Suami Isteri Yang Naik Motor Bersama Hidup Lebih Bahagia



Bukan nak kata yang naik kereta tak bahagia. Cuma mereka-mereka yang naik motor ini sebenarnya rasa lebih bahagia sedikit berbanding yang lain. Tak semestinya anda kena naik motor besar atau superbike. Asalkan motosikal, walaupun kapcai, itu sudah mencukupi

Namun, bukan juga yang naik kereta ni tak bahagia tapi perasaan bila naik motor lain dari yang naik kereta. Bersusah sama-sama dulu nanti baru senang bersama. Inshaallah

1) Abaikan kata-kata manusia
Kalau kau antara pasangan suami isteri yang naik motor pergi kerja bersama-sama, aku harap kau dapat persetankan kata-kata orang lain yang menghina kau

Kau tahu, kau bahagia bukan

Jadi, buat apa mahu dengar sindiran orang lain yang mengatakan kau miskin. Yang memandang kau low class

Abaikan

2) Last longer
Aku sekadar mahu kongsi, menurut artikel ini, pasangan yang naik motor bersama-sama, hubungan mereka akan last longer

Apa maksud last longer

Pada pendapat aku, maksudnya ialah perhubungan tersebut lebih tahan lama. Lebih kuat. Lebih kukuh. Dalam bahasa yang mudah, akan bersama selama-lamanya. Tidak akan bercerai

3) Lebih rapat hubungan suami isteri
Bukan setakat rapat badan sahaja. Tapi rapat hati mereka. Tak puas peluk di rumah, boleh peluk atas jalan raya

Alangkah bahagianya bila si isteri dekatkan telinga pada dada suami, terdengar getaran jantung si suami. Susah senang kita bersama


4) Rasa macam remaja
Kau ingat lagi masa kau bercinta dengan dia masa muda-muda? Masa belum berkahwin. Dan masa mula-mula berkahwin

Itulah perasaan teenage love

Kau akan rasa terawang-awangan. Rasa high

Normal bagi pasangan yang sudah berkahwin sudah lama, tidak lagi merasai kemanisan rasa cinta pasangan masing-masing

Kalau kau naik motor, bukan sahaja dapat mengimbau masa lampau. Kau juga dapat menimbulkan rasa teenage love itu. Rasa romantik dia lain macam

Tak percaya

Cubalah

5) Isteri yang sanggup naik motor bukan jenis memilih
Kalau dia jenis yang gilakan harta, sudah lama dia paksa suami berhutang beribu-ribu ringgit untuk beli kereta

Untuk tunjuk pada adik-beradik dan saudara-mara lain yang dia juga mampu

Tapi aku percaya, isteri yang masih lagi setia dengan suami walaupun hanya berbekalkan motor, dia isteri yang baik. Isteri yang sanggup terima seadanya

Cuma yang buat aku marah, bila si suami itu sudah berjaya dan banyak harta, kau janganlah tinggalkan isteri kau yang sanggup bersusah payah dengan kau

Yang sanggup terima kau yang masa itu tak ada apa-apa

Pada pendapat aku, inilah antara kunci pasangan suami isteri bahagia

Isteri ini jenis setia, sanggup berhujan berpanas bersama
Ini memang pengalaman yang sangat ‘rare’ bagi kebanyakan orang zaman sekarang. Ramai yang sudah punya kereta

Dapat kesejukan hujan yang turun secara tiba-tiba, dengan berpakain baju hujan penuh, si isteri peluk suami dlam perjalanan menuju ke rumah

Meremang bulu roma

Suami boleh sarungkan helmet untuk isteri
Jarang ada orang yang pakaikan tali pinggang keledar untuk isteri

Bukakan pintu kereta untuk isteri

Oh, itu jarang-jarang berlaku selepas berkahwin. Sebelum kahwin dulu, buka pintu kereta untuk bakal isteri adalah rutin

Tapi bila si suami pakaikan topi keledar untuk isteri, nampak ‘sweet’ tak

6) Bergurau atas motor lebih seronok
Seronok, tapi bahaya. Kadang-kadang suami buat lawak atas motor, berbual-bual bersama isteri. Tatkala itu, tangan isteri yang macam ketam akan segera mencubit pinggang suami. Maka si suami akan tergocoh-gocoh membetulkan pemanduan motor

Orang kaya, lebih ‘risky’, lebih seronok. Bahaya, jangan bergurau atas motor

Aku sangat yakin, bila kau yang bawa kereta, nampak perlakuan suami isteri yang bergurau atas motor, kau akan senyum sendiri. Kau pula akan rasa mahukan momen tersebut

Itu kalau kau nampak suami isteri

Kalau kau nampak pasangan yang belum kahwin bergurau-gurau manja atas motor, kau tolong terajangkan motor dia untuk aku. Kasi tumbang dua-dua

7) Kos hidup lebih rendah
Suami isteri bahagia, hidupnya bukan hanya pada harta dan wang ringgit. Pasangan ini hidup sederhana, atas apa yang ada

Banyak yang boleh jimat. Ada duit lebih, boleh bawa isteri dan anak-anak makan luar sesekali

Bila kos hidup rendah, tak adalah rasa tertekan dengan duit yang selalu tak cukup

Keberkatan itu bukan pada duit semata-mata, kan

Jadi, kereta tak penting

Siapa kata tak penting? Kalau ada kemampuan, apa salahnya beli kereta. Jika ada anak nanti, mudah untuk bawa anak ke klinik jika sakit secara tiba-tiba. Jika isteri mahu bersalin, lebih selamat untuk bawa dia naik kereta

Kalau sudah cukup wang, teruskan

Cuma pastikan, kalau nak rasa bahagia naik motor, kena kahwin dulu

‘Pakwe makwe’ yang acah-acah kongsi artikel ini untuk tunjukkan rasa bahagia, ini tidak kena pada tempatnya

Halalkan dulu hubungan, baru dapat rasa apa itu kebahagiaan. Kalau mahu jadi pasangan suami isteri romantik sekalipun, kahwinlah dulu

Sumber: https://ift.tt/2q1CbOY


from Sehinggit Media https://ift.tt/2xsTIn2
via Merah Hati Cintaku

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://merahhaticintaku.blogspot.com/2020/03/suami-isteri-yang-naik-motor-bersama.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Biarlah Dalam Rumah Sentiasa Bising Dengar Suara Isteri Anak Baru Suami Lebih Bahagia

Biarlah Dalam Rumah Sentiasa Bising Dengar Suara Isteri Anak Baru Suami Lebih Bahagia

papar berkaitan - pada 12/3/2020 - jumlah : 404 hits
Rumah tangga yang hilang seri Zaman sekarang adalah zaman di mana suami dan isteri lebih banyak buat hal sendiri berbanding berkomunikasi sesama sendiri memahami isi hati bergurau senda bantu membantu tolong menolong bercerita dan sebagainy...
Wanita Montel Boleh Buat Suami 10 Kali Lebih Bahagia

Wanita Montel Boleh Buat Suami 10 Kali Lebih Bahagia

papar berkaitan - pada 11/3/2020 - jumlah : 344 hits
Selalunya wanita kurus dianggap menarik dan juga dikatakan mudah mendapat pasangan Namun jangan pula menganggap wanita montel yang berbadan gempal susah untuk mendapat pasangan Dalam satu kajian menurut Dr Filemon Alvarado dan Dr Edgardo Mo...
Doa Isteri Sangat Mustajab Asbab Doanya Hidup Suami Sentiasa Berkat Senang

Doa Isteri Sangat Mustajab Asbab Doanya Hidup Suami Sentiasa Berkat Senang

papar berkaitan - pada 5/3/2020 - jumlah : 454 hits
Di sebalik kejayaan seorang lelaki adanya seorang wanita yang menyokong kuat di belakangnya Begitulah pentingnya peranan seorang isteri dalam memberi kekuatan buat si suami mengharungi segala kepayahan dalam hidup Ada wanita yang bersusah p...
Tak Boleh Kongsi Sakit Bersalin Suami Jaga Isteri Berpantang Untuk Balas Pengorbanan

Tak Boleh Kongsi Sakit Bersalin Suami Jaga Isteri Berpantang Untuk Balas Pengorbanan

papar berkaitan - pada 6/3/2020 - jumlah : 366 hits
Kini ramai ibu yang terpaksa berpantang sendiri tanpa bantuan daripada ibu bapa dan ahli keluarga Kadang kadang ibu bukan sengaja untuk berpantang seorang diri tetapi terpaksa kerana pelbagai sebab seperti anak yang besar sudah bersekolah b...
Bukan Salah Isteri Kalau Anak Nakal Anak Hyper Anak Kurang Pandai Tengok Peranan Suami Dahulu

Bukan Salah Isteri Kalau Anak Nakal Anak Hyper Anak Kurang Pandai Tengok Peranan Suami Dahulu

papar berkaitan - pada 5/3/2020 - jumlah : 411 hits
Jika dahulu hidup membujang tanggungjawab banyak terletak pada ibu dan ayah Kini bila sudah melangkah ke alam perkahwinan tanggungjawab itu terletak pada diri sendiri Hakikatnya zaman bujang dan alam perkahwinan adalah satu kehidupan yang s...
Isteri Da I Farhan Ke Mahkamah Suami Suspek Juga Kelihatan Bagi Jadi Penjamin

Isteri Da I Farhan Ke Mahkamah Suami Suspek Juga Kelihatan Bagi Jadi Penjamin

papar berkaitan - pada 4/3/2020 - jumlah : 440 hits
Semalam Ohmedia baru je menceritakan tentang seorang isteri juara program Da i telah ditahan oleh pihak polis di pejabatnya yang terletak di Desa Melawati Kuala Lumpur kerana dipercayai menipu seorang pelanggan tentang menguruskan sijil hal...
Tak Bagi Suami Check Whatsapp Isteri Kena Lempang Guna Selipar Di Muka

Tak Bagi Suami Check Whatsapp Isteri Kena Lempang Guna Selipar Di Muka

papar berkaitan - pada 4/3/2020 - jumlah : 401 hits
Seorang suami sanggup memukul isterinya kerana tidak dibenarkan melihat kandungan perbualan di dalam aplikasi WhatsApp Kejadian tersebut berlaku di Seputih Banyak Lampung Tengah Keganasan rumah tangga itu bermula dengan pertengkaran Suami y...
Isteri Mengaku Suami Ambil Barang Terlarang 6 Beranak Pernah Tinggal Di Masjid Sebelum Sewa Bilik Sempit

Isteri Mengaku Suami Ambil Barang Terlarang 6 Beranak Pernah Tinggal Di Masjid Sebelum Sewa Bilik Sempit

papar berkaitan - pada 4/3/2020 - jumlah : 442 hits
Kesusahan hidup kadang kala menyebabkan setiap individu tidak mempunyai pilihan lain Mereka terpaksa meneruskan hidup walau dalam keadaan daif dan tidak tergambar dek akal sekalipun Seperti perkongsian oleh seorang aktivis Natipah Abu menge...
Isteri Ibarat Penarik Rezeki Suami Terluka Hati Isteri Putuslah Rezeki Suami

Isteri Ibarat Penarik Rezeki Suami Terluka Hati Isteri Putuslah Rezeki Suami

papar berkaitan - pada 6/3/2020 - jumlah : 252 hits
Saat anda bernikah Allah pasti akan melipat gandakan rezeki anda Jika sebelum ini anda rasa seperti ada yang tidak cukup tetapi apabila bernikah pasti Allah akan membuka jalan untuk memberi rezeki Itulah janji Allah pada setiap hambaNya yan...
How To Plan A Stress Free Family Vacation

Rajab Keutamaan Amalan Tanggal Berapa 2025

Bendung Elemen Politik Perkauman Elak Permusuhan Keganasan

Masya Allah Ribuan Tentera As Masuk Islam Ini Kunci Hamas

Resepi Ayam Cili Padi Bersantan Pedas Lemak Padu Gila

Addressing Flaws In Mrt3 S Strategy

Silent Night All Is Calm But A Genocide Is Taking Place Now

Lirik Lagu Rasa Lia Aziz Ft Treehill


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Wanita Milik Kaiden Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Mengenang 20 Tahun Tsunami Aceh Tragedi Harapan Dan Kebangkitan

Pulau Poporang A Hidden Gem Of World War Ii History In Indonesia

Tabung Jihad Fitnah Dalam Pas Ditanggung Halalkah

Mengalahkan Kami Yang Non Muslim Marion Caunter Dikritik Netizen Gara Gara Sambut Perayaan Krismas

Posting Di Ig Raih Perhatian Assistant Cik Epal Dibelasah Jofliam Aku Jumpa Kau Pecah Muka Kau

Kepulangan