Suami Isteri Wajib Duduk Asing Dengan Mak Ayah


Isteri saya bertanya, jika ada lelaki meminang Haura, tetapi lelaki itu mahu tinggal dengan ibu bapanya, tidak mahu duduk berasingan, adakah saya akan terima.
Saya bertanya: Mak bapak lelaki itu sakit ke dan memang memerlukan anaknya di sisi? Jawapan isteri saya: Tidak.
Maka saya menjawab: Insya-Allah, ‘reject’ awal-awal sebab lelaki itu tidak faham tanggungjawab sebagai suami dan belum sedia menjadi suami.
Bahkan, sepatutnya 2-3 bulan sebelum bernikah sudah mula cari rumah untuk didiami nanti selepas pernikahan. Habis menikah, boleh terus masuk rumah.
Wahai kaum lelaki ‘beragama’, fahami agamamu sebenar-benarnya. Semaklah fatwa para ulama berkaitan menyedian kediaman berasingan untuk isteri daripada keluarga mertua, dan hak isteri untuk menolak tinggal dengan mertua. Sesungguhnya kefahaman anak lelaki perlu utamakan ibu bapa sebelum isteri sering disalah fahami dengan erti kata yang tidak benar. Belajar agama betul-betul, baca huraian para ulama betul-betul.
Bagi saya, jika anda tidak bersedia hidup berasingan daripada ibu bapa anda, bermaksud anda belum bersedia menjadi seorang suami.
#MMMR
Apabila melihat reaksi dan komen kepada ‘post’ saya yang menyatakan saya akan ‘reject’ mana-mana lelaki yang masih mahu tinggal dengan ibu bapanya yang meminang anak perempuan saya membuatkan saya terfikir, sejauh manakah pengetahuan kita semua berkaitan kewajipan suami dan isteri, hak suami dan isteri.
Kita sering menggunakan kaedah ‘isteri kena taat suami dalam perkara yang tidak melanggar syara’, lalu kaedah ini digunakan secara meluas dalam semua perkara termasuk jika suami mahu tinggal dengan ibu bapanya, isteri wajib taat, suami suruh isteri jaga ibu bapa suami, isteri wajib taat. Sejauh itukah ketaatan kepada suami sehingga isteri berdosa jika enggan mentaati suami?
Apatah lagi kaedah mengarut yang berbunyi: “Apabila seorang wanita sudah berkahwin, ibu bapa suami adalah lebih diutamakan daripada ibu bapa sendiri”.
Saya tidak tahu kenapa perkara yang sangat banyak dibahaskan dalam karya-karya feqh para ulama ini seolah-olah asing daripada pengetahuan masyarakat Melayu.
Saya menulis status sebelum ini kerana saya tahu, itu merupakan hak kepada seorang isteri untuk mendiami kediaman yang berasingan daripada ahli keluaraga suami dan ahli keluarganya. Sepatutnya, kewajipan asas sebegini diketahui seorang lelaki dan wanita sebelum memasuki alam perkahwinan supaya tidak ada sesiapa yang menzalimi atau dizalimi. Saya ingin memetik beberapa kalam ulama yang berkaitan, kemudian yang lain, tuan-tuan boleh terus membaca pada pautan yang saya berikan.
من حق الزوجة أن يكون لها مسكن خاص مع زوجها وأولادها ، لا يشاركها فيه أحد ، لا أب ولا أم ولا قريب .
وإلى هذا ذهب جمهور الفقهاء من الحنفية والشافعية والحنابلة ، وأن لها الامتناع من السكن مع أبيه وأمه وإخوته .
قال الكاساني في بدائع الصنائع (4/24): ” ولو أراد الزوج أن يسكنها مع ضرتها أو مع أحمائها كأم الزوج وأخته وبنته من غيرها وأقاربه فأبت ذلك ; عليه أن يسكنها في منزل مفرد ; لأنهن ربما يؤذينها ويضررن بها في المساكنة ، وإباؤها دليل الأذى والضرر ولأنه يحتاج إلى أن يجامعها ويعاشرها في أي وقت يتفق ولا يمكنه ذلك إذا كان معهما ثالث ” انتهى.
Antara hak seorang isteri ialah dia mempunyai tempat tinggal yang khusus bersama suaminya dan anak-anaknya yang tidak dikongsi bersama orang lain sama ada ayahnya, ibunya atau kaum kerabat yang lain. Ini adalah pendapat majoriti ulama daripada mazhab Hanafi, Syafie dan Hanbali. Si isteri berhak untuk enggan tinggal bersama mertuanya dan kaum kerabat suaminya.
Imam al-Kasani menyebutkan dalam Badai’ al-Sona’i: Seandainya si suami mahu menempatkan isterinya bersama dengan madunya, atau keluarga suami, seperti ibu suami, adik beradik perempuan suami, atau anak-anak perempuan suami daripada isteri yang lain, atau kaum kerabat suami, lalu si isteri enggan, maka wajib untuk suami menyediakan tempat tinggal yang berasingan kepada si isteri. Ini kerana mereka yang tinggal serumah itu mungkin boleh menyakiti hati isteri atau memukulnya jika mereka tinggal serumah. Keengganan si isteri merupakan petunjuk bahawa beliau terganggu atau disakiti. Ini jua kerana si suami perlu jua mampu untuk melakukan hubungan seksual dengan isteri atau bermesra dengannya pada bila-bila masa, dan ini tidak mungkin berlaku apabila adanya orang ketiga di dalam rumah.
Teruskan membaca pada link-link di bawah yang berkaitan dengan hak isteri untuk duduk berasingan.
https://islamqa.info/en/94965
https://islamqa.info/en/96455
https://islamqa.info/en/175218
https://islamqa.info/en/7653
https://islamqa.info/en/144557
Fatwa-fatwa di atas ditutup dengan nasihat kepada kaum suami yang berbunyi:
والذي ننصحك به في ختام هذا الجواب أن تسعى للتوفيق بين زوجتك ووالدتك وعائلتك ، وأن تعطي كل ذي حق حقه ، فتعطي الزوجة حقها في السكن المستقل ، ولا يضرك أن يغضب أحد منهم لانفرادك بالسكن ، لأنك لم تخطئ في ذلك ، ولكن عليك الاستمرار في صلة أقاربك وأمك وإخوانك .
Nasihat kami kepada kamu sebagai penutup jawapan ini: Hendaklah kamu berusaha untuk mendamaikan antara isteri kamu, ibu kamu dan ahli keluarga kamu, dan hendaklah kamu memberikan kepada setiap orang haknya. Oleh itu hendaklah kamu memberikan kepada isteri haknya iaitu kediaman yang berasingan. Tidaklah memudharatkan kamu akan kemarahan salah seorang daripada mereka disebabkan keputusan kamu untuk tinggal berasingan kerana kamu tidak melakukan apa-apa kesalahan dalam hal ini. Akan tetapi hendaklah kamu berterusan menjalinkan hubungan silaturahim dengan kaum kerabat kamu, ibu kamu, dan adik beradik kamu.
Begitu juga penutup kepada aduan seorang isteri, di mana disebutkan:
فنصيحتنا لزوجك أن يبادر إلى إيجاد سكن مستقل لكما ، ويسعى في إرضاء أمه بالقول الحسن ، والإكثار من زيارتها ، وتفقد أحوالها ، وبالهدية ونحوها ، وليعلم أن خروجه من بيت أمه لا يعد عقوقا .
Nasihat kami kepada suami kamu ialah agar segera menyediakan kediaman yang berasingan untuk kamu berdua, dan berusaha mendapatkan keredhaan ibuya dengan perkataan yang baik, dan kerap menziarahinya, mengambil berat keadaannya, memberinya hadiah dan sebagainya. Suami itu hendaklah tahu bahawa keluarnya dia dari rumah ibunya tidak termasuk dalam penderhakaan kepada ibunya.
Di bawah pula ialah fatwa berkaitan bolehkah suami memaksa isteri berkhidmat kepada ibu bapa suami, dan wajibkan isteri mentaati arahan suami dalam hal ini.
Fatwa al-Lajnah al-Daimah Lil Buhus wa al-Ifta di Arab Saudi menyebutkan:
ليس في الشرع ما يدل على إلزام الزوجة أن تساعد أم الزوج إلا في حدود المعروف وقدر الطاقة؛ إحسانا لعشرة زوجها، وبرا بما يجب عليه بره.
Tidak ada di dalam syara’ yang menunjukkan kewajipan isteri untuk membantu ibu suaminya kecuali pada batas kebiasaan dan mengikut kemampuannya, sebagai ihsan untuk berbuat baik kepada suaminya, dan menjalinkan hubungan baik dengan keluarga suami.
Lihat: http://www.alifta.net/Search/ResultDetails.aspx?languagename=ar&lang=ar&view=result&fatwaNum=true&FatwaNumID=4985&ID=7348&searchScope=3&SearchScopeLevels1=&SearchScopeLevels2=&highLight=1&SearchType=EXACT&SearchMoesar=false&bookID=&LeftVal=0&RightVal=0&simple=&SearchCriteria=AnyWord&PagePath=&siteSection=1&searchkeyword=#firstKeyWordFound
Versi English: http://www.alifta.net/Search/ResultDetails.aspx?languagename=en&lang=en&view=result&fatwaNum=true&FatwaNumID=4985&ID=7339&searchScope=7&SearchScopeLevels1=&SearchScopeLevels2=&highLight=1&SearchType=EXACT&SearchMoesar=false&bookID=&LeftVal=0&RightVal=0&simple=&SearchCriteria=AnyWord&PagePath=&siteSection=1&searchkeyword=#firstKeyWordFound
[Ini merupakan fatwa Shaikh ‘Abdul Aziz bin Baz, Shaikh Abdullah bin Qu’ud, Shaikh ‘Abdullah bin Ghudayan, dan Shaikh ‘Abdul Razzaq ‘Afifi]
Al-Shaikh Muhammad bin Soleh al-Utsaimin ditanya:
هل لأم الزوج حق على الزوجة؟
Adakah ibu suami mempunyai hak ke atas isteri anak lelakinya?
Jawapan:
لا ، أم الزوج ليس لها حق واجب على الزوجة بالنسبة للخدمة ؛ لكن لها حق مِن المعروف ، والإحسان ، وهذا مما يجلب مودة الزوج لزوجته ، أن تراعي أمه في مصالحها ، وتخدمها في الأمر اليسير ، وأن تزورها من حين لآخر ، وأن تستشيرها في بعض الأمور ، وأما وجوب الخدمة : فلا تجب ؛ لأن المعاشرة بالمعروف تكون بين الزوج والزوجة .
Tidak. Ibu suami tidak mempunyai hak kepada isteri anaknya untuk berkhidmat kepadanya, akan tetapi dia mempunyai hak untuk dilayani dengan baik, dan ihsan. Ini adalah hal yang akan mendatangkan kecintaan antara pasangan suami dan isteri, iaitu si isteri mengambil berat keperluan ibu mertuanya, berkhidmat kepadanya dalam perkara yang mudah, menziarahinya, dan meminta pendapatnya dalam sebahagian perkara. Adapun kewajipan berkhidmat, maka ia tidak wajib.
https://islamqa.info/ar/120282
Kesimpulan fatwa-fatwa ini ialah:
1- Tiada sebarang dalil menunjukkan kewajipan seorang Muslimah untuk berkhidmat kepada mentuanya.
2- Seorang isteri hendaklah melayani mentuanya dengan baik atas dasar ihsan selagi mana ia di dalam batas kemampuannya.
3- Suami hendaklah sedar akan hal ini bahawa dia tidak berhak memaksa isterinya untuk berkhidmat kepada ibu bapanya, dan si isteri tidak wajib melakukannya walau disuruh oleh si suami. Ini kerana ia bukan kewajipan yang terhasil apabila akad nikah berlaku.
4- Dalam masa yang sama, Muslimah juga dinasihati untuk memberikan khidmat yang mampu kepada mentua kerana satu masa nanti mereka juga akan menjadi ibu, dan akan mempunyai menantu, dan akan tiba saatnya mereka pula memerlukan bantuan menantu mereka.
5- Seorang suami hendaklah sedar bahawa hubungan mereka adalah hubungan suami isteri, dan bukannya hubungan seorang tuan dengan hambanya.
Seandainya si isteri dengan rela hati sudi tinggal bersama keluarga suami, dia tetap berhak menarik balik persetujuannya pada bila-bila masa kerana pada asalnya, haknya adalah untuk tinggal berasingan. Suami pula, jika isteri bersetuju untuk tinggal bersama ibu bapa suami atau ahli keluarga suami, perhatikan perkara berikut:
1- Isteri hanya wajib berkhidmat kepada suami, bukan kepada ibu bapa suami apatah lagi adik beradik suami. Suami tiada hak memaksa isteri untuk menjaga ibu bapa suami, menyediakan makan minum mereka, membasuh baju mereka dan sebagainya. Jika si isteri melakukannya, itu adalah ihsan isteri secara sukarela, yang insya-Allah mendatangkan pahala, tetapi tetap bukan kewajipan isteri. Oleh itu suami tidak berhak memaksa isteri dalam hal ini. Suami perlu ingat, kewajipan menjaga ibu bapanya, adalah kewajipannya dan adik beradiknya, bukan kewajipan isterinya.
2- Suami hendaklah mengambil kira aspek aurat, hukum khulwah yang mana ini akan berlaku apabila di dalam rumah terdapat ipar duai. Ini akan menyusahkan kehidupan isteri sehingga 24 jam di rumah perlu menutup aurat dengan sempurna kerana terdapatnya bukan mahram. Apatah lagi isu khulwah apabila di rumah hanya ada isteri dan ipar duai atau anak-anak buah suami yang bukannya mahram kepada si isteri.
3- Apabila isteri sudah sukarela tinggal dengan ibu bapa suami, dan sukarela pula berkhidmat kepada mereka, maka suami perlu menghargai dan memahami bahawa isteri sudah menambah beban di atas bahunya sesuatu yang pada asalnya bukan kewajipan beliau. Hargai, dan fahami jika nanti adakalanya isteri ‘bad mood’ dan tak larat melayani suami kerana penat dan letih. Peka jua dengan keadaan sekeliling takut-takut ada konflik tersembunyi antara isteri dan keluarga dan isteri merahsiakannya kerana mahu menjaga hati suami.
#MMMR
Wajibkah Suami Menyediakan Kediaman Yang Berasingan Untuk Isteri Daripada Keluarganya?
Ya, jawapannya wajib sebagaimana yang diputuskan oleh majoriti ulama sebagaimana disebutkan dalam post sebelum ini. Boleh baca di sini [https://www.facebook.com/MohdMasriOfficial/posts/1738832846207318]
Ramai melompat, marah, dan berkata bahawa post-post saya akan meretakkan rumah tangga, membawa kepada penceraian.
Hairan! Menyatakan perkara yang benar dikatakan punca penceraian, lalu bagaimana dengan teori-teori palsu dan sesat yang sering disebarkan dan dikaitkan dengan kewajipan isteri sedangkan itu bukan. Antara suami yang memaksa isteri untuk tinggal dengan keluarganya, dengan tulisan saya yang menerangkan tentang hak dan kewajipan, mana satukah sebenarnya punca keruntuhan rumah tangga?
Antara suami yang memaksa isteri berkhidmat kepada mertua isteri seolah-olah ia satu kewajipan, dengan tulisan saya yang menerangkan hakikat hukum sebenar, mana satukah sebenarnya punca penceraian dan keruntuhan rumah tangga?
Adakah sebenarnya ini menunjukkan pemikiran ego dan rasa tercabar kerana tidak lagi dapat menggunakan teori ‘isteri wajib taat suami’ dalam segala perkara sehingga dalam perkara yang memang bukan wajib taatpun? Tercabar kerana kuasa semakin berkurangan? Tercabar kerana tak dapat lagi paksa isteri? Tercabar kerana sekarang sendiri perlu jaga ibu bapa sendiri dan tak boleh goyang kaki mengharap isteri yang menjaganya?
Zina itu maksiat. Buang bayi itu maksiat. Begitu juga tidak menunaikan kewajipan dalam perkahwinan juga adalah maksiat kepada Allah!
Alhamdulillah, sejak tulisan berkaitan hal ini ditulis, ramai jua yang menghantar mesej peribadi bertanyakan hal-hal berkaitan. Saya akan jawab secara ringkas merangkumi semua persoalan.
1- Bagaimana pula jika isteri yang enggan keluar daripada rumah ibu bapa isteri. Isteri mahu suami tinggal bersama dengan keluarga isteri.
Dalam situasi ini, isteri wajib taat suami untuk keluar daripada rumah keluarga isteri, dan jika isteri enggan tinggal bersama sumia, maka ia dikira nusyuz, bahkan dalam situasi ini suami tidak lagi wajib memberi nafkah kepada isteri.
2- Bagaimana jika si suami memang benar-benar tidak mampu menyediakan kediaman yang berasingan untuk isteri kerana suami miskin atau belum menemui rumah yang sesuai dengan kemampuannya?
Seandainya benar-benar tidak mampu, maka tidak berkewajipan menyediakan kediaman berasingan. Ini adalah pendapat Ibnu Taimiyyah. [Lihat Matholib Uli an-Nuha, 5/122].
Dalam hal ini, sepatutnya sebelum perkahwinan dilangsungkan kedua-dua pihak jujur dengan bakal pasangan masing-masing. Bakal suami hendaklah jujur menjelaskan situasi kewangannya yang belum mampu. Bakal isteri pula hendaklah jujur dalam menyatakan sama ada bersetuju atau tidak untuk tinggal serumah dengan mertua buat SEMENTARA sehingga suami mampu. Ketidakjujuran dalam membincangkan hal ini sebelum perkahwinan akan menimbulkan masalah di kemudian hari.
Perlu diingatkan, bahawa kemampuan itu bukanlah bermaksud perlu membeli rumah sendiri. Yang penting ialah ada kediaman sama ada menyewa atau dibeli. Jika mampu rumah yang kecil maka sewa yang kecil, usah menunggu sehingga mampu membeli sendiri atau menyewa yang besar.
3- Bagaimana jika si isteri memang setuju untuk tinggal serumah dengan mertua, dan menjaga mertua?
Apabila si isteri memang bersetuju dengan rela hati, dan bukan dipaksa, maka itu tidaklah bermasalah. Hanya sahaja dalam situasi ini suami perlu memainkan peranan penting untuk memerhatikan perkara-perkara berikut agar kerelaan hati si isteri tidak menyebabkan kezaliman kepada mana-mana pihak. Antara perkara yang suami perlu jelas dan fahami dalam hal ini ialah:
A- Berkhidmat kepada mertua dan ipar duai bukan kewajipan isteri: Isteri hanya wajib berkhidmat kepada suami, bukan kepada ibu bapa suami apatah lagi adik beradik suami. Suami tiada hak memaksa isteri untuk menjaga ibu bapa suami, menyediakan makan minum mereka, membasuh baju mereka dan sebagainya. Jika si isteri melakukannya, itu adalah ihsan isteri secara sukarela, yang insya-Allah mendatangkan pahala, tetapi tetap bukan kewajipan isteri. Oleh itu suami tidak berhak memaksa isteri dalam hal ini. Suami perlu ingat, kewajipan menjaga ibu bapanya, adalah kewajipannya dan adik beradiknya, bukan kewajipan isterinya. Memaksa isteri melakukan semua ini adalah satu kezaliman kerana mewajibkan ke atasnya sesuatu yang bukan kewajipannya.
B- Suami hendaklah mengambil kira aspek aurat, hukum khulwah yang mana ini akan berlaku apabila di dalam rumah terdapat ipar duai. Ini akan menyusahkan kehidupan isteri sehingga 24 jam di rumah perlu menutup aurat dengan sempurna kerana terdapatnya bukan mahram. Apatah lagi isu khulwah apabila di rumah hanya ada isteri dan ipar duai atau anak-anak buah suami yang bukannya mahram kepada si isteri.
C- Apabila isteri sudah sukarela tinggal dengan ibu bapa suami, dan sukarela pula berkhidmat kepada mereka, maka suami perlu menghargai dan memahami bahawa isteri sudah menambah beban di atas bahunya sesuatu yang pada asalnya bukan kewajipan beliau. Hargai, dan fahami jika nanti adakalanya isteri ‘bad mood’ dan tak larat melayani suami kerana penat dan letih. Peka jua dengan keadaan sekeliling takut-takut ada konflik tersembunyi antara isteri dan keluarga dan isteri merahsiakannya kerana mahu menjaga hati suami. Usah menanti sehingga isteri ‘meletup’, suami perlu peka dengan keadaan yang berlaku di rumahnya, emosi isterinya.
D- Pertambahan beban kepada isteri. Apabila tinggal serumah dengan mertua, maka isteri perlu mengambil hati suami, ibu mertua, ayah mertua. Apa yang suami suka belum tentu ibu bapa suami suka. Apa yang okey ketika tinggal berdua dengan suami sahaja mungkin menjadi tidak okey apabila ada mertua. Ini semua merupakan pertambahan beban kepada isteri. Suami perlu memainkan peranan besar dalam hal ini. Kerana itu ‘dalam sebuah istana hanya ada seorang raja dan seorang permaisuri’.
E- Yang ini pula terbalik daripada semua point di atas. Jika perkara di atas tidak diperhatikan, kezaliman mungkin berlaku kepada pihak isteri. Manakala jika suami isteri mengambil kesempatan dengan kehadiran ibu bapa untuk menyuruh membuat kerja-kerja rumah di rumah mereka, maka ini juga sudah menzalimi ibu bapa itu seolah-olah mereka itu orang gaji pula.
4- Bagaimana jika isteri pula yang mahu duduk serumah dengan ibu bapanya untuk berkhidmat kepada ibu bapanya. Apakah kewajipan suami kepada mertua?
Sebagaimana isteri tidak wajib berkhidmat kepada mertua, begitu juga suami tidak wajib berkhidmat atau memberi nafkah kepada mertua. Semuanya adalah dilakukan kerana ehsan dan bukan kerana kewajipan. Apabila ia dilakukan kerana ehsan bukan kewajipan, maka tidak boleh sesiapa memaksa suami untuk menjaga keluarga mertuanya.
5- Bagaimana jika ibu bapa isteri atau suami memang sakit, atau tidak boleh tinggal bersendirian kerana sudah terlalu tua, atau ‘depression’ dan sebagainya?
Maka dalam situasi ini, tidak sepatutnya seorang pasangan menghalang mertuannya daripada tinggal serumah kerana itu sahaja pilihan yang ada. Walaupun begitu, anak mereka hendaklah sedar tanggungjawab menjaga dan berkhidmat itu kewajipan mereka dan bukan kewajipan pasangan mereka.
6- Ada bezakah kewajipan kepada ibu bapa antara anak sulong dan bongsu, anak lelaki dan perempuan?
Tiada. Semua perlu berkhidmat kepada ibu bapa mengikut kemampuan mereka. Yang akan membezakan ialah kemampuan mereka.
7- Oleh kerana isu kediaman ini termasuk isu nafkah, boleh huraikan sedikit berkaitan nafkah?
Nabi sallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda:
ابْدَأْ بِنَفْسِكَ فَتَصَدَّقْ عَلَيْهَا فَإِنْ فَضَلَ شَىْءٌ فَلأَهْلِكَ فَإِنْ فَضَلَ عَنْ أَهْلِكَ شَىْءٌ فَلِذِي قَرَابَتِكَ فَإِنْ فَضَلَ عَنْ ذِي قَرَابَتِكَ شَىْءٌ فَهَكَذَا وَهَكَذَا
Mulakan dengan bersedekah (iaitu memberi nafkah) kepada diri kamu sendiri, seandainya ada lebihan, berikan kepada kaum keluarga kamu. Seandainya ada lebihan, berikan kepada kepada kaum kerabat kamu. Seandainya ada lebihan, maka begitu begini. [Sahih Muslim, Kitab az-Zakat, hadis no: 997]
عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ، قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم ” تَصَدَّقُوا ” . فَقَالَ رَجُلٌ يَا رَسُولَ اللَّهِ عِنْدِي دِينَارٌ .
Daripada Abu Hurairah radiallahu ‘anhu, Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda: Bersedekahlah. Seorang lelaki bertanya: Ya Rasulullah, aku mempunyai dinar.
قَالَ ” تَصَدَّقْ بِهِ عَلَى نَفْسِكَ ” . قَالَ عِنْدِي آخَرُ . قَالَ ” تَصَدَّقْ بِهِ عَلَى زَوْجَتِكَ ” . قَالَ عِنْدِي آخَرُ .
Baginda menjawab: Sedekahkan untuk diri kamu sendiri. Lelaki itu menjawab: Aku mempunyai dinar yang lain? Baginda berkata: Sedekahkan kepada isteri engkau. Lelaki itu menjawab: Aku mempunyai yang lain.
قَالَ ” تَصَدَّقْ بِهِ عَلَى وَلَدِكَ ” . قَالَ عِنْدِي آخَرُ . قَالَ ” تَصَدَّقْ بِهِ عَلَى خَادِمِكَ ” . قَالَ عِنْدِي آخَرُ . قَالَ ” أَنْتَ أَبْصَرُ ” .
Baginda berkata: Sedekahkan kepada anak engkau. Lelaki itu menjawab: Aku mempunyai yang lain. Baginda berkata: Sedekahkan kepada hamba engkau. Lelaki itu menjawab: Aku masih ada yang lain lagi? Baginda berkata: Engkau lebih tahu . [Sunan an-Nasaie, Kitab az-Zakat, hadis no: 2353]
Nafkah wajib diberikan kepada semua yang memerlukan, daripada isteri, anak, ibu bapa, dan kaum kerabat jika seseorang berkemampuan untuk memberi nafkah kepada kesemua mereka, dan apabila kaum kerabat itu memang memerlukan kepada bantuan.
Adapun untuk isteri. Ia wajib dinafkahi walaupun si isteri berkemampuan dan kaya.
Seandainya seseorang tidak mampu menafkahi kesemuanya, dia wajib memberikan keutamaan kepada anak dan isterinya.
Imam an-Nawawi menyebutkan dalam Raudhatut Thalibin:
فإذا اجتمع على الشخص الواحد محتاجون ممن تلزمه نفقتهم ، نظر ؛ إن وفى ماله أو كسبه بنفقتهم ، فعليه نفقة الجميع ، قريبهم وبعيدهم ، وإن لم يفضل عن كفاية نفسه إلا نفقة واحد ، قدم نفقة الزوجة على نفقة الأقارب
Apabila berkumpulnya ramai yang memerlukan nafkah daripada seseorang yang wajib memberi nafkah, maka ia bergantung kepada keadaan. Seandainya hartanya cukup menafkahi kesemua mereka, hendaklah dia memberi nafkah kepada kesemuanya, sama ada kerabat yang dekat atau pun jauh. Seandainya harta tidak cukup dan dia hanya mampu memberikan nafkah kepada satu orang sahaja, maka diutamakan memberi nafkah kepada isteri berbanding nafkah kepada kaum kerabat.
Imam al-Syaukani menyebutkan dalam Nailul Authar:
وقد انعقد الإجماع على وجوب نفقة الزوجة ، ثم إذا فضل عن ذلك شيء فعلى ذوي قرابته
Telah berlakunya ijma’ bahawa wajibnya menafkahi isteri. Seandainya ada lebihan harta, maka hendaklah diberikan nafkah kepada kaum kerabat.
Dr. Wahbah az-Zuhaily menyebutkan dalam Al-Fiqh Al-Islami wa Adillatuhu:
إذا تعدد مستحقو النفقة ولم يكن لهم إلا قريب واحد، فإن استطاع أن ينفق عليهم جميعاً وجب عليه الإنفاق، وإن لم يستطع بدأ بنفسه، ثم بولده الصغير أو الأنثى، أو العاجز، ثم بزوجته. وقال الحنابلة: تقدم الزوجة على الولد ، ويقدَّم الأب على الأم لفضيلته، وانفراده بالولاية، واستحقاق الأخذ من ماله. وقال ابن قدامة: الأولى التسوية بينهما. وقيل عند الشافعية: يقدم الأب، وقيل: الأم والأب سواء
Apabila terdapat ramai yang berhak diberikan nafkah, dan hanya ada seorang yang akan memberikan nafkah. Jika dia mampu untuk menafkahi kesemuanya, maka wajib dia menafkahi kesemuanya. Jika tidak mampu, hendaklah dia memulakan dengan memberi nafkah kepada dirinya sendiri dahulu, kemudian kepada anak-anak lelakinya yang kecil atau anak perempuannya atau anaknya yang kurang upaya, kemudian kepada isterinya. Ulama Hanabilah berkata: Si isteri didahulukan sebelum anak-anak, dan si ayah didahulukan sebelum si ibu kerana keutamaannya dan kekuasaannya sebagai suami, dan si isteri berhak mengambil pula harta daripada hartanya. Ibn Qudamah berkata: Lebih utama disamakan nafkah antara keduanya (iaitu antara ibu dan ayah), dikatakan daripada ulama-ulama mazhab Syafie: Diutamakan bapa (sebelum si ibu), dan dikatakan jua: Ibu dan bapa kedudukannya sama.
Ibn Qudamah menukilkan dalam al-Mughni:
وَمَنْ لَمْ يَفْضُلْ عَنْ قُوتِهِ إلَّا نَفَقَةُ شَخْصٍ ، وَلَهُ امْرَأَةٌ ، فَالنَّفَقَةُ لَهَا دُونَ الْأَقَارِبِ ؛ لِقَوْلِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فِي حَدِيثِ جَابِرٍ : { إذَا كَانَ أَحَدُكُمْ فَقِيرًا ، فَلْيَبْدَأْ بِنَفْسِهِ ، فَإِنْ كَانَ لَهُ فَضْلٌ ، فَعَلَى عِيَالِهِ ، فَإِنْ كَانَ لَهُ فَضْلٌ ، فَعَلَى قَرَابَتِهِ .
وَلِأَنَّ نَفَقَةَ الْقَرِيبِ مُوَاسَاةٌ ، وَنَفَقَةَ الْمَرْأَةِ تَجِبُ عَلَى سَبِيلِ الْمُعَاوَضَةِ ، فَقُدِّمَتْ عَلَى مُجَرَّدِ الْمُوَاسَاةِ ، وَلِذَلِكَ وَجَبَتْ مَعَ يَسَارِهِمَا وَإِعْسَارِهِمَا ، وَنَفَقَةُ الْقَرِيبِ بِخِلَافِ ذَلِكَ ، .
Sesiapa yang tidak mampu memberi nafkah melainkan kepada seorang sahaja, maka hendaklah dia memberi nafkah kepada isterinya tanpa memberi nafkah kepada kerabat yang lain. Ini berdasarkan sabda Nabi sallallahu ‘alaihi wasallam dalam hadis Jabir: Apabila salah seorang daripada kalian miskin, hendaklah dia memulakan untuk dirinya, jika ada lebihan, hendaklah untuk orang di bawah tanggungannya, jika ada lebihan, hendalah untuk kerabatnya. Ini kerana nafqah untuk kaum kerabah ialah “muwasah” sedangkan nafqah untuk isteri adalah “mua’wadhoh”, maka nafqah untuk isteri adalah diutamakan. Oleh kerana itu wajib memberi nafqah kepada isteri tidak kira dalam keadaan senang atau pun susah. Sedangkan nafqah untuk kerabat tidak begitu.
Apakah maksud muwasah: Muwasah bermaksud nafqah itu hanya diberikan apabila orang itu memerlukan, dia miskin dan lain-lain.
Muawadhah pula bermaksud, nafqah itu wajib diberikan tidak kiralah kondisi si penerima itu miskin atau kaya.
Isteri nafqahnya dalam bentuk muawadhah, dia menerima nafqah itu kerana dia seorang isteri. Manakala kaum kerabat menerima nafqah apabila mereka miskin. Begitu juga ibu bapa, hanya wajib dinafkahi apabila mereka miskin dan memerlukan, jika tidak, ia tidak wajib.
Ulama hanya berbeza pendapat pada keutamaan memberi nafkah kepada anak dan isteri. Siapakah yang lebih utama.
Shaikh Ibn al-Uthaimin menyatakan:
فالصواب أنه يبدأ بنفسه ، ثم بالزوجة ، ثم بالولد ، ثم بالوالدين ، ثم بقية الأقارب
Yang benar: Hendaklah seseorang memulakan dengan nafkah kepada dirinya sendiri, kemudian kepada isterinya, kemudian kepada anak-anaknya, kemudian kepada kedua ibu bapanya, kemudian kepada kaum kerabat yang lain. [Fath Dzil Jalali wal Ikram]
Kewajipan memberi nafkah kepada isteri
Kewajipan memberikan nafkah kepada isteri adalah berdasarkan al-Quran, al-Sunnah dan ijma’ para ulama.
الرِّجَالُ قَوَّامُونَ عَلَى النِّسَاء بِمَا فَضَّلَ اللهُ بَعْضَهُمْ عَلَى بَعْضٍ وَبِمَا أَنفَقُواْ مِنْ أَمْوَالِهِمْ
Kaum lelaki adalah pemimpin untuk kaum wanita dengan apa yang Allah lebihkan antara satu ke atas yang lain, dan dengan apa yang mereka belanjakan daripada harta-harta mereka [An-Nisa’ : 34]
عَنْ عَائِشَةَ ـ رضى الله عنها ـ أَنَّ هِنْدَ، قَالَتْ لِلنَّبِيِّ صلى الله عليه وسلم إِنَّ أَبَا سُفْيَانَ رَجُلٌ شَحِيحٌ، فَأَحْتَاجُ أَنْ آخُذَ مِنْ مَالِهِ‏.‏ قَالَ ‏ “‏ خُذِي مَا يَكْفِيكِ وَوَلَدَكِ بِالْمَعْرُوفِ ‏”‏‏.‏
Daripada ‘Aisyah radiallahu ‘anha, Hindun radiallahu ‘anha berkata kepada Nabi sallallahu ‘alaihi wa sallam: Sesungguhnya Abu Sufyan lelaki yang kedekut. Aku perlu untuk mengambil daripada sebahagian hartanya. Baginda berkata: Ambillah apa yang cukup untuk diri mu dan anak-anak mu dengan ma’ruf. [Sahih al-Bukhari, Kitab al-Ahkam, no: 7180].
Nafkah kepada isteri adalah diutamakan berbanding yang lain-lain kerana ia tidak akan luput berbanding nafkah kepada keturunan/furu’ atau usul/ibu bapa.
Apabila isteri memenuhi 2 syarat berikut, maka wajib suami memberikan nafkah kepada isteri:
– Apabila si isteri membenarkan dirinya digauli oleh suami apabila suami mahu melakukannya dengan cara yang menepati syara’. Jika isteri menolak daripada digauli kerana suami mahukan dengan cara yang haram, maka nafkah tetap wajib diberi kepada isteri itu. Apabila si isteri enggan membenarkan dirinya digauli tanpa sebab yang dibenarkan syara’, maka gugurlah kewajipan memberikan nafkah kepadanya kerana dia dikira nusyuz.
– Apabila si isteri mengikut suami untuk tinggal di rumah yang suami pilih. Jika si isteri enggan tinggal di tempat yang dipilih suami kerana ia tidak selamat atau menimbulkan mudharat, maka nafkah tetap wajib diberi. Akan tetapi jika tempat tinggal yang dipilih suami selamat atau tidak memudharatkan dan si isteri tetap enggan, maka gugur kewajipan memberi nafkah kepadanya kerana dia dikira nusyuz.
Kadar Nafkah Kepada Isteri
Kadar nafkah itu bergantung kepada kemampuan suami dan bukannya mengikut keadaan isteri. Ini kerana Allah telah menjadikan kadar kemampuan suami sebagai pengukur dan bukannya keadaan isteri.
لِيُنفِقْ ذُو سَعَةٍ مِّن سَعَتِهِ وَمَن قُدِرَ عَلَيْهِ رِزْقُهُ فَلْيُنفِقْ مِمَّا آتَاهُ اللَّهُ لَا يُكَلِّفُ اللَّهُ نَفْساً إِلَّا مَا آتَاهَا سَيَجْعَلُ اللَّهُ بَعْدَ عُسْرٍ يُسْراً
Hendaklah orang yang mampu memberi nafkah menurut kemampuannya. Dan orang yang disempitkan rezkinya hendaklah memberi nafkah dari harta yang diberikan Allah kepadanya. Allah tidak memikulkan beban kepada seseorang melainkan [sekedar] apa yang Allah berikan kepadanya. Allah kelak akan memberikan kelapangan sesudah kesempitan. [At-Thalaq : 7].
Apakah Yang Termasuk Dalam Nafkah Kepada Isteri
Daripada Mu’awiah al-Qusyairi radiallahu ‘anhu, Nabi sallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda:
أَطْعِمُوهُنَّ مِمَّا تَأْكُلُونَ وَاكْسُوهُنَّ مِمَّا تَكْتَسُونَ وَلاَ تَضْرِبُوهُنَّ وَلاَ تُقَبِّحُوهُنَّ
Berilah mereka makan daripada apa yang kalian makan, berilah mereka pakaian daripada apa yang kalian pakai. Janganlah kalian memukul mereka dan janganlah kalian menghina mereka. [Sunan Abi Daud, Kitab an-Nikah, hadis no: 2144].
Selain daripada makanan dan pakaian. Antara yang perlu disediakan oleh suami ialah:
– Tempat tinggal yang sesuai untuk diduduki oleh isteri.
– Perkara yang diperlukan untuk kebersihan dan kecantikan apabila si isteri berhias-hias untuk suami atau suami memintanya berhias-hias.
– Pembantu rumah apabila si isteri yang sepertinya itu kebiasaannya mempunyai pembantu dan dia berasal daripada keluarga yang memang mempunyai pembantu rumah.
Kesemua yang disebut di atas (selain daripada makanan) diberikan pada kadarnya berdasarkan apa yang menjadi uruf atau kebiasaan.
Kewajipan memberi nafkah kepada anak
Si ayah diwajibkan memberikan nafkah kepada anak-anaknya tidak kira anak lelaki atau anak perempuan. Seandainya si ayah tiada, maka ayah kepada ayah (iaitu datuk daripada ayah) wajib menafkahi cucunya itu.
Kewajipan memberi nafkah kepada anak-anak berdalilkan hadis Hindun di atas yang dibenarkan mengambil harta suaminya yang kedekut. Ia juga berdasarkan ayat-ayat berikut:
فَإِنْ أَرْضَعْنَ لَكُمْ فَآتُوهُنَّ أُجُورَهُنَّ
kemudian jika mereka (iaitu isteri-isteri yang diceraikan) menyusukan [anak-anak]mu untukmu, maka berikanlah kepada mereka upahnya [At-Thalaq : 6].
Upah yang wajib diberi si bapa kepada ibu yang menyusukan anaknya menunjukkan bahawa dia wajib menafkahi anaknya.
Bilakah si ayah (atau jika si ayah tiada, maka usul yang lain) wajib memberikan nafkah kepada si anak (atau cucu mereka)?
Ia menjadi wajib apabila:
– Ayah (atau usul tadi) mempunyai lebihan harta selepas menafkahi diri mereka sendiri dan isteri mereka.
– Si anak itu faqir dan masih kecil
– Si anak itu faqir dan tidak mampu bekerja
– Si anak itu faqir dan gila
Adapun jika anak tersebut sudah baligh, sihat tubuh badan dan mampu bekerja, maka tidak wajib si ayah (atau usulnya) menafkahinya.
Bagaimana jika si anak itu masih belajar? Adakah wajib si ayah menafkahinya?
Jika si anak sibuk belajar perkara yang fardhu ain sehingga tidak dapat bekerja, maka wajib si ayah menafkahinya. Adapun jika si anak sibuk belajar yang fardhu kifayah sehingga tidak dapat bekerja, maka si ayah mempunyai pilihan untuk menyuruh anaknya terus belajar dan beliau menafkahinya, atau menyuruh anaknya berhenti belajar supaya dia dapat menafkahi diri sendiri.
Semoga Allah memudahkan urusan kita semua untuk menjadi anak yang soleh dan solehah, suami yang soleh dan solehah.
Jazakumullahu khair.
#MMMR


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://faizsaaid.com/suami-isteri-wajib-duduk-asing-dengan-mak-ayah/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Suami Saya Tak Cemburu Pun Isteri Upah Orang Asing Untuk Dipeluk Rm331 Sejam Kerana Kesepian Berjauhan Dari Suami

Suami Saya Tak Cemburu Pun Isteri Upah Orang Asing Untuk Dipeluk Rm331 Sejam Kerana Kesepian Berjauhan Dari Suami

papar berkaitan - pada 30/3/2021 - jumlah : 231 hits
The ReporterSeorang wanita yang sudah mendirikan rumah tangga mendedahkan dia membayar orang asing untuk memeluknya dan suaminya tidak kisah dengan hal itu Saskia mula menggunakan khidmat Cuddlist perkhidmatan yang membolehkan seseorang itu...
Cuba Elak Dipeluk Maskot Suami Terkejut Dapat Tahu Isteri Dalam Kostum

Cuba Elak Dipeluk Maskot Suami Terkejut Dapat Tahu Isteri Dalam Kostum

papar berkaitan - pada 24/3/2021 - jumlah : 247 hits
Siapa sahaja yang tidak seronok bila dapat kejutan daripada orang tersayang Kejutan selalunya dibuat bagi meraikan hari jadi keluarga mahupun rakan rakan Ada yang menggunakan perancang perkhidmatan hadiah dan ada juga hingga memakai baju ko...
Yes Or No Isteri Takut Salah Pilih Tapi Rupanya Dapat Kejutan Dari Suami Comel Je

Yes Or No Isteri Takut Salah Pilih Tapi Rupanya Dapat Kejutan Dari Suami Comel Je

papar berkaitan - pada 24/3/2021 - jumlah : 218 hits
Isteri mana yang tak gembira kalau suami buat kejutan untuk dirinya Namun dalam rasa teruja kadang kadang tetap terselit rasa curiga kalau suami buat perkara yang pelik pelik Begitu juga dengan perkongsian video di laman Facebooknya Dalam v...
Suami Jangan Ambil Mudah Emosi Isteri Baru Bersalin Kalau Isteri Mengadu Dengarlah

Suami Jangan Ambil Mudah Emosi Isteri Baru Bersalin Kalau Isteri Mengadu Dengarlah

papar berkaitan - pada 24/3/2021 - jumlah : 341 hits
Meroyan istilah masalah psikiatri yang khusus buat ibu selepas bersalin Gerun kalau ia benar benar terjadi dan jika tidak dirawat dari awal kerana boleh memberikan kesan yang serius kepada ibu dan bayi Jadi ibu selepas bersalin jangan ambil...
Al Quran Besar Untuk Mak Ayah Siap Tagging

Al Quran Besar Untuk Mak Ayah Siap Tagging

papar berkaitan - pada 5/4/2021 - jumlah : 332 hits
MAK AYAH DAH ADA AL QURAN BESAR UNTUK RAMADHAN NANTI Al Quran TAG Al Haramain bersaiz A4 menampilkan keistimewaan TULISAN yang LEBIH BESAR dan SELESA untuk DIBACA Al Quran Tafsir ini diluluskan oleh Kementerian Dalam Negeri Malaysia Kulit K...
Tak Kisah Orang Nak Kutuk Tapi Kalau Suami Yang Main Cakap Memang Isteri Sentap

Tak Kisah Orang Nak Kutuk Tapi Kalau Suami Yang Main Cakap Memang Isteri Sentap

papar berkaitan - pada 23/3/2021 - jumlah : 417 hits
Memang sudah kita ketahui hati seorang wanita ni lembut Mudah terasa dan kecil hati kalau orang bercakap tentang dirinya Apa lagi jika yang berkata kata tu adalah orang yang mereka sayangi Suami misalnya jagalah tutur kata anda di depan ist...
Tular Video Suami Gali Semula Kubur Isteri Kerana Terlalu Rindu

Tular Video Suami Gali Semula Kubur Isteri Kerana Terlalu Rindu

papar berkaitan - pada 24/3/2021 - jumlah : 178 hits
755 total views 755 views today Tular sebuahkisah seorang lelaki di Kota Semarang Jawa Tengah Indonesia yang bertindak menggali kubur isterinya kerana tidak dapat menerima hakikat bahawa pasangan hidupnya telah me ninggal dunia Memetik lapo...
Hiburan Erra Fazira Mahu Bergelar Isteri Lagi Ini Antara Ciri Ciri Idaman Bakal Suami

Hiburan Erra Fazira Mahu Bergelar Isteri Lagi Ini Antara Ciri Ciri Idaman Bakal Suami

papar berkaitan - pada 25/3/2021 - jumlah : 256 hits
Primadona negara Erra Fazira mengakui dirinya masih terbuka hati untuk bergelar isteri dan mendirikan rumah tangga pada suatu hari nanti jika diizinkan Allah S W T View this post on InstagramAdvertisementMeskipun usianya kini sudah hampir m...
Baru 4 Tahun Semua Gigi Tak Ada Puncanya Mak Ayah Selalu Bagi Ice Cream Doktor Pesan Elak Beri Kalau Sayang Anak

Baru 4 Tahun Semua Gigi Tak Ada Puncanya Mak Ayah Selalu Bagi Ice Cream Doktor Pesan Elak Beri Kalau Sayang Anak

papar berkaitan - pada 18/3/2021 - jumlah : 427 hits
Mommy nak ice cream memang kita tak nampak kesanya jika beri anak makan ice cream gula gula dan makanan manis ketika itu Namun kesannya sangat besar untuk esok lusa dan kemudian hari Bahayanya makanan manis ini boleh menyebabkan gigi anak s...
Siti Kasim Pas Loyalists Are Fools If They Fall For The Jihad Fundraising Drive To Save Siti Mastura S Skin

Ditch The Cubicle Your Home Office Guide

Kemalangan Di Lebuh Raya Utara Selatan Enam Mangsa Maut

Semak Bantuan Barang Dapur 2025

Scammer Di Facebook

Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin

Major Projects Will Make Sarawak An Asian Economic Force Says Premier

Final Call The Huawei Service Giving Season Ends On 31 December 2024


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Kawal Alergik Bila Alahan

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Indah Delvia Tacilak Di Nan Rami Chord

Libur Nataru Di Indonesia Kapan Saja

Floating Market Melaka Tarikan Lokasi Waktu Operasi

Kain Anduh Saiz Kegunaan Dan Jenis Balutan