangan pasti pernah bermasam muka antara satu sama lain Itu adalah lumrah kehidupan berumah tangga Tiada masalah untuk sesekali berselisih pendapat kerana dengan cara itu kita akan lebi...
Isteri Tolong Jangan Check Handphone Suami Kalau Tak Nak Hati Hancur

Isteri Tolong Jangan Check Handphone Suami Kalau Tak Nak Hati Hancur

papar berkaitan - pada 26/11/2019 - jumlah : 564 hits
Isteri Tolong jangan check hp suami kalau tak nak hati hancur Kadang kadang ALLAH gerakkan hati seorang isteri tu tepat pada masanya Banyak perkara yang perlu difikirkan seorang isteri dari pagi hingga malam tak terlintas langsung untuk nak...
Kalau Isteri Cakap Penat Suami Jangan Kata Mengada Sebab Dia Memang Maksudkannya

Kalau Isteri Cakap Penat Suami Jangan Kata Mengada Sebab Dia Memang Maksudkannya

papar berkaitan - pada 16/11/2019 - jumlah : 466 hits
Sebaik mata terbuka jam 6 pagi sampailah 12 malam kerja isteri takkan habis Ada saja saling berkait Penatnya usah cerita Kalau tiada waktu rehat memang boleh sasau dibuatnya Sebab itulah bila isteri kata Dia Penat dia sebenarnya benar benar...
Jangan Ganggu Kebahagiaan Orang Al Quran Melarang Tegas Merebut Suami Atau Isteri Orang

Jangan Ganggu Kebahagiaan Orang Al Quran Melarang Tegas Merebut Suami Atau Isteri Orang

papar berkaitan - pada 22/11/2019 - jumlah : 688 hits
Gambar hiasanBerdosa jalin hubungan dengan individu yang sudah berumah tangga apatah lagi menyebabkan berlaku perceraian Merebut pasangan samada suami atau isteri milik orang lain terutamanya di kalangan kenalan terdekat sama seperti meramp...
Tak Salah Suami Isteri Gaduh Jadi Lebih Harmoni Syaratnya Jangan Maki

Tak Salah Suami Isteri Gaduh Jadi Lebih Harmoni Syaratnya Jangan Maki

papar berkaitan - pada 13/11/2019 - jumlah : 772 hits
Berselisih pendapat dalam perkahwinan adalah normal Setiap pasangan pasti pernah bermasam muka kerana masalah masalah yang melanda Pun begitu sangat penting untuk suami isteri saling bermaafan dan melupakan perkara itu supaya rumah tangga k...
Jangan Marah Isteri Kuat Makan Gemuk Setiap 10 Suapan Isteri 10 Pahala Suami Dapat

Jangan Marah Isteri Kuat Makan Gemuk Setiap 10 Suapan Isteri 10 Pahala Suami Dapat

papar berkaitan - pada 1/12/2019 - jumlah : 598 hits
Pengacara dan penerbit terkenal Sheila Rusly yang terkenal dengan kebolehan memasak pelbagai jenis makanan buatkan ramai yang suka penampilannya Selain pandai menjiwai watak dalam setiap lakonan pengacara Ketuk Ketuk Ramadan ini juga sering...
Terowong Kereta Api Terpanjang Di Asia

Tyka Zatyka Cahaya Chord

Ceo Intel Warga Malaysia

Gutsy Siti Kasim Defends Secularism In Malaysian Law Fraternity Nobody Is Forcing Anybody To Bottoms Up

Ize Suliman Izy Harun Akid Aly Qaseh The Guzzbuzz Project Kecoh Ragam Raya Chord

Luahan Terbaik Seorang Pelukis

Master Periksa Mata Di Hospital Putrajaya

Amalan Seperguruan


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Surprises At Dap Polls But Has Anything Really Changed

Cara Betul Ambil Pil Kalsium Dengan Berkesan

Neolamprologus Pulcher A Cichlid With An Unusual Lifestyle Practical Fishkeeping

Hukum Zakat Uang Kertas Penggabungan Dengan Emas Dan Perak Untuk Melengkapi Nisab

Penjawat Awam Terima Habuan Hingga Rm15 000 Bagi Setiap Sijil Kelahiran

Sebuah Realiti Gelap Dalam Keluarga