Suami Isteri Fahami Hukumnya Sebelum Melakukan Hubungan Oral Seks Ustaz Zaharuddin Menjelaskan Dengan Padat




Soalan
Ustaz, apakah hukum ‘oral sex' ? atau dalam kata lainnya seks menggunakan mulut iaitu dengan menghisap atau menjilat kemaluan isteri atau mengulum kemaluan suami. Bagaimana pula jika ia dilakukan oleh pasangan kekasih yang belum berkahwin, adakah ia zina? Jika tertelan air mani suami pula ustaz, bagaimana ye?..Terima kasih atas jawapan ustaz.
- Anak Empat - 
Jawapan Allah s.w.t menciptakan tubuh manusia dengan fungsi  masing-masing. Justeru Islam melarang dari mendatangi isteri dari ‘duburnya' dan juga semasa haid atau nifas, kesemua pengharaman ini mempunyai dalil dan nas yang khusus. Namun isu ‘oral seks' tidak mempunyai dalil khusus yang melarang, ini menyebabkan berlakunya perbezaan pendapat di kalangan ulama Islam. 
Ulama sepakat bahawa jika sekadar menyentuh atau menggosok kemaluan suami dan isteri tanpa ‘oral seks', adalah dibenarkan menurut para ulama Islam kerana ia tergolong dalam bentuk aktiviti menaikkan syahwat antara suami isteri yang diharuskan. 
Berkenaan isu oral seks, ulama terbahagi kepada dua kumpulan :- 
Yang mengharuskan :Dr Syeikh Yusof Al-Qaradawi (rujuk www.islamonline.net)  berfatwa harus untuk mencium kemaluan isteri atau suami dengan syarat tidak menghisap atau menelan apa jua cecair yang keluar darinya. Menelan atau menghisap sebegini adalah MAKRUH disisi Islam kerana ia salah satu bentuk perlakuan zalim (meletakkan sesuatu tidak pada tempatnya) dan melampaui batas dalam hubungan seksual. Apa yang pasti diharamkan menurut beliau adalah ‘anal sex' atau seks melalui lubang dubur, kerana terdapat nas yang jelas mengharamkannya, adapun ‘oral seks' tiada sebarang nas jelas dari Al-Quran dan hadis yang melarangnya. 
Pandangan ‘harus' atau boleh dilakukan ini dikongsi oleh Mufti Mesir, Syeikh Dr Ali Al-Jumaah dan juga Dr. Sabri `Abdul Ra'ouf (Prof Fiqh di Univ Al-Azhar) apabila mereka menegaskan, tindakan ini harus selagi mana ianya benar-benar dirasakan perlu bagi menghadirkan kepuasan kepada pasangan suami dan isteri, terutamanya jika ia dapat menghindarkan pasangan ini dari ketidakpuasan yang boleh membawa mereka ke lembah zina kelak. 
Perbincangan ringkas Namun begitu, saya kira kesemua mereka yang mengharuskan termasuk Syeikh Yusof Al-Qaradawi tidak pula menghuraikan satu isu yang mungkin boleh dipanjangkan perbahasannya, iaitu bab kenajisan air mazi dan air mani. 
Justeru, saya mengira fatwa beliau mungkin boleh digunakan jika dalam keadaan tiada sebarang cecair dikeluarkan semasa aktiviti oral sex ini dilakukan. Namun keadaan ini dikira sukar berlaku kerana bagi seseorang yang normal, nafsu yang meningkat pastinya akan mengeluarkan cecair pelincir iaitu mazi. 
Air mani lelaki dan wanita dianggap najis menurut mazhab Hanafi dan Maliki. Mazhab Syafie dan Hanbali pula mengganggapnya suci. 
Namun semua ulama bersetuju air mazi adalah najis. Hasilnya, majoriti pandangan ulama yang menyatakan menelan dan hisap termasuk cecair mazi ini adalah haram atau makruh berat. Beberapa ulama kontemporari menegaskan perlu membasuh dengan segera jika terkena mazi tadi. 
Mazi ibarat najis lain yang dianggap kotor dalam Islam, justeru haram memakan tahi, meminum air kencing dan termasuk juga air mazi ini. Bukan sekadar haram memakan najis malah ulama empat mazhab juga memfatwakan haram menjual najis (kecuali diketika wujudnya teknologi untuk menggunakannya sebagai baja), apatah lagi untuk menjilat, hisap dan menelannya. Sudah tentulah ia lebih lagi diharamkan. 
Selain itu, menurut undang-undang Malaysia juga ia adalah satu perara yang tidak normal, khusus buat orang yang agak luar biasa nafsunya. 
"Oral seks" juga tergolong dalam kategori perlakuan seks luar tabie, ia adalah salah menurut Seksyen 377B Kanun Keseksaan dan jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman sebat dan 20 tahun penjara. 
Justeru, mana-mana pasangan kekasih yang melakukan perkara ini, boleh dilaporkan dan diambil tindakan oleh undang-undang Malaysia. Dari sudut undang-undang Islam, ia dikira berdosa besar dan bolehlah dijadikan sebat dan 20 tahun penjara tadi sebagai peruntukan ta'zir di dalam Islam bagi mereka yang sabit bersalah. 
Ulama Yang MengharamkanKebanyakan ulama Saudi mengharamkan perbuatan ini, ini dapat dilihat dari fatwa-fatwa berikut [1] :- 
Mufti Saudi Arabia bahagian Selatan, Asy-Syaikh Al`Allamah Ahmad bin Yahya An-Najmi menjawab sebagai berikut, 
"Adapun hisapan isteri terhadap kemaluan suaminya (oral sex), maka ini adalah haram, tidak dibolehkan. Ini Kerana ia (kemaluan suami) dapat memancarkan mani, mazi dan lain-lain. Kalau memancar, maka akan keluar darinya air mazi yang ia najis menurut kesepakatan (ulama'). Apabila (air mazi itu) masuk ke dalam mulutnya lalu ke perutnya maka boleh jadi akan menyebabkan penyakit baginya. 
Melalui pandangan ini, kita dapat melihat satu point yang penting, iaitu sejauh mana tindakan ini boleh memberikan kesan buruk kepada kesihatan pasangan. Menurut pembacaan saya, ulama yang membolehkan perilaku ini juga bersetuju untuk mengganggapnya haram jika dapat dipastikan dan dibuktikan dari sudut saintifik, ia boleh membawa bakteria dan menyebabkan penyakit yang serius. 
Saya teringat pakar sakit puan, Dr Ismail Thambi pernah menyatakan bahawa bakteria yang berada di mulut adalah sangat banyak berbanding di kemaluan, justeru beliau menyatakan tindakan ‘oral sex' dibimbangi boleh membawa penyakit kemaluan disebabkan bahagian mulut pasangan yang mempunyai banyak bakteria dan kuman. 
Selain itu, seorang lagi ilmuan Islam iaitu Syeikh Nasiruddin Albani berkata :- 
"Ini adalah perbuatan sebahagian binatang, seperti anjing. Dan kita mempunyai dasar umum bahawa di dalam banyak hadits, Ar-Rasul melarang untuk tasyabbuh (menyerupai) haiwan-haiwan, seperti larangan beliau turun (sujud) seperti turunnya unta, dan menoleh seperti tolehan serigala dan mematuk seperti patukan burung gagak. Dan telah dimaklumi pula bahawa Nabi Shallallahu `alahi wa sallam telah melarang untuk tasyabbuh (menyerupai) dengan orang kafir, maka diambil juga daripada makna larangan tersebut pelarangan tasyabbuh dengan haiwan-haiwan-sebagai penguat yang telah lalu, apalagi haiwan yang telah diketahui keburukan tabiatnya. Maka sewajarnya seorang muslim - dan keadaannya seperti ini - merasa tinggi untuk menyerupai haiwan-haiwan" 
Namun, pendapat peribadi saya mendapati pandangan dan dalil yang digunapakai oleh Syeikh Albani ini adalah tidak begitu kukuh, namun saya tidak berhasrat untuk membincangkannya dengan panjang lebar di ruang ini. 
Tindakan men‘generalize' semua jenis persamaan (tasyyabbuh) sebagai haram secara total juga boleh didebatkan kesohihannya. Demikian juga menyamakannya dengan perilaku binatang, benarkah binatang melakukan ‘oral seks'?, jika sekadar menjilat mungkin ye, namun menghisap kemaluan si jantan?  Adakah binatang yang melakukannya?. Saya tidak pasti. Bagaimana pula binatang ada juga yang mencium dan memeluk pasangannya. Adakah mencium dan memeluk juga diharamkan kerana menyerupai binatang.?  Sudah tentu tidak.
KESIMPULANMelalui perbincangan dan pendedahan ringkas di atas, jelas kepada kita perbezaan dua kumpulan ulama ini. Dari hasil penelitian terhadap pendapat mereka bolehlah saya rumuskan bahawa :- 
1) Elok dijauhi aktiviti ini dan menghadkan kepada perilaku seks yang lebih sihat bersama pasangan. Ini bagi menjauhi perklara khilaf. 
2) Harus bagi suami isteri untuk mencumbu kemaluan pasangan mereka dengan syarat tidak menghisap, jilat dan menelan apa jua cecair. Ia juga dituntut untuk membersihkan mulut dan kemaluan mereka sebelum melakukan aktiviti ini sebaik mungkin bagai meninimakan kemungkinan penyakit. Namun ia makruh yang cenderung kepada haram (makruh tahrimi) jika perbuatan ini sengaja untuk meniru-meniru perbuatan aksi seks melampau golongan bukan Islam dan juga binatang. 
3) Haram hukumnya menelan mazi dan mani pasangan kerana Islam mengharamkan umatnya dari melakukan perkara kotor sebegini, sama juga seperti diharamkan menjual najis (kecuali baja yang akan diproses melalui dengan bahagian kimia) 
4) Hukumnya menjadi harus berdasarkan keringanan khusus yang diberi oleh Islam atau disebut ‘rukhshah' kepada pasangan yang amat perlukannya bagi mengelakkan ketidakpuasan dan membawa masalah besar rumah tangga atau lebih dahsyat lagi, zina secara rambang diluar rumah. 
5) Hukum melakukannya bersama pasangan kekasih atau mana-mana pasangan sebelum nikah yang sah adalah haram, dosa besar dan boleh didakwa dengan hukuman 20 tahun penjara di Malaysia. Namun ia tidak dianggap berzina dalam erti kata dan takrif zina yang disebut di dalam kitab-kitab Fiqh Islam. Ia hanya dianggap sebagai muqaddimah zina atau perdahuluan zina. Dalam kaedah fiqh Islam, "Apa-apa yang membawa kepada haram, hukumnya adalah haram jua" 
Sebagai akhirnya, selain dari membincangkan soal hukum, kita mesti jelas bahawa hukum Islam sentiasa ingin melahirkan keutuhan rumah tangga dan masyarakat. Kita mesti sedar dan berfikir samada tindakan oral seks ini benar-benar membawa sesuatu yang berharga buat keharmonian rumahtangga kita, dan apa pula kesannya kepada nafsu diri. Adakah ia semakin mampu dikawal atau semakin buas sebenarnya. 
Kita bimbang, tindakan ini boleh membawa kepada keinginan nafsu yang semakin membara dan tidak terkawal sehingga membhayakan diri dan masyaarakat di sekeliling kita disebabkan nafsu buas dan luar biasa yang sentiasa dilayan ini. Layanlah nafsu secara berpada-pada agar tidak ditawan olehnya kelak. 
Fikirkan...Sekian
Zaharuddin Abd Rahmanhttp://www.zaharuddin.net/19 Muharram 1429 H28 Januari 2008
Kredit : zaharuddin.net

Hantarkan luahan kisah anda di sini ==> lamanqaseh/borang


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.lamanqaseh.com/2017/09/soal-jawab-duhaii-suami-isteri-fahami.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tak Mewah Tak Apa Cukup Sekadar Isteri Rasa Selamat Ustaz Don Daniyal Titip Pesanan Buat Suami

Tak Mewah Tak Apa Cukup Sekadar Isteri Rasa Selamat Ustaz Don Daniyal Titip Pesanan Buat Suami

papar berkaitan - pada 18/3/2022 - jumlah : 159 hits
Kunci bahagia dalam rumah tangga sudah pastinya adalah saling mengambil berat dan paling penting pastinya tanggungjawab dan amanah buat pasangan dilaksanakan dengan sebaiknya Penceramah bebas Ustaz Don Daniyal Don Biyajid turut berkongsi ti...
Hiburan Suami Tak Lepas Tangan Isteri Tenang Sebelum Lafaz Talak Di Mahkamah

Hiburan Suami Tak Lepas Tangan Isteri Tenang Sebelum Lafaz Talak Di Mahkamah

papar berkaitan - pada 6/3/2022 - jumlah : 178 hits
Setiap perkahwinan yang dibina pastinya ingin berkekalan sehingga ke syurga Namun jika takdir dan takdir jodoh sesebuah perkahwinan itu hanya setakat itu sahaja mungkin itu yang terbaik untuk sesuapa yang menghadapinya AdvertisementTular di...
Dah Boleh Teman Isteri Bersalin Kkm Keluarkan Garis Panduan Terbaharu Untuk Suami Atau Waris

Dah Boleh Teman Isteri Bersalin Kkm Keluarkan Garis Panduan Terbaharu Untuk Suami Atau Waris

papar berkaitan - pada 11/3/2022 - jumlah : 190 hits
Bila nak bersalin pasti isteri mahukan suami berada di sisi tapi kerana situasi kes Covid 19 yang semakin tinggi ini dan mengambil kira ibu hamil yang merupakan golongan berisiko tinggi Kementerian Kesihatan Malaysia sebelum ini telah membu...
Wanita Dibakar Oleh Teman Lelaki Selepas Putuskan Hubungan Kerana Tidak Mahu Berkahwin Dengan Suami Orang

Wanita Dibakar Oleh Teman Lelaki Selepas Putuskan Hubungan Kerana Tidak Mahu Berkahwin Dengan Suami Orang

papar berkaitan - pada 14/3/2022 - jumlah : 160 hits
Wanita dibakar oleh teman lelaki selepas putuskan hubungan kerana tidak mahu berkahwin dengan suami orangFoto Tribun NewsSeorang anggota polis nekad membakar teman wanitanya sehingga mengalami luka melecur di seluruh badan dalam kejadian ya...
Masuk Rumah Rasa Tenang Tak Serabut Suami Isteri Pastikan Buat Perkara Ini

Masuk Rumah Rasa Tenang Tak Serabut Suami Isteri Pastikan Buat Perkara Ini

papar berkaitan - pada 12/3/2022 - jumlah : 239 hits
Berkahwin dan hidup bahagia selamanya menjadi harapan setiap pasangan suami isteri sewaktu lafaz akad nikah Namun sesekali pasti ada pasang surutnya Kadang kepenatan antara suami atau isteri boleh jadi punca perselisihan faham Tambah pula d...
Saya Pernah Digelar Perampas Tapi Saya Tak Pernah Hasut Suami Ceraikan Isteri Pertama

Saya Pernah Digelar Perampas Tapi Saya Tak Pernah Hasut Suami Ceraikan Isteri Pertama

papar berkaitan - pada 12/3/2022 - jumlah : 186 hits
Saya pernah digelar perampas tapi saya tak pernah hasut suami ceraikan isteri pertama Lazimnya golongan wanita tidak menyukai poligami dan menganggap perkara itu adalah satu perkara yang harus dielakkan dalam hubungan rumah tangga Bagi lela...
Hiburan Cubaan Isteri Selamatkan Suami Gagal Dua Dua Maut Akibat Tragedi Renjatan Eletrik Dari Water Heater

Hiburan Cubaan Isteri Selamatkan Suami Gagal Dua Dua Maut Akibat Tragedi Renjatan Eletrik Dari Water Heater

papar berkaitan - pada 11/3/2022 - jumlah : 175 hits
Pada pagi semalam sepasang suami isteri telah ditemui maut di kediaman sendiri di flat Taman Puncak Tringkap Brinchang akibat terkena renjatan arus eletrik dalam bilik air Menurut Ketua Polis Pahang Datuk Ramli Mohamed Yusof pihak mereka me...
Kes Renjatan Elektrik Bedah Siasat Bermula Cari Punca Kematian Suami Isteri

Kes Renjatan Elektrik Bedah Siasat Bermula Cari Punca Kematian Suami Isteri

papar berkaitan - pada 12/3/2022 - jumlah : 226 hits
Pada Khamis sepasang suami isteri ditemui meninggal dunia dalam bilik air di rumah mereka di Taman Puncak Tringkap di Cameron Highlands dipercayai terkena renjatan arus elektrik CAMERON HIGHLANDS Proses bedah siasat ke atas pasangan suami i...
Meninggal Lepas Lahirkan Anak Suami Tak Lepas Peluk Isteri Buat Kali Terakhir

Meninggal Lepas Lahirkan Anak Suami Tak Lepas Peluk Isteri Buat Kali Terakhir

papar berkaitan - pada 11/3/2022 - jumlah : 212 hits
Pemergian insan tersayang tanpa pesan amat perit lagi lagi pergi secara mengejut Namun siapa kita nak menidakkan takdir Allah Lagi bertambah sayu apabila isteri pergi ketika melahirkan anak Ujian kehilangan seperti ini memang sakit untuk di...
Ditch The Cubicle Your Home Office Guide

Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin

Major Projects Will Make Sarawak An Asian Economic Force Says Premier

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Derma Jihad Untuk Siti Mastura Cubaan Normalisasi Fitnah Pas Patut Ajar Ahli Parti Dan Pimpinan Pas Jaga Bab Fitnah Ini

Police Arrest Two Over Fight Between Football Fans At Lrt Station

Kural Vista A Luxurious Waterfront Villa By Saota On Palm Jumeirah Dubai

5 Waktu Nabi Larang Ke Rumah Orang Ustaz Kazim Elias


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Doa Untuk Orang Tua Yang Sakit Arab Latin Artinya

Singgah Makan Di Restoran Lemang To Ki Bentong

Presiden Pas Kupas Isu Syria Balah Mazhab Gangguan Seksual Um

Shrink S One Year Suspension Over Lewd Text Shockingly Inadequate Victim

Do Our Infamous Bali Bombers Deserve A Second Chance At Life

Fishing As A Stress Reliever